Mak ayah kini dah tua. Nasib adik2 tk merasa jd mngsa. Namun, maki hamun jd mknan mereka

Foto sekadar hiasan

Hai assalamualaikum semua hari ini aku nak sambung sedikit berkenaan posting “kenapa aku masih hidup”.

Pertama sekali aku nak berterima kasih kepada pembaca yang sudi mendoakan segala kebaikan untuk aku dan adik beradik.

Part 1, klik link dibawah

Bila minta duit belanje, ayah campak. Duit PTPTN, mak ayah rembat. Bila dh keje, sibuk nk mkn hasil anak2

Untuk makluman, sebenarnya aku perempuan. Cuma aku tak tulis detail pasal bola tu, aku main bola jaring guys.

Yang kedua nya, punca aku selalu balik kampung adalah disebabkan aku masih mempunyai empat orang adik beradik yang masih bersekolah.

Hubungan kami adik beradik tersangatlah rapat jadi kadang kadang time gaji aku memang akan balik kerana aku risau akan kesihatan dan kebajikan adik adik aku. Aku pun dah menyewa jauh dekat KL dan ada kereta sendiri.

Aku tahu adik adik aku tak berpeluang untuk keluar rumah even untuk jalan jalan ambil angin and makan sedap sedap.

Jadi bila aku balik, aku akan bawa adik adik aku berjalan dekat kawasan rumah aku belanja mereka makan. Allah saja yang tahu betapa happynya aku boleh tengok adik adik aku happy!

Aku tahu dekat rumah memanglah mak selalu beli makanan tapi ayah aku yang habiskan makanan tu jadi kesian dekat adik adik aku kan.

Lagipun sekarang mak ayah aku dah tua pun jadi adik adik aku yang empat orang tu memang tak merasa lah kena belasah macam kita orang bertiga dulu.

Cumanya mental juga sebab memang dorang hari hari kena marah maki semua la. Reason nombor satu aku balik rumah bukan disebabkan mak ayah aku tapi disebabkan adik adik aku sahaja.

Cakap pasal support, aku sedih sebab mak aku ada tanah dah habis bayar loan. Dan dia memerlukan khidmat peguam untuk settlekan dengan bank dan pejabat tanah tapi langsung tak nak bayar.

Aku sebaliknya semua urusan pendaftaran, mak aku suruh bayarkan. Ni bukannya company aku hmm dan aku pun bukan ada duit nak uruskan hartanah dia so aku buat tak tahu saja lah.

Haritu masa aku balik kampung, aku tengok mesin basuh rosak tapi ayah aku buat tak tahu saja. Mak aku basuh semuanya pakai tangan.

Dahlah family ramai basuh pakai tangan pula. So kami adik beradik pun sikit sikitlah kumpul duit bagi mak.

Sebenarnya kesian juga dekat mak sebab walau macam mana pun mak adalah orang yang tanggung kami adik beradik dari kecil bersendirian.

Kakak aku pun selalu pesan dekat kami adik beradik, bagi saja apa yang mampu jangan bagi apa yang tak mampu so at least kita dah jalankan tanggungjawab kita semua sebagai anak anak supaya dekat akhirat nanti dah lepas.

Tentang mak ayah tu biar dia orang, itu antara dia dengan Tuhan tapi yang penting kita dah jalankan tanggungjawab kita sebagai anak.

Bila jumpa adik beradik di kampung, dari dulu aku memang terangkan dekat adik adik supaya belajar sungguh sungguh. Sebab kalau nak ubah nasib, dapatkan keputusan yang cemerlang dan keluar dari rumah mak ayah bina hidup sendiri.

Bukan kita nak menderhaka tapi at least tak adalah kena tunjal kena marah kena maki kat rumah.

Lagi satu, aku nak minta korang semua doakan aku untuk mendapatkan pekerjaan lain yang lagi baik sebab aku dah setahun kerja di firma guaman dekat KL ni tapi cuma aku seorang lawyer dan tak ada staf.

Bos aku pun bagi arahan dari rumah saja tapi aku kena handle lima department which is aku sangat sangat tak okay.

Dekat ofis aku kerja hari hari sorang sorang. Aku tak ada team dan aku buat semua sendiri tanpa guidance. Tapi alhamdulillah aku ada kawan kawan masa study dulu yang sangat membantu.

Lagipun, kalau aku duduk ofis ni lagi lama dan sorang sorang, dahlah dekat rumah sewa pun aku sewa sorang saja. Nanti lagi teringat kisah dekat kampung. Haha.

Nak cakap pasal kawan kawan, ada ramai kawan tapi aku kan tak percaya kan orang jadi takkan aku nak cerita benda benda macam ini dekat dorang kan. Majority pun dah kawin.

Plus, takut benda tu pun akan makan diri balik jadi lagi baik aku simpan sendiri. Tapi alhamdulillah aku dikelilingi orang yang baik baik dekat sini cumanya aku lagi selesa cerita dekat sini saja.

Alhamdulillah aku jumpa pasangan dan plan untuk mendirikan rumahtangga. Dia lelaki yang sangat baik dan tak mengambil kesempatan dan selalu memberikan kata kata semangat dekat aku.

Masa aku kena buang kerja pun sama sama tolong aku cari kerja. Dia dengan aku dari zero.

Cumanya, dia duda ada anak dan mak ayah aku macam biasa lah pandang rendah dekat orang macam tu.

Tapi, bagi aku nilai diri seseorang takkan berubah just because kau seorang duda ataupun janda sebab tak ada siapa dekat dunia ini yang kahwin untuk bercerrai. Yang penting nilai diri dan kebaikan dalam diri orang tu.

Kalau korang perasan, abang aku kahwin dengan janda, kakak aku jadi janda dan aku kahwin pula dengan duda. Adik adik empat orang tu tak tahulah.

Mungkin Tuhan nak tunjuk dengan cara ini dekat mak ayah aku yang sebenarnya orang yang mereka hina bukanlah orang yang teruk dan diorang juga manusia biasa.

Memang mak ayah aku pandang harta sangat sangat. Siapa yang kahwin dengan anak dia kena kaya, kerja bagus, cantik/ handsome dengan harapan mereka boleh tumpang kesenangan tu.

Tapi bagi aku benda ini sangat tak patutlah. Kalau aku kahwin dengan menteri pun, itu duit laki aku bukan duit aku.

Okeylah apa pun semua, doakan aku dapat kerja yang lagi baik dan setimpal gaji okay. Aku tengah update resume ni.

Doakan aku jadi peguam yang berjaya dan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Aku juga nak wish you guys all the best in life. Wassalam.

Reaksi Warganet

Azizul Azli Ahmad –
Selain anak derhaka, mak ayah derhaka pun ada juga. Sebak dada membaca kisah begini. Jadilah ibubapa yang tidak ‘derhaka’ pada tanggungjawab keluarga.

Sayangi diri sendiri, jadi baik sahaja tak cukup untuk kekal hidup. Jadilah bijaksana dik.

Tarmizi Yusuff –
Kisah hidup aku lebih kurang gini jugak, tapi tak seteruk confessor.

Aku pun pernah kena simbah air milo dekat muka untuk kejut bangun tidur, pernah kena pijak kepala sebab bapak bekap adik, aku eksiden masa final year, ayah kata padan muka sambil maki hamun, dapat perkhabaran mertua ayah aku meninggal @ tok aku, on the spot ayah maki kata padan muka..macam macam la.

Sedih.. akibat kejadian macam tu, aku jadi pendiam sehingga ke harini. Aku jadi seorang yang panas baran.. Aku jadi anak kurang ajar dan derhaka.

Sebab aku jadi pendiam kerana trauma dengan perangai mak ayah, aku sejak kecik zaman sekolah asyik jadi bahan buli, mngsa pukul dengan kawan sekolah.

Hasil dia ke harini, aku jadi pendendam ya amat, suka maki orang, muka tak pernah ceria, susah senyum.

Ketika bersendirian seorang diri, aku suka mengungkit sorang sorang kisah waktu aku kecik, suka bercakap sorang sorang sambil maki hamun. Terlalu pikir sampai sakit kepala takleh tidur.

Bagi aku mak ayah aku punca semua ni..

Syahihdah Abdul Jalil –
Assalamualaikum.

Dik, mari dengar kakak nak cakap,

“usah melukut di tepi gantang”

Sembuhkan diri, keluarlah dari persekitatan toksik. Sentiasalah berkawan dengan kakak dan abang. Tinggal yang lepas, bina memori baru bersama mereka. InsyaAllah pasti gembira dan bahagia.

Mari tinggalkan budaya buruk yakni menjadi penyembah kepada manusia (ibu bapa atau pasangan). Kita ini sembah Allah. Allah juga yang menentu ke syurga neraka. Tauhid kita kepada Allah yang Esa.

Kalau menyeksa sehingga terbit rasa ingin bnuh diri/tak nak hidup lagi, maka haruslah kita sedar bahawa yang persekitaran sedang dilalui itu merosakkan. Jadi, usahalah untuk cari balik jalan kepada Tuhan Yang Esa.

Ya Allah Ya Tuhanku, sembuhkanlah jiwa Arissa, kakaknya, abangnya dan semua anak anak yang jiwa mereka menderita dek kerana ibu bapa tidak amanah. Bahagiakan mereka di dunia dan akhirat. Lorongkan mereka ke jalan-Mu. Amin

Ffrizzz Ffrizzz –
Salam dik, ayah awak macam ayah akak. Cuma parents adik lagi hardcore ni. Sekarang ayah akak dah meninggal, tinggal mak je.

Aruwah ayah akak dulu macam tu jugak, bila makan berbunyi dia bising. Maki hamun dah biasa. Kejutkan kakak guna air selamba simbah dekat katil. Macam macam lagi sebenarnya.

Kami tak pernah bercakap. Memang pernah, rasa cemburu dengan kawan kawan yang ada ibu ayah jaga dengan kasih sayang. Sampai satu tahap masa akak dulu , akak terpaksa pergi jauh duduk sendiri.

Bila akak dah kawin, baru aruwah ayah berubah sikit. Tapi pada akak dah terlambat, sampai la dia meninggal.

Sekarang mak tinggal dengan adik akak. Kadang akak teringin juga nak call setiap hari borak borak macam mak dan anak, tapi sebab akak tak biasa macam tu, tak rapat dengan mak.

Kadang fikir jugak berdosa ke aku ni takde sekelumit sikit pun nak teringat pada mak. Pada aruwah ayah. Sebab akak takde kenangan untuk disayangi.

Sekarang akak dah ada anak. Akak takkan buat pada anak anak akak macam mana akak kena dengan arwah ayah dulu. Doakan semoga akak diampunkan dosa oleh Allah, doakan anak anak akak jadi manusia yang tak lupa ibu dan ayah mereka.

Nurul Najwa –
All the best Arissa. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berada dalam rahmat Allah selalu. Moga moga pengalaman pahit awak, kakak dan abang awak yang lampau Allah ganti dengan kebahagian, jika tidak dunia, diakhirat kelak. Kirim salam pada kakak!

Sumber – Arissa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *