Dari kecik aku ‘diusik’. Dh remaje, aku liar. Rmai laki aku sakitkan. Tp pelik, berjodoh dgn suami sebaik ini

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau lah masa lalu boleh di ubah. Banyak yang aku ingin ubah.

Nama aku Zana (Bukan nama sebenar). Aku berusia 30an. Sudah mempunyai suami dan anak.

Kisah yang aku ingin ceritakan sebenarnya kisah lalu aku. Okay, aku terus ke cerita ya.

Masa tu, aku berusia 8 tahun. Aku ingat lagi, aku dengan cousin main sorok sorok dengan gembira. Yelah, budak budak kan.

Tengah aku menyorok, tiba tiba datang seorang cousin lelaki aku yang berusia 12 tahun menyorok sekali dengan aku. Aku ok je lah, walaupun sebenarnya jarang cousin aku ni nak main sekali dengan kitaorang.

Masa tengah menyorok tu, tiba tiba dia kuncikan pintu bilik, baring dekat katil dan suruh aku pegang ‘bawah’ dia. Aku taknak, tapi dia paksa aku pegang. Lepas tu, aku terus berlari keluar.

Aku balik rumah, terus aku ceritakan pada mak aku. Tapi, mak aku tak percaya. Ye lah, cousin aku tu, budak pandai, result semua A. Memang hebat. Budak baik pada pandangan diaorang.

Serius, aku kecewa bila mengadu dekat mak, mak tak percaya langsung dekat aku. Aku ingatkan lepas haritu, cousin aku tak kacau dah aku lagi. Rupanya tak, dia kacau aku lagi masa kitorang main dekat padang di kampung. Sekali lagi, aku lari dan ya, aku trauma!

Bila masuk sekolah rendah, aku di kacau abang senior pulak. Dia ni kira macam budak budak nakal, jadi aku agak takut sikit dekat dia.

Suatu hari tu, dia masuk kelas aku, panggil aku ke depan dekat meja guru. Meja guru tu kan macam ada cover sikit bahagian depan, jadi tak nampak la kaki bila duduk kan?

Hmm, masa ni la budak ni seluk skirt aku, aku biar je sebab takut sangat. Dia pegang ‘bawah’ aku. Bila aku fikirkan balik, kenapa la aku tak tendang je budak lelaki tu, bodoh nya aku ni kan?

Bila aku masuk ke sekolah menengah, aku mula bercinta dengan senior pulak. Bukan lah aku nak membangga diri, tapi aku seorang yang ada rupa.

Jadi, bila aku masuk sekolah menengah, ramai meminati aku. Jadi, siapa yang aku rasa ada rupa, aku akan bersetuju jadi girlfriend dia.

Aku couple tak lama, 3 bulan putus. Gitu lah. Aku main main je, tapi dorang tu serious. Alah, cinta monyet kan.

Tapi, di sebabkan peristiwa hitam yang berlaku di sekolah rendah menyebabkan aku rasa bangga memiliki ramai teman lelaki.

Ya! Aku bercinta dengan ramai lelaki tapi aku tak pernah sentuh diorang sehinggalah seorang teman lelaki hanat aku ni, yang aku percaya.

Aku ceritakan pada dia ke semua peristiwa hitam yang berlaku masa aku kecil sebab aku percaya pada dia. Tapi, aku salah, dia ajak aku berziina! Dan, akhirnya kami terlanjur setelah pujuk rayu dari dia.

Pertama kali benda ni berlaku, masa tu, aku Form 3. Serius, aku menyesal giila. Aku mintak dengan mak bapak aku untuk pindah sekolah tapi di bantah!

Alasan aku sebab aku malas dah nak sekolah kat sana walhal sebenarnya aku nak lari dari teman lelaki hanat aku tu!

Dan bila tak di benarkan pindah, korang tahu la kan, akan ada terlanjur lagi, berdosanya aku. Sampai la aku Form 5, aku nekad, habis SPM, aku nak belajar jauh dari negeri aku, sebab aku tahu, bila aku belajar jauh, teman lelaki hanat aku takkan dapat jumpa aku dah.

Yes! Alhamdulillah, aku berjaya belajar nun jauh dari negeri aku. Tapi, sekali lagi, aku tersilap langkah. Aku gunakan rupa aku untuk menjerat lelaki, setiap semester aku akan bertukar tukar teman lelaki.

Dan hampir semua daripada teman lelaki aku, aku pernah terlanjur dan lepas tu, aku akan kecewakan mereka dengan curang! Aku happy tengok dorang menangis di sebabkan aku. Jahilkan? Ntah la, aku rasa puas tengok dorang kecewa.

Tapi, ntah. Ada seorang lelaki ni, langsung tak putus asa untuk pikat aku, langsung tak nak berpisah dengan aku. Walaupun macam macam yang aku lakukan untuk bagi dia putus ada tapi dia masih nakkan aku. Dan akhirnya, dia menjadi suami aku.

Sangat baik, sangat menyantuni aku sebagai isteri. Dia tahu kesemua cerita yang aku ceritakan pada korang ni tapi dia masih menerima aku seadanya.

Kadang aku terfikir, kenapa perempuan yang berdosa seperti aku masih diizinkan Allah untuk memiliki lelaki sebaik ini?

Kalau dapat diputarkan masa, banyak yang aku ingin betulkan. Aku rasa diri ni hina sangat. Jauh sangat beza taraf diri aku dengan suami aku..

Aku mohon kepada ibubapa diluar sana, selalulah bertanya kenapa pada anak apabila mereka nakkan sesuatu dan tolonglah percaya pada anak. Pada siapa lagi dia nak percaya? Allahu, aku sedih.

Reaksi Warganet

Siti Aisyah Lokman –
Tak faham betul mak bapak yang tak percayakan anak ni. Saya pernah masa kecik, nak bayar dekat kaunter. Casher tu ambil duit dan ambil kesempatan untuk pegang tangan saya.

Saya cerita dekat mak. Mak saya tak buang masa terus pergi kedai tu lempang mamat tu dan bagi warning. Sejak dari tu dia terus letak je duit dekat kaunter, hahaha.

Anne Is –
Once lect syariah dari UIA cite, dia lahir dekat Mekah. Dok Mekah bertahun tahun belajar agama, mengajar di U Islam dekat merata, lastly balik Malaysia.

Tapi mak dia suruh dia kawin dengan sedara yang free hair, pakai skirt, kerja secretary. Boleh bayangkan, dia akur. Ni jodoh dari Allah.

Lepas kawin dia bimbing betul betul la wife dia jasi muslimah sejati. Kadang ayat quran yang tulis, lelaki yang baik untuk wanita yang baik tu hasil dari jodoh yang begini.

Jangan sia siakan takdir yang tercipta.
Acik ni ada satu sumpahan dekat anak anak dara acik. Sape berani kuar dengan jantan alone, aku sumpah accident patah riuk.. ha ha..

Hanie Zuhanie –
1st- mak ayah if ada anak anak report kene s3xual harassment, tolong la siasat betul ke idok perkara tu. Jangan buat tak peduli pulak.

2nd- memang akan ada jenis orang macam TT. Bagi dia, tu revenge paling terhebatlah but bagi orang lain, ur too naive, too cheap, too tak betul.

3rd- syukurlah ada sudi terima dan layan tt dengan sopan santun selayaknya. Jaga jelah bebaik.

4rd- move forward. Barang yang lepas jangan dikenang, jadikan tauladan untuk u didik anak anak u dengan baik.

Insyirah Daud –
Orang yang kena s3xual harassment ni kadang kadang boleh terjerumus ke maksiiat. Kesian tau diorg ni.

Tambah tambah bila takde orang percaya atau cakap macam perkara tu biasa je. Perasaan yang dipendam pendam, dia akan cuba “terima” kesalahan diorang tu.

Secara tak langsung diorang akan mula normalisasikn s3xual acts. Lagi teruk, last last dia pulak yang mula mengorak langkah ke arah berziina dan sebagainya.

Sebab ni naluri manusia, ada yang curious dan ingin cuba. “Kenapa semua orang buat bnda ni”, “benda ni mesti best”.

Tu tak kira lagi golongan golongan yang ambil kesempatan bila si mngsa cerita pengalaman diorg…. Faham faham la.

Untuk TT. Saya harap awak jaga elok elok suami sekarang. Untuk orang orang yang awk pernah sakiti, lagi afdhal kalau awak minta maaf dekat diorang. Lepas tu, move on. Jangan fikir dah pasal masa lepas. Takde benda yang patut dikenang dah.

Sekarang, fokus untuk lebihkn beramal. Tabur la budi dengan menolong orang lain dan sebagainya. Insha’Allah hidup awak akan lebih tenang selepas ni.

Rini Sofiera –
Banyakkan solat taubat sis. Taubat sungguh sungguh. Sesungguhnya kifarah tu ada disebabkan dosa dosa kita.

Harini sis bahagia dan heran kenapa Allah bagi suami yang baik dan terima kisah silam sis.

Please ambik kisah dekat bawah sebagai pengajaran.

KISAH 1

Seorang perempuan yang asalnya playgirl kawen dengan lelaki yang tergila gila kan dia. End up suami nya jadi playboy dan madukan dia senyap senyap.

Dapat tau pun setelah 13 tahun kawen. Memang tak sangka sebab dia cantik dan jadi dambaan lelaki. Dia sampai sekarang tak sangka suami dia sanggup buat tu semua sebab selama ni dia dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

KISAH 2

Terlanjur dengan suami sebelum kawen. Dua dua tak pernah buat solat taubat. Akhirnya suami kantoi berziina dengan budak sekolah.

Saya nasihatkan sis banyak banyak doa supaya Allah jaga perkahwinan sis. Harini kita bahagia, esok belum tentu. Harini kita senyum, esok mungkin menangis.

Itu lah kehidupan. Tempat kita semua diuji. Kecil atau besar ujian tu bergantung kepada kemampuan kita. Wallahualam..

Sumber – Zana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *