Aku nk mekap, Samdol xbg. Blum kahwin, dh cntrol mcm2. Cincin dh pulang, di srh byar pula harganya

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa tu, ibu ayah dah tanya tanya dah bila nak kahwin. Salah satu usaha aku ialah daftar dekat salah satu portal mencari jodoh. Jumpa seorang mamat ni. Eloklah aku namakan die Samdol.

Samdol ni start mesej aku punya lah baik, bersopan santun. Sembang macam kawan lama. So aku rasa serasilah dengan dia. Rasa macam boleh go. So kitaorang decide untuk jumpa.

Samdol ni drive dalam sejam setengah lah semata nak jumpa aku dari tempat dia kerja. Aku berbunga bungalah. Aku rasa ini adalah salah satu effort die untuk aku.

Lepas dah jumpa tu, dia barulah keluarkan taring dia sikit sikit. Aku senaraikan lah ye benda yang dia buat. Ini tidak mengikut kronologi ye.

1. Aku ni suka tengok wayang dengan kawan kawan aku. Semua perempuan ye. Dia tak bagi ye aku keluar dengan kawan kawan aku. Dia kata membazir beli tiket wayang tu. Lebih baik simpan duit untuk kahwin. Katenyerrr…

2. Aku keluar dengan anak buah dan adik aku pon kena marah gais. Dia kata aku lebihkan anak buah aku. What the heckkk.

3. Aku ni jenis kalau keluar bersiap dengan lipstick dan bedak. Tak tebal ponn. Die kata lepas nie die tak nak aku mekap. Die tanya aku nak tunjuk dekat siape. Aku pon masa tu bdoh, ikut saja macam lembu. Pucat ye gambar gambar aku masa tu.

4. Dia pernah marah aku kaw kaw sebab aku solat lambat. Dia kata tu kepantangan dia. Kalau boleh, masa tu masuk waktu, masa tu jugak nak aku solat. Kalau aku lambat sikit sebab kerja ke, sebab apa ke, konpem kena maki berbakul bakul lepas tu.

5. Aku pernah gurau dengan dia yang aku pergi makan dengan jiran sebelah. Dia mengamuk gais.

FYI, jiran sebelah aku kan family india, sebelah kiri aku family melayu (pakcik2). Tapi kalau dia gurau dia keluar dengan awek baru ke ape ke boleh pulak.

6. Dia warning siang siang cakap dia tak bagi aku kerja lepas kahwin. Dia suruh aku baca kitab apa tah pasal perkahwinan, yang aku tak baca pon sebab aku tak jumpa buku tu.

Aku ada impian aku sendiri masa tu, aku cakap mak ayah aku ada harapan besar dekat aku. Eh, die boleh pulak cakap mak ayah aku tak betul.

7. Pernah aku terlambat reply mesej die, sebab aku tengah wassap kakak aku. Tengah pilih pilih nak beli barang ape. Kena maki juga sebab online lama tapi tak reply mesej dia. Seolah olah dia nak control semua aspek kehidupan aku.

8. Kebdohan terbesar ialah masa break die suruh aku bayar balik harga cincin yang die beli untuk aku padahal aku dah pulangkan cincin tu balik dekat dia.

Pastu die suruh aku bayar balik RM berape yang dia dah spend untuk aku sepanjang kitaorang pernah keluar. Walhal makan biasa 50-50, keluar naik kereta aku. Mengong punya manusia.

Aku lepas jumpa dia, sungguh aku serik nak kenal dengan mana mana lelaki. Malam aku break tu, aku call ibu aku, aku nangis saja.

Aku tak pernah ye seumur hidup aku call ibu aku bila patah hati. Tapi masa tu aku betul betul broken. Aku tau dia tak baik untuk aku.

Ibu aku cakap, “Tak ape kalau Samdol tak sayang Jue, Ibu Ayah orang lain semua sayang Jue.” Dan sejak tu ibu aku tak pernah tanya pasal kahwin dekat aku.

Dia cuba nak control seluruh kehidupan aku. Gerak geri aku. Pemakaian aku. Kalau aku tak buat ikut kehendak dia, dia akan mengamuk.

Aku rasa kalau aku kahwin dengan dia mungkin aku dah jadi mngsa dera.

Dear Samdol. Aku harap kau membujang sampai ke tua supaya tak de perempuan menderita di sebelah kau. Semoga kau takkan pernah bahagia.

Reaksi Warganet

Hyun Myda –
Lelaki jenis macam ni dah kena ajaran sesat nih. Penah dengar kisah kawan kakak yang dapat lelaki jenis ni. Bayangkan isteri tak dibagi wangian langsung.

Syampu rambut tak boleh pakai, bedak tak boleh pakai. Deodorant pun tak boleh. Skincare tak boleh guna. Katanya itu semua barang yahvdi. Dengar je cerita memang kita mengucap panjang.

Hida Natrah –
Bagus la TT dah putus dengan samdol. Aku pernah jumpe lagi teruk dari ni. Semua benda buruk jadi dekat dia, dia akan salahkan gf sebab bawa sial.

Kalau keluar kemana even dengan mak ayah pun, mesti cakap keluar dengan jantan lain. Maki hamun tu biasa. Nak keluar dengan kawan kawan pun tak boleh, kene keluar dengan bf saja. Kalau kelakar takpe jugak.

Pelik jugak aku, dalam tuduh gf dia ada jantan lain, dia still juga dengan gf dia. Lagi aku pelik, gf dia stay dengan bf sampai sekarang. Hmm

Najwa Mhsmdn –
Baru kenal lepas tu lelaki ni expectation banyak sangat ni dah kenapa. Pelik. Ini lah expectation pelik pelik.

Suruh konon bising solat awal lah, bising nak beli barang sikit membazir. Bosannya dating dengan orang macam ni.

Ini sejenis mengatur kehidupan orang lain ni jenis tak pernah berkawan serius dengan perempuan ke apa. Sama aje simptomnya, suka mengawal dan mengatur. Cuba jadi lelaki jadi yang cool sikit.

Sherri Hazmi –
Ya, buat la keputusan terbaik. Cari la pasangan yang kau boleh Sepakat dengan dia dan boleh terima kau seadanya.

Dan paling perlu untuk pilih pasangan yang boleh kontrol emosi serta tak bermulut jahat.

Aku kalau orang tanya macamana nak cari pasangan, aku jawab cari yang pasangan yang tak kawal hidup kau dan bila kau tersasar dia just ingatkan tanpa kata kata nista.

Maksudnya dia bagi pilihan, kau dah tersasar, dia cuma ingatkan. Tapi kau pilih la jalan kau sendiri, dia pun tak kawal jalan kau.

Haa, pasangan macam ni yang paling susah nak jumpa dikalangan lelaki Melayu. Sebab dari kecik diorang dah didik, diorang la superior keatas perempuan.

Kau takyah gi jauh, tengok je la komen lelaki Melayu dekat mana mana yang ada isu macam ni.

Sherrifa Fahima –
Akak rasa kena ada satu group khas untuk para gadis tapis jantan macam Samdol.

Dalam group tu tepek semua gambar jantan spesis Samdol. So that gegadis lain yang tengah mencari tak terseret ke lembah sengsara.

Ramai sangat duk baca jantan spesis bajet hebat nak konker segala benda ni. Kena lantik sorang presiden manage. Tapi bukan akak la.. akak dah kawen. Haha

Buat yang sedang mencari, kalau banyak sangat red flag sebelum kawen tapi masih diteruskan, jangan salahkan takdir. Itu namanya bdoh. Nasib lah TT ceghedikk..

Sumber – Jue (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *