“Aku ank penagih”. Krn ayah, adik lari ke parit. Ayah dh cuak, kluar mencari. Dpan parit, mereka berjanji

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hai semua. Terima kasih atas semua komentar yang positive dan doa yang baik pada luahan aku tempoh hari.

Alhamdulillah, seronok hati tatkala membaca satu per satu komen.

Untuk part 1, klik link dibawah:

“Nasib anak pnagih”. Dpn aku dan adik2, ayah isap. Ajak pula kwn buat projek. Mak halau, rhsia dari jiran terbongkar

Ingin aku betulkan di sini… janganlah marah pada guru yang terlibat dalam cerita aku tu. Mungkin beliau terkejut lantas tak dapat mengawal perasaan bila dapat berita sedemikian.

Jadi atas desakan perasaan ingin tahu tanpa berfikir cikgu tersebut terus mengeluarkan soalan sebegitu di hadapan kelas. Aku sudah memaafkan beliau.

Aku juga ada terbaca komentar mengenai anak penagih serba sedikit mesti akan terpalit juga kesan buruk dari perbuatan ayahnya.

Kalian doakanlah kami supaya menjadi insan yang berguna dan kisah hidup kami menjadi iktibar kepada insan lain yang sedang berjuang untuk terus hidup.

Perbuatan buruk ibu bapa mungkin terpalit pada anak tetapi jika dia tidak mempunyai kesedaran hingga akhir hayat.

Bagiku, sebagai Ibu bapa perlu sangat sangat mendedahkan keburukan dan akibat daripada perbuatan dosa dosa yang mereka telah lakukan supaya anak tidak mengulanginya.

Bagaimana Ayahku boleh pulih 100%? Mustahil kan. Ya, aku juga beranggapan begitu. Tapi kalau Allah berkehendak, siapalah kita menidakkan. Semoge Allah tetapkan hati ayah untuk terus istiqomah dalam perjuangan beliau.

Ingin aku kongsikan serba sedikit perjalanan ayah meninggalkan najis ddah.

Selepas beberapa hari AADK buat serbuan, pastinya keadaan bertambah keruh. Ego seorang lelaki pastinya tercabar. Pertengkaran semakin menjadi jadi sehingga Ibu hampir dipkul dengan helmet.

Pada waktu itu, aku masih di Universiti begitu juga adik no.2. Kami berdua hanya mendengar berita tentang situasi tersebut setelah semuanya kembali tenang.

Yang melalui saat getir itu hanyalah ibu, adik no 3, 4 dan 5. Alhamdulillah, Allah cekalkan hati mereka.

Pada hari ayah ingin memukul Ibu, adik no.3 bergaduh dengan ayah demi mempertahankan Ibu. Setelah itu dia melarikan diri ke sebuah parit bagi menenangkan diri diikuti dengan adik no 4 dan 5.

Adik seorang yang baik. Tidak pernah meninggikan suara terhadap ayah dan ibu. Selepas dia berbuat sedemikian perasaannya bercampur-baur memikirkan tindakan dia betul atau salah.

Kemudian, agaknya ayah risau jika anaknya buat perkara di luar jangkaan seperti bnuh diri atau sebagainya jadi beliau pegi mencari dan terjumpa adik adikku sedang duduk di tepi parit sambil menangis.

Pada ketika inilah berlakunya perbualan dari hati ke hati. Adik adik aku selama ini hanya mendiamkan diri tak berani menegur perbuatan salah ayah. Yang sering bersuara hanya aku dan adik no 2. Tetapi aku bersuara melalui pena.

Aku tidak berani berhadapan kerana air mata lebih laju daripada kata kata. Inilah buat pertama kali mereka bersuara. Ayah menitiskan air mata. Barangkali air mata penyesalan. Jadi, keempat anak beranak membuat perjanjian.

1. Ayah mesti berubah dan tinggalkan sepenuhnya najis ddah.

2. Adik no 3 akan buat yang terbaik dalam SPM.

3. Adik no 4 akan berusaha buat terbaik dalam UPSR dan masuk asrama penuh.

4. Adik no 5 berusaha jadi anak yang baik.

Dengan termaterinya perjanjian tersebut, maka masing masing berusaha memenuhi janji yang dibuat.

Ayah tersiksa selama beberapa bulan. Menggigil tapi bukan dek kesejukan. Kesan apabila tinggalkan ddah badan akan jadi panas yang merimaskan. Jadi ayah kerap mandi. Apa yang aku lihat cara ayah lupakan ddah adalah dengan,

1. Solat. Ini yang menguatkan. Jangan tinggal solat.

2. Penuhi hari dengan zikir.

3. Banyakkan mandi.

4. Sokongan penuh isteri dan anak anak.

5. Tinggalkan kawan ‘seperjuangan’. Perlu diputuskan silaturrahim demi kebaikan.

6. Singkirkan ingatan tentang laluan laluan ke port.

7. Banyakkan aktiviti dengan keluarga.

8. Pergi kemana sahaja mesti ditemani ibu.

9. Taat dengan arahan doktor.

10. Jangan salahgunakan metadh0ne. Minum ikut jadual dan sukatan yang diberikan doktor.

11. Istiqomah (hanya ayah yang tahu bagaimana caranya).

Ini adalah serba sedikit perjalanan ayah tinggalkan ddah yang aku nampak.

Sewaktu pergi minum methad0ne di klinik, Ibu akan teman ayah. Ibu takkan biarkan ayah keluar bersendirian. Kerana di klinik juga boleh menjadi peluang ayah ‘reunion’ dengan rakan rakan lama.

Sejak ayah tinggalkan ddah, kawan dan sahabat ayah hanyalah ibu dan anak anak. Ayah bekerja juga ditempat kerja yang sama dengan ibu.

Jadi ayah tidak mempunyai peluang untuk kembali ke takuk yang lama.

Sehinggalah suatu hari Allah hantarkan lagi ujian kepada Ayah. Ayah kemalangan di tempat kerja dan tumitnya hancur. Ayah tak boleh berjalan selama beberapa bulan dan dijaga 100% oleh Ibu.

Hikmah ayah diuji sebegini adalah ayah terus tak boleh bergerak ke mana mana bahkan tidak ada daya langsung untuk memikirkan dan pergi ke ‘port’.

Setelah ayah sembuh, Alhamdulillah ayah sudah berjaya keluar dari lembah najis ddah. Kuatnya ayah. Kadang aku kagum dengan ayah sebab berjaya mengotakan janjinya walau hanya ditermateri dengan bersaksikan sebuah parit.

Dan adik no 3 berjaya cemerlang dalam SPM dengan keputusan 7A sebagai anak penagih ddah ianya pencapaian yang sangat membanggakan.

Adik no 4 berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh begitu juga no 5.

Mesti tertanya tanya bagaimana ayah hendak membiayai persekolahan dan pembelajaran kami.

Membawa nama sebagai penagih ddah adalah sangat sukar untuk diterima bekerja. Tiada majikan yang berani mengambil risiko walaupun sudah meninggalkan najis tersebut.

Allah hantar seorang hamba yang berbangsa cina yang murni hatinya mengambil Ayah bekerja. Tetapi ayah tak mampu bekerja lama, akibat daripada kemalangan.

Allah permudahkan lagi urusan kami. Alhamdulillah, adik adikku yang masuk ke sekolah asrama penuh mendapat tajaan dan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sehingga kini.

Dan duit PTPTN aku serta adik no 2 digunakan sebaiknya agar dapat membantu menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan adik adik.

Kini, aku dan adik no 2 sudah memegang segulung ijazah dan menjalani dunia pekerjaan. Adik no 3 sedang menyiapkan ijazah dan dua lagi sedang berjuang dengan PDPR. Alhamdulillah, syukur sangat dengan nikmat hari ini.

Ayah sudah berehat di rumah sambil ditemani Ibu dan masih terus diawasi oleh Ibu. Ke mana sahaja pasti ada Ibu di sisi. Doakan ayah terus istiqomah dan sihat sejahtera. Umum tahu bahawa pasti terdapat kesan buruk akibat ddah pada kesihatan.

Aku hanya mampu berdoa supaya kesihatan ayah sentiasa baik selebihnya aku berserah kepada Allah swt.

Terima kasih semua yang membaca luahanku. Semoge Allah swt mendengar doa kita semua dan dipermudahkan urusan. Kadangkala, ujian dalam hidup yang penuh pahit getir yang menjadikan kita kuat seperti sekarang.

Akhir kalam, jauhi najis ddah. Sayangilah keluarga anda.

Reaksi Warganet

Farid Haikal –
Dulu penagih ddah dikenali sebagai penjenayah, tapi sekarang label tu dah bertukar kepada pesakit.

Sebagaimana pesakit knser perlukan ubat, begitu jugalah penagih ddah perlukan ddah untuk terus hidup. Kerana itulah diwujudkan terapi ddah gantian “methad0ne” sebagai gantian kepada nik0tin, ketum etc, yang dikawal selia oleh KKM. Tahniah kepada ayah confessor dan juga keluarga!

Didi Adibah –
Sesungguhnya ibu TT seorg superhero sejati. Berjaya mendidik anak anak menjadi anak yang baik dan hormat ayahnya, walaupun ayah begitu. Dan akhirnya ayah berubah, alhamdulillah..

Berat sungguh ujian keluarga TT. Tapi berkat kesabaran, bersatu hati akhirnya dapat lalui. Semoga saya pun berjaya lalui ujian hidup ni.

Adeeba Raxak –
Ape yang aku rase lepas bace article 1 dan 2, aku blame mak kau 1001%. Dan aku tak setuju bile pengakuan kau seolah minta mak dan anak anak penagih ddah lain untuk terus bertahun hidup merana sengsara dalam toksik berkorban jiwa raga, kewangan semata untuk orang yang penting kan diri sendiri.

Kalau orang tuh pilih jalan tuh lepas beberape kali kite dah cube pun tak usah lah Menyusahkan diri sendiri.

Aku tumpang sedih untuk hidup mak kau Sebab aku rase dia layak dapat lelaki yang lebih baik, menghargai dia, beri dia kasih sayang dalam hidup ini yang cuma 1 kali kite semua melaluinya.

Jamadiatul Saadah Sa’don –
Sebenarnya dalam situasi macam ni isteri dan anak itula kekuatan dia. Sebab merekalah orang orang yang paling dekat dan sentiasa ada dismpingnya.

Tapi kalau isteri dan anak anak tak bagi sokongan, tak sabar, maki hamun suami macam ni, tak membantu makin menambah tekanan pada orang macam ni tak mustahil dia akan semakin teruk.

Kalau yang belum kawin, ibu bapa dan adik beradikla yang perlu main peranan. Moga TT sekluarga terus berada dalam rahmat Allah. Setiap orabg ada ujiannya. Di sebalik ujian ada hikmahnya.

Sumber – Nani (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *