“Salam kenal org dulu2”. F tiba2 dtg rumah. Ayah selamber je. Aku dh merah padam, dh agak apa ayah fikirkan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hai semua. Saya perempuan. Umur saya lewat 50an. Panggil Acik Mah sahaja… bukan nama sebenar.

Ini cerita tentang “salam kenal” yang saya terima dulu dulu sekitar 80an. Yerlah masa tu mana ada FB, IG, TWITTER, TIKTOK dan sumpamanyalah.

Saya coretkan di sini sekadar suka suka. Manalah tahu ada yang terhibur tatkala membacanya. Atau ada yang mengimbau kembali kisah lama

Belajar di SBP dan anak kampung sejati, saya tidak pandai bercinta di bangku sekolah. Ada juga rakan sekelas yang cuba memikat tetapi saya tolak. Bukan tunjuk baik tetapi saya rasa kelakar bila di ajak “couple”.

Dengan keputusan SPM yang kurang cemerlang saya hanya berjaya memasuki IPTA di ibu negara. Kebanyakan sahabat saya fly untuk sambung belajar maklumlah kami antara SBP premier ketika itu.

Banyak juga sahabat saya kini memegang jawatan tinggi dalam negara. Kalau saya sebut nama nama mereka, pembaca tentu kenal. Nanti tau pulak siapa saya kannn… hahaha

Salam kenal pertama saya berlaku di library.

Satu malam seorang laki2 mendekati saya. “Kawan saya nak kenal .. Dia tunggu awak luar library” katanya. Entah kenapa hati saya berdebar.

Takut. Bimbang semua ada. Saya ajak kawan baik saya balik.

Seminggu saya tak ke library. Kemudian saya pergi semula tetapi duduk di bahagian lain.

Sedang sibuk belajar, datang lagi orang yang sama tapi berdua. Rupanya itulah kawan yang dia cakap tempoh hari. Dia kenalkan diri sebagai pelajar tahun akhir degree. Saya namakan A sahaja.

Berambut kerinting dan berbadan besar, bukan “taste” saya. Dengan baik saya tolak A atas alasan nak tumpu pada pelajaran. Mujur dia faham.

Sesekali saya pernah terserempak tetapi tidaklah A mengganggu saya. Kemudian saya dapat tahu A adalah pemain rugbi Uni. Patutlah badan dia besar…

Sebulan berlalu kisah A ini saya masih suka ke library. Satu malam saya dapati ada sekeping nota kecil terselit di antara buku buku saya. Ringkas tulisannya “Hai, good luck”.

Masa tu dekat nak final exam. Saya pandang sekeliling, manalah tahu empunya nota ada di sekitar atau sedang tersengeh sengeh kearah saya.

Tetapi semua orang asyik dengan buku. Saya simpan dan berharap agar dia berani bersemuka.

Malam berikutnya, saya duduk di tempat sama. Tak sempat nak mula belajar, seseorang mendekati meja saya. Berdiri betul betul ditepi.

Saya masih duduk dan mendongak mendengar salamnya. Dialah yang menulis nota kecil itu. Saya namakan B. Tinggi, berkulit sawo matang dan rambut ikal. Dia baru tahun pertama degree.

Entah kenapa, B ini pun tidak menarik minat saya. Salam kenal dia saya biarkan begitu sahaja. Saya berhenti ke library sehingga tamat exam.

Pulang ke kampung di utara, saya naik tren. Semasa di stesen keretapi saya disapa lagi. Saya namakan C. Dia bukan nak naik tren tetapi menghantar seorang rakan sekerjanya yang nak pulang ke kampung.

C koyakkan kotak rokoknya, tulis nama dan alamat rumah…. Katanya, hantarlah surat bila bila free… handphone belum wujud masa tu. Haha..

Orangnya tinggi dan agak kacak. Berkulit cerah. Namun, C juga tidak menarik minat saya. Sampai di rumah, kertas tersebut saya beri kepada kawan baik saya sebelah rumah.

Mereka berhubungan dan C menyangka itu adalah saya. Setahun berlalu apabila C meminta gambar kawan saya. Rupa rupanya surat berserta gambar yang kawan saya kirimkan itu merupakan yang terakhir. Tiada balasan atau ucapan selamat tinggal antara mereka. Tamat begitu sahaja… sedeh.

Habis cuti, saya pulang ke kampus naik tren. Jumpa pula dengan D. Orangnya berkulit cerah berbanding saya dan senyumnya manis. Pelajar tahun akhir degree di UKM.

Kami berbual seketika sebelum dia berpindah tempat duduk bersama kawan kawan dia. Sebelum tu dia minta alamat saya di kampus. Saya berikan kerana niat di hati untuk menambah kawan.

Dua minggu kemudian saya menerima “surat cinta” dari D.

Perasaan saya.. menyampah dan benci bila baca. Isi surat tersebut menyatakan rasa sayang, rindu dan penuh dengan harapan untuk menghalalkan saya sebaik dia dapat kerja…

Mungkin saya tidak percaya pada “cinta pandang pertama”. Surat itu saya simpan untuk ditunjukkan pada adik saya bila balik cuti nanti.

Itulah yang pertama dan terakhir. Mungkin D ingat surat tu tak sampai sebab saya tak balas.

Bila balik cuti saya kongsi surat D dengan adik. Kami gelak sama sama dan adik saya kata, D ni tak pandai “mengurat” agaknya. Adik saya laki2 yer tapi kami sangat rapat sebab saya satu satunya perempuan dalam keluarga.

Di kampus, saya belajar seperti biasa. Kali ini saya ada grup study. Kami berlima termasuk 2 laki2 seringkali ke library untuk sesi perbincangan.

Ada sekali tu saya demam dan tak boleh join mereka ke library. Balik malam tu, kawan baik saya datang ke bilik.

Katanya kawan laki2 grup study kami yang seorang tu kirim salam dan pesan supaya saya jaga kesihatan. Saya namakan E. Dia kata dia sangat sukakan saya tetapi bimbang kalau di reject.

Patutlah selama ini, E panggil saya adik. Katanya sebab saya paling muda dalam grup kami. Rupa rupanyanya ada udang sebalik mee… hahaha

Sejak insiden tersebut, saya rasa janggal. Sebabnya saya tak boleh terima E yang saya anggap kawan sahaja.

Grup kami terbubar secara tak rasmi. Saya pula selalu cuba mengelak bila terserempak E. Maklumlah kami satu kuliah.

Cuti datang lagi. Siren dah bunyi, tren nak bergerak. Tiba tiba seseorang lompat naik dan duduk di sebelah saya tanpa bertanya apa apa. Tren dulu dulu tiada nombor seat… main duduk jer. Kalau penuh, berdiri pun boleh.

Saya namakan F. Dia minta maaf sebab tak sempat nak cari seat lain. Kami mula berbual. Orang dulu dulu kalau berbual, ikhlas yer. Tak pandai nak tipu tipu. Rupa rupanya kami dari IPTA yang sama. Apa lagi… gelak besarlah kami.

Lebih mengejutkan, kami tinggal di kolej yang sama. Bermakna dewan makan yang sama. IPTA kami tu macam asrama dekat SBP .

Sembang punya sembang, boleh pulak F ni perasan kawan baik saya sebab dia tu “red spot” (gelaran untuk orang yang popular, cantik dan banyak peminat) tapi tak perasan saya. Sedeh….

Dari segi penampilan, F ni berkulit sawo matang. Rambut ikal tetapi tidak tinggi. Mungkin lebih dua inci sahaja dari saya.

Kami sama sama orang utara. Sepanjang malam dah jadi sesi suai kenal. Untuk pertama kalinya, saya rasa sungguh selesa berbual dengan dia.

Nak dijadikan cerita lagi, roommate F adalah course mate saya.

Kami bertukar tukar alamat sebab dua dua tak ada telefon rumah. Kira kami ni setaraf la… keluarga kami orang susah walau pun bukanlah miskin tegar.

Cuti panjang masa tu… tak silap dekat 2 bulan jugak la. Sepanjang cuti kami berutus surat. Berbalas balas. Boleh kata tiap minggu lah ada surat.

Cerita biasa biasa. Tidak melibatkan perasaan, jadi saya suka.

Satu hari saya dikejutkan dengan kedatangan F secara tiba tiba. Aduh… apa saya nak cakap dekat mak ayah yer.

F dah ada luar rumah takkan saya tak jemput dia masuk. Dah la naik motor. Jauh tau.. 80 km jarak rumah kami.

Dengan macam macam buah tangan F bawak, saya rasa terharu. Mujur mak ayah saya boleh terima sebab saya kata kawan biasa. Saya tak cerita yang saya baru sangat jumpa dia dekat tren.

Ayah saya selamba jer kata…” tak apa, kawan2 la dulu. Kenal2 dulu ”. Tiba tiba rasa merah padam muka saya sebab saya boleh agak apa yang ayah fikirkan.

Pembaca yang budiman, terima kasih sebab luangkan masa. Banyak nak kongsi ni tapi dah panjang sangat rasanya. Tapi yang pasti salam kenal yang saya terima dulu tak sampai Z yer… hahaha.

Saya berhenti dulu… Moga semua happy sebab dah boleh rentas negeri. Jaga SOP…

Reaksi Warganet

Nor Aziela Shaharudin –
Seronok baca. Teringat kenangan zaman sekolah dulu dulu. Ada yang letak surat bawah meja, selit nota good luck dalam buku.

Ada juga yang tukas pass kan surat nak berkenalan waktu dalam perjalanan balik dari sekolah.

Khaliza Mokhtar –
Cik mah ni sezaman dengan saya, pelajar uni tahun 80an. Banyak sekali salam kenal nya turut jugak saya alami. Memang lucu bila dikenangkan.

Hp belum wujud, laptop, tablet pun takde. Yang ada cuma desktop yang mnjadi rebutan para pelajar sebab setiap jabatan punya beberapa biji sahaja yang direbut unthk digunakan oleh beratus pelajar. Print pun pakai mainframe.

Memang salam kenal selalu melalui surat atau pakai “orang tengah”…”hai….kawan saya nak kenal dengan awak”..haha. Itulah yang biasa ditegur. Terima kasih cik mah, sungguh mengimbau kembali kenangan lalu..

Reen Asmara –
Teringat pulak memori dedulu. Zaman muda remaja, pi pasar raya. Beg kena tinggal dekat luar.

Tib tiba masa nak amik beg, ada cebisan kertas terselit dekat tepi beg. Nama dan alamat seorang lelaki, ingin berkenalan katanya..

Dalam 10 langkah berjalan, ada seseorang mengekori. Katanya dia yabg letak cebisan kertas tanda pengenalan tu…

Wow… Abam loreng rupanya.. Siap beruniform lagi tapi Salam perkenalan nya ku tolak dengan lembut. Kerana hati telah terpikat pada Abam polis.. Haha

Alhamdulillah…jadi husband dah sekarang..

Sumber – Acik Mah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.