Foto sekadar hiasan
Kerana Anak Kak Long
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Thanks admin kerana siarkan cerita saya ni.
Saya Siti, umur awal 40 an. Saya anak bongsu daripada 13 orang adik beradik itu sebabnya panggilan untuk saya Mak Adik, semua dah habis diguna oleh abang dan kakak saya.
Cerita yang hendak saya kongsi hari nie mengenai anak kaklong saya yang sebaya dengan saya. Kami berkongsi segalanya dari kecil hingga lah remaja.
Anak saudara saya lelaki. Agak nakal, selalu menyusahkan hidup saya sejak dari kecil.
Saya masih ingat lagi ketika tadika saya mendapat hadiah pada hari anugerah kecermerlangan tapi anak buah saya tidak mendapat apa apa. Kaklong bising katanya saya tidak mahu belajar dengan anknya.
Semasa di sekolah rendah boleh dikatakan saya selalu mendapat perhatian guru dalam pelajaran tetapi anak buah saya tidak. Tambahan pulak dia agak nakal dan selalu mendatangkan masalah.
Disini juga menjadi masalah pada saya dimana kaklong minta saya belajar bersama sedangkan anaknya bukan nak belajar. Jujur saya cakap saya tidak ikhlas.
Pada exam UPSR, saya mendapat 5A, anak buah hanya lulus saja. Kaklong bising bising katanya saya lah punca anak dia tidak mendapat result bagus.
Masuk sekolah menengah plan asalnya saya hendak ke sekolah asrama penuh, kebetulan pada masa itu keadaan ibu agak tidak sihat. Tambahan pulak tiada sesiapa lagi dalam rumah kami.
Pada masa itu 1 abang dan 2 kakak saya sudah berada di asrama, jadi saya korbankan niat saya.
Ketika itu 2 orang abang saya berada universiti, keadaan kewangan agak sempit. Jadi saya memahami situasi ayah dan ibu.
Semasa saya di form 3, sekali lagi saya mendapat result bagus, 7A 2B. Ibu saya buat kenduri kesyukuran untuk saya.
Seperti biasa anak buah saya tetap menyusahkan saya yang mana result dia hanya ada 3B selebihnya saya tidak ambil peduli. Sekali lagi kaklong pertikaikan kejayaan saya.
Saya masih kekal di sekolah yang sama. Punca kali nie dari kaklong, dia sengaja mengatakan saya tidak perlu ke sekolah jauh, sama saje sekolah mana asalkan mahu belajar.
Kemuncak semasa result SPM, saya masih membanggakan ibu. Kali nie saya berharap saya boleh keluar dari rumah dan belajar lebih tenang tanpa gangguan.
Sangkaan saya meleset, surat permohonan saya ke Universiti tidak sampai ke tempat sepatutnya, betapa saya kecewa.
Akhirnya saya masuk ke form 6 dan ambil exam STPM. Alhamdulillah, berkat usaha saya selama hampir 2 tahun membuahkan hasil.
Kali ini segala urusan permohonan dan surat menyurat saya uruskan sendiri. Saya hanya bertanya pada guru guru, dan orang yang saya percaya.
Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di dalam bidang yang saya minati iaitu pendidikan.
Jujur saya akui, saya rimas sepanjang kehidupan kanak kanak saya yang selalu disuruh menjaga anak buah, kemudian perlu ajar dia.
Jika anak buah nakal, kaklong dan abanglong saya akan menyalahkan seratus peratus pada saya, sedangkan saya sebaya usia anak mereka.
Satu perkara yang tidak akan saya lupakan, semasa permohonan ke universiti lepasan SPM tu, borang tersebut kaklong saya tidak poskan, malah dia sembunyikan.
Tambahan pulak pada ketika itu hanya dia saja yang boleh diharapkan untuk pos tapi kaklong tidak jujur.
Buat kaklong, adik maafkan segala galanya apa yang telah kaklong buat. Adik selalu doakan kebaikkan dan kebahagian kaklong, adik tak pernah simpan dendam, semoga kaklong baik baik saja.
Jika kaklong ada kelapangan jemputlah datang rumah adik kelak.
Sepanjang 17 tahun adik berkahwin kaklong tak pernah datang rumah adik. Hanya berjumpa di rumah ibu. Adik nak kaklong tau, adik sayang kaklong.
Reaksi Warganet
Pelangi Indah –
Adik beradik pun memang ada yang hati busuk la. Tak heran la cerita macam ni.
Aruwah mak saya anak bongsu dia dapat tanah pusaka yang dah diambil pemaju untuk buat rumah. Oleh kerana mak saya ni sekolah tak tinggi maka geran tanah ditumpang nama kakak dia. Dengan alasan kalau pepehal kakak bole tolong.
Believe it or not bila dah nama orang lain dekat atas geran rasa rasa dia nak pulangkan tak kepada orang yang berhak?….
Tak… dia jual rumah dia ambik separuh duit yang balance tu dia beri pada aruwah mak. Percaya adik beradik punya pasal.
Qaseh Qarmila –
Biasa nya kakak kakak, abang abang agak payah nak berubah perangai kecuali ada kejadian atau apa apa yang amat menginsafkan mereka, itu mungkin yang akan mengubah kelakuan mereka.
Lebih lebih lagi jenis mereka lebih tua dari adik adik jadi mereka selalu berfikiran mereka betul.
Adik beradik pun ada yang Toksik, jenis ini seharusnya dijarak kan perhubungan walaupun pepatah air dicincang tak kan putus tapi lebih baik lah orang orang toksik ni kita jarakkan. Hidup tenang, hati tak sakit…
Izzaty Chan –
Apa jenis kakak la kak long awak ni. Memalukan betul. Tugas dia laki bini menjaga dan didik anak sendiri tapi diserahnya pada adik bongsu. Apa punya perangai lah.
Saya pun kak long juga. Adik adik perempuan saya yang dua orang saya paksa keluar rumah dan duduk sama dengan saya untuk cari kerja. Ada yang masa tu adik saya tunggu keputusan degree.
Sementara tu saya ajak dia masuk kerja dalam company sama sama. At least ada duit poket masa nak sambung belajar. Adik saya berhenti kerja lepas dapat tawaran degree.
Masa saya dah kawin pula, adik saya bagitau ada dapat tawaran interview tapi abah saya tak dapat hantarkan. Jadi saya katakan pada dia, duduk rumah saya sebab rumah saya agak dekat dengan public transport dan saya ajar adik saya route naik train.
Syukur rezeki adik saya dapat kerja, dan sekarang dia duduk asing dari kami tapi once in a while kami akan jumpa da dia akan stay sama tolong saya melayan anak anak saya. Sebab dah pernah duduk sama, manja lebih dengan mama meera nya.
Saya happy adik adik perempuan saya berdikari dan berjaya dari saya. Saya bangga dengan mereka. Dalam istilah kami adik beradik perempuan ni takde dengki dengki. I love u so much sista! Helwany Chan Huda Ismail
Buat TT, takyah la ajak kak long tu datang rumah. Takut nanti jadi lain pula jadinya, just doa je dari jauh. TT mesti dah berjaya sekarang kan. Kita cari je bahagia kita sendiri.
Nur Athirah –
Umm bab membandingkan result tu dah biasa dah kalau tengok tapi kes confessor ni jarang sebab dia marah pulak orang yang dapat lagi bagus dari anak dia.
Apa apa pun tahniah untuk pencapaian confessor. Pasal kak long tu biar jer even kita ni baik mana pun mesti ada sorang yang tak suka kita. Kalau dia tak nampak usaha awaj dan masih pertikaikan kejayaan awak just let her be.
Mungkin beza umur yang banyak yang buatkan dia tak faham awak. Doakan yang banyak banyak untuk kak long confessor jugak supaya nampak usaha awak tu
All the best.
Sumber – Mak adik (Bukan nama sebenar) via IIUMC