Foto sekadar hiasan
Assalammualaikum dan sala m sejahtera para pembaca dan admin.
Maaf saya menumpang untuk mencoretkan luahan hati saya. Saya masih shocked, dan terkedu. Saya rasa lemah, hilang seluruh rasa dalam hidup.
Saya dan suami dalam proses bercerrai. Tapi kami masih sebumbung. Bukan tentang suami yang saya resahkan tetapi sikap keluarga saya.
Bulan yang lalu, ada sedikit perselisihan faham dengan adik beradik yang lain. Ketika itu baru saya tahu mereka tidak gembira saya bercerrai berai dan menganggap saya akan menyusahkan ibubapa yang sudah tua.
Saya sudah digantung tidak bertali selama empat tahun. Tidak bertegur sapa, tidak diberi nafkah, tidak dilayan sebagai isteri. Dengan keluarga sayalah saya memohon simpati. Tidak saya sangka mereka menganggap saya bakal bercerrai dan menyusahkan ibubapa nanti.
Untuk pengetahuan semua, saya bekerja dan tinggal jauh dari keluarga. Adik beradik lain semua tinggal berdekatan atau masih serumah dengan ibubapa saya.
Saya mulai jauhkan diri daripada berbual di Whatsapp keluarga. Cuma balas bila perlu.
Saya sendiri dalam keadaan tertekan dengan masalah rumahtangga tetapi saya tidak sangka dengan saya berdiam diri, ibu saya mula berprasangka buruk terhadap saya. Ibu mengatakan saya tidak lagi menghormatinya dan saya tidak diperlukan lagi dalam kehidupan mereka.
Tuan tuan dan puan puan, apakah perasaan anda sekiranya ibu anda menyisihkan anda hanya kerana berpihak kepada adik beradik yang lain?
Di usia 20 tahun saya terpaksa keluar rumah kerana memberi peluang kakak dan suaminya serta anak anak tinggal bersama ibubapa.
Saya belum berkahwin ketika itu, masih belajar dan terpaksa menggunakan pinjaman PTPTN untuk membayar sewa pada tahun terakhir saya belajar.
Saya berkenalan dengan suami ketika menjalani latihan praktikal dan usai latihan praktikal, saya menikah. Saya berkorban untuk kakak, malah saya ada bersamanya ketika bekas abang ipar meninggalkannya dan anak anak.
Saya terkilan mereka memburukkan saya kepada ibu sampai ibu merasakan saya seorang anak yang tidak kenang budi. Saya cuba hubungi ibu, ibu sekat panggilan dan segala macam media socialnya daripada saya.
Saya minta tolong adik untuk bantu saya jelaskan tapi adik menyatakan dia tak mahu membantah cakap ibu. Saya terkedu! Ibu sisihkan saya! Ibu buang saya tanpa mendengar penjelasan saya.
Jika saya bercerrai, saya tidak sesekali akan pulang tinggal bersama mereka. Saya cuma memohon mereka beri simpati, beri sokongan tetapi malangnya saya dicemuh.
Kak Ngah yang paling beria mencemuh saya menyusahkan ibubapa sedangkan dia dahulu berkerjaya dengan gaji besar memilih untuk tinggal bersama ibubapa kami supaya tidak perlu mengupah pengasuh atau pembantu rumah.
Saya tertekan. Saya rasa tidak berguna dalam hidup bila ibu memilih untuk menyisihkan saya. Saya tertanya apakah kehidupan saya akan berjalan baik tanpa doa restu seorang ibu?
Apakah Tuhan akan memberikan rezeki yang baik kepada saya walaupun saya digelar anak tidak kenang budi?
Apakah seorang ibu tiada dosa kepada anak? Melalui pembacaan, saya kira sebagai anak saya perlu beralah. Saya mengalah.
Saya mohon maaf pada ibu tetapi ibu malah mempersenda saya dan menjadikan saya bahan dalam status Whatsapp yang dikirim oleh sepupu.
Hampir semua saudara mara tau ibu menyisihkan saya. Saya malu. Saya menangis semahunya sampai anak anak tertanya kenapa. Entah apa yang mereka fikir? Mungkinkah mereka fikir saya cuma mahu pulang ke rumah dan mengambil alih tempat Kak Ngah sedangkan saya sendiri mempunyai tempat tinggal dan saya selesa di sini.
Sedikit pun tak pernah saya culas menghulur sebahagian gaji saya untuk keluarga saya walaupun adik beradik lain lebih berkemampuan.
Saya tidak meminta dari mereka kerana gaji saya sudah cukup walaupun tidak banyak. Saya cuma perlukan simpati dan sokongan lebih lebih lagi saya mengharungi semua masalah di sini seorang diri.
Sedih bila dibuang, bukan setakat adik beradik tapi ibu sendiri. Abah cuma berdiam tanpa kata. Saya sedih kerana saya bukan hanya kehilangan seorang suami, malah saya bakal hilang keluarga saya.
Orang kata jangan duduk serumah dengan keluarga bila dah berkahwin. Malangnya saya yang jauh dari mata pun dibuat musuh. Macam mana saya nak bahagia tanpa ibu?
Reaksi Warganet
Aly Alice –
Been in your position. Jadi saya ambil langkah berdiam, enjoy time kat overseas sebab saya pilih mengikut suami. Follow the flow sampailah balik Malaysia. I said nothing, gave no news. Kak i said i sengaja nak penalise family with my silence. I have nothing to say. I returrned to malaysia with a damaged property, more blamed and pregnant. I resorted to nurses in klinik kesihatan and kaunselors dekat health facilities. I survived how i needed to survive.
Mashitah Mashie –
Lily… Kita tak boleh ubah apa yang orang nak fikir tentang kita sekarang. Sebab mereka hanya akan percaya apa yang hendak mereka percaya ja..
Jadi sekiranya awak dah cuba explain tapi mereka ignore, so biarlah. Biar masa yang tentukan semuanya. Percayalah semua yang buruk dan jelik ITU pasti akan terbukak jugak. Dan apa yang benar ITU mesti akan tersingkap. Kunci dia kena sabar..
Teruskan hidup. Bina hidup baru. Allah tu maha mengetahui, sedangkan Kita tidak..
Nuriah AbdRazak –
Selesaikan permasalahan satu persatu…
Duduk berjauhan itu bagus dah. Tak apa, awak teruskan dengan anak anak awak sendiri. Soal mak tuu, kemudian sahaja. Bila awak berkelapangan, awak balik jaa. Buat biasa, kuatkan hati. tak perlu balik lelama. Cukup laa sehari semalam..
Fokus pada diri sendiri dan anak anak kita. Masa akan mengubah keadaan. Berbaik dengan orang yang awak percaya..in Shaa Allah awak akan baik baik sahaja..
Jangan terlalu fikirkan redho dan restu. Ini semua urusan Allah. Allah yang selayaknya menentukan..
Has Niza –
Fokus pada permasalahan utama. Selesaikan dulu satu persatu. Uruskan dulu urusan percerraian hingga selesai, yang lain lain tu fikir kemudian. InsyaAllah bila puan mampu buktikan sangkaan mereka tu salah, keadaan akan baik baik semula.
Jika sebelum ni puan boleh bertahan, insyaAllah selepas ini juga akan mampu. Allah tak bagi ujian pada hambaNya yang tk mampu.
Sedar tak sedar.. Ujian ujian sebelum ni adalah persiapan untuk puan jadi lebih kuat menghadapi ujian ujian akan datang.
Jangan risau k.. Postive selalu.. Jangan berharap pada orang lain kerana mereka akan mengecewakan.
Hasbunallahuwanikmal wakil. Bergantung pada Allah itu yang sebaik baiknya..
Hidup di dunia memang lagu n. Banyak ujian dan dugaan. Semoga tt terus kuat dan terus tabah. Digantikan dengan yang lebih baik atas musibah yang melanda..
Nadzirah Md Saad –
Pandangan saya, uruskan dulu pencerraian, nanti bila dah puan dah berdikari sendiri, dan ibu puan lihat puan tidak menyusahkan dia, juga tidak balik tinggal serumah dengan ibu, mungkin hatinya akan berubah
Tentang pertanyaan restu ibu, Allah maha mengetahui segalanya… in shaa allah.. puan selamat.
Teruskan berdoa, sedekahkan alfatihah setiap hari kepada ibibapa dan adik beradik dengan niat diberi petunjuk kebenaran kepada mereka dan juga puan sendiri.
Semoga dipermudahkan urusan, dan diberi kesabaran dan ketabahan mengharungi kehidupan…
Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC