Housemate ustazah. Pelik, asyik berkurung dlm bilik. Aku selongkar telekung dlm biliknya. Xsedap hati, terus aku bgtahu kawan2

Foto sekadar hiasan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua sahabat. Maaf sekiranya penulisan saya ini sedikit panjang. Tetapi saya memilih untuk menceritakan semuanya di sini.

Nama saya Nur. Berumur 26 tahun. Seorang guru baharu yang dah dipostingkan setahun yang lepas. Saya bekerja di salah sebuah sekolah sekitar negeri Selangor.

Penulisan ini bukan ingin menceritakan kisah hidup saya tetapi lebih kepada perkongsian cerita tentang sahabat perjuangan saya dan ingin meminta pendapat daripada sahabat semua.

Kami dipostingkan seramai 4 orang guru. Kesemuanya guru perempuan. Alhamdulillah memudahkan urusan kami untuk mencari rumah sewa ketika awal aw menjejakkan kaki di bumi Selangor. Maklumlah kami semua bukan anak Selangor.

Semuanya merantau dan mencari rezeki di sini. Segala kehidupan seorang guru banyak dikongsikan bersama sahabat perjuangan. Pahit manis tiada satu pun yang ditinggalkan dan dirahsiakan.

Saya merupakan antara guru baharu yang sangat pasif. Kerap menyendiri dan sedikit pemalu. Segala perkara negatif, saya tak mampu untuk menegur.

Seringkali sahabat sahabat menceritakan keburukkan dan kekangan pengurusan di sekolah.

Saya sedar, sebagai seorang guru baharu. Kami tidak sepatutnya membiarkan perkara negatif meniti di mulut kami. Bukankah rezeki ini yang sentiasa ditunggu tunggu selama ini?

Namun, saya memilih untuk diam semata mata untuk menjaga hati sahabat. Saya akui itu adalah kelemahan saya yang paling teruk.

Seramai 4 orang guru baharu, salah seorang daripada kami adalah seorang ‘Ustazah’. Dalam erti kata lain, guru yang mengajar subjek Pendidikan Islam.

Saya kenal beliau di sekolah yang kami dipostingkan meskipun beliau merupakan alumni universiti yang sama dengan saya.

Mungkin disebabkan kos dan fakulti yang berbeza menyebabkan saya tidak pernah menjumpainya di universiti.

Ketika awal awal saya dipostingkan di sekolah. Saya begitu teruja mendapat seorang sahabat yang mengajar Pendidikan Islam dimana harapan utama, beliau mampu menegur saya jika tersalah dalam kehidupan.

Tambahan, kami semua jauh dari keluarga dan sahabat sahabat ini sahajalah untuk kami bergantung antara satu sama lain.

Sahabat saya ini suka sangat memasak. Masakannya MasyaAllah sangat sangat sedap. Rasa masakan orang pantai timur yang begitu asli.

Selepas hampir 4 bulan dipostingkan. Saya berasa amat curiga. Kami tinggal di bilik yang berbeza dan berkongsi bilik air yang sama. Sahabat saya ini sangat gemar berdiam diri di dalam bilik.

Beliau mampu untuk stay di dalam bilik hampir 24 jam tanpa keluar. Saya husnuzon ketika itu.

Namun, bila saya tanya. Beliau menjawab bahawa beliau menonton drama korea seharian. Mungkin itu biasa bagi kita kita zaman sekarang. Tetapi beliau tidak keluar untuk mengambil wuduk itu yang luar biasa.

Tetapi saya memilih untuk tidak bertanya. Selepas seminggu, saya cuba selongkar telekung beliau di biliknya ketika beliau keluar.

Saya rasa tindakan saya ini agak kurang ajar jika diketahui oleh beliau. Saya lihat telekungnya tidak terusik dari beg yang dibawa kami ke sekolah setiap hari.

Masih terlipat kemas di dalam beg tersebut. Saya cuba untuk husnuzon lagi. Saya harap yang beliau menggunakan telekung gantian.

Namun saya lihat telekung gantian juga terlipat elok di dalam plastik. Saya rasa tidak sedap hati. Jadi, saya bagitahu sahabat yang lain tentang masalah ini.

Namun mereka tidak berani untuk menegur kerana sahabat saya itu seorang Ustazah. Pengetahuan agama beliau jauh lebih tinggi dari kami. Jadi kisah ini berlarutan lagi.

Baru baru ini kami ditugaskan oleh pihak sekolah untuk bertugas berikutan pembukaan sekolah untuk murid tingkatan 5. Kami bertugas dari pagi hingga petang sehingga selesai proses sanitasi. Jadi, memang kami akan solat di sekolah.

Sahabat saya Ustazah ni sering bawa telekung ke sekolah memandangkan kami tak sempat solat di rumah. Jika dalam perjalanan balik pun kami kerap singgah di masjid untuk solat.

Memandang sekarang masih dalam pandemik, memang masjid tidak menyediakan sebarang telekung dan sejadah. Terpaksalah kami bawa dari rumah.

Hari itu kami balik agak lewat. Bila sampai sahaja di rumah, beliau masuk ke bilik dan kunci pintu. Mungkin sebab kepenatan.

Saya juga tertidur sehinggalah jam 7.50 malam. Cepat cepat saya mandi dan solat Maghrib. Sejurus sahaja azan Isyak, beliau keluar dari bilik dengan berpakaian sekolah pagi tadi.

Beliau duk bercerita yang beliau tengok cerita korea sahaja dari tadi. Saya cuma mengiakan. Selepas itu, beliau ke dapur.

Saya masuk ke bilik beliau, saya lihat telekung yang dibawa ke sekolah tadi masih tidak terusik berada di atas kerusi.

Saya cuba intai sebarang telekung yang lain di sekitarnya. Tiada. Apatah lagi sejadah. Dan saya begitu yakin, dengan keadaan beliau yang masih berbaju yang sama dan tidak terurus pada petang itu.

Saya yakin bahawa beliau memang tidak solat Maghrib pada hari itu. Saya minta maaf sangat sangat jika sahabat semua merasakan saya tidak sepatutnya menuduh beliau begitu.

Hari itu, saya rasa sangat sangat terkilan. Saya rasakan saya seorang sahabat yang tidak berguna. Beliau berbuat salah tetapi saya tidak mampu untuk menegur.

Yang lebih meyakinkan saya. Beliau pernah berkata yang apa yang diajarkan kepada murid tidak diamalkan oleh beliau.

Saya seringkali juga cuba untuk menegur beliau dengan memasang nasyid ‘Sepohon Kayu Daunnya Rimbun’ di dalam kereta.

Walaupun saya rasakan lagu itu mungkin sedikit bosan untuk beliau. Tetapi harapannya agar beliau sedar akan kekhilafannya meninggalkan solat itu.

Namun, semuanya sama sahaja. Saya rasakan perbuatan saya itu hanya sia sia. Ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Satu lagi, beliau sangat tidak menjaga percakapan. Mencarut itu biasa untuk beliau. Perkataan mencarut yang tidak patut diungkapkan juga pernah disebut oleh beliau. Saya risau saya juga akan terpengaruh.

Saya akui, sabahat saya juga banyak kebaikan. Contohnya beliau pandai masak, suka tolong orang dan banyak lagi. Tapi bab solat ni saya rasa saya kena tegur tetapi tidak tahu nak menegur macam mana.

Saya juga bukanlah gadis yang baik. Saya juga ada kekurangan. Saya tidak tahu nak buat apa lagi?

Saya tidak mampu menegur. Saya minta sahabat yang lain untuk menegur. Tetapi mereka tidak mahu. Apa lagi yang perlu saya buat?

Saya nak minta bantuan pendapat dari sahabat sahabat saya semua. Jika saya salah, betulkan saya juga. InsyaAllah saya terima teguran untuk kebaikan bersama. Terima kasih.

Mohon doakan sahabat saya dipermudahkan urusan. Menyedari apa yang salah, dan sama sama perbaiki. Aamiin.

Reaksi Warganet

Husna Afifi –
Takyah tegur, tapi start lah solat berjemaah dekat rumah. So setiap kali waktu solat je, ketuk pintu semua ahli rumah ajak solat sama sama.

Kalau dia jenis solat, dia akan join. Kalau dia jenis x solat. Lama lama nanti dia join la kot.

Dulu saya dekat rumah sewa all girls pun buat macam tu. Asalnya 2-3 orang je join. Lama lama hampir semua join sekali. Imam ganti ganti. Takyah doa panjang, takyah tazkirah bagai

Atikah Jamaluddin –
Ajak dia solat jemaah sama sama. Suruh dia jadi imam, tengok reaksinya. Puji dia selalu cakap awak kan ustazah.

Moga moga bila selalu diminta jadi imam solat jemaah terdetik dalam hatinya rasa bersalah sebab tinggalkn solat. Pahala solat jemaah dapat, ikatan persahabatan pun jadi makin erat bila selalu solat jemaah dengan kawan kawan serumah.

Walaupun ustazah, dia pun manusia biasa juga yang tak lari daripada buat dosa. Ustazah pun tak suci daripara dosa. Yang mana yang baik daripada dia, boleh diambil sebaai pengajaran. Yang buruk, jadi kan sempadan…

Faranishah Hakim –
Dia Ustazah kan…pakaiannya macammana? Entah entah dia memang tak pakai telekung untuk solat sebab pakaiannya dah memadai untuk menutup aurat.

Kita kat nusantara ni jer macam wajib nak kena pakai telekung walhal boleh jer pakai baju biasa.

Susah sangat, ajaklah dia berjemaah kalau dah risau dia tak solat. Ajak lah elok elok, at least lepas dah bahagian awak. Kalau dia still tak buat jugak, itu dh dosa peribadi dia dengan Allah. Doakan saja yang baik baik untuknya.

Aisyah Nur –
Solat tu antara dia dengan Allah walaupun dia seorang ustazah. Kalau dia tak solat, dia cuma mintak ampun dengan Allah. Tapi tt siap selongkar bilik nak tengok telekung kemudian bagitau kawan, macam mana tu?

Ada keberanian nak bertemu dengan kawan tu minta maaf? Syaiitan ni kalau dia tak bole buat orang jadi jahat, dia akan buat orang rasa lebih baik.

Nak menasihati tak salah. Tapi kalau sampai selongkar bilik kawan, bagitau kawan lain orang tu orang ni tak solat, saya rasa ini sangat keterlaluan. Nak ajak kawan solat ni ada cara. Saya tak setuju cara awak.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *