MIL datin, tp 2 alam. Diam2 bela awang hitam, org pkistan. Kawin lari dkt Thai. Tp dpn kami pura2 baik

Foto sekadar hiasan

Double Life Ibu Mentua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku Ana, sudah tentu bukan nama sebenar. Telah berkahwin hampir 20 tahun. Aku ada 4 anak yang meningkat dewasa. Aku nak berkongsi cerita berkenaan mak mentua aku (mil). Mil mempunyai double life yang sangat kontra di antara satu dengan lain.

Kisah ini bukan kisah tipikal bergaduh berseteru dengan mil. Ini cerita lain. Mil aku orang yang ada gelaran Datin dan telah kematian suami lebih 15 tahun lepas. Semenjak menjadi ibu tunggal, mil telah banyak melibatkan diri dengan kelas Al Quran.

Mil belajar Al Quran dengan guru yang hebat di ibukota. Hinggakan mil menjadi guru Al Quran juga, walaupun tiada kelayakan akademik setaraf.

Mil suka menunjukkan, mempamer dan menguar uarkan kepada kami semua amalan bersedekah, solat malam dan lain lain amalan yang baik dan mulia yang lain.

Kawan kawan, keluarga mil sangat menghormatinya sementelah anak anaknya turut berjaya dan cemerlang dalam bidang masing masing.

Hidup mil senang lenang, keluarga berjaya, guru Al Quran.

Walaupun mil asalnya seorang kerani, tidak pernah mendapat pendidikan formal agama, tetapi mil ada menyertai kelas kelas mengaji sehingga berjaya mendapat tauliah untuk mengajar.

Mil suka memberi nasihat yang baik baik, nampak seperti baik dan boleh dipercayai. Nampak sempurnakan?

Mil asalnya dari keluarga susah di kampung, kemudian menjadi kerani di bandar. Kemudian dia bertemu dengan FIL yang ketika itu telah mempunyai isteri.

Mil berjaya merampas FIL dari isteri terdahulu. Jadi Mil bukan lah perempuan baik baik ibarat perempuan Melayu terakhir.

Bukan. She was a homewrecker. Aku terdetik dalam hati, tak mengapa lah, cerita lama, mungkin mil telah insaf dan menyesal. Tapi adakah benar mil telah menghentikan perbuatan jahatnya?

Mesti korang tertanya kenapa aku cerita the good side of her. Supaya korang boleh compare jurang dunia baik ni dengan dunia jelik yang satu lagi.

Dia ada satu lagi kehidupan yang betul betul kontra dengan hidup yang aku ceritakan tadi. Dunia lain, hitam, busuk dan menjelikkan.

Korang tak kenal pun siapa aku atau mil, jadi aku tak dedahkan maklumat terperinci siapa dia.

Sekarang aku akan ceritakan dunia mil yang satu lagi. Dunia rahsia yang dia simpan dari pengetahuan orang lain. Ada beberapa orang sahaja yang tahu tentang kisah kisah hitam mil. Dan aku di antara orang yang tahu, unfortunately.

Serius aku tak mahu tahu tentang semua ini, aku tidak suka berkonflik dengan mil dan aku sedaya upaya menjadi menantu yang tahu batas.

Tiada sebarang konflik besar di antara kami, kerana aku mengambil jalan diplomasi. Dan aku tidak mahu membebankan suami dengan masalah yang tidak perlu.

Sebelum aku bercerita tentang the dark side of mil, mil telah mencurahkan isi hatinya kepada salah seorang ahli keluarga. Mil tidak suka dengan aku, mil kata aku ‘macam bagus’. Dan disebabkan aku ‘macam bagus’, mil mahu suami berkahwin lagi.

Katanya ‘anak aku lelaki, biar dia kahwin satu lagi, baru kau tahu langit tinggi rendah’. Setelah mengetahui isi hatinya itu, pandangan aku berubah terhadap mil. Aku lebih berhati hati.

Namun, aku tetap menghormatinya seperti tiada apa apa berlaku. Suami sangat tidak bersetuju dengan cadangan mil yang tidak relevan itu. Kehidupan diteruskan seperti biasa.

Ok aku mulakan kisah gelapnya yang pertama. Aku mendapat tahu dari beberapa sumber sahih, mil ada hubungan dengan warga Afriika.

Mil menyimpan warga Afriika ini di rumahnya yang satu lagi. Jiran tidak berpuas hati. Beberapa saksi menyaksikan mil berdua duaan dengan lelaki tersebut bagaikan suami isteri.

Mil berjaya menyorok hubungannya dari kami dan menyangka kami tidak tahu langsung tentang hubungannya dengan Awang hitam itu. Di hadapan kami anak anak menantunya, mil membawa watak alim seperti biasa.

Yang kedua, secara tidak sengaja, anak kecilku menggunakan handphone nya. Aku yang sangat curious dengan sikap 2 alam mil, telah menjumpai beberapa mesej mil dengan beberapa lelaki, termasuk lelaki dari Pkistan.

Lelaki tersebut menulis mesej seperti dia merupakan kekasih mil. Lelaki itu memarahi mil kerana mil tidak membawanya berjalan jalan di ibukota seperti yang dijanjikan oleh mil.

Yang ketiga, handphone mil penuh dengan carian cerita dan video ‘dewasa’. Terlampau banyak sampai aku berasa ngeri dan mahu termuntah.

Tidak seperti wataknya yang satu lagi di hadapan kami sekeluarga, mil sering mengenakan telekung, menunjukkan mil selalu solat sunat dan membaca Al Quran.

Yang keempat. Beberapa bulan selepas aku terjumpa carian vid ‘dewasa’ mil di handphone nya, aku menyangka hidup mil yang satu lagi telah berkurangan. Aku tersilap. Rupanya mil semakin galak. Mil telah menjalin kasih dengan kawan sekolah lamanya.

Mil tidak suka kami tahu dan masuk campur langsung hubungannya itu, sedangkan kami tiada halangan langsung, asalkan urusan pernikahan mengikut undang undang. Mil mahu kahwin senyap senyap, dan jika bercerrai, cerrai senyap senyap.

Akhirnya mil telah berkahwin lari dengan kawan sekolahnya itu, kahwin lari di Thailand. Mil tidak mahu mendaftarkan perkahwinan ini di Malaysia. Mil tidak mahu sesiapa tahu. Padahal orang setaman telah nampak mil selalu keluar masuk ke rumah lelaki tersebut.

Yang kelima dan seterusnya, mil mempunyai banyak perangai jahat dan jelik yang aku tak boleh nak habiskan senarainya kali ini.

Aku sedaya upaya menutup mata selagi boleh. Tetapi jika sampai kahwin lari di Thai bagi aku terlalu memalukan keluarga, sedangkan boleh saja mil kahwin ikut prosedur biasa tanpa halangan.

Kami anak anak menerima jika mil ingin berkahwin, silakan. Kami menggalakkan. Nikahlah cara yang betul, ikut prosedur, kami anak anak akan menolong.

Rupanya mil takut kehilangan gelaran datinnya jika berkahwin secara rasmi mengikut lunas undang undang. Mil mahu bersuami sorok sorok, dan mil masih mahu memegang gelaran pangkat nya. Jelik!!!

Wahai Mil, kami mahu kau bahagia. Kami mahu kau mendirikan rumahtangga dengan jalan yang betul, bukan dengan cara salah begini.

Pangkat darjat tidak penting, yang penting kita mengikut sunnah agama, menguar uarkan perkahwinan. Bukan kahwin sorok begini. Ini mencalar maruah keluarga.

Sangat memalukan. Aku betul betul kasihan dengan suami. Yang nampak terlalu kecewa dengan tindakan mementingkan diri mil. Suami aku ada nama di tempat kerja, orang mengenalinya sebagai orang alim yang baik baik, suami nampak terlalu sedih.

Wahai Mil, jagalah nama baik aruwah FIL. Jagalah maruah mu sebagai wanita Muslim. Jagalah maruah anak anak mu yang selama ini menjadi anak yang soleh dan taat. Hentikanlah kehidupan double life ini.

Maut bila bila boleh menjemputmu. Janganlah jadi munafik pura pura beriman di depan orang sedangkan kau bergelumang dengan dosa. Insaflah. Moga Allah tunjukkan jalan.

Cerita ini sekadar untuk menjadi pengajaran kita semua dan aku mohon yang lebih arif untuk bagi nasihat perundangan, atau nasihat yang perlu anak anak nya buat untuk menghentikan perbuatan jahat jelik double life mil yang berterusan tidak berhenti ini.

Menantu yang mahu mil insaf, Ana

Reaksi Warganet

Sheeri Azmi –
Dah agak. Taknak register sebab takut title datin hilang. Dia taknak war war tu lantak la.

Tapi awang hitam tu takleh belah.

Alaaaa.. Ada je orang camni. Penunggang agama bersepah sepah disana sini.

Siri Khadijah –
Kenapa tidak bertegas nasihat kan mak mentua. Kalau segan nak nasihat, suruh suami nasihatkan.

Di akhirat nanti mak mentua akan menyalahkan orang yang tahu rahsia gelap “kenapa tiada orang nasihatkan dia. Dia mungkin akan tarik awak atau suami awak ke neraka”. Mak mentua kehilangan suami jadi tanggungjawab anak lelaki menjaga dia.

Tun Teja –
Puas hati ke cerita keburukan MIL tu?. MIL pun tak cakap kan dia tak suka kau depan depan. Tu pun kau dengar dari mulut orang lain kan?

Kau ORANG LUAR dalam family tu, so tolong la sedar diri sikit. Doa je banyak banyak semoga MIL tu berubah..

Pia Mai –
Sorry memang banyak kes macam nie pernah tengok depan mata. Hmm so Jangan la percaya sangat orang berpewatakkan warak, pergig usrah qiamulai bagai. Memang banyak je jenis orang yang perangai camni.

Pada confessor be careful with this kind of people kalo dengan Allah swt pun die permainkan apa lagi awak dan orang camni balasan die teruk tahu. Silap dugaan terlantar knser, mayat tak rupa manusia

Sumber – Ana (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.