“Anak angkat berBINkan Abdullah”. Ibu nya budak sekolah, dirgol. Aku ragu2. Reaksi fmly buat aku terkedu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca semua. Tengok tajuk pun tahu aku nak tulis pasal apa kan.

Moga apa yang aku nak ceritakan ini dapatlah korang korang yang teringin nak ambik anak angkat jadikan inspirasi.

Aku dah berkahwin selama 6 tahun dan masih belum diberikan rezeki memiliki zuriat sendiri.

Pelbagai usaha kami dah lakukan. Dari berurut, minum air buah zuriat dan macam macam petua dah kami cuba. Tapi belum rezeki.

Bila kami periksa di hospital baru tahu suami yang bermasalah sebenarnya.

Buat korang yang mengalami masalah sama pergilah berjumpa doktor dahulu daripada kita ikhtiar kearah benda yang salah.

Selalunya isteri yang akan dipersalahkan bila belum mengandung. Tapi sebenarnya tak mustahil jika suami yang memerlukan rawatan.

Biarlah kita terpaksa menunggu oppoinment berbulan bulan di hospital at least kita mendapat jawapan. Daripada kita berusaha yang sia sia.

Point utama aku nak cerita berkenaan anak angkat. Kami pun sama macam korang yang takut nak ambik anak angkat. Lagi lagi berstatus tak sah taraf.

Family aku dan suami memang tak terima pada mulanya. Menentang habis habisan. Alasan dorang kami muda lagi. Usaha la dulu dapatkan anak sendiri.

Aku tak bagitahu family masalah suami. Biarlah rahsia antara kami.

Aku sendiri takut pada mulanya. Takut aku tak boleh nak ikhlas sayangkan anak ye la bukan dari rahim kita sendiri kan.. Tapi Allah maha pengasih maha penyayang.

Nak dijadikan cerita Ramadhan tahun lepas Allah hadirkan malaikat kecil untuk kami. Atas bantuan sepupu ku yang bekerja di hospital.

Pernah bila kami berjumpa, aku bertanya takde ke baby yang boleh dijadikan anak angkat. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. Family sebelah aku memang aku jujur status anak ni.

Sebabnya aku perlukan adik aku untuk susukan bayi ni. Tapi family sebelah suami kami terpaksa sembunyikan.

Suami tahu family nya macam mana so demi maruah anak kami, kami tak berterus terang. Mak dan ayah mertuaku suka bercerita. Lagi lagi pada adik beradiknya.

Senang cerita jumpa sanak saudara memang akan keluar semua cerita..

So demi mengelakkan maruah anakku dipandang serong.. Kami sembunyikan kebenaran demi kebaikan. Kami cuma bagitahu anak ni dari family susah.

Korang korang tolonglah kalau ada family or kawan kawan yang ambil anak angkat tak payah lah nak sibuk sibuk tanya asal usul anak tu.

Cukup lah doakan mereka bahagia. Bagi mereka kata kata positive supaya mereka takde rasa kekurangan.

Alhamdulillah penerimaan family memang tak terfikir dek akal dorang akan sayang bayi kami. Sekarang ni bagi family anak ni cucu mereka.

Jangan diungkit lagi. Orang tua kita ni bila dah tengok bayi dorang akan sayang tau.

Lagi la sekarang macam macam berita keluar pasal bayi. Lagi la haritu tular berita aruwah adik Amir. Dorang semua takut bayi kami akan diambil semula.

Sekarang bayi kami dah menjadi kesayangan dua dua keluarga.

Anak ni ibarat sehelai kain putih. Kita yang mencorakkan lakaran diatas nya.

Alhamdulillah bayi kami cerdik dan pandai membawa diri. Pandai menyambil hati atuk dan neneknya. Sebelum ni pun kami selalu dengar cerita anak tak sah taraf teruk perangainya.

Lagi la anak kami ni ibu nya budak sekolah lagi. Laporan polis dibuat kerana kejadian rgol. InsyaAllah bila kita ikhlas Allah akan mudahkan segalanya.

Aku tak putuskan hubungan anak ni dengan ibu kandungnya. Kami berlainan negeri so sebelum larangan rentas negeri kami selalu berjumpa. Tapi sekarang melalui whatsapp je la kami berhubung.

Memang ramai yang nasihat suruh kami jangan terlalu rapat. Tapi bagi aku dia berhak untuk tahu perkembangan anak ni. Pengorbanan dia melahirkan anak ni tak terbalas rasanya.

Masa aku ambil anak ni pun dia cuma bagi tanpa apa apa bayaran or permintaan.

Buat korang yang tengah TTC.. jangan give up.. insyaAllah.

Cukuplah rasanya sampai disini ceritaku..

Reaksi Warganet

MarFa BaiFaa –
Macam saya sendiri, saya ni anak angkat yang dijaga dari umur 2 hari. Selama 20 tahun keluarga belah walid dan umi tak pernah cakap saya ni anak angkat atau ape. Takde sapa pun bercerita.

Sebenarnya saya dah tahu saya anak angkt dari darjah 3 sebab terbaca fail peribadi pelajar. Opah opah, makcik pakcik semua sayang saya, layan saya dengan baik.

Sampai saya nak kawin, baru walid saya berterus terang hal sebenar. Takpe.. Allah uji sebab saya kuat, dan saya dibesarkn dengan baik. Jadi saya tetap sayang mama kandung saya walaupun dia tak jaga saya.

Ummi Mikaeil –
Tahniah… Kakak ipar saya juga ambik anak angkat anak tak sah taraf. Masa nak buat sijil lahir staf JPN suggest bin pilih nama dari 99 nama Allah. So diorg pilih nama yang hampir hampir nama ayah dia.

Tapi saya tak faham masa pergi mahkamah masa umur 2 tahun tak silap pegawai JKM suruh tukar nama anak. Apa apa pun semoga anak tu jadi asbab ke syurga.

Pineapple Sunshine –
Kenapa perlu prajudis dengan anak angkat yang tak sah taraf atau dari orang susah.

Sama sama kain yang putih. Jika masuk keluarga melayu cakap melayu. Masuk keluarga india cakap india. Ni ayahnya memang nama Abdullah cek lagi betul ke nama ayahnya Abdullah, tengok pula adik beradik lain bin apa? Macam macam ragam…

Tapi pernah satu ketika, anak tak sah taraf tiada dibinkan. Kosong. Kasihan dengan anak itu yang sedar akan identiti dirinya. tiada maklumat bapa. Kemudian bin Abdullah dibenarkan bin Abdul dan nama nama Allah yang lain dari asmaulhusna untuk elak prasangka begini…

Anak angkat ni memang ada dilemanya. Keluarga angkat mesti ikhlas terutama sekiranya dapat anak sendiri nanti kasih sayang dan wasiat biarlah adil.

Berjaya menyusukan anak itu atau dapat disusui oleh saudara perempuan mahram, itu paling baik untuk menghalalkan hubungan saudara, seperti isu aurat.

Anak susuan mahram dengan keluarga angkat. Tidak boleh kahwin, hal ni jelas bagi siapa yang beri susu ibu kepada bayi bayi lain… Maklumlah ada yang terlebih stok bm.

InshaAllah ada rahmat dalam setiap perkara demi kasihsayangNya.

Norizan Mamat –
Salam, Big hug.

Ambil angkat ni dia ada beberapa fasa tekanan.

Satu masa penerimaan keluarga dan orang ramai (dia kecil).

Bila dia besar sikit, fasa penerimaan dia sendiri tentang status diri dia.

Bila dia nak kawin, penerimaan suami dan keluarga suami pula.

Dalam semua peringkat tu, kita kena ingat, anak kita tu macam anak anak yang lain, ada perangai perangai dia. Dan jangan sesekali rasa perangai dia gitu sebab status dia.

Memang menduga rasa kita sebagai ibu dan bapa nanti, tapi bersabarlah. Kalau anak sendiri pun, perangainya ada juga (budak nak membesar)

Semoga bahagia dan dipermudahkan perjalanan membesarkan anak. Semoga tabah yer jika diuji nanti.

Makcik dah lalui, huhu

Anak pun dah besar (tapi status jelas la). Itu pun sangat sangat menduga tau. Huhu

Sumber – Mummy Mika (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *