Rupanya dh sebulan suami nikah lain. Aku malu sgt. Tp haritu semuanya berubah. Aku tersentak

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku hanya nak berkongsi pengalaman aku yang mungkin tidak menarik bagi orang lain.. Tapi sangat menginsafkan aku sebagai hamba Allah.

Aku seorang wanita berkerjaya tetap yang berusia awal 40an. Mempunyai keluarga yang sempurna dengan 4 orang cahaya mata. Suami tua 2 tahun dari ku dan menjalankan bisnes.

Kisah ku bermula 4 tahun lepas selepas aku dikejutkan dengan berita suamiku berkahwin lain dengan staf dia sendiri yang aku kenali.

Seorang janda beranak 3 berusia petengahan 30an. Sudah sebulan mereka berkahwin tanpa pengetahuan aku…

Berita ini sangat sukar untuk aku terima dan aku minta dilepaskan. Namun suamiku enggan. Aku mula menjadi isteri yang sangat kasar dengan suami dan sering mencari punca untuk bergaduh sekiranya tiba giliran aku.

Aku tidak dapat terima hakikat aku dimadukan oleh suami. Aku rasa sangat malu kepada orang sekeliling sebab selama ini kami dianggap loving couple. Rasa seolah olah orang akan mengata padaku yang aku tidak pandai menjaga suami…

Untuk makluman pembaca… walaupun sudah berkahwin lain. Suami ku sangat adil dari semua segi dan aku tahu dia mampu zahir dan batin. Aku sedar dia telah cuba yang terbaik untuk aku dan anak anak. Namun hati ku sangat terluka.

Setiap kali giliran ku. Aku sengaja mencari punca untuk bergaduh. Ada saja yang menjadi punca aku nak mengamuk walaupun kadang kadang hal itu sangat remeh. Aku rasa tidak tenang…

Sebenarnya aku cuba untuk terima p0ligami ini namun aku sering gagal. Aku telah join program motivasi berbayar yang berharga beribu ribu ringgit semata mata untuk cari ketenangan dan belajar untuk redha.

Sepanjang program secara online ini, aku berubah lebih baik dan tenang namun bila selesai program ini. Aku kembali menjadi isteri yang suka marah, mengamuk dan mengungkit.

Sehingga 2 tahun lepas. Aku terdengar secara tidak sengaja ceramah seorang ustazah dalam facebook berkaitan tajuk ‘ Sabar’. Isi ceramah ini menjentik perasaanku.

Selepas itu, aku mula follow ustazah ini dalam FB. Sehinggalah satu pagi tu, aku mendengar kuliah beliau bertajuk “Berdamai Dengan Takdir”.

Kuliah ini benar benar membuat aku menangis dan sangat insaf. Aku mula sedar, siapalah aku untuk melawan takdir dari Allah. Kerana hanya Allah yang tahu rahsia dan hikmat di sebalik segala ujian yang Dia berikan…

Aku mula sedar… kesilapan suami bagiku adalah berkahwin lain sedangkan dari sudut lain. Terlalu banyak kebaikan dia yang cuba aku nafikan. Aku dan anak anak tidak pernah terabai. Semua cukup dan lengkap.

Mengapa aku tidak bersyukur jika dibandingkan dengan orang lain. Siapa aku untuk terlalu tamak dengan nikmat yang telah Allah berikan berbanding orang lain.

Aku sedar setiap orang pasti ada bahagian ujian masing masing dan aku diuji dengan p0ligami. Sedangkan aku rasa dari segi kasih sayang. Tidak luak walaupun sedikit kasih sayang suami padaku dan anak anak..

Bermula dari situ, aku tekad untuk berubah. Aku mula mengamalkan doa dan zikir yang diberikan oleh ustazah itu untuk kawal perasaan marah, tidak puas hati dan cemburu. Aku mula sangat tenang setenangnya…

Alhamdulillah sekarang aku dan suami kembali menjadi seperti kekasih yang sedang bercinta, sering merindu. Bila tiba giliran aku, kami betul betul isi masa itu dengan sangat berkualiti dan penuh kasih sayang.

Dan aku sudah mula berbaik dengan madu dan menjadi sahabat baik. Bukan setakat dengan madu. Malah dengan keluarganya juga alhamdulillah. Madu ku sebenarnya seorang yang bertolak ansur dan banyak mengalah..

Alhamdulillah, sekarang aku rasa sangat tenang dan bersyukur. Terima kasih kepada Ustazah AH yang banyak mengajar aku erti sabar dan redha walaupun hanya bersemuka di alam maya.

Sehingga hari ini.. pasti aku tidak ketinggalan mengikuti kuliah beliau setiap hari.

Reaksi Warganet

Jaa Ishak –
Hati saya cukup terguris bila ada sesetengah orang cakap, suami cari lain sebab isteri tak pandai jaga laki. Sedih bila baca.

Dah kalau memang suami tu berniat nak kahwin 2,3, isteri jagalah suami macam hamba menjaga tuan, mengabdikan diri, suami tetap carik lain.

Satu, sebab suami memang berkehendak. Kedua, sebab memang takdir itu untuk yang diuji. Jadi, tolong berhenti salahkan isteri.

Tahniah untuk puan. Moga balasan syurga buat puan kerana bersabar dengan ujian.

Junaida Abdul Jamal –
Aruwah mak saya pernah berpesan, “kau boleh sayang suami kau 200%, tapi jangan percaya dia 100%” faham kan maksud yang tersirat?.

Sebab tu saya kumpul harta sendiri. Beli rumah dan tanah atas nama saya. Kereta pun nama saya, walaupun suami yang bayar bulan bulan. Nominee untuk insuran dan KWSP saya letak nama adik adik dan suami setakat 30%.

Sekarang anak anak dah dewasa, saya letak nama anak dan seorang adik 30% (untk diwakafkan 1/3 dari harta saya sekiranya saya meninggal dunia) nama suami dah keluar. Tpi KWSP suami, saya lah nomineenya. Haha…

Saya sayang suami saya. Dah 27 tahun berkahwin. Tapi saya sentiasa ada perasaan was was di sudut kecil hati saya. Sekiranya suami “buat perangai” saya dah bersedia, dari sudut kewangan dan mental. Memang setiap hari doa semoga jodoh kami berdua sampai ke Jannah.

Memang sekarang semuanya bahagia. Tetapi kita tak tahu masa depan macam mana. Sekurang kurangnya saya sudah bersedia.

As a financial planner, saya nasihatkan wanita di luar sana, janganlah 100% bergantung pada suami. Kena ada asset sendiri, perlindungan insuran sendiri dan simpanan untuk anak anak. Kalau semuanya baik baik sahaja, Alhamdulillah.

Yang banyak banyak savings tu jadi bonus untuk kita. Boleh enjoy travel the world. Boleh sedekah banyak banyak. Tetapi…jika berlaku sesuatu di luar jangkaan, kita dah bersedia, at least dari segi kewangan.

Tidaklah nanti turun naik mahkamah menuntut harta sepencarian yang tak seberapa. Nafkah pun culas, inikan pula harta sepencarian kan. Yang penting setiap asset yang kita keluar duit sendiri, mesti atas nama kita. Kalau dapat asset dari suami yang atas nama kita lagi bagus!

Hafiz Aiman –
Hidup ini Medan Ujian

1. Dari umur saya awal usia sehingga umur saya 13 tahun. Diajar oleh aruwah ummi untuk berhadapan dengan seorang ayah yang garang dengan anak – anak.

Aruwah ummi yang ajar anaknya apa makna cinta. Kata aruwah cinta ini apabila setiap kebaikan yang ada dalam diri abi disyukuri dan setiap keburukan yang ada dalam diri abi perlu bersabar serta bertanggungjawab dengannya. Alhamdulillah bila saya masuk usia 14 tahun aruwah abi saya mula berubah.

2. Ketika usia saya 15 tahun Allah takdirkan kedua – dua orang tua saya terlibat dalam kemalangan maut.

3. Bermula usia saya 22 tahun mula dikurniakan anak saudara yang istimewa seperti autisme dan adhd.

4. Saya ditakdirkan grad ketika malaysia hadapi krisis kewangan.

5. Bermula usia saya 26 tahun Allah kurniakan saya seorang adik perempuan yang hidap penyakit mental. Tapi masuk usia saya 30 tahun selepas dibantu dan dirawat. Alhamdulillah Allah beri kesembuhan terhadap diri adik saya.

6. Bila saya berkenan dengan diri isteri saya. Saya buat solat sunat istikharah. Selepas Allah hadirkan jawapan melalui hati yang tenang dan bahagia. Terus saya luahkan hajat untuk memperisterikannya.

Selepas saya luah isteri saya tak terima pun tapi kami buat taaruf dulu. Bila isteri saya kata dia hidap penyakit mental saya redha sahaja dengan jawapan istikharah yang Allah hadirkan melalui hati saya.

Bila saya terkenang dengan ujian – ujian yang hadir dalam hidup saya. Itu adalah nikmat yang Allah berikan selepas saya berdoa ya Allah kurniakan aku kekuatan dalam hidup.

Begitulah Allah beri apa yang saya minta tapi Allah beri mengikut apa yang Allah mahu. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Nikmat yang Allah berikan itu berbentuk ladang pahala dan dalam masa yang sama ia juga adalah didikan dari Allah untuk saya jadi kuat.

Hari ini isteri saya banyak dapat hikmah dari hasil ujian – ujian yang pernah hadir dalam hidup saya.

Allah adalah sebaik – baik perancangan.

Sumber – Liena (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *