“Bermadu dgn janda Thai, rjuk lps talak 2”. Diam2 aku intip madu di hotel. Bila dia berpaling, aku terkesima

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hannah berusia hampir separuh abad. Mempunyai 3 orang anak, penjawat awam, dan kini sudah tahun ke 27 perkahwinan.

Suami, pesara awal sektor awam (belum dapat pencen lagi), awal 50an, dan bekerja sendiri.

Anak, 1 dah bekerja, 1 sedang intern, 1 sedang belajar IPTA.

Ketika menulis saya berada dalam keadaan yang rasional dan bukan mengikut emosi. Saya sangat perlukan pandangan terutama yang pernah mengalami pengalaman hidup seperti saya.

3 tahun lalu suami saya berkahwin dengan warga Thailand di Thailand (tidak didaftarkan di Malaysia).

Saya tahu selepas 2 bulan mereka berkahwin. Boleh bayangkan macam mana saya mengamuk (hanya dengan kat kata dan air mata – tapi macam macam yang saya ungkit, sedangkan saya isteri yang taat) bila saya dapat tahu. Tapi saya hanya mengamuk apabila kami tinggal berdua sahaja.

Sehingga kini, anak anak dan keluarga belah saya tidak tahu. Saya takut akan memberi kesan kepada anak anak kerana ketika itu 2 orang anak sedang mengambil ijazah dan yang bongsu baru form 4. Takut terjejas pembelajaran mereka dan juga paling penting, takut hati mereka luka.

Suami merupakan seorang “family man”. Sekiranya ada masa dihabiskan dengan family dan anak anak juga sangat rapat dengannya… Seorang yang bertanggungjawab dan komited terhadap kerja. Suami akan pastikan kami makan malam bersama setiap hari hatta jam 12 malam.

Sepanjang tempoh membesarkan anak anak, sayalah peranan utama dari mereka kecil hingga mereka tinggalkan bangku sekolah.

Saya yang uruskan anak anak dari segi makan, hantar pengasuh, hantar tadika, hantar mengaji, hantar sekolah agama, hantar tuisyen, hantar aktiviti sekolah, menghadiri program sekolah yang penting.

Dan juga sepanjang tempoh 5 tahun setiap anak anak dekat asrama, saya tak pernah gagal berjumpa mereka setiap minggu (belikan barang keperluan, baju siap iron dan sediakan makanan).

Saya juga yang membawa 2 orang anak kelaki (beza umur 8 tahun) solat jumaat setiap minggu bermula dari umur 9 tahun. Suami saya tak sempat balik, jadi solat di masjid berhampiran pejabat… hihihi…

So hampir setiap minggu saya dengar khutbah Jumaat yer…. Penat… sangat penat…. Suami? Komitmen terhadap kerja yang tinggi menyebabkan suami terlalu sibuk.

Kami dikawinkan (saya 21, suami 25) dengan pilihan keluarga tetapi pada saya ketika sahnya lafaz “aku terima nikahnya”, saya sematkan dalam hati, inilah jodohku kiriman Allah swt.

Maka sejak itu, saya abadikan hidup saya (masa, tenaga, komitmen dan wang ringgit) hanya kepada kerjaya dan keluarga.

Saya rasa saya juga berjaya dalam kerjaya. APC 2 kali sepanjang berkhidmat, mula kerja SPM dan sekarang saya ada Sarjana. Ada jawatan dalam organisasi, bersama anak buah, setakat ni semua program yang dirancang berjaya dijalankan. Alhamdulillah..

Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibu dan isteri. Rumahtangga juga saya yang uruskan dari A sampai Z. Suami saya tidak membantu kerana pergi kerja awal dan balik dah lepas isyak kebiasaannya.

Tak nafikan ada suami bantu buang sampah, mop rumah dan cuci bilik air. Tapi itu rasanya tak habis jari di tangan bilangannya sepanjang 24 tahun berkahwin (suami berubah lagi 3 tahun tu).

Saya juga rasa saya telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya jaga rumahtangga, saya jaga anak anak, saya jaga makan dan pakai suami, dan saya juga jaga nfsu suami.

Saya tak pernah menolak keinginan suami sepanjang saya berkahwin kecuali (ini yang saya nak cerita dan minta pendapat).

Saya juga rasa telah jalankan tanggungjawab sebagai menantu. Saya menjaga ibu mertua yang lumpuh dan kakak ipar yang tidak berkahwin secara bergilir gilir dengan adik suami (kapten kapal) apabila dia berada di tanahair.

Saya juga akur kehendak suami apabila balik kampung. Rumah mertua 5 hari sedangkan rumah saya hanya 2 hari.

Rumah ibu saya jumpa dahulu kalau balik kampung. Jadi hari pertama sampai, tidur semalam, esoknya lepas zohor terus balik kampung suami. Nanti hari last nak balik ke Selangor, singgah rumah ibu saya untuk bermalam. Sedih tak? Adik adik pernah merungut tak sempat bermesra…

Raya? Sama jer, singgah kampung saya untuk buka dan sahur. Esoknya balik kampung suami sampai hari last puasa baru balik semula kampung saya. Solat raya, bersalaman, sebelum zohor dah balik kampung suami saya…. huhuhu…. Tak sempat raya dekat kampung…

Ok sekarang baru saya nak mula, mukadimah tadi supaya pembaca memahami bagaimana saya abadikan diri pada keluarga.

Selepas saya tahu suami kahwin lagi tahun 2018, rumahtangga dah tak aman. Selalu bergaduh, tapi kalau ada anak balik, kami macam biasa jer. Tak ada gaduh gaduh…

Setiap 2 minggu sekali suami saya nak pergi kepada madu saya, saya akan mengamuk pkul pkul dada dan tangan suami, beg saya terbalikkan.

Suami pun mungkin kerana terlalu amarah, pernah tarik tudung, banting saya ke sofa, pernah tunding jari ke kepala hingga ke lantai, kepala saya benjol kerana terkena cincin suami ketika mengelak saya memukulnya, bergelut dengan saya (sebab saya ambil visa).

Padahal sebelum dia kahwin lain, suami tak pernah jentik saya pun. Itulah yang berlaku sepanjang 2019, sehinggalah saya dicerraikan dengan talak 2 pada Jan 2020.

Opsss… pada pertengahan tahun 2019, madu saya pengsan, suami saya bawa ke Malaysia untuk dapatkan rawatan. Dia tinggal di hotel selama seminggu. (Madu saya janda anak 1 dan masuk Islam sebulan sebelum berkahwin dengan suami saya.

Anaknya muda setahun dari anak kedua saya – jadi dia tiada ketika madu pengsan). So saya diam diam mengintip dan tunggu di lobi hotel (3 bintang jer). Bila nampak suami saya turunkan madu, saya ekori dari belakang hingga sampai ke tangga hotel.

Saya rasa nak tarik bahu dia, dan bagi beberapa das penampar. Mungkin terasa diekori, madu berpaling dan ayat pertama yang keluar ialah… “kak”. Saya terkesima dengan suaranya yang lembut… lalu membetulkan tudung mak datinnya yang menampakkan jambul hadapan.

Dia terus memeluk saya dengan erat. Saya pun tunjukkan isyarat nak ke bilik. Sampai bilik saya terus pinjam telekung dia dan kerjakan solat maghrib kerana waktu dah hampir isyak… lama sangat dok tunggu dari Asar lagi…

Maka hiduplah saya dalam edah yang perit kerana tak dapat nak kemana mana hanya tempat kerja. Banyak kenduri dan kematian yang tak dapat dihadiri. Pada ketika itu, saya pasrah dan terima takdir hidup saya.

C0vid melanda Mac 2020, anak bongsu balik dari program amalnya (dah habis SPM), ex datang dengan alasan c0vid… nak jaga kami konon. Tinggallah serumah dalam keadaan saya terpaksa bertudung.

Akhirnya sebelum eddah berakhir, suami minta rujuk semula, dan bdohnya saya terima untuk rujuk. Sebab hari hari masak makan bersama sama berlakon dengan anak anak dan suami berubah menjadi rajin, membantu kerja rumah… magic masa tu rasa.

Hiduplah aman damai kerana c0vid suami tak dapat keluar negara sehinggalah 2 3 hari sudah apabila suami minta passport. Sebelum tu, suami ada nyatakan hajat untuk tunai haji bersama sama dengan madu 3 orang.

Bermulalah perang dingin dan buat pertama kalinya saya menolak keinginan suami untuk bersama kerana saya dah bernekad untuk tinggalkan suami. Saya ada wassup suami untuk beri saya sedikit waktu untuk membuat persediaan sebelum keluar dari hidupnya.

Saya juga nyatakan saya akan ceritakan dan serahkan anak anak pada suami, saya akan berhijrah ke Labuan (membawa diri), dan saya tak akan menuntut nafkah dekat mahkamah.

Saya juga hanya berkurung dalam bilik… Suami bangun tiada sarapan, suami balik solat zohor tiada lunch dan suami balik malam tiada dinner.

Saya dengar malam malam dia selongkar dapur… lapar agaknya. Suami saya tak tahu masak, hanya maggie, nasi dan telur mata kerbau, dadar pun tak pernah. Selama ini, semua tersedia… sekarang ada sorang anak yang intern dekat rumah, abang dah kerja, adik dah balik kampus.

Dah beberapa malam saya tidur membelakangkan suami (saya ubah tempat tidur) selama ini saya tidur sebelah kiri supaya bila tidur saya berpaling kanan mengadap suami. Saya bukan baik sangat, tapi saya berusaha menjadi isteri yang taat dan ibu yang baik.

Yang nyata dan saya sedar kelemahan saya… saya gemuk, muka berjeragat, suara kuat, garang dengan anak anak (anak anak kategori cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM) juga garang dengan suami.

Saya bukannya jenis romantik, kalau dekat pasaraya membeli belah keperluan rumah… saya yang didepan, suami hanya ekori.

Saya yang tentukan apa yang nak dibeli, kedai mana, nak makan dekat mana, nak camping dekat mana, nak bercuti dimana, baju raya warna apa, nak sambut besday dimana… bla bla bla… hihihi…

Saya diberi kuasa penuh oleh suami…. opkos termasuk duit belanja. Kami kongsi jer keperluan keluarga. Tersasar pula, sambung.

Semalam (19/10 – Maulidurrasul) jam 3 pagi suami kejutkan saya. Ajak berbicara. Katanya dia baru berbicara denganNya… memohon diberi pertolongan, dibukakan jalan dan diberi petunjuk untuk selesaikan kemelut rumahtangga kami.

Katanya dia telah berdoa memohon kebaikan untuk kami sekeluarga.

Suami tanya betulkah saya nak meninggalkan suami? Betulkah saya sudah tawar hati? Betulkah saya sudah tidak mahu berhubungan badan dengannya lagi? Suami tanya apa yang saya mahu untuk kekalkan hubungan?

Suami tanya nakkah suami cerraikan madu? Suami tanya benarkah saya akan bahagia jika saya berpisah dengannya? Suami tanya adakah saya pasti suami akan bahagia dengan madu?

Akhirnya suami mengaku perkahwinan kedua adalah satu kesilapan, telah lama dia menyedarinya sebab itu dia rujuk dengan saya.

Katanya dia benar benar berkahwin kerana kasihan. Katanya dia tak tahu apa yang berlaku. Kenal bulan 4, masuk Islam bulan 9 dan nikah bulan 10. Ketika berkawan 4 bulan tu, madu sering bercerita tentang kisah hidupnya…

Dirg0l oleh orang Islam Thai, ditinggalkan ketika mengandung, lahirkan anak sendirian kerana ibubapa buang, perg0l ingin kembali tapi dia trauma dengan Islam, anak dibawa lari dan dibela oleh kakak perg0l.

Mencari anaknya selama 3 tahun, selepas berjumpa anaknya dia bertekad untuk berusaha lebih kuat untuk menyara anaknya yang hidup dalam keadaan daif.

Selepas berbincang dan memberi sejumlah wang kepada perg0l, dia dibenarkan membela anaknya dengan syarat jangan tukar agama, oleh itu dia masukkan anaknya ke sekolah pondok di Yala.

Kata suami rasa kasihan dan keinginan untuk membawa dia yang sedang terumbang ambing ke dalam Islam menyebabkan suami saya tidak berfikir panjang. Apabila suami ajak berkahwin, dengan syarat masuk Islam, dia terus setuju…

Maka kahwinlah mereka ketika saya sedang membela mertua yang parkinson dan lumpuh, juga seorang kakak ipar yang OKU… huhuhu.. (mertua meninggal ketika suami berbulan madu- 5 hari selepas suami berkahwin).

Dengan tangisan dan juga cinta yang mendalam terhadap suami, saya setuju untuk terus bersamanya, lupakan yang lalu dan mulakan hidup baru kerana katanya ini adalah “last lap” dalam hidupnya.

Saya juga meminta suami tidak mencerraikan madu kerana takut ditanya diakhirat nanti (mualaf tu).

Suami yakin madu tidak akan tinggalkan Islam selepas berbulan dihantar ke sebuah surau disana untuk madu mendalami Islam dan mengaji quran. Madu juga sudah boleh berpuasa dan tidak tinggal solat.

Lagipun anaknya mengaji pondok di Yala mesti takkan biarkan ibunya murtad. Dan madu juga sudah tidak bekerja dengan orang, dah buka spa sendiri dan dah pandai jahit baju.

Pembaca budiman, doakan saya diberi kesabaran, keredhaan dan ketabahan dalam ujian ini. Doakan juga kami (saya dan madu) diberi kesejahteraan hati dalam berkongsi.

Suara suara jahat sentiasa menghantui saya. Saya sentiasa selitkan doa untuk madu seusai solat fardu, namun nfsu dan syaiitan sentiasa merasuk.

Mohon pandangan dan kata kata semangat dari pembaca untuk saya. Benarkah pilihan yang saya buat.

Reaksi Warganet

SN Za –
At the beginning of the story, Puan kata suami adalah family man. Tapi setiap urusan anak sampai ke masjid untuk solat Jumaat pun Puan yang uruskan. Which part of him yg menunjukkan dia family man?.

Also when his mother got sick, kenapa masih Puan yang uruskan kalau betul dia family man?.

Tak apa lah Puan, apa pun saya doakan kebahagian dan kesejahteraan rumah tangga Puan hingga ke jannah..amin..

Nur Hafizah Ramle –
Sabarlah puan. Dalam hidup ni ada pelbagai ujian. Dan ujian untuk setiap insan itu tidak sama.

Macam saya, diuji anak OKU 2 orang. Bahagian puan, dapat ujian suami berp0ligami. Perit, sungguh perit.

Saya pun tak boleh nak bayangkan perasaan puan. Cuma apa yang saya boleh katakan, hidup ini terlalu singkat. Entah esok atau lusa, kita akan pergi menghadap Ilahi.

Rasa tak berbaloi untuk meninggalkan pentas lakonan dunia ni dengan rasa benci atau marah. Sesungguhnya puan, syurga itu mahal. Dan tak mudah untuk kita dapat. Biarlah masa yang merawat hati dan jiwa puan.. Fikir sebaiknya puan.

Dilla Azman –
Family man bukan sekadar memastikan makan bersama walaupun dah pukul 12 malam. Semua benda pun isteri yg uruskan hatta menjaga ibu mertua dan adik beradik suami.

Jarang sekali family man, membelakangkan keluarganya hanya untuk berkahwin dengan orang lain.

Since akak dah terima suami, nak taknak kenalah juga terima madunya. Kena redha juga..

Cuma kan, peluang dah diberi berulang kali. Kalau selepas ni akak masih susah untuk menerima, dan emosi serta situasi akak menjejaskan rumahtangga, mungkin dah sampai masa untuk akak fikirkan kebahagiaan diri sendiri saja.

Anak anak dah besar. Tahulah ayahnya handle dan berkomunikasi dengan anak anak. Lagipun tu tanggungjawab dia.

Zulaikha Kassim –
Entah la kak, akak tak nak suami cerrai madu, dalam masa yang sama bila suami jumpa madu akak macam tak boleh terima.

Kalau tak nak cakap tak nak. Kan nanti bersambung sambung episode drama ni.

Yang saya nampak dekat sini, akak cuba nak nampak baik akak isteri perfect bagus boleh terima semua. Tapi sebenarnya dalam hati tak macam tu pun.

Bila akak buat macam tu tapi hati tak redha, last sekali akak tanpa sedar akan cuba sabotage hubungan suami dngn madu. Passive aggressive attitude ni biasa berlaku bila orang nak nampak bagus on the surface.

Tak payah tulis tajuk p0ligami syukur ke tak syukur. Kalau tak nak cakap tak nak, tak yah pening

Jamalia Jaafar –
Saya tak berani nak ulas panjang kerana saya tak merasa berada di tempat akak. Cuma pada pendapat saya jika akak sudah memilih untuk memberi peluang, akak harus redha. Redha disini bermaksud akak kena berlapang dada menerima.

Betul bisikan syaiitan tu akan ada, tapi bila kita dah berlapang dada, hati kita separuh dah yakin dengan keputusan kita. Rapatkan lagi diri dgn Allah, untuk bantu kita melawan dan berjaya sepenuhnya dalam perjuangan memerangi perasaan kita sendiri.

Semoga Allah mudahkan segala urusan akak dan memberi kesembuhan kepada hati akak yang masih sakit itu.

Mzai Azi –
Puan terlalu sayang anak anak dan suami, tak terhitung pengorbanan puan. Saya paham sakitnya bila kita banyak berkorban tapi kita dapat balasan macam tu.

Kalau di masa hadapan, puan rase puan boleh menghitung pahala, teruskanlah. Tapi carilah jugak me time. Lepaskan segala beban dibahu dan didada. Kalau kita penat sangat terasa jugak ingin berehat. Saya paham puan sebab saya pun buat perkara yang sama untuk anak anak dan suami.

Cuma saya doakan saya tidak diduga seperti puan. Sebab saya pun tak mampu untuk diuji begitu. Pernah saya cakap dengan suami. Saya tak marah pun sekiranya dia ada orang lain tapi lepaskanlah saya. Sebab saya takut saya tak mampu mengutip pahala takut tersadung dalam dosa

Sumber – Hannah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *