“Ayah, jiran dan ayam”. Tanpa rs bersalah, ayah biar je ayam dia ronda2. Aku dh segan sgt dgn jiran

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku nak meluah saja harini. Aku taip ni pun dalam perasaan geram. Tengok tajuk pun ada kaitan dengan ayam and jiran kan? Haa betul lah tu.

Pernah tak korang ada situasi jiran korang bela haiwan dekat kawasan perumahan dan haiwan tu buat hal macam kotorkan rumah korang atau rosakkan tanaman korang?

Dalam kes aku ni berkait dengan bapak aku sendiri. Dia bela ayam dekat kawasan perumahan. Sumpah dah berbuih mulut aku dengan mak aku tegur.

Nak jiwa animal lover tu takde masalah sebab aku pun berjangkit jiwa animal lover dari dia tapi adab berjiran kena lah jaga.

Dia suka lepaskan ayam ayam dia lepas tu dengan confident ayam dia tak main jauh jauh dekat area rumah jiran. Kalau dia pasang GPS dekat ayam tu confirm dia tarik balik confident dia tu.

Aku tak kisah nak bela ayam kalau dia duduk kawasan kampung yang lamannya luas dan lengkap berpagar.

Ni duduk kawasan taman kut beb, agak agak lah. Aku pulak naik segan dengan jiran jiran tau. Sampai ayam tu lalu dekat dengan aku pun aku sembur dengan air.

Sebab tu bila ayam tu nampak aku saja mesti lari berdesup. Depan bapak aku memang elok saja ayam tu main depan kawasan kandang dia, tapi kalau bapak aku takde kemain jauh ayam tu jalan.

Aku tahu jiran jiran tak selesa. Aku pun tak selesa suasana macam ni.

Bapak aku ni agaknya tak sabar nak pencen dan terapkan kampung vibe dia sebab katanya dia pencen nanti nak duduk dekat kawasan kampung.

Aku pulak stress sekarang ni. Dia macam ditelan mati ayam, diluah mati aku. Sampai aku rasa nak suruh jiran aku buat saja report pasal ayam ayah aku ni.

Korang, kalau jiran korang bela ayam ke kucing ke yang menganggu ketenteraman korang aku suggest buat saja la report dekat jiran ketegaq macam ni. Binatang tak salah, yang salah tuan dia tu.

Aku banyak kali dah tegur ayah aku pasal ayam dia, nak bela pun tak payah lepas. Kurung kan saja dalam sangkar tapi kalau dia tak bela lagi berjuta kali lebih baik.

Kucing aku dulu yang elok dalam sangkar pun bapak aku suka lepaskan. Dapat dekat aku memang aku tak lepas.

Sekali sekala saja lepas tu pun aku ada dekat kawasan tu macam cikgu disiplin untuk pastikan kucing aku tak lari jauh. Jalan jalan cari rumput saja pastu dah masuk sangkar kau balik.

Biar lah nak kata kejam, janji aku bagi cukup makan pakai. Aku lagi pentingkan adab berjiran. Kau yang jiwa penyayang dekat haiwan takde masalah tapi pikir jugak jiran sekeliling kau.

Kalau korang ada jiran macam ni, cuba tegur berkias dulu secara personal.

Aku faham korang cuba untuk elakkan dari bergaduh or masam muka tapi kena faham korang ada hak. Kalau dah tegur elok elok tak jalan report saja. Biar ada akal sikit.

And jangan ingat kalau family tu bela haiwan macam tu, satu family tu setuju.

Tak weh, aku langsung tak suka culture macam ni diterapkan dekat kejiranan aku tapi apakan daya aku cuma seorang anak yang lemah gemalai.

Dah tegur banyak kali pun tak jalan. Sampai rasa segan dengan jiran sekeliling. Keluar tu nak saja pakai topeng ultraman biar orang sekeliling tak kenal.

Sekian..

Reaksi Warganet

Emelda Rosman –
Hahaha… teringat kawan sekampung dulu kes macam ni la juga. Penyelesaianya abis dia potong ayam tu tanpa pengetahuan bapaknya pastu panggil ramai kawan makan.

Sampai sekarang bapaknya ingat ayam tu keluar dan tak balik balik lagi. Haha

Amalina Izham –
Hahaha wehhh faham sangat. Tapi situation aku pulak jiran yang membela binatang ni. Bayangkan la kawasan rumah bandar, duk bela ayam, angsa, sebelah rumah buat kebun macam dekat kampung.

Tak kisah la, tapi bila dah sampai angsa selalu kejar orang lalu lalang jadi mengganggu la.

Kalau tak dulu budak budak tiap petang bebas je nak main main dekat luar, naik basikal, orang jogging. Sejak ada angsa ni memang kena kejar je, tak tenteram dah.

Leyla Kasim –
Dulu laki aku pun sama suka bela ayam di rumah. Kalau di kampung takpe lah jugak tapi ni di taman ha.

Dahla ayam sabung yang dia bela. Siap buat breeding ground untuk ayam sabung pulak tu. Bising tak payah cakap la. Ada sekali dia bawak anak anjing 2 ekor, pun bising yahamat.

Dia nak bela anjing sebab ayam ayam dia selalu kena curik. Aku tipu dia kata jiran jiran komplen. Ada satu kali tu ayam dia bersabung pukul 3am. Aku lah yang terpaksa leraikan dengan perut boyot dah nak dekat beranak…

Ni dia dah beli rumah baru, aku ingat dia nak bela ayam dekat rumah tu. Tapi pandai pulak tak nak bela. Busuk katanya …

Lah, selama ini yang aku tolong dia jaga tak busuk ker?

Elin AR –
Macam mak aku la suka bela ayam. 3, 4 bulan sebelum raya, mesti dah siap siap beli anak ayam 5 ekor untuk raya puasa dan raya haji sekaligus.

Nasib sebelum tu kawasan kampung yang kami tinggal tu ada anjing, so mak aku takut ayamnya mati dikerjakan anjing or hilang kena curi. Jadi dia letak la ayam tu dekat bawah kandang burung.

Ingatkan dah pindah kawasan perumahan, taknak la dia mau bela ayam. Rupanya masih jugaaaaaaa. Dan kali ni jadi mangsa kandang kucing aku.

Sblum ni dia selalu letak dalam kandang kucing boleh lipat tu sebab kucing aku jenis aku lepas dalam rumah. Tapi probsnya dia suka letak di garaj depan pintu. So taik2 ayam tu betebaran sana sini.

Abg aku ada buat kandang kucing 3 tingkat sebab aku ada 3 ekor kucing, sekor 1 tingkat. Lps tu 3 bulan lalu mak aku bela ayam kampung sebab adik ka abg ka mau makan ayam kampung.

Abang aku tanya mana kandang kucing boleh lipat tu, aku cakap kawan pinjam 🤣. Ni untuk elakkan mak aku letak dekat depan pintu lagi, haha. Tp rupanya sangkaan aku meleset.

GF kandang kucing tu pula doramg jadikan penempatan transit ayam ayam tu sementara 1st dan 2nd floor untuk kucing aku. Aku jelingggggggg jak, kucing aku pun kalau tengok aku, dia jelinggggg jugak aku. Haha
Nasib tak boleh tepek gambar sini.

Sumber – Anak Pengembala Ayam (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *