“Wah untunglah suami kaya, bole bg semua ni. Tk mcm saya, suami xde duit”. Surirumah tk guna, bila xdpt diaibkan suami

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya Mochi sekadar nak luahkan pendapat dan pandangan tentang surirumah yang seakan takde ‘function’.

Pandangan saya berbunyi agak kasar dan saya harap netizens boleh berikan pendapat atau nasihat untuk saya hilangkan perasaan geram dan menyampah ini.

Keluarga saya dan suami tidak setaraf. Keluarga saya boleh dikatakan orang senang. Berpendidikan university, boleh bercuti ke luar negara setiap tahun.

Rumah dan kereta beli first hand dan pandangan hidup kami lebih moden dan liberal. Manakala keluarga suami orang kampung.

Belajar sampai SPM saja, ada juga yang tidak habis sekolah. Rumah sekadar menyewa hingga tua, kereta pun beli terpakai saja. McD dan KFC dianggap makanan mewah.

Kalau saya sebut harga makan di Hard Rock cafe ada yang sakit jantung. Tapi saya terima jodoh Allah beri kerana suami sangat baik orangnya.

Pendapat saya tentang surirumah tak function ini terbentuk selepas saya berkahwin dengan suami.

Sebelum berkahwin saya tak pernah kisah sangat tentang surirumah kerana wanita dalam keluarga saya semuanya wanita berkerjaya.

Kami telah dididik oleh atuk yang perempuan perlu bekerja, perlu ada financial independence dari suami supaya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini, nasib kita dan anak anak selamat lah juga.

Tetapi keluarga suami pula berlainan. Semua wanita dalam keluarga dia memang tidak bekerja setelah berkahwin.

Mereka memang biasa dengan idea yang suami perlu menyediakan segala galanya dan kerja mereka hanyalah menjaga rumah dan anak.

Bagi saya, sekiranya ada anak anak kecil atau orang tua yang perlu dijaga then its okay. Sebagai surirumah u menjalankan tanggungjawab terbesar yang bukan semua wanita mampu tanggung. I salute u.

Yang menjadikan saya rungsing dan menyampah adalah sepupu sepupu perempuan suami yang tiada anak, tiada orang tua untuk dijaga, kucing pun tiada, duduk rumah termenung tengok tv, tenung FB.

Takde kerja pun suka sangat meroyan, dan meminta minta. Makin menjadi sejak PKP ni suami hilang punca pendapatan dan semakin banyak keluhan diluahkan. Keluhan berbaur tidak bersyukur dan membuka aib sendiri.

Orang luar tak perlu tahu u duit sewa rumah tak boleh bayar dan akan dihalau bulan depan, duit simpanan dah habis, kereta pun hampir kena tarik.

U bising bising tanya di FB ada kerja kosong tak, sis dah kering ni. Tapi bila I suggest u jadi cashier dekat 7E, eh alasan pulak makan pakai suami siapa nak jaga.

Suami u kerja dari pagi sampai malam baru balik, u mengangkang dekat rumah pun tak jaga suami u.

Seharian u layan KDrama layan perut sendiri, takde buat bekal. Lunch time pun suami tak balik, apa function u duduk rumah sebenarnya?

Keluhan banyak, action satu habuk takde. Then bila suami u kata malam ni kita makan nasi dan lauk kari telur u bising dekat FB kata apalah nasib kahwin dengan orang miskin. OMG gurl u so annoying.

This person jadi annoying dan mengacau hidup saya sebab dia suka sangat membandingkan pemberian suami sendiri dengan suami saya.

Sebagai contoh, rumah kami ada aircon, cuckoo udara dan air, water heater which sebenarnya benda ni biasa saja tapi bagi dia wahhh untunglah suami u kaya boleh bagi semua ni tak macam suami I takde duit.

Hello sister, barang barang tu semua I yang beli guna duit I sendiri. Saya yang nak pakai so saya beli sendiri.

Sewa rumah, api air, duit kereta makan dan pakai saya suami tanggung. So takpe saya sponsor keselesaan yang lain. I want it, I got it tanpa perlu meminta.

Lagi satu yang saya tak suka tentang surirumah tak function ni adalah mereka banyak sangat masa takde kerja so hobi utama adalah bergossip. Sayalah menjadi mngsa utama gosip keluarga.

Mak, mak cik, sepupu dan kadang kala jiran keluarga suami selalu sangat gosip yang saya ni isteri tak guna sebab saya tak masak, hari hari makan luar, baju hantar dobi, anak pun hantar taska.

Mereka selalu mempertikaikan kenapa suami kahwin dengan saya kalau saya tak jaga dia betul betul.

Allahu ceteknya akal korang, lain orang lain cara jalankan tanggungjawab. Suami saya pun tak complain yang hang nak melebih pasaipa. Ko duk rumah pon confirm ke layan suami macam raja?

Kadang kala saya terfikir, diorang ni tak kesian ke dengan suami sendiri, berhempas pulas nak cukupkan semua.

Tapi u masih mengeluh, tak bersyukur, meminta benda di luar kemampuan suami. Dan bila tak dapat aibkan suami. Tapi diri sendiri takde usaha pun nak tolong, hanya tahu nak meminta saja.

Bila suruh usaha sendiri banyak pula alasan. Badan u sihat, tak mengandung, tiada tanggungan lain. Lagi lagi dalam keadaan ekonomi gawat macam ni.

Kita tak hidup zaman mak pak kita di mana satu sumber pendapatan dah mencukupi. Ada sedar ke tak?

Kalau dah miskin tak menyusahkan orang takpe, tapi bila miskin tak sedar diri hutang sana sini, korek lubang sana tutup lubang sini, ni yang menyampah.

Suami ada seorang kawan pinjam duit sebab nak beli Bezza baru. Katanya wife sedang mengandung teringin nak bawa baby balik naik kereta baru.

Last last hutang suami tak bayar, tapi bini duk seronok up status posing dengan kereta baru. Itu jelah mampu sebab insurans pun tak renew, jadi hiasan jelah kereta tu.

Bila suami tanya member bila nak bayar hutang, mula lah drama “aku gaji seorang lah, baby kecil lagi. Banyak nak pakai duit. Kalau aku bayar hutang kau, kesian pula dengan anak bini tak cukup makan”. Ughh , annoying.

Terima kasih lah baca sampai habis, panjang saya meluah pengalaman dengan surirumah tak function ni. Harap readers boleh bagi pandangan dan pendapat lain yang boleh saya ambil sebagai pelembut hati.

Sekian…

Reaksi Warganet

Suez Mohamad –
Sebab dia tak buat apa lah fikiran jadi sempit macam tu. Dia surirumah yang tak function, sebab tu pemikiran tak tajam.

Surirumah yang lain biasanya bijak sebab hari hari banyak benda nak buat. Ada jadual, bangun awal pagi, masak. Fikirkan menu dari pagi sampai malam. Reka juadah2, pastu sembang dengan tetangga pasal info terkini, harga emas, harga barang basah.

Pastu dia juga akauntan dan menteri kewangan. Hari hari pikir belanja rumah macam mana nak jimat. Haaa…tu yang cerdik.

Kalau yang mengangkang duk dpn tv atau main fb sepanjang hari memang tak function lah. Otak tak jalan, tu yang keje bergosip je dan compare life. Haha

Hidayah Maznan –
Memang wujud ye orang yang macam TT describe. Lapang sangat sampai asyik mengutuk orang je kejenya.

Jadikan kata kata diaorg as pembakar semangat untuk kita lebih berjaya. Saya pun penah berada di tempat TT. Segalanya kita buat tak kena aje dekat mata diaorg.

Contoh. Ada org kata saya tak mengemas rumah. Hahaha. Lucunya. Macam la dia duduk sekali dengan saya.

Selesai saya kemas rumah saya wasap je orang tu. Saja nak bagitau done cuci bilik air 3, mop and vacuum 1 rumah, cuci kipas. Kena bagitau. Kalau tak di bulinya kita.

Contoh lain. Orang kata saya berharap sangat dekat umah suami. Nahh, umo 26 tahun saya dah beli rumah atas nama sendiri. Terdiam la diaorang.

Banyak lagi kalau nak cite. Improve diri kita. Show them the results.

Fara Nisha Hakim –
Saya pun surirumah sepenuh masa dan mengharap pada pendapatan suami sepenuhnya.
But,i totally agree with you on this.

Jangan jadikan diri sebagai punca orang pandang rendah.

Sejak saya berhenti kerja, saya buat hal sendiri. Tak ambik peduli pun orang lain pakai apa, makan apa etc. Kalau takleh membantu menambahkan pendapatan suami, permudahkan lah urusan suami supaya dia boleh fokus pada urusan kerjanya.

Suami saya sebelum PKP, memang almost every week outstation. Urusan rumah termasuklah bayar bil, pergi bank, uruskan anak sekolah, hantar kereta ke bengkel etc saya uruskan. Jadi dia boleh cemerlang ditempat kerja. Alhamdulillah, murah rezekinya.

Please wahai surirumah, penuhi jadual harian dgn benda berfaedah walaupun income tak masuk. Tapi sekurang kurangnya orang tak annoying dan pandang rendah dekat kita.

Sumber – Mochi (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *