“Kalau kau kawin, sape nk tanggung rumah ni?”. Aku dah 30. Org tua mata duitan, tak restu aku nk kawin dgn laki bukan keje gomen

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cerita aku ni memang cliche la kot. Entah la korang baca la dulu. Takut nanti orang kutuk naya aku.

Aku pendek kan cerita la ye. Nanti orang bosan pulak. Aku umur dalam 30 an macam tu. Selama 30 tahun hidup ni tak pernah la fikir pasal kawin ke apa. Sebab aku tak suka kawan dengan lelaki pun satu hal jugak.

Dia macam bila tengok lelaki macam menakutkan. Haha. Dalam takut takut pun ade crush jugak eh. Jangan main main. Haha. Biase lah crush saja pun.

Lama la jugak crush dengan dia ni nk dekat 10 tahun jugak. Dasyat kan. Satu saja crush ada. Kira setia jugak dengan crush ni. Jangan meluat dulu eh cerita ni bukan cinta monyet ni. Sabar wahai anak muda.

Lepastu dengan berbekalkan seketul handphone aku pun meluahkan perasaan dekat dia. Sebab aku tau confirm kena reject punya.

Kira macam nak lepaskan burden la dekat dada ni sebab simpan lama kan. Lepas kena reject aku block saja la apa susah kan.

Tapi kusangka hujan di pagi hari rupanya panas di tengah hari. Oihh dia tak reject oihh.

Habisla aku. Nak kena bagitau jiran jiran tetangga kucing kucing aku ke macam mana ni. Nak fikir baju nikah nanti style macam mana nak baju kembang ke bentuk rama rama ke. Adui susah ni.

Bawak bertenang semua. Lepas dia tak reject aku tu. Demam dua hari aku.

Tapi kitaorang masih lagi macam kawan biasa. Tak ada la berkepit macam chopstick. Macam kawan biasa saja pun.

Dia bawak aku jumpa kawan dia. Lepastu bawa jumpa kakak abang dia. Semua sekali dia bawak jumpa. Aku pun ok tak ada apa buat biasa saja.

Next day macam tu. Dia cakap, “ok nanti aku nak bawa mak aku jumpa mak bapak kau”. Aku pun terkejut beruk lalu tak jadi beruk la tapi aku pun bertanya, “kenapa pula nak jumpa aku ada buat salah apa”,

Dengan menepuk dahi dia pun menjawab, “nak kawin dengan kau la apa lagi. Nak meminang ni”. Aku pun hampir pengsan tapi sempat lagi aku tanya, “kenapa nak kawin dengan aku pulak” dia pun cakap, “sudah jatuh cinta sama u maa”

Ok ni bukan cerita lawak tau. Ada sedih ada part korang akan rasa migrain. Aku pun rasa aku migrain 2nd stage dah ni.

Pendek kan cerita la eh. Pejam celik pkp pkpp pkbp pkp. Benda tu dah 2 tahun lepas la disebabkan c0vid kan tangguh.

Jadinya sekarang ni aku dah bagitau mak aku la. Aku cakap ada orang nak datang rumah. Nak meminang ke apa tak tau la. Mak aku pun tanya siapa, orang mana.

Ok part ni jadi isu besar. Dia ni orang kampung. Tak ada la kampung macam duduk dalam gua nyala api pakai batu ke apa. Sekarang pun kampung lagi moden kot. Kerja bisnes sendiri.

Bila aku bagitau mak aku hal ni. Dia cakap, “ishh orang kampung boleh ke kau duduk sana nanti. Menangisla kau nanti”. ”Kerja pun bukan kerja government boleh hidup ke”. “Confirm ke kau nak orang macam ni”. “Dia ada kereta apa.”

Ok korang mesti ingat aku anak puteri raja sultan Brunei bila dengar mak aku cakap macam ni kan. Salah sama sekali.

Aku orang susah juga. Walaupun duduk bandar. Aku rasa aku lagi susah dari dia yang duduk kampung tu. Keluarga aku susah mengharapkan aku anak bongsu ni walaupun aku ada abang tapi tak berguna sama sekali.

Aku la yang bayar semua keperluan rumah walaupun kerja aku pun biasa saja. Kerja budak SPM pun boleh dapat. Walaupun aku ada diploma.

Aku rasa kena suruh dia print bank statement, gambar rumah dia, resume, cv, payslip semua tunjuk dekat mak aku agaknya.

Aku sedih dengar benda ni keluar dari mulut mak aku. Aku ingatkan bila anak dia dah umur macam ni keluar cerita nak kawin dia seronok. Tapi itu semua khayalan saja.

Dia macam tak restu saja. Macam cerita kasim selamat pun ada juga. Kenapa tak cari lawyer ke doctor ke. Nanti siapa nak bayar semua keperluan dalam rumah ni kalau kau dah kawin nanti.

Memang itula yang keluar dari mulut mak aku. Keluarga aku memang mata duitan. Tapi kecuali aku. Aku rasa aku anak pungut sebab perangai muka apa semua memang tak sama.

Ye macam tulah keluarga aku. Lelaki tu aku dah explain semuanya dekat dia.

Dia ni satu satunya lelaki yang baik bagi aku. Sejak aku habis sekolah aku memang cari duit sendiri dan mak bapa aku tak pernah bagi satu sen pun duit poket dekat aku. Melainkan dia bagi dekat abang aku la.

Sepanjang aku duduk asrama apa semua sampai sekarang ni dah kerja tak pernah diorang tanya aku dah makan ke belum. Duit cukup ke tidak. Semua aku handle sendiri.

Jadinya dia sanggup drive dari utara ke sini 3-4 jam juga la sebab nak bawa aku makan makanan yang aku mengidam sangat.

Korang mesti ingat alahh lelaki nak try perempuan memang macam tu. Tapi tak bukan macam tu. Dia ni spesis lain. Nak expain banyak rasa kena buat part 2. Tapi rasa orang menyampah cerita sambung sambung ni kan.

Sekarang ni aku buntu tak tau nak buat macam mana. Kira mak aku tak restu la ni agaknya. Kalau aku kawin jugak kira jadi anak derhaka ke. Lepastu kawin hidup tak bahagia sampai ke anak cucu ke macam mana.

Korang mesti cakap bapak kan ada dia wali. Tak, bapak aku dua kali lima saja mak aku. Sama saja. Migrain 3rd stage aku dah sampai. Apa patut aku buat?

Reaksi Warganet

Zai Darjat –
payah benar nak buat keputusan dah 30an hokey, sampai masanya angkat kaki cara terhormat dengan berkhawin.Istikharah dan hajat untuk pilihan kau ni. berhenti jadi mesin atm family biar abang kau yang lebih bertanggungjawab jadi mesin atm pulak, bina keluarga sendiri.Mak dengan keperluan keluarga biar ayah yang tanggung semula. Good luck

Atikah Jamaluddin –
Pakat dgn bf tu utk ambil hati mak pak awak….buktikan yg bf tu mmg bersungguh2 nk bertanggung jwb jaga awk lps kahwin nnt…dlm masa yg sama dia x hlg awk utk tetap berbakti kpd mak ayh awk lps kahwin nnt…jgn pikir complicated…hendak seribu daya…benda baik jgn ditangguh2…dh kahwin nnt pandai2 la awk & suami nnt fikir mcm mana nk handle mak pak awk….x jd ank derhaka pun selagi mana awk masih berbuat baik dgn mak pak awk…yg jd lbih ‘derhaka’ klu awk ke hulu ke hilir dgn bf tanpa ikatan perkahwinan…

Intan Farina –
ko= mesin atm diorang. jgn bg muka. diorang pn xbg duit kt ko sbb dah jatuh zon selesa. cuba ko stop bg menggelupur la satg. nt ko bg dgn syarat benarkan kau kawen. setel. ko pn berhak bahagia. nak ada zuriat dan ada pasangan. nk berkasih syg yg halal . it’s normal. umo pn da 3 series.

“Sepanjang aku duduk asrama apa semua sampai sekarang ni dah kerja tak pernah diorang tanya aku dah makan ke belum. Duit cukup ke tidak. Semua aku handle sendiri.”

ini alasan yg kukuh utk ko counter balik ayt mak ko.

Azie Azem –
Kalau rasa lelaki tu rare species, teruskan dik, ko tak mention plak mak pak ko keje ke, ada pencen ke, mana2 mak ni tak nak anak dia hidup menderita lepas kawin, datang je minang dulu, pastu tgk berapa hantaran mak ko mintak, pastu ko sambung confession sini, doa banyak2, akak ada dik jumpa org mcm ni, maknya keje sorang, bapaknya tak keje, keje2 biasa je ikut2 org, sebelum kawin semua dia tanggung, bapak mmg nak menantu kaya lawyer doktor semua, dia baik, keje govt, parents tak berkenan sbb bf dia takde keje tetap, akhirnya kawin lari kat siam, tapi hidup merana sebab lelaki tu malas kerja, putus hubungan dengan mak pak, dia berenti keje sebab suami tak nak jaga anak, akhirnya balik kg lelaki kat felda dengan anak dua, walau apa pun keputusan ko, sabar je lah dengan kelazeran mulut mak ko sebelum kawin, jangan sampai putus hubungan dengan mak pak kerana lelaki… Good luck

Sumber – Milo (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *