“Kau Lina eh, puas jd perampas?”. Lama PJJ, tiba2 isteri kena prank. Air mata nya jatuh, sejak itu dia berubah

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Budaya prank melampau ni dulu kita nampak orang Barat saja kerap buat. Pastu ingat lagi dekat rancangan Bang Bang Boom pun lucu lucu sangat dekat TV3 dulu.

Tapi sekarang makin kemaruk buat and yes, benda tu menghiburkan. Tapi bila prank yang dibuat tu melibatkan hal rumah tangga, MasyaAllah rasa terganggu sangat jiwa ni.

Korang perasan tak dekat tiktok terutamanya, ada beberapa surprise planner yang mulakan benda ni sejak awak tahun lepas.

Client nak bagi hadiah tapi surprise sekali konon seller tu as awek atau isteri orang. Bermulalah drama kenakan si penerima kononnya dia dah kacau rumah tangga orang.

Jadi penerima tu akan rasa down dapat tahu lelaki yang diaorang cinta rupanya dah jadi suami atau pakwe orang.

Ada timbul perasaan kecewa, takut dan juga macam hilang kepercayaan. Rasa tak guna sebab macam dah ambil hak orang padahal semua tu rekaan saja.

Bila dah nangis overthinking macam macam, barulah seller cakap semua tu prank saja sambil bergembira nyanyikan lagu Hari Jadi sambil gelak bagai nak rak.

What??? Aku tak kisahlah orang nak kata aku ni kuno ke, tak sporting ke. Tapi bila kau buat prank berbentuk unsur curang curang acah nak experimen macam mana reaksi pasangan tu, memang otak kau pendek.

Takde common sense ke?

Mula mula seller sendiri cipta idea macam tu. Bila dah viral, ramai yang rasa seronok pakat order surprise dengan pakej nak prank benda sama juga.

Yang menyedihkan, ramai sangat menyokong benda sebegitu. Alasannya? “ALA PRANK saja PUN. TAKYAH SERIUS SANGAT”.

Sejujurnya aku punyai seorang kawan perempuan. Baru 3 tahun kahwin. Dia duduk PJJ dengan suami dia. Satu hari masa jaga anak dekat rumah, sorang seller ni datang bagi salam. Dia keluarlah ingatkan sapa datang.

Tiba tiba seller tu cakap ayat macam “Kau Lina eh? Kau buat apa dengan suami aku eh. Puas jadi perampas?”.

Jadi kawan aku yang tengah stress jaga anak sorang dekat rumah pun dah terkejut. Blur gila perampas apa pula ni?? Mulalah drama acah acah kau rampas suami aku bagai.

Kawan aku memang dah baran tapi terkedu tak tahu nak jawab apa. Keluar air mata dia terfikir rupanya laki dia adalah laki orang lain. Tiba tiba keluar sorang lagi perempuan lain dari kereta bawa kek dan bunga.

Lah rupanya suami dia yang upah geng seller ni buat suprise sempena anniversary diaorang.

Happy? Kawan aku tak happy langsung. Bahkan sejak kejadian tu, mula timbul rasa syak wasangka yang sangat tinggi beserta overthinking.

Padahal sebelum ni, kepercayaan dia pada suami okey saja walaupun duduk jauh. Dahlah PJJ. Bila jadi macam tu, dia mula fikir benda bukan bukan sampai menangis keresahan setiap malam.

Daripada sihat terus ada mental health problem iaitu anxiety.

Puncanya? Prank curang macam macam itu la. Jadi, korang rasa benda tu normal ke?

N-O-R-M-A-L-I-S-A-S-I sangat bahaya di mana bila terlalu ramai buat benda tu, benda buruk pun akan dianggap biasa dan normal.

Bagilah pada mana mana perempuan pun, siapa saja yang tak suka orang buat kejutan? Tapi once hati dah dipermainkan dengan prank melibatkan kepercayaan ni, dekat situlah berputik masalah baru yang lebih besar iaitu isu kepercayaan.

TAKDE MASALAH JADI MASALAH.

Bila kita tegur seller jangan business dengan cara macam tu, seller akan jawab “Ini customer yang request. Jangan sedap cakap kalau tak tahu cerita”.

Padahal dia la yang mula mula sekali cipta prank yang macam tu sampai ramai terikut. Tak rasa bersalah ke? Kalau nak prank pun, biarlah guna hati dan fikiran yang Allah bagi. Banyak lagi idea fun yang lain.

Orang sekarang ni, banyak sangat nak dijadikan trend prank. Bila orang tu sampai nangis marah mengamuk baru puas hati.

Dulu curang ni isu yang sangat sensitif. Minta dijauhkan dalam rumah tangga kita. Takut nak sebut sebab kata kata adalah DOA.

Nauzubillah.

Tapi sekarang? Curang pun jadi content semata mata demi view. Bukankah rumah tangga asasnya adalah kematangan? Jadi sebenarnya boleh saja fikir balik apa impak buruk bila buat macam tu.

Lagi pula perempuan ni sejenis makhluk yang mudah dikawal emosi. Jadi kenapa sengaja nak pancing atas dasar prank?

Suprise tu sekejap saja macam 10 minit dah settle buat. Tapi kepercayaan bertahun tahun kahwin hilang sekelip mata bila kita tanamkan sendiri MASALAH BARU kepada pasangan kita.

Elok saja dia percaya dan hidup bahagia dengan kita, alih alih terus rasa tak tenang all the time terkenangkan balik surprise yang sangat TRAUMA tu.

Kalau betul nak prank pun, plan la apa apa asalkan jangan melibatkan isu curang macam ni. Korang nak experimen, akhirnya pasangan merana pun tak bagus tau.

Sendiri cari penyakit. Nanti bila pasangan mula berubah, awak juga pening balik nak betulkan keadaan.

Memang padan muka. Siapa suruh cari pasal. Rumah tangga dah bahagia tu layanlah baik-baik sesama pasangan. Jangan sebab prank sesaat, ranap segalanya.

Apa yang orang lain buat, tak semestinya kita kena ikut. Tepuk balik hati, tanya kewarasan akal.

Kita lebih kenal pasangan kita macam mana. Rasanya lagi baik surprise makan dekat hotel or bagi hadiah handbag saja terus daripada sibuk prank bagai siap upah seller menyamar jadi bini orang.

Pasangan mesti suka, surprise menjadi dan jadi kenangan gembira dalam ingatan dia. Bukannya kenangan yang meninggalkan trauma besar.

Harap jangan marah ya. Aku cuma risau tengok trend ni makin melampau. Silap silap hari bulan ada yang bercerrai bertalak pulak takkan baru nak sedar prank curang ni benda bdoh?

Jangan cakap “ala seriusnya TT ni”. Semua orang boleh terima gurauan. Tapi gurauan dalam bentuk sebegitu, tak semua orang boleh terima.

In the very first place, tak sepatutnya dijadikan prank pun isu CURANG ni.

Tapi kalau masih nak berpegang dengan benda ni sekadar gurauan, suka hatilah. Yang tanggung nanti pasangan korang, bukan kami.

Reaksi Warganet

Cik Ros –
Prank ni macam trend April Fool la. Budaya Barat. Sekarang negara seberang banyak buat. Dah berjangkit ke Malaysia benda bodo ni.

Kat Barat diaorang dah rancang buat prank tu walaupun orang yang kena prank tu buat macam blur dan tak tahu apa apa. Padahal semua dibayar.

Kat Malaysia main terjah gitu jer. Tu hari ada masuk Metro kena tangkap polis sebab dia acah acah nak pukul orang awam (kawan dia record dari jauh). Semua demi content socmed.

Aku rasa orang yang buat prank ni pesakit mental la. Dia suka tengok orang lain rasa sedih lepas tu nak orang tu rasa gembira.
Harap ada undang undang boleh diambil ke atas orang yang prank ni.

Rizal Rodzuan –
Betul tu, pernah dengar kisah sebelum ni, seorang suami yang ada isteri surirumah. 1 hari tu jiran dia mesej rasa bersalah minta maaf kat suami tu kerana selalu pakai wife nya di rumah.

Terus suami tu balik rumah, marah marah isteri akhirnya bergaduh dan bercerrai. Bila habis gaduh tiba tiba dapat mesej dari jiran tu cakap sorry typo sebenarnya pakai wifi nya. So hati hati dengan prank atau typo sebegini ya.

AtHira Zai –
Saya pernah tengok satu video si suami nak suprisekan birthday bini. Jadi dia belikan bouquet flower macam tulah dari seorang yang provide servis ni.

Bila seller tu kenalkan diri pada akak tu sebagai bakal madu kepada suami dia, akak tu betul betul tenang. Siap dia cakap, “awak pasti ke suami saya”. Siap sebut nama suami lagi, “saya takut awak tersilap orang je..”

Seller tu cakap, “Ye betul nama macam tu dah, dia yang minta saya jumpa akak di kedai..”

Akak tu balas, “Yeke ni, sebab suami saya selalu dengan saya di kedai”. Last sekali akak tu cakap takpelah kalau betul nak buat macam mana.

Bila dah kantoi prank dia sengih je sambil cakap tulah saya pelik sebab suami saya memang selalu dengan saya..

Sedih aku tengok video ni. Kenapalah ada idea sebegini diwujudkan?. Tak pasti permintaan suami tu sendiri bagi idea ‘bakal madu’ atau seller ni punya idea..

Kalau tengok betapa percaya akak ni pada suami dia, boleh jadi kepercayaan yang bertahun tu runtuh sebab hanya nak buat suprise/prank tak cerdik otak ni..

Elok elok dah percaya boleh jadi ragu ragu dengan pasangan.

Nurna NaFiz –
Setuju denganngn pendapat confessor. Kita tak tahu tahap penerimaan orang macam mana dan sejauh mana prank tersebut menjadi pencetus kepada penyakit mental yang lain.

Pernah seorang rakan share, ada seorang suami yang di prank oleh kawannya kononnya isterinya sudah hilang. Kawan ni panik cari isteri terlupa isteri keluar bekerja sebab panik sangat isterinya tidak ada dalam rumah. Sejak itu dia selalu kena panic attack bila isteri tiada depan matanya.

Jadi jangan jadi pencetus kepada masalah mental orang lain. Jangan risikokan orang lain hanya untuk secebis ketawa apa lagi pada kanak kan.

Mayang Sari –
Cari lah suprise yang tak menyakitkan hati.

Bawak pergi makan or tidur dekat hotel ke. Beli tiket flight ke. Beli tiket wayang ke. Beli perfume, handbag dan tiba tiba barang pun sampai pun pompuan dah suka tau.

Tak pun untuk harini letak anak anak dekat pengasuh, korg pergi dating pagi ke petang pun wife dah hepi. Eh bawak pergi kedai eco puaka pun bentuk kegembiraan isteri gak.

Banyak lagi la Cara surprise. Tak perlu nak libatkan mental, emosi dan kepercayaan orang. Serius tak kelakar. Biarlah orang anggap Aku old school, Aku rase lebih baik gitu dari dok layan content merapu tah apa apa.

Sumber– Zaq (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *