Br bertunang, aku ‘dipijak’. Perangai hantunya kluar. Dlm hujan lbt, kreta xhidup. Tuhan ‘jentik’ ht aku. Mlm tu aku nekad

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, terima kasih admin jika approved kisah ini.

Aku nak reply confession ni (klik link dibawah)

“Isteri derhaka, isteri b4bi. Mmg nerake lah tmpt kau”. Sjk bertunang aku dh nmpk, silap aku teruskan juga

Aku sedih bila baca confession macam ni, dan tak terkejut pon kalau dah slalu sangat keluar cerita macam ni.

First of all, kita sebagai manusia kalau jumpa orang dalam masalah macam ni, kita janganlah terus condemn. Judge yang bukan bukan.

Ya, memang satu keputusan yang salah bila awak teruskan jugak kahwin dengan lelaki tersebut. Tapi hakikatnya cinta itu buta. BUTA tuan puan.

Ya, aku pernah berada dalam situasi macam ni. Bercinta dengan orang yang panas baran, maki hamun, jenis dia saja yang betul, selalu overthinking, full of drama, kuat merajuk dan mengongkong.

Aku perhati biasa perempuan lah selalu yang ada perangai perangai macam ni. Ni terbalik pulak. Aku bertahan. Sampailah kami bertunang.

Aku wanita berkerjaya. Sebelum aku kenal dia pon, aku memang workaholic. Pantang ada waktu boleh buat OT, aku akan buat OT. Janji tak kacau bila ada plan nak bercuti, family day or me time.

Yelah, daripada kau tak buat apa dekat rumah tu bosan layan Netflix, baik buat OT. Kalau takde, aku offer diri dengan boss nak OT gantilah sape kawan kawan yang taknak OT.

Bila aku jumpa dia, berkawan lalu jatuh cinta. Mula mula bercinta tu memang semua indah indah belaka. Bagi orang yang tak pernah bercinta macam aku ni, ‘oh macam ni feeling orang bercinta ek’ haha.. seronoklah rasa dicintai gitu.

Bila aku dah start bercinta, kerja aku slow sikit. Kalau nak OT tu ikutlah kalau si dia kerja, aku akan OT. Kalau dia cuti, for sure aku tak ambik OT sebab kami akan dating. Kena bahagi masa.

Sepanjang bercinta, semua OK.

Lepas saja kami bertunang, sikit sikit perangai hantu dia keluar. Semuanya tiba tiba. Tiba tiba dia merajuk. Tiba tiba nak marah. Sampai aku sendiri tak tahu mana silap aku.

Aku ni jenis ego tinggi jugak tapi aku try cool down, sabar, diam, benda boleh bincang. Aku malas nak bertikam lidah.

Bila dia dah baran, mula lah caci maki. First time dia maki aku tu, aku terkejut jugak. Tapi aku jenis malas nak pikir lebih lebih. Aku sabar jelah,diam. Mak aku pesan, kalau sorang api, sorang lagi kena jadi air. Makanya aku pon jadilah air.

Dalam hati memang geram rasa nak menjawab saja bila dia marah marah tu. Yelah, dia tuduh yang bukan bukan. Kita tak buat pon benda tu, tapi disebabkan perangai overthinking bdoh dia tu, macam macam dia tuduh aku.

Aku boleh bersabar dengan semua perangai dia, sampailah tahap dia kongkong kebebasan aku. Semua benda aku buat mesti minta izin dia.

Kena video call setiap kali nak keluar, tunjuk muka kawan kawan yang aku keluar bersama tu. Kalau nak shopping online ke nak apa ke, kena minta izin dia jugak.

Alasannya, dia tak nak lepas kawen nanti aku boros, dia nak biasakan aku beli benda yang perlu.

Aku jarang shopping online, sebab aku jenis kedekut. Banyak duit aku gunakan untuk pergi bercuti dan makan. Sesekali nak shopping online beli beg ke baju ke tapi dia tak izinkan memang aku merajuklah.

And dia sendiri tahu yang aku jarang shopping online. Dia pernah mintak nak pegang kad bank aku. Aku tak izinkan.

Dia ghosting, block whatssap terus. Haha. Aku pon diam jelah. Nak pujuk, dah semua socmed dia block. Aku jenis malas nak overthinking. End up, dia cari aku sebab nak bincang hal nikah.

Selain dari tu, aku mula nampak dia tak boleh bila aku lebih dari dia. Lebih lebih lagi dari segi karier. Aku pernah dapat award Employee of the Month, start dari tu dia downgrade aku.

Dia perkecilkan usaha aku, dia rendah rendah kan semangat aku. Bila waktu kerja saja, mulalah dia kacau aku, bila aku tak layan dia merajuk dan silent treatment.

Aku ni bila dah sayang, aku pujuk dia. Cari dia, selalu mintak cuti, mc tipu lah semata mata nak keluar dengan dia. Semata mata nak pujuk dia.

Sampailah performance kerja aku drop. Boss and teammates dah complain. Aku hilang fokus. 24 jam nak kena jaga hati dia. Aku jadi bdoh, selalu mengaku salah atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu.

Aku selalu mengalah, diamkan diri bila dimaki, diherdik. Sebab aku jenis malas panjang panjang kan cerita.

Aku banyak dealing dengan teammates yang majority lelaki. And aku tahu dia kuat cemburu, overthinking. Bila aku taw perangai dia ni, so aku pun kena behave. Jangan buat benda yang trigger dia untuk marah, cemburu and overthinking.

Jadi, aku tunaikan semua yang dia nak supaya dia tak overthinking. Aku tak letak password fon aku. Aku biarkan dia baca semua chat whatsapp aku. Bagi semua password socmed aku. Aku share jadual kerja aku. Apa yang dia nak semua aku bagi.

Aku tak nak dia overthinking. Tapi, kami bergaduh jugak sebab dia taknak aku whatsapp dengan lelaki. Aku explain dengan dia, itu semua atas urusan kerja, aku tak ada bff laki laki. Dia sendiri boleh baca satu2 sebijik2 chat aku tu.

Alasannya, aku boleh padam chat. Aku ni tak suka bazir masa untuk benda benda remeh ni. Curang tu menyusahkan. Nak kena selalu berhati hati.

Tahap overthinking dia memang teruk.

Sepanjang aku dengan dia aku tak bahagia pon. Aku lebihkan kebahagiaan dia. Asalkan dia happy. Kadang terasa bdoh pon ada. Tak apa, janji dia happy. Sampai satu hari tu, dia maki aku sebab tak angkat call dia.

Aku baru habis meeting, baru habis kena maki dengan boss, lepas tu dia pulak maki aku. Aku serabut. Dengan kerja, dengan dia, semua benda tak kena. Balik kerja tu hujan lebat sangat.

Aku tunggu hujan teduh sikit sebab aku parking jauh dan tak bawak payung. Sementara tunggu hujan teduh tu, aku solat Asar. Aku silent fon. Selesai solat, aku tengok fon. 15 missed call. And 1 message. Dia message aku.

“Woi betina, kau tak reti nak angkat call ke? Apa guna beli iphone mahal mahal kalau tak reti guna? Still kat office? Saje nak borak lama lama dengan jantan dekat office tu ke? Lagi best kan borak dengan diorang sampai taknak angkat call aku?”.

Bila dia dah marah, aku jadi takut. Aku lari ke kereta, basah kuyup. Aku cepat cepat start enjin kereta nak drive sampai ke rumah dan nak video call dia dan nak minta maaf. Tapi kereta aku tak boleh start! Aku panik and serabut!

Aku rasa nak menangis, takut. Then aku tumbuk stereng and menjerit sekuat hati aku dalam kereta tu. Sebijik macam dalam drama. Nasib baik hujan lebat, orang tak boleh dengar. Aku menjerit lagi dan lagi. Dah penat, aku diam. Aku menangis.

Macam mana ‘lebat hujan’ dekat luar, macam tu lah ‘lebat hujan’ dalam kereta. Waktu tu, seolah olah Tuhan nak aku muhasabah diri. Fikir dalam dalam. Berbaloi kah semua ni. Semua kesalahannya aku butakan.

Dia ‘pijak’ aku semahunya. Semua yang aku buat, semua salah dimatanya. Lama aku fikir. Diam dalam kereta. Hujan makin lebat. Dia terus menerus call, aku tak angkat. Message aku dengan makiannya, aku tak reply.

Aku try start enjin kereta. Hidup! Adakah ini petanda Tuhan nak beri aku masa untuk aku fikir sedalamnya? Aku drive slowly balik rumah. Aku berfikir lagi, dan lagi sepanjang jalan.

Sampai saja rumah, aku tenang tenang, mandi, bersihkan diri. Makan, lepak lepak tengok TV dulu. Malam tu sebelum tido baru aku buka fon. Macam biasa, 27 missed calls, 5 messages, panjang panjang. Caci maki as always.

Biasanya kalau dalam situasi macam ni, aku yang mengalah, minta maaf, pujuk dia. Tapi kalini lain sikit. Aku tunjuk perangai sebenar aku.

Dia b4bikan aku, aku b4bikan dia balik. Dia p*k1makkan aku, aku p*k1makkan dia balik. Dia panggil aku betina, aku panggil dia jantan.

Si4l, h4nat, pel4cur semua aku balas balik weh! Puas memang puas! Dia terkejut. Dia cakap macam ni ke nak jadi bini dia? Haha. Boleh pergi jahanam kau sana. Kau dah buat aku macam doormat lagi mau sembang pasal hormat.

Aku jenis kalau orang treat aku baik baik, yes aku treat balik baik baik. Kalau orang treat aku buruk, aku cool dulu boleh sabar, tapi sampai masa dah tak boleh sabar aku balas balik.

Dia call aku. Aku get ready nak confront malam tu. Dia tengking aku. Aku tengking balik. Hambik kau semua benda kami ungkit. Haha. End up, putus tunang. Yeay!!! Aku tak sedih langsung. Ya Allah, rasa bahagia sangat sangat!!!

Lepas putus tunang tu aku hidup macam biasa. Sebab aku bukan jenis nak meratap, menangis nangis dah. Entah dari mana kekuatan tu datang.

Aku move on. Happykan diri aku. Aku minta maaf kat diri aku. Aku dah zalimi diri aku ni.

Dibiarkan orang pijak pijak aku. Aku biarkan orang yang aku sayang tak hargai aku. Aku biarkan orang fikir aku jahat, asalkan orang tu bahagia.

I am truly sorry, my dear self. Dia still cari aku. Call aku. Message aku. Sikit pon aku tak layan. Aku terus block. Buat semak hidup aku saja.

So, korang kalau boleh selamatkan relationship korang, tak kiralah still couple, bertunang even dah kahwin, go for it. Cuba selamatkan.

Berbincang elok elok. Kalau dah tak boleh selamatkan, kesihatan mental terganggu, better angkat kaki, jalan terus.

Hargailah diri korang tu dulu. Tak gunalah kau korbankan kebahagiaan kau untuk orang yang tak hargai pengorbanan kau tu. Kalau belum kawen, better fikir panjang. Kau mampu ke bertahan untuk jangka masa panjang after nikah nanti? Jangan salahkan takdir.

Sebab semua yang berlaku atas pilihan kita juga. Aku bersyukur sangat Tuhan kuatkan aku untuk buat keputusan ni. Sebab sebelum ni aku takut. Takut dengan dia. Takut kehilangan dia. Takut dia cari lain. Bila pikir balik, entah apa yang nak ditakutkan pon tak tahu.

Kalau betul la orang tu selayaknya untuk kau, dia tak sekat impian kau. Dia akan bebaskan kau asalkan kau pandai jaga diri. Pandai bahagikan masa antara kerja, family dan kawan kawan. Dia tak matikan langkah kau untuk maju ke hadapan.

Dia selalu ada untuk sokong apa saja minat kau. Dia selalu bagi semangat untuk kau terus kuat dalam apa jua keadaan. Dia akan selalu percayakan kau, bersangka baik, tak maki dan hina kau malah berlemah lembut dalam memberi nasihat.

Dia akan hormat pendirian kau. Untuk pengetahuan, aku buat semua yang di atas untuk aku jadikan diri aku layak untuk dia. Tapi sayang, dia pula sebaliknya.

Akhirnya, babai lah. Aku rasa cukup dah tahap kesabaran aku. Lepas putus tunang tu dia meroyan. Mungkin dia pikir balik semua kesalahan kesalahan dia tu. Aku pulangkan semua barang barang milik dia. Tapi dia tak pulangkan pon barang barang aku. Haha no more turning back.

Tapi aku masih doakan dia berubah dan dapat perempuan yang lebih penyabar dari aku. Sebab orang orang narsisstik ni sesuai dengan orang orang yang tinggi tahap kesabarannya.

Goodluck la. Aku dah happy dengan diri aku yang sekarang.

Reaksi Warganet

Najwa Mhsmdn –
Jangan cari lelaki yang semua benda dia nak sekat sebelum kahwin. Kahwin tu bukan bermakna kebebasan diri sendiri kehendak diri dah takde.

Perasan tak kenapa perempuan saja kena berkorban untuk kebebasan diri dalam perkahwinan, sedangkan lelaki boleh pulak nak buat apa ake atas tiket dia tu ketua keluarga dan pencari nafkah.

Ingat ya, perhubungan yang sihat bukannya si lelaki bebas dan si perempuannya ibarat dirantai dan dipaksa fokus kerja domestik seumur hidup. Mereka bukannya haiwan nak kurung di rumah. Mereka pun manusia macam lelaki. Usah kita kata perempuan happy jadi makhluk domestik.

Faranishah Hakim –
Bagus nak…bijak. Tuhan memang bagi petunjuk bila kereta takleh hidup tu. Kalau ikutkan kereta nak meragam, mesti sampai sudah tak hidup. Tapi Tuhan nak bagi awak bertenang dan berfikir.

Macam mak awak pesan, kalau sorang api sorang air, Acik tak rasa dia include kan sekali dengan orang yang maki hamun. Sebab normal la kalau pasangan bergaduh.

Bila sorang tengah marah, sorg kena diam. Baru sejuk. Tapi kalau sampai tahap memaki…jangan diam. Stand up for yourself.

Sebab orang yang tahap memaki dan mencaci ni, Bukan normal dah. Dia akan membuat pasangannya jadi stress, rendah diri dan rasa tak berguna.

Good for you… Acik doakan nanti awak jumpa seseorang yang baik dan menghargai awak.
Ramai lagi orang baik baik…InsyaAllah.

Miz Atom –
Saya tak sanggup baca habis story, terus saya jump cerita akhir. Mujur confessor angkat kaki awal, tahniah untuk anda, itupun banyak membuang masa kan.

Just my 2cent suggestion, bila kenal dengan seseorang cuba letakkan suatu tempoh, tak perlu berbulan hingga bertahun lamanya. Di bulan pertama kenal itu, tanya dan korek sehabisnya tentang si dia. Pepandai koranglah korek selidik info tentang dia.

Buatlah checklist sesiap, kalau banyak ‘X’ dari ‘✓’, surrender diri awal awal. Tak perlu membuang masa! Lainlah checklist ‘✓’ ini banyakkk, ambik masa lagi selami dan kenal hati budi masing masing.

Biar kita dikata memilih dari tersalah dapat calon. Hidup membujang tak hina, asalkan tak menyusahkan orang #2cents

Sumber – Lufya (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *