Adik ipar kami ‘halau’ sbb tak kerja mkn gji. Ayah tiba2 nk jual rumah pusaka RM1.7juta. Diam2 adik jumpa ayah

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama aku Ray. Cerita yang aku nak sampaikan ni kalau ikutkan buka pekung di dada sendiri. Dan cerita buruk tentang keluarga aku, terutama diri aku sendiri.

Cuma, aku rasa perkara ini perlu diceritakan sebab benda ni sangat beri kesan dalam hidup aku sampaikan ia mengubah mindset aku terhadap ‘orang luar’ 360 darjah.

Ini cerita dah lama, dan berkait hingga sekarang. Aku ada family yang besar, banyak adik beradik, dan sangat menekankan perihal agama.

Jenis family aku ni pulak, suka duduk ramai ramai dalam satu rumah walaupun dah berkeluarga. Adik beradik aku ada dalam 5 orang (aku anak ke 2) dan semua dah berkahwin dan duduk sekali.

Walaupun duduk sekali, tapi memang kami dari kecil sampai ke besar, tak pernah langsung ada isu keluarga. Kalau setakat bergaduh mulut, tarik rambut tu semua biasa. Even dah ada ipar duai pun, masih okay walaupun duduk sekali.

Sampailah apa yang jadi lepas tu, iaitu bila adik aku nombor 4 (aku bagi nama dia Laila) dah kahwin dengan seorang jejaka pilihan hati dia.

Awalnya semua okay, kami duduk sebumbung, ceria meriah apa semua. Sampailah ada satu isu yang membuatkan kami semua adik beradik ‘bergaduh’ dengan ipar (suami Laila).

Aku tak nak explain lebih lebih gaduh tentang apa. Nanti mesti ada saudara mara aku yang tahu. Tapi apa yang aku boleh bagitahu, satu keluarga aku bergaduh sebab tak sefahaman dengan suami adik kitaorang.

Mak ayah kitaorang pulak jenis tak nak ambil kisah. Fikir yang ini semua biasalah gaduh gaduh adik beradik.

Tapi tak, mak ayah aku terlupa yang ini bukan gaduh biasa biasa dah sebab dah melibatkan ‘orang luar’. Sakit hati dia tu lain.

Walaupun begitu, aku dan adik beradik yang lain, masih ego dan rasa tak patut Laila sokong suami dia yang tak sefahaman dengan kami.

Padahal kalau ikutkan, masing masing ada pendirian masing masing. Patutnya, buat relax sudah. Tapi tak, adik beradik aku bukan macamtu.

Bila dah jadi macamtu, kerap jugalah kami berempat (kecuali Laila) mengumpat depan depan diaorang dalam rumah mak ayah. Kalau masa makan, kadang kadang kami perli secara tak langsung. Kalau pergi outing ke apa, kami buat benda yang sama.

Lagi teruk, ada waktu tu abang sulung aku siap perlekehkan Laila dan suami dia pasal pekerjaan diaorang.

Laila ni berniaga buat kek coklat sambilan. Kalau ada order, dia buatlah. Dia pulak belajar paras SPM saja sebab tak boleh go bahagian akademik.

Suami dia ni pulak, kerja online. Sampai sekarang aku tak tahu kerja online dia ni apa. Dulu bila tanya dia, dia cakap macam buat website apa semua tu. So, bagi aku, maybe dia buat website kemudian jual dekat orang lah kot.

Abang sulung aku kata, “Weh Laila, cubalah cari kerja jadi cikgu macam kak Aida (akak ipar Laila) ni. Senang sikit nanti.

Eh jap, ko takde degree kan? Adoi hahah, hah tu pesan dekat suami tu cari kerja makan gaji lah. Nanti senang pencen minta loan apa semua.”

Aku yang tulis semula ayat abang sulung aku ni pun dapat rasa sakit hati bila orang perlekeh kita macamni.

Tapi, waktu tu, nak katanya diaorang berdua ni tak payah nak buat fahaman sendiri sangatlah. Ikut sajalah kitaorang ni patutnya.

Jadi, keadaan macamni berterusan sampailah ada satu ketika, aku nampak yang suami Laila dan Laila dah rasa tak selesa dengan kitaorang.

Dah tak ngam macam dulu. Well, masa tu aku rasa puas hati giila.

Yelah kan, dah duduk rumah kitaorang, patutnya ikut jelah cara family kitaorang. Ni tak, nak buat fahaman sendiri pulak. Dalam hati aku waktu tu, “Nah rasakan, padan muka, tulah pandai pandai nak buat kepala sendiri sangatkan.”

Dah setahun duduk sekali, akhirnya, Laila dan suami dia keluar rumah kami sekeluarga dengan cara baik. Dia nak pindah.

Dia berterus terang kata dekat mak ayah yang dia tak selesa, dan nak cari hidup baru dekat luar. Waktu tu memang aku rasa kitaorang menanglah.

Memang rasa puas hati sebab kitaorang dominan dalam rumah tu. Dan kitaorang mengiyakan juga keputusan Laila yang nak keluar daripada rumah dengan harapan nanti dah duduk sendiri, harap sedar sendirilah kesilapan tu.

Tapi malang. Kami tak tahu rupa rupanya, bila bermula keluarnya Laila, bermula juga hal hal yang kami tak pernah sangka terjadi dalam hidup kami sekeluarga.

Beberapa bulan lepas tu, ayah aku tetiba mood swing. Maybe dah tua ke apa, dia kata dia nak jual rumah dia ni. Rumah besar yang kami semua duduk ni.

Rumah ni letaknya atas tanah pusaka atok (ayah kepada ayah aku). Jadi, memang nama ayah aku lah sekarang. Dan benda ni buatkan kami semua jadi cuak.

Dah kenapa tetiba pulak ayah aku ni tetiba nak jual rumah yang semua anak anak dia, ipar duai dia, cucu cucu dia duduk sekali. Takkan tak suka kot satu family besar duduk sekali kan?

Tapi apa yang ayah aku bagitahu, dia nak kami semua belajar hidup sendiri. Dan nak jual rumah, serta wakafkan tanah ni jadi pondok tahfiz budak menghafal.

Dalam kata lain, dia nak jual rumah, tapi tanah tu dia wakafkan. Kalau ada orang beli nanti, kiranya dia tak campur kos beli tanah lah maksudnya.

Kami adik beradik yang duduk situ memang tentang habis habisan benda ni.

“Ini tak boleh ni ayah!” tengking abang sulung aku.

Hampir nak bergaduh jugaklah pasal ni. Lama lama lepastu, ayah aku batalkan niat dia nak buat macamtu.

Long story short, dalam 3 tahun lebih gitu, ayah aku cakap lagi pasal benda ni. Dan dia tekad, memang dia nak jual rumah ni dan dia dengan mak nak menyewa je mana mana nanti. Dia dah tua. Dia kata nak pahala berterusan mengalir dekat dia.

Jadi sebelum dia bagitahu kitaorang adik beradik hal ni, dia siap dah lantik peguam untuk uruskan hal ni.

Anyway, aku tak sure Laila tahu ke tak hal ni sebab dia dah lama tak balik jenguk mak ayah dekat rumah sejak kejadian haritu.

Ok, bila kami tahu hal ni memang berputih mata lah. Kami tanya, siapa yang beli? Ayah kata dah ada orang nak beli buat tempat ajar budak mengaji.

Lepas tu, ayah cuba legakan hati kami yang, takpe, hasil jualan ni nanti ayah beri sikit pada kitaorang untuk tampung duit beli rumah baru nanti.

Dalam kata lain, ayah tolong sikit sikit untuk bayarkan down-payment rumah kami nanti. Bulan bulan tu sendiri bayar.

Akhirnya, kami setuju. Dan terjuallah rumah pusaka kami dengan harga RM1.7 juta. Dan kitaorang 4 adik beradik dapat RM200,000 each.

Waktu tu aku terdetik nak tanya ayah, Laila dapat jugak ke duit ni? Ayah kata tak, sebab dia dah ada rumah sendiri. Dalam hati aku, “mana ayah aku tahu Laila dah ada rumah sendiri?”

Takpelah tu kan. Akhirnya, kami adik beradik semua dah duduk asing asing.

Tahun depannya, C0V1D19 menyerang bumi. Tahun yang sama aku mula rasa rindu zaman muda muda. Jadi, aku fikir nak ajak adik beradik aku yang lain tengok rumah pusaka lama kami. Jalan jalan sambil cuti sekitar situ. Katanya dah jadi pondok tahfiz.

Tapi, adik beradik aku yang lain semua sibuk. Jadi aku pergi seorang jelah dengan keluarga aku.

Sebelum kerajaan umumkan lockdown, aku gerak daerah sana sambil bercuti hujung minggu.

Bila aku sampai perkarangan rumah tu, memang terimbau kenangan lama wey. Sedih pun ada. Aku berhenti kejap situ sambil nak nikmati nostalgia. Tetiba aku nampak satu figure tubuh badan lelaki, maybe ni ustaz tahfiz tu, pemilik baru rumah ni.

Tapi, bila aku fokuskan mata aku, macam aku kenal siapa lelaki ni.

WEYHHH ITU SI SUAMI LAILA ADIK AKUUU!

Celah mana tetiba dia ada situ. Aku memang confius, apasal dia buat itu macam rumah dia. Aku start enjin, terus gerak rumah sewa mak dan ayah yang duduk kawasan berdekatan situ jugak.

Sampai sampai, aku terus tanya ayah aku tentang apa yang aku nampak tadi. Kemudian, barulah aku tahu cerita sebenar. Rupa rupanya suami Laila tu yang beli daripada ayah aku.

Bila ayah aku mula nak jual rumah yang awal awal dulu tu, rupa rupanya waktu tu jugak, ayah beritahu Laila, dan Laila dah pesan dekat ayah yang dia dan suami nak beli rumah tu. Cuma diaorang perlukan masa untuk kumpul sikit sikit duit.

Sayang nak jual dekat orang lain katanya.

Bila aku tanya ayah aku elok elok, baru aku tahu suami Laila tu dia salah seorang ketua untuk 1 website vlral dekat Malaysia ni. Aku tak nak sebut apa, tapi bukan IIUM Confession lah, haha.

Patutlah dia macam tak nak kecoh kecoh awal dulu. Waktu tu memang terciduk aku. Terus aku teringat ‘kekejaman’ aku pada diaorang.

Sekarang, Laila yang kerja sambilan ngajar orang ngaji. Rumah tu diaorang duduk sendiri dan sambil sambil bagi tumpang budak budak area situ nak mengaji ke, main ke apa. Yela rumah besarkan.

Aku memang speechless bila tahu hal ni. Dan benda benda ni lah yang buatkan aku jadi insaf dan terus taknak judge orang bila tak sama dengan kita.

Banyak lagi benda yang aku tak cerita, tapi panjang sangat dah ni. Point aku, Setiap orang lain lain. Jadi, jangan kita terus judge orang untuk sama sahaja dengan kita. Kita tak kenal siapa dia, dan darimana dia datang.

Apa yang patut aku buat dulu adalah terima sahaja dia, sebab yang membezakan aku dengan dia hanyalah amal dan taqwa sahaja.

Aku insaf ya Allah… Abang minta maaf ye Laila dan suami.

Reaksi Warganet

Omar Mukhtar –
Moral of the story..

‘Biar banyak rumah, jangan banyak serumah’.
Nabi pun dah pesan bahawa ipar duai tu adalah ‘maut’.

Si ayah sudah nampak betapa semakin huru hara mereka anak beranak kerana duduk serumah. Jual rumah tu ada lah jalan penyelesaian nya.

Satu je aku nak cakap, padan muka..!

Zaim Nur –
Dalam kisah ini, duit, harta dan kedudukan menjadi ‘tanda aras’ atau kayu pengukur bagi menilai taraf seseorang. Sungguh besar dugaan bagi pasangan suami isteri khususnya dimasa sekarang.

Jika gajinya sikit, maka dibawahlah tempatnya. Jika tinggi jawatan dipegang, maka berbakul sanjungan akan diterima.

Sesungguhnya nikmat syukur itu amatlah besar sekali dan akan baru dirasai andai kata ‘nikmat kaya’ tadi ditarik sekelip mata.

Betullah juga kata kata, “orang akan menilai dan melihat kejayaan kita sahaja. Tanpa mengetahui disebalik kejayaan itu, ada kesusahan dan kepayahan ditanggung.”

Sokongan sesama suami isteri juga penting dalam melayari kehidupan bukan saja menghadapi cabaran keduniaan semata tetapi sebagai persiapan ‘dunia seterusnya’.

Selain itu, duit ringgit dan harta perlulah dijaga rapi tanpa pengetahuan orang lain kerana ia bakal menimbulkan rasa kurang enak bagi dua belah pihak nanti.

Jika harta sikit dihina, jika harta menimbun didengki. Moga kita dapat iktibar dari kisah ini. Maaf, andai tersalah kata dalam menulis komen diruangan ini.

Cik Puan –
Tu dengan adik beradik sendiri. Yang memang dah kenal sejak kecik, yang dekat socmed ni pun berlambak jenis suka judge orang lain, padahal masing masing tak kenal pun.

Perlekeh kan orang especially yang sharing cerita tentang pengalaman dalam kehidupan sendiri. Sebab kisah org tu tak sama dengan kisah hidup dia kot. So rasa tercabar. Siap ajak geng lagi kecam berjemaah.

Tengok tuan badan bukan calang calang, educated. Kerjaya bagus tapi mindset? Sedihhhhh! Agaknya dia ingat hidup orang lain tu sama macam hidup dia gamaknya.

Detik Manja –
Yang kecam kecam tu… Sabar yea… Dah jadi pengajaran untuk confessor, dah insaf dah…

Tujuan dia cerita dekat kita ni supaya kita amek jadikan teladan.. Dah, sudah tu readers sume… jangan judge orang lain…..

Sumber – Ray (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *