Jam 5am, ayah xbalik2. Rupanya kene tngkap bsah. Lps dijamin, ayah bw janda tu ke rumah. Mak bersuara

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai nama aku Iera. Umur 29 tahun. Seorang isteri dan juga seorang ibu.

Saja aku nak kongsikan kisah family aku. Tak semua orang ada pengalaman ada mak tiri kan. Dan aku sendiri pun tak pernah membayangkan aku akan ada mak tiri.

Kisah nie terjadi masa aku 17 tahun. Malam tahun baru, ayah aku tak balik rumah sampai pukul 5 pagi. Jadi mak aku risau sebab ayah aku tak pernah tak balik rumah selewat tu.

Rupanya malam tu ayah aku kena tangkap khalwat. Aku tak pasti dekat mana tapi mengikut cakap pakngah aku diaorang kena tangkap basah dalam kereta dekat tempat parking. Nak tunggu tengok bunga api lah kot agaknya kan. Tak tahu lah aku.

Jadi ayah aku call pakngah aku untuk pergi jamin dia dekat balai polis. Dari pakngah aku lah kami tahu kes tangkap basah nie. Dan lepas pakngah aku pergi jamin ayah aku, diorang balik rumah aku sekali dengan perempuan tu ye.

Mak aku sejenis yang sangat penyabar tapi aku tahu jauh dalam sudut hati, dia mesti sedih dan terkilan. Perempuan tu cakap depan mak aku dia nak kahwin dengan ayah aku tapi mak aku cakap langkah mayat dia dulu. Kesian mak aku.

Hari demi hari berlalu dan aku tak pasti kenapa ayah aku terlalu kejarkan perempuan tu. Untuk pengetahuan korang, perempuan tu janda dan ada anak sorang yang tua sikit dari aku dan kalau tak silap aku, dia dah kahwin 3 kali tapi jodoh tak panjang.

Kalau ayah aku tak nampak muka dia sehari, ayah aku jadi macam orang bodoh, duduk luar rumah hisap rkok berkotak kotak, kerja tak nak, termenung panjang sorang sorang.

Dua tahun lepas tu, ayah aku kahwin dekat Thailand. Tak da sorang pun family aku yang tahu sebab ayah aku tak pernah berkelakuan pelik. Tak pernah tak balik rumah. Semua macam biasa.

Sampai la 4 tahun kemudian, abang si perempuan nie datang rumah aku cari ayah aku. Tapi masa tu ayah aku takda, cuma ada mak aku.

Mak aku tanya kenapa cari ayah aku. Then dia cakap dia abang kepada isteri kedua ayah aku. Korang boleh imagine tak perasaan mak aku time tu.

Aku sangat kesian kan mak aku. Tak tahu apa kurang mak aku di mata ayah aku. Tapi aku sangats sangat respect mak aku. Dia seorang yang sangat ssangat penyabar. Memang la gaduh jugak la masa tu dengan ayah aku.

Dan ayah aku mengaku sebenarnya dia dah 4 tahun kahwin dengan perempuan tu senyap senyap. Luluh hati mak aku.

Mak aku cuba terima kenyataaan tapi entah la.. Hari demi hari berlalu, ayah dan mak aku kejap gaduh kejap baik. Ayah aku tak pernah pergi tidur rumah mak tiri aku. Mungkin sebab nak jaga hati mak aku atau taknak gaduh dengan mak aku.

Adik beradik aku semua tak boleh terima kehadiran dia dalam keluarga kami. Masa kenduri kahwin aku dengan kakak aku, ayah aku bawak dia datang dan dia duduk dekat khemah sambut tetamu tu sekali dengan mak aku gais.

Korang boleh bayangkan tak perasaan mak aku, malu dekat orang orang kampung semua tapi mak aku tetap tunjuk happy yelah sebab majlis kahwin anak anak kan, takkan nak moody.

Tapi adik beradik aku abang, kakak, adik aku semua tak layan dia. Yela kami sangat tak mengalu alukan kehadiran dia dekat majlis tu.

Lepas pada majlis kenduri tu, keesokkan hari kami semua keluar, tinggal mak ayah dengan adik lelaki aku je kat rumah.

Masa kami balik, mak aku menangis teresak esak dia cakap ayah aku nak tinggalkan dia. Memang terkejut lah kami waktu tu. Ayah aku diam. Aku tanya mak aku, ayah aku cerraikan dia ke. Dia tak jawab, cuma menangis teruk sangat sangat..

Lepas tu ayah aku keluar rumah, aku tanya suami aku. Tapi suami aku cakap ayah aku cakap dekat dia, dia tak cerraikan pun mak aku.

Cuma dia terkilan sebab masa bini kedua dia datang majlis kahwin kami, tak da sorang pun anak dia yang layan bini kedua dia tu sebab tu dia mengamuk dekat mak aku.

Dia expect kitaorang nak layan dia ke dalam majlis yang sepatutnya jadi kenangan indah dalam keluarga kami?

Kami sendiri pun tak jemput dia datang. Tak mengalu alukan pun kedatangan dia jadi memang wajar kami tak layan dia. Dan lagi satu, kami sendiri perlu jaga hati mak kandung kami.

Apa perasaan mak aku kalau kami semua layan dia, bermesra dengan dia? Sedangkan mak aku sendiri pun tak mampu 100% terima kehadiran dia sebagai madu. Cuma mak aku hormatkan ayah aku.

Sejak kantoi ayah aku kahwin baru tu, mak aku macam hilang kepercayaan dekat ayah aku. Setiap kali ayah aku keluar dalam waktu yang lama la contoh 4 5 jam, mesti mak aku macam merungut, tu pergi rumah sana la tu. Dan setiap kali tu jugak dia akan badmood.

Entah la aku sendiri tak tahu sampai bila family aku nak macam nie. Korang doakan yang terbaik untuk mak ayah aku.

Aku sayang diaorang dunia akhirat dan aku tak pernah berhenti berdoa semoga Allah hadirkan kebahagiaan untuk mak ayah aku sampai hujung nyawa.

Reaksi Warganet

Sakinah Sulaiman –
Perampas laki orang ni memang dasar muka tebal. Orang tak jemput pun dia buat muke selamba macam takde pape pun , rileks je tadah muka. Perangai mereka memang macam tu.

Kalau kawen cara tak baik macam ni, tambah pulak memang hubungan isteri kedua dengan anak anak dan madu dingin, memang sampai kesudah la tak jadi apa. Kalau salah sorang mati, tak tau la drama apa yang akan keluar.

Nak suruh sis sabar pun entahlah sis, sebab hanya orang yang dekat tempat sama macam kita je tahu rasanya.

Sampai satu masa kita hanya mampu serah pada “masa” jelah nak jadi apa.

Kalau nak kurangkan kesakitan tu, anggap jela pompuan tu dan ayah tak penah wujud. Fokus bahagiakan mak sahaja.

Siti Rosmiza –
Adik, mak I pun kena macam tu adik. Sedih adik. Lebih lama dari mak awak, mak saya kena tipu. Tapi apa mak dan kami anak anak buat?

1) mak saya panggil anak anak nangis nangis luah kan apa dia tak suka, tak nak. Apa yang dia rasa insecure, kenapa dia sedih.. Semua dia luahkan. Dari situ tahu nak tackle perasaan mak.

2) anak anak memang menyampah dengan bapak sendiri sebab tengok mak lah yang susah payah dengan ayah dari awal, perempuan tu datang masa bapak dah senang.. Nak kata senang tak lah senang mana. Masa tu pun mak I tak ada rumah sendiri lagi. Tapi masa ni, anak anak memang buat silent treatment dekat bapak. Memang kami layan mak macam KING.

3) kami bergilir ada dengan mak, bagi kata kata semangat..Kata dekat mak. Mak anak anak dah besar, nak kawin.. Boleh hooray hooray. Nanti dah pencen, duit pencen ada. Rumah dah ada, anak anak elok.. Faham mak tercabar, tapi kita cuba jangan bgi mak fikir nak bersaing, tapi enjoy dengan kehidupan yang ada.

4) anak anak kalau yang jauh sentiasa call mak, hantar kata kata motivasi. Hantar video video wanita kuat gagah. Jangan bagi mak telek kehidupan madu dia. Mak tiri awak muka tak tahu malu kan datang majlis tu? Sebab dia nak recognition dari saudara mara u juga yang dia juga isteri bapak u, sebab tu tak tahu malu, tak pandai amik hati anak tiri lansung.

Mak tiri I tak terhegeh lansung nak berkenalan or macam nak amik my mom punya Tempat, walaupun dia tak pandai juga amik hati.. But still dia tak terhegeh. So memang mak tiri u ni, tak tahu malu.. Nak jeles kan mak u.

5) mak akak makin banyak bertawakal kepada Allah, solat pun makin banyak, amalan pun makin bertambah… Sudah menutup aurat dengan sempurna.. Dan meletak kan Allah cinta pertama dia, bukan lagi suaminya.. Mak dah tak menangis menangis nak kejar kasih sayang ayah.. Tapi pelik sekarang.. Ayah pulak makin sayang dekat mak, belah sana pulak merentan… makin banyak berehat, sedia kan je makan minum bapak tapi lebih banyak dengan anak anak. Bapak u nanti berceceran la ada anak kecik, tu beria nak suruh rapat rapat, nanti uols la kena jaga anak dia. Tak percaya tengok lah.

6) kami bawak mak kami tengok dunia berjalan, sambil sambil layan dia. Biar dia fikir dia someone yang worth it.. Penat lelah dia dah di bayar. Ayah kami? Kami tinggal je, pergi lah berjalan ke rumah bini muda.. Hahahhaa

7) dengan support anak anak.. Mak akak sentiasa happy sekarang.. Dah 8 tahun berlalu peristiwa pecah tembelang tu.. Mak happy, tenang, anak anak dah besar, main dengan cucu je.. Kehidupan madu di sana? Mak saya tak pernah selongkar pun. Bapak I pulak makin malas nak balik sana sebab malas layan orang muda punya perangai.. Haaaaa a pandai pandai la.. Nak sedap kan.

Adik jangan sesekali give up. Support mak ya? MK tiri u memang terdesak nak validation dari uols.. Kenapa bapak u nak marah mak? Sorry lah ye rasa nak mencarut..

Dayana Dinarlis –
Jangan tinggalkan mak sendirian. Make sure ade adik beradik atau upah pengasuh ke untuk sentiasa ada di sebelah mak sebab ayahnye tu dah macam kene nasi kangkang dok sebelahkan bini baru. Bawaklah mak tu pergi makan angin, atau hantar buat umrah ke, makan tempat sedaps sedap atau berjalan ke mana aje. Ayah tu sedekah terus dekat mak tiri biar mak tiri jaga. Tiba masa mak cari kebahagiaan sendiri.

Ibrahim Mansor –
Tu pasal aku selalu pesan pada yang nak kawen 2 3 4. Kawen seawal waktu anak anak masih kecil. Bagi bini beranak, setiap orang ada anak kecil. Mereka akan berkawan dan bersahabat.

Ini pada awal kahwin suwiit namati, anak dah remaja mestilah depa sakit hati. Anggap mak tiri perampas, walhal kongsi jer.

P0ligami ni ujian. Ujian redho sang isteri dan ujian tanggungjawab sang suami.

Jika lepas ujian,berjaya. Jika gagal sengsara.

Tanya iman.

Hakikatnya bila dah tua, monopaus, lutut goyang, cantik lawa hensem melayang, kita hanya sibuk menghitung pahala sebagai bekalan di sana.

Perkahwinan adalah lubuk pahala, manfaatkanlah.

Wallahualam.

#abambinisorangjer – tak mampu. Haha

Sumber – Iera (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *