“Isteri derhaka, isteri b4bi. Mmg nerake lah tmpt kau”. Sjk bertunang aku dh nmpk, silap aku teruskan juga

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Terima kasih admin jika approve luahan hati ini. Aku luahkan dekat sini sebab aku hendak minta pandangan kot ada dikalangan followers page ni yang arif tentang masalah yang aku hadapi ini.

Tolong cadangkan dekat aku apa aku perlu buat. Sama ada pergi kaunseling rumah tangga atau minta fasakh.

Aku dah berkahwin selama 2 tahun dan masih belum ada rezeki anak. Masih baru. Ya aku tahu. Masih dalam fasa mengenal hati budi dan tingkah laku orang orang tua kata. Tapi aku dalam dilema sangat sangat.

Kenapalah ya Allah. Engkau jodohkan aku dengan suamiku yang sekarang ni. Kami berkahwin atas dasar cinta setelah setahun lebih perkenalan.

Masalah sebenarnya dah timbul masa kami dalam fasa bertunang lagi. Kami sering bergaduh. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja isu yang nak digaduhkan. Kami gaduh ke tahap fizikal pun ada. Tapi tidaklah teruk mana.

Ada pernah satu kejadian di mana kami tengah makan di satu kedai. Selepas itu ada salah faham. Dia melenting marah. Tinggi suara. Aku merajuk hati. Time dia tengah bayar aku keluar dulu dari kedai itu dan terus berjalan kaki ke Petronas yang terletak tak jauh dari kedai itu.

Kemudian dia langsung tidak ada rasa bersalah terus tinggalkan aku sendirian dekat situ. Dia ada telefon aku dan aku cakap aku nak balik jalan kaki ke rumah sewa aku. Dia tak ada rasa hendak pujuk. Terus balik.

Tapi aku ugut kalau dia balik aku nak batalkan pertunangan. Kemudian baru dia datang pickup aku. Tu pun aku kena jalan seberang jalan ke kereta.

Aku tahu dekat situ dah nampak red flag. Tapi entahla kenapa aku masih teruskan pertunangan sampailah ke kahwin. Dalam fasa tunang banyak kali sangat bergaduhnya. Tinggi suara. Caci maki. Itu benda biasa bagi aku.

Aku akan maafkan dia selepas dia pujuk aku. Mudahnya aku memaafkan. Lembutnya hati aku. Aku menyesal sebab tidak bertegas dengan dia masa itu. Aku macam bagi muka dekat dia untuk terus layan aku macam tu.

Short storynya kitaorang dah kahwin. Dan masalah yang sama masih berulang. Bila gaduh dia akan marah marah aku. Maki makii aku. Lepastu mintak maaf dan kami akan ok.

Tapi aku tertanya tanya sampai bila keadaan ini akan jadi. Suami aku jenis yang keras hati sangat. Aku pernah ugut nak cerrai. Sikit pun dia tidak peduli. Jenis yang panas baran. Apa sahaja yang tidak kena dengan cara dia. Memang akan jadi pergaduhan la.

Aku tak minta banyak pun. Cukupla layan aku selayaknya isteri dilayan. Aku usaha sabar jugak.. Tapi aku ada limit aku jugak. Sampai bila aku nak kena tindas ja.

Sebab aku bukan jenis yang suka orang bagi arahan dekat aku. Kalau cakap nada yang elok. Bahasa yang elok. Aku ok ja walaupun apa yang dia suruh tu aku tak rela..

Demi Allah, aku rasa macam dah tawar hati. Ada banyak kali jugak terjadi pergaduhan sampai ke tarik rambut aku dan banyak lagi.

Sedangkan punca pergaduhan itu kecil sahaja. Hanya sebab aku menjawab bila dia marah. Aku jenis yang kalau nak marah atas benda tak relevan memang aku menjawab jugak.

Sedangkan dia sendiri pun pernah buat kesalahan yang sama. Tapi bila aku buat. Aku dimarahi. Ibu dan ayah aku pun dah tahu perangai suami aku. Sebab bila gaduh yang teruk aku akan kol ibu aku untuk cerita. Sebab aku tak mampu tahan sorang…

Bila dia marah dia suka nak cakap yang bukan bukan. Dia cakap aku isteri derhakala. Isteri b4bi la. Memang nerakala tempat aku. Kenapalah wahai suami kau sanggup cakap benda benda macam tu. Boleh bayang tak betapa kecewanya hati aku sebagai isteri.

Bila gaduh aku hendak keluar tenangkan hati. Dia tak izinkan. Tapi aku paksa jugak cakap aku nak keluar redakan kemarahan.

Dia cakap kalau aku keluar dia doa aku accident. Kalau accident cacat pun dia tak mau jaga. Biar m4ti terus lagi senang dia kata. Ya Allah. Hancur lebur hati aku dengar. Mana ehsan mu suamiku..

Aku rasa cukupla kot setakat itu sahaja luahan hati aku. Aku sedih bila tengok kawan aku yang kawin kemudian selepas aku dah ada anak.

Tapi aku masih lagi struggle nak suaikan diri dengan sikap suami… Sepatutnya kami dalam fasa toleransi. Fasa bersabar.

Sabarkanlah hati ini ya Allah. Suami aku ada sisi baik dia. Tapi perangai baran dan caci maki itu mengaburi kebaikan kebaikan yang dia pernah buat.

Tolong bagi pendapat apa aku perlu buat. Aku masih sayangkan suami aku. Tapi aku tak sanggup nak hadap caci maki dia lagi.

Maaf kalau cerita aku berterabur..

Yang kecewa, Zulaika

Reaksi Warganet

Amirah Najihah –
Orang kata ujian bertunang tu sama selepas kahwin, maksudnya masa bertunang dia dah maki lepas kahwin gitu la dia. Saya rasa since you pun tak de anak lagi senang you nak buat decision. You kena fikir jauh, 10 20 tahun lagi. Mental you boleh tahan?

Macam mana dengan anak anak in the future? Bolehkah suami jadi role model untuk anak anak? Kalau perkahwinan lagi banyak memberi keburukan untuk apa you berkahwin? Partner you sepatutnya menjadi tempat you berlindung dan kasih sayang. Jadi fikir fikir kan la

Sherri Hazmi –
Errrmn… Nasi dah jadi bubur. Dari awal dah red flag tapi masih nak kahwin atas alasan sayang.

Tanggung la sendiri.

Laki panas baran ni takkan berubah. Dah sebati. Sama ada ko kena jadi puppet bodo dia, terima je segala caci maki hinaan, hidup la dalam kesedihan sampai akhir hayat.

Atau

Angkat kaki, belah, cari la kehidupan lain. Takde anak pun kan. Better takde anak dari dapat bapak baran lepas tu anak esok jadi baka yang baran jugak. Cut the cycle.

Pencerraian bukan end of the world. Ramai je orang bercerrai boleh survive. Tapi kok berpegang gak dengan kata kata “saya masih sayangkan dia”, pergi mati lah kau disitu.

Aku padankan aje muka kauuuuuuu

Masrina Md Saad –
Saudari minta nasihat kat sini memang 1001 jawapan akan dapat. Jangan tanya kenapa Allah itu ini beri dugaan macam macam. Exspecially suami yang saudari kahwini. Ini pilihan saudari, saudari boleh berdoa pada Allah minta dilembutkan segala kekasaran yang suami lakukan terhadap saudari.

Sebab hati manusia bukan milik manusia pun. Allah sahaja yang boleh menukar nya. Banyak dekatkan diri pada Allah… kalau rasa mudarat kehidupan dan mendatangkan kecederaan then saudari tau lah tindakan selanjutnya..

Cuma nak Cakap –
Tak nak nasihat untuk tt. Tapi harap yang masih bujang bila baca komen ni, fikir. Kalau dah nampak red flags, jangan teruskan perkahwinan macam tt ni buat. Tolong bukak mata luas luas, hati lembut nak memaaafkan bukan satu petunjuk kuat istikharah.

Petunjuk yang kuat tu, tu haaa perangai yang terserlah sepanjang pertunangan. Korang kalau gaduh masa fasa ni, tengok gaduh sebab ape, bukan pujuk diri, “aku dah istikharah, aku mudah maafkan dia, aku yakin tu petunjuk” tu yang selalu lepas kahwin.

Tulis confession kata “sebenarnya, daripada fasa tunang lagi dah nampak perangai buaya lah, baran lah, tak bertanggungjawab la dan sebagainya”, masa ni dah haru hidup sebab dah kahwin, satu masalah lagi nak fikir berpisah pegang title janda la ibu tunggal la, apatah lagi nk hadap mulut orang kampung bersuara kata tak pandai jaga suami.

Jadi tolong lah sangat sangat, buang lah perasaan malu kalau majlis tak jadi, malu kalau putus tunang. Tolonglah, korang kahwin bukan 2-3 tahun, tapi seumur hidup. Bijaklah memilih. Kalau dah red flags tu, putus je la.

Sumber – Isteri dilema, Zulaika (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *