Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Lately aku banyak baca tentang kecurangan, kajian yang seorang wanita ni buat lastly tersuka suami orang dan solidariti sister yang menjawab kajian tu.
Ini kisah aku pula. Aku terima segala nasihat, kecaman, brainwash dan segala galanya lah untuk aku hentikan dan keluar dari kepompong ini.
Ringkas tentang aku. Berumur 35, bekerjaya stabil. Telah ada rumah kereta, self finance, cukup semuanya. Pernah dirgol oleh sepupu sendiri pada umur 24 tahun (tak pernah beritahu sesiapa),
Putus tunang pada umur 26 tahun (tunang balik semula pada ex dia) dan sejak itu tiada lagi lelaki yang serius dalam hidup dan menghambakan diri pada ibu dan kerjaya. Tiada rupa, chubby dan mungkin sedikit bergaya.
Si dia aku namakan Awang. Mula kenal di tempat kerja selepas dia ditukarkan ke cawangan kami. Bekerja sebagai pemandu dan ditempatkan di department aku. Berumur 45, ada seorang isteri (guru-ustazah sekolah kerajaan), 6 orang anak yang masih bersekolah semuanya.
Tugas dia bawa aku ke mesyuarat, urusan di cawangan lain dan semua yang berkaitan urusan kerja melibatkan aku. Sesekali bawa juga bosses department lain sekiranya kurang pemandu.
4 bulan pertama kerja, dia ditugaskan sementara untuk bawa big bos syarikat. Aku jarang berjumpa dan berkomunikasi dengan dia, dan kebetulan aku bercuti ke luar negara. Mula berurusan dengan dia untuk tanya jadual bos, bos pass dokumen pada aku melalui dia.
Beberapa kali naik satu kereta dengan bos untuk ke mesyuarat. Kena tengking marah dengan bos dalam kereta depan Awang. Aku menangis, Awang pujuk kemudiannya.
Bermula dengan pujukan itu (kadang rasa nak marah bos kenapa tengking aku sebab benda ni la punca segalanya). Awang mula personal whatsapp aku. Ajak keluar makan, mula tanya khabar, mula tanya dah makan atau belum, dah bangun belum, setiap hari tanpa gagal.
Situasi aku ketika tu, duduk seorang diri, takda boyfriend, kawan kawan pun dah ada family sendiri jadi tak banyak masa dengan kawan. Memang setiap hari, balik kerja pergi kerja dan sejenis aku ni workaholic.
Having fun dengan cara shopping, travel overseas, cuba restaurant baru makanan baru, shoeholic, cats dan karoke.
Aku dah lama keseorangan about 8 years, independent, tiba tiba ada pula yang mula ambil berat. Kita jadi teruja sekejap. Ya aku layan semua whatsapp dia (salah aku yang pertama).
Tapi, aku tak keluar langsung dengan dia sebab bila saja sebut hak orang, tak kira la boyfriend ,tunang, suami orang memang pantang aku, takda dalam kamus hidup aku.
2 bulan terakhir dia bawa bos tu lah dia usaha mengorat aku tanpa gagal. Aku bukan penyondol, jadi aku dapatkan khidmat nasihat kakak bawang. Kakak bawang kata stop stop stop layan A, hanya berurusan dalam waktu kerja dan untuk urusan kerja.
Aku turutkan sebab aku tau apa aku buat ni salah. Aku terus tak layan A, whatsapp dia aku tak layan. Waktu kerja pun kalau takda urusan dengan dia, aku tak layan dia.
Awang perasan perubahan aku. Selang dua minggu, pagi nak pergi kerja, Awang buat luahan perasaan yang dia sebenarnya dah mula sukakan aku sejak pertama kali nampak aku, dah mula ‘ter’ sayangkan aku (my god, mulut manis) bla bla bla sangat panjang karangan dia.
Dia kata tak boleh kalau tak tengok aku satu hari, dan dia perasan aku berubah dan dia malu dengan aku. Dia tak nak naik ofis, dan kalau boleh dia nak tukar cawangan lain.
Kalau la aku tak bdoh dan tak tau taktik suami orang durjana waktu tu, aku biarkan saja whatsapp tu dan biarkan saja dia tukar cawangan lain.
Tapi apa yang aku buat sebenarnya sebab aku naif sangat, tak tau macam mana nak handle situasi ni antara kerja dan suami orang ni, aku panggil dia datang jumpa aku. Aku fikir 4 perkara.
Pertama, dia baru saja masuk sini tak kan nak tukar lagi. Kedua nanti aku lambat akan dapat driver atau takda driver.
Ketiga aku kesian pada wife dan anak dia sebab asik berpindah randah dan keempat aku taknak ada hubungan yang tak harmoni dalam pejabat.
Jadi dengan naifnya aku panggil dia dan berbincang elok elok jangan lah sampai tak nak naik ofis dan sebagainya dan dia pun ok (kesalahan aku kedua).
Awang ambil tu as if aku dan dia dah oke dah bole jadi macam dulu – whatsapp setiap hari call setiap pagi sebab immediately esoknya dia start buat begitu dan yes aku melayan sebab aku taknak dia buat hal dekat pejabat tak datang lah apa lah (kesalahan ke 3 )
Time goes by, dia dah tak bawa bos dan duduk di post hakiki dia di department aku which means aku spend almost everyday dengan dia – meeting, outstation, kursus dll. Yang mana sikap melayan aku tu menjadikan kami berdua ni rapat tanpa aku sendiri sedar.
(sekarang aku faham sebenar benarnya maksud melayan tu apa) dari segi kerja dia memang tip top aku tak nafikan malah lebih better dari yang sebelum ni. Sangat punctual, sangat jaga masa,
Tau semua jalan, tau hotel mana nak duduk, makan minum semua tau dekat mana, jaga rehat aku, all my belongings, takda mencuri, bak kata aku puas hati. Pagi pagi memang tugas dia kejut aku kalau aku terlajak sebab nak kena on time jaga masa.
Heels2 aku semua dia jaga elok semua tentang aku dia cepat faham dia tahu nak buat apa. Dalam pada dia menggatal dengan aku, bab kerja dia serius.
Sebelum ni dia pernah bawa Dato’ jadi kerja dia lebih teruk waktu tu berbanding sekarang. Kalau ada apa tak kena, kurang ke semua dia uruskan.
Makan minum aku dekat mana mana semua dia serve. Aku teruja lah dilayan begitu sebab aku bukan level datin pun.
Tapi dia kata dia dah terbiasa dan aku orang pertama dia bawak orang biasa takda pangkat besar macam Dato’ tapi kerja dia, tetap kerja dia. Aku pernah tanya kenapa dia nak tukar.
Dia kata badan dah tak mampu nak kerja teruk dengan orang kenamaan sebab makan minum tido tak menentu, tak balik rumah tak pernah ada rehat langsung, jadual sentiasa penuh.
Dia buat keputusan tukar dengan orang muda. Dia dah puas rasa. Duit memang banyak kalau bawa orang kenamaan tapi takda life.
Berbalik pada kisah aku dan Awang ni, bila dia uruskan hidup aku sampai macam tu sekali, aku mula tak kisah dia pegang kunci spare apartment aku.
Sebelum ni aku memang ada letak kunci spare dalam kereta tapi tanpa pengetahuan driver lah dan sampai sekarang dorang tak pernah tahu, dan tak pernah masuk rumah aku.
Dijadikan cerita, puncanya satu saja, aku kena pergi outstation on the spot dan kena pakai baju kurung dan aku minta dia masuk rumah aku untuk amik baju aku. Start tu dia pegang spare key aku in case anything.
Disebabkan kerja aku, outstation aku, aku da mula pula harapkan dia hantar baju amik baju aku dekat dobi, bagi pets dalam rumah aku makan.
Kalau aku takda seminggu memang dia akan jaga rumah aku dan uruskan semuanya. Dia willing untuk buat sebab tu antara kerja dia sebelum sebelum ni tapi tengok juga bos, ada yang tak macamtu. Dan bezanya aku ni perempuan.
Kadang kalau tak sempat memang dia akan uruskan groceries aku. (kesalahan aku ke 4 sebab terlalu mudah dan tak da fikir negatif langsung tentang ni)
6months after, isteri dia mula hidu. Haihh. Isteri dia call staff aku. Tanya aku siapa, aku orang yang macam mana, apa hubungan aku dengan laki dia, dia nak datang ofis jumpa aku.
My staff cuak sebab tak pernah isteri driver call cari aku. My staff jumpa aku the next day gigil tangan cerita dan suruh aku call wife Awang.
Staff aku ada beri nombor aku pada wife Awang juga. Staff aku tak bagi wife Awang datang ofis. Cuma ayat yang best tu, wife Awang pesan pada staff aku jangan beritahu langsung dengan Awang. Sebab semua orang tak tau Awang ni macam mana.
To be honest, sepanjang 6 bulan bersama Awang kami pernah ‘bersama’. Kadang kadang kerja luar book 2 bilik tapi hanya guna 1 bilik. Awang dah mula ‘selesa’ keluar masuk rumah aku, makan minum dia dalam pada tak sedar aku tanggung complete 3 kali sehari.
Kalau beli makanan Awang tak pernah pulang balance duit (dia fikir aku Dato’ agaknya), kalau shopping groceries dekat supermarket dia ambil sekali untuk groceries rumah dia masuk troli tapi kat kaunter bayaran, aku punya duit sorang yang keluar.
Setiap malam kecuali weekend, akan rest dan bermanja dulu dengan aku baru balik rumah bini.
Weekend kalau ade servis kereta dia akan lepak dulu rumah aku sampai petang dah nak maghrib baru balik. Dah mula tunjuk barang barang dia minat pada aku, da mula ‘meminta’ cara halus tapi aku buat bodo, kenapa aku kena mewahkan dia.
Pernah dia pergi konvoi, motor dia rosak, call aku terus suh aku bank in pada dia rm700 nak betulkan motor.
Aku turutkan sebab aku malas nak pening pening kepala fikir. Kat sini memang aku mula rasa digunakan tapi aku tak tau macam mana nak buat sebab aku sendiri dah tersilap langkah dan kita kerja bersama.
Memang pepatah kata don’t eat and poo at the same place tu sangat betul dan memakan diri aku sendiri. Dalam tempoh tu, dia mula bawa aku jumpa kawan kawan dia, meaning on the way balik rumah after outstation dia da siap siap deal dengan kawan dia nak makan dekat mana.
Kadang memang tempat mahal saja sebab dia tau aku yang bayar. Kita ni da la penat kerja, balik kena ikut pergi makan pergi melepak, kene keluar duit pulak lagi, elok kena tanggung sorang makan, menambah 2 3 orang.
Niat dia yang aku nampak, nak bangga dengan kawan kawan sebab dapat tackle aku dan berpangkat pulak lagi.
Dan ini bukan sekali dia bawa jumpa kawan kawan. Aku tak tau kenalan luar ofis dalam ofis dah berapa ramai yang dia canangkan. Juga setahap mana dia bercerita dengan orang tentang hubungan ini aku tak tau.
Sungguh maruah aku tercalar dan aku rasa malu sendiri sebab aku sangat menjaga maruah dan rekod aku dengan baik.
Selain tu, dia da mula pengaruh aku dalam urusan kerja, aku tak pernah kerap keluar, aku keluar dengan dia, makan, shopping, balik rumah awal. Dan paling teruk, pengaruh aku dalam semua keputusan keputusan aku dalam company, burukkan orang dsb.
Mungkin bos aku tak perasan tapi aku mula rasa performance aku dah makin kurang dan tak berkualiti dan aku benci perubahan yang berlaku pada aku sekarang. Bila dengan Awang solat terus tinggal. Aku free hair tapi masih jaga solat dan puasa aku.
Bila kenal Awang makin jauh aku dengan agama, hubungan dengan kawan baik dekat pejabat da makin renggang mana tak, berkepit saja dengan Awang. Duit jangan cakapla memang tak cukup sentiasa. Hidup rasa sempit, tertekan, tak fokus kerja, leka.
Lagi menyakitkan, siang hari berseronok dengan aku, malam tetap balik rumah bini, lepas puas, tinggal aku sendiri.
Malam malam sakit aku, tak bole tido aku, semua aku tanggung sendiri. Setiap malam aku rasa useless. Jadi mistress dekat rumah sendiri, pada driver sendiri, tak berduit pulak.
Berbalik pada bini Awang yang cari aku tadi, aku terus call bini dia on the spot. Bini dia tak angkat. Ok, maybe tak simpan nombor aku. Aku whatsapp kenal kan diri. Dengan kasar, terus tanya hubungan aku dengan Awang. Aku buta buta la cakap takda apa apa, hanya urusan kerja.
Dia memang tak percaya la. Aku ajak jumpa, dia setuju. Dia bagi syarat hari Jumaat Awang pegi solat Jumaat dan dia suruh aku pilih tempat yang Awang jarang pergi. Kata dia, dia sendiri tak tau apa Awang buat, pergi mana. Dia kata aku lebih tahu. Aku beri details pada dia tempat dan masa.
Pada hari kejadian, aku dah bersiap nak pergi, aku tanya bini Awang ni dah dekat mana. Dia kata tak jadi pergi, anak dekat rumah takda sapa jaga. Aku cakap ok, saya pegi umah akak, saya nak selesaikan hal ni, beri location. Bini Awang ni taknak bagi aku datang rumah dan taknak bagi location.
Ok lah. Ikut kau lah kak. Esoknya macam biasa Awang call whatsapp aku. Aku tak layan. Seharian aku mendiamkan diri. Petang aku balik rumah (waktu tu rumah sewa), Awang datang. Aku dah awal awal tukar mangga. Dia bagi gambar duduk depan gate apartment aku.
Dia terus cakap, “wife saya cari awak ke”. Aku tak layan. Dia ugut duduk depan gate sampai aku bukak pintu. Aku cakap lepaskan aku, aku taknak cari pasal dengan laki orang, kene terjah dengan bini orang. Aku cakap kalau dia tak balik, aku call polis atau bini dia.
Sepatutnya aku buat begitu (kesalahan no. 5). Instead, aku call kakak bawang aku sebab aku tak pernah hadapi situasi ni. Aku panik dan aku accept advice dia.
Kakak bawang kata, tak perlu report polis nanti effect kerjaya aku dan dia, tak perlu call wife Awang sebab dalam keadaan apa sekalipun,
Wife orang tetap akan salahkan perempuan lain menyondol laki dia (ikut geram aku sekarang ni, dah betul aku call bini dia, tunjuk bukti laki kau yang tak betul) .
Kakak bawang advice, slow talk baik baik dengan Awang.
Bersambung nanti, aku penat taip…
Reaksi Warganet
Maii Firahs –
Suami orang yang kuat myondol ni slalunya muka ada manis sikit ayat power tapi duit haram tak de. Yang ada duit semua muka pecah pintu nak kawen banyak. Yang handsome2 lak setia giller adoiii hai…
Faezah Halidin –
Saya dulu pernah jadi lone ranger. Tapi ade lah sorg mamat ni saya kenal gitu gitu je. Baru kenal dah tunjuk taring.
Masa saya shopping barang slumber je ambik barang dia suh saya bayar. Tapi saya senyapkan je. Lepastu nak balik dia cakap dompet dia tertinggal tapi adik dia kirim MCD, minta saya bayarkan.
Tapi saya buat bdoh je. Saya cakap takde duit. Lama saya kenal dia tiba tiba mesej nak pinjam duit rm300. Saya cakap takde. Amboi sedap je nak ambik kesempatan dekat orang. Tapi nasib saya bijak, tak mudah tertipu…
Mia Haris –
Sebenarnye dah beberapa orang yang saya kenal macam nie. Nampak hebat, rumah besar, kereta besar, beg LV , kasut Gucci tapi at the end sebenarnye macam nie jalan hidup diorang.
Especially yang kawen lambat(sorry to say this), sebab ape? Sebab takut dengan mulut orang, sanggup buat ape saje demi lelaki, mengharapkan lelaki durjana ambik jadi isteri.
Betap hebat ksih sayang Allah, TT nampak hebat dekat mata staff, mata boss or even mata orang kampung. Sebab Allah tutup rapat aib tt.
Belum terlambat, you can do it! Buang la segala toxic tu, buang cepat cepat sebelum dia merebak, sebelum dia dah pandai nak ugut dengan itu ini, nak bagitahu boss ke ape. You must be strong , sebelum dia buat benda tu.
Jodoh nie bila Allah kata dah sampai, dia datang dengan sendiri. Kadang kadang dekat tempat yang kite tak sangka sangka, at the right time, with the right person yang boleh terima kite baik buruk nya.
Macam saya jumpa suami saya dekat satu perkampungan terpencil di ceruk bumi Australia. Dan kite tak sangka ada orang Melayu yang duduk situ, very small town and orang australia pun ramai orang asli dia yang tinggal dekat situ.
So saya harap tt dapat jumpe jodoh yang terbaik pada masa yang terbaik.
Please stop kan semua nya, back to Allah. Hugs
Calla Lilly –
1) lelaki akan try semua perempuan walau dia dah ada wife. Itu lelaki.
2) kita tak payah nak ambik tahu apa yang orang nak buat dekat diri dia dan family dia
3) jadi kedekut, kenapa pulak aku nak keluar duit ? baik duit tu saving hari tua / pergi Mekah
4) Kadang kadang hidup ni memg kena check solat dan bab tutup aurat (halal dan haram) yang kita buat
5) benda dah jadi, move forward, tak payah nak fikir panjang panjang lagi
6) si Awang macamtu, bila lah ye dia fikir anak anak dia. Ni semua memg mengundang jerrr ..
MasyaAllah.
Marina Ibrahim –
Tak da org nak hidup dalam lorong salah. Tetapi kekadang tergelincir. Yang penting sedar silap dan berubah. Taubat.
Tak sabar nak baca sambungan. Saya percaya confessor bijak n berubah.
P/s: Jangan hina orang lebih lebih, kita tak tau kesudahan kita macam mana.
Sumber – Laila (Bukan nama sebenar) via IIUMC