Kaklong smpi bercerrai sbb mak abah. Bilik Abg Chik diketuk2, KakChik smpai nangis2 pendam rasa

Foto sekadar hiasan

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Aku 38 tahun. Aku anak bongsu dari 5 beradik. Aku ngeri untuk berkahwin melihatkan sikap kedua ibubapaku. Kedua ibubapaku merupakan Ketua Jabatan kerajaan.

Kaklong ku bercerrai… salah satu sebabnya kerana kedua ibubapaku. Kak Ngah ku pun hampir bercerrai kerana kedua ibubapaku.

Abang Cik larikan diri terus ke Kuwait kerja carigali minyak di sana. Bawa anak isteri. Dan tahun lepas rumahtangga Kak Uda pun berantakan disebabkan ibubapaku.

Kenapa ya kadang kala ibubapa lupa yang anak mereka sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri. Kenapa ada ibubapa selalu mahu mencampuri urusan anak anak mereka selepas berkahwin.

Aku kasihan melihat situasi KakLong, Kak Ngah, Abang Cik dan Kak Uda. Dari situ aku membuat keputusan yang aku tak akan berkahwin.

Nanti aku pula yang makan hati.

Aku amat sayang kedua ibubapaku. Mereka sangat sayangkan anak anak mereka. Tapi Abah selalu lupa anak perempuan dia sudah bersuami.

Abah suka hati sahaja pergi terjah ke rumah anak anak mereka tanpa beritahu awal awal. Katanya alah rumah anak sendiri apa pasal nak kena bagitau pulak?

Mak pun sama, langsung tak reti nak hormat rumah anak menantu. Aku pula yang malu kadang tu. Abahmak selalu aje minum makan tak basuh pinggan mangkuk tinggalkan aje. Kalau singgah sekejap takpe.

Sekarang ni diaorang kan pencen, diaorang round semua rumah anak menantu, 1-2 minggu sekali duduk.

Aku tak kisah lah kalau aku ada selalu dengan diaorang memang aku basuhkan. Mak pulak pantang kakak kakak aku ada beli perabot baru atau benda baru untuk rumah mereka, Mak akan mintak Mak nak jugak.

AbangCik aku yang dah faham sangat perangai AbahMak, lepas kahwin tinggal 1 tahun saja dekat KL lepas tu terus angkut isteri dia ke Kuwait.

AbahMak memang paksa AbangCik tinggal dengan mereka, lepas kahwin pun kadang tu Mak selalu saja pegi ketuk pintu bilik KakCik setiap kali AbangCik baru balik dari off-shore.

Suami dah 2-3 minggu tak jumpa isteri, lagi pulak baru kahwin. Aku tau KakCik banyak kali menangis. Tak faham lah Mak bila AbangCik balik macam dia berebutkan AbangCik tu pulak daripada isteri dia.

Tapi sekarang dah selamat dah mereka berdua (dah dapat anak perempuan umur 5 tahun) di sana Kuwait sana.

Abang Cik dulu masa dia tengok KakLong KakNgah banyak berkorban untuk AbahMak, sampai terpaksa membelakangkan suami dalam banyak hal.

Abang Cik pernah kata dekat aku, dia wajib cari jalan untuk keluar dari rumah AbahMak bawak KakCik. Sebab AbahMak sangat sangat needy dan clingy dengan AbangCik pun naik rimas.

Dia kasihankan isteri dia. Bagus AbangCik aku dia protect isteri dia. Paling aku tak boleh terima Mak masuk bilik AbangCik KakCik kemaskan bilik diaorang mengikut citarasa Mak.

KakCik letak bunga dekat katil, Mak alihkan bunga dekat meja. Atau KakCik pasang cadar pink, Mak suruh tukar pakai cadar yang Mak belikan, atau yang Mak preferred.

KakLong aku paling kasihan, sebab suaminya kerja biasa biasa sahaja. AbahMak pergi rumah KakLong pun sama, buat macam rumah sendiri.

Kalau aku pesan, “AbahMak jaga lah perangai tu kesian KakLong”, Mak selalu cakap alah rumah tu KakLong yang bayar, bukan suami dia.

Kereta tu pun KakLong yang bayar bukan suami dia. Anak Mak gaji besor, suami dia yang tak mampu. Suami dia menumpang anak Mak saja”. Sedih aku dengar.

AbangLong suami KakLong aku sebaik manusia aku tengok dia jaga family dia. Berkat tekun sabar AbangLong KakLong aku anak anak semua berjaya.

Mereka masih kawan baik walaupun bercerrai. AbangLong aku orang Perlis, takde mak ayah dah. Lagi lah AbahMak senang nak dictate AbangLong KakLong dari dulu. Bercerrai tu pun sebab AbahMak lah jugak.

Malas nak cerita dekat sini. Aku tengok menantu menantu AbahMak masih hormat AbahMak tapi AbahMak tak hormat langsung privacy anak anak dia. Aku kecewa. Lagi lah aku takut nak kahwin.

Dengan KakNgah pun sama, Kak Ngah selalu nangis kata dia nak cerrai aje nak macam Kak Long saja lah senang. Kaklong aku lepas cerrai tak pernah nak kawin lagi selagi AbahMak hidup katanya, nanti jadi anak derhaka pula.

Kak Uda pun dah stress sangat, hari tu AbahMak decidekan aku kena pindah duduk dengan Kak Uda, senang sebab dua dua duduk area sama.

AbahMak langsung takde tanya dulu ke Kak Uda dengan suami dia atau tanya aku dulu. Abah terus aje call Kak Uda bagitahu nanti Ucu pindah rumah Uda bulan depan.

Yang aku pulak, tiba aje Abah call suruh angkut semua beg baju dan barang barang ke rumah Uda. Aku letih, aku taknak. Tapi Abah berkeras. Aku tahan aje. Kak Uda dah berapa kali bergaduh dengan suami disebabkan AbahMak.

Pertama , AbahMak selalu dictate mana nak pergi holiday, perabot rumah nak beli pun AbahMak yang sibuk masa diaorang masuk rumah baru.

AbahMak aku ni kalau dia nak anak anak balik ke rumah diaorang, memang tak boleh bawak bincang, tak kira, akan call suruh balik.

Bila kata tak boleh, diaorang akan call menantu menantu pulak kata AbahMak nak korang balik pada sekian sekian haribulan. Abah nak menantu abah balik, jangan kata tak boleh lah Abah nak jumpa anak abah ngan cucu cucu Abah.

Aku pernah dengar AbahMak kata, ya anak perempuan ada suami, tapi jangan lupa dan taat ibubapa. Suami tu orang luar, AbahMak ni yang besarkan kau dari merah sampai boleh kahwin ni. Taat pada suami sampai tak ingat AbahMak pun berdosa.

Abang Cik kalau balik bercuti ke Malaysia, takde harapan lah nak pergi tempat lain dulu, wajib duduk rumah AbahMak dulu 1-2 minggu.

Abang Cik nak bercuti pun AbahMak wajib nak ikut. Kak Cik isteri AbangCik aku tu makan hati selalu tak payah cerita.

Aku pernah tengok Abah pakai ambik saja kunci kereta anak anak dia yang dia rasa berkenan nak bawak. Langsung takde hormat kat menantu menantu dia.

Yang Mak pulak, apa saja barang kemas yang KakCik ada , Mak nak jugak. So AbangCik akan beli dua terus. Sebab nanti kalau Mak tengok yang baru Kak Cik pakai, nanti Mak merajuk dengan AbangCik.

Aku pernah bagitau KakCik, dah beli simpan jangan pakai dekat rumah AbahMak. KakCik aku orang Shah Alam, memang takde harapan nak balik tidur dekat rumah makayah dia sangat sebab AbahMak nanti telefon besan dia suruh KakCik balik Mak dah masak la itu ini.

Aku naik serabut tengok. Ada pernah Abang Cik balik ke Shah Alam dulu beberapa hari, baru balik ke KL, Abah Mak merajuk kata AbangCik anak derhaka bagai. Anak lelaki kena utamakan ibubapa…. Bla… bla…

Itu tak masuk bab cucu cucu lagi. Lagi kena ‘dictate’ dengan AtukNenek (AbahMak), walaupun AbahMak memang pemurah. Semua yang KakLong, KakNgah, KakCik, KakUda ajar anak anak tak betul. Kena ikut cara AbahMak.

Aduh letih aku tengokkan. Anak saudara aku yang sulung pilot, sebabkan c0vid penerbangan amat kurang, so AbahMak suruh duduk dengan mereka walaupun KakLong aku kurang setuju.

Itu pun AbahMak dah siap siap kata diaorang akan carikan menantu untuk KakLong. Aku tengok KakLong aku tu kali ni lain macam.

Dah lama tak balik umah AbahMak. Dia macam jauh hati. Aku faham kenapa. Sampaikan anak dia pun AbahMak nak control. Anak KakNgah yang sulung tu awal awal dah bagitahu AtukNenek dia yang dia dah ada calon isteri AtukNenek tak payah carikan.

Itu pun AbahMak aku kata kalau AtukNenek tak suka tak boleh. Ntah apa apa. Makin merepek AbahMak aku ni aku tengok. Lagi tua lagi makin menjadi perangai pelik dia dua orang tu. Aku sabar saja.

Aku single, dan akan single selamanya walaupun ada yang nak masuk meminang. Sebab awal awal AbahMak dah tetapkan nanti kalau aku kahwin, wajib tinggal dengan mereka.

Tak sanggup nak hadap nanti bakal suami makan hati. Aku rasa aku pun akan makan hati nanti.

Rumah banglo besar ni tinggal AbahMak berdua saja nanti semua anak anak tinggal di tempat lain. Tiada siapa pun yang faham dan akan boleh tahan dengan keluarga aku ni.

Aku tak boleh tahan dah terpaksa luah kat sini.

Reaksi Warganet

Ahmad Shariff –
Sakit kepala baca pasal perangai orang tua yang macam ni. Aku yakin anak anak buah mereka masa kerja terlalu ramai yang stress. Berhenti pun mungkin ada.

Untuk tt, kasar sikit aku nak cakap ni. Tapi hakikatnya, kau dah jadikan mak bapak kau sebagai satu dinding yang kau tak boleh nak lepasi. Sabar je, tak lama lagi aruwah lah tu dua dua.

Bukan mendoakan, tapi ni kitaran hidup. Umur makin meningkat. Mati itu pasti. Dinding boleh dirobohkan. Lepas tu kau bebas dengan hidup kau.

Honey Gee –
Selepas pencen, sibuk sibukkan lah diri beramal. Bagi la waktu dekat anak anak untuk bentukkan masa depan sendiri.

Bila anak anak dah kawin, ibubapa tak boleh campur urusan rumah tangga anak anak apatah lagi menentukan apa perlu dan tak perlu. Pada saya, berdosa besar ibubapa yang menjadi asbab percerraian anak anak.

Hidup ni tak lama, biar la kita pergi dalam keadaan manusia mengingati sisi baik kita. Sekurang kurangnya akan menjadi ladang pahala di akhirat kelak.

TT perlu buat sesuatu, jumpa pakar motivasi/kaunselor minta pendapat dan cadangan. Ini dah bukan tahap derhaka kalau Tt tentukan kehidupan Tt tanpa mengikut kehendak/arahan orang tua.

Noor Murni –
Selalunya kita dengar yang suka buat perangai ni sorang jer. Ni dua dua sama naik. Dua dua bossy pastu sorry to say takda hati perut.. Memang takda penyelesaian la dua dua tak boleh nak tegur kesalahan masing masing, perangai pun dah sebati dalam diri.

Bertabahlah buruk camna pun parents kita.. DOA sajalah banyak banyak. Parents toksik camni memang rasa trauma la nak kawen. Sapa ja boleh terima mak pak mertua camni kan. Baca ja dah stress belum lagi kena hadap.

Insyaallah ada jodoh yang baik buat TT suatu hari nanti. Cari alasan jauh dari famili. TT anak dan adik yang baik.. TT juga berhak bahagia

Najah Nazni Ishak –
Ya Allah… Saya yang baca ni pun terus rasa sesak dada, ini kan pula TT. Betullah aturan Allah, setiap orang rezeki dan ujiannya Dia bagi tak sama. Kuatnya TT dan adik beradik.

Kalau saya, kemungkinan besar dari awal remaja dah kena refer pskiatri. Mungkin saya terpaksa cari kerja jauh, kurangkan komunikasi, takkan angkat call, hanya reply WhatsApp je.

Kalau kena paksa, saya akan diam biar abahmak leter, tapi tak buat pun yang disuruh. Confirm akan dicop anak derhaka tapi saya terpaksa tanam mantra “Aku bukan anak derhaka, Allah yang Maha Mengetahui situasi aku. Aku dah cuba berbakti semampu aku, tapi aku pun perlu jaga diri supaya tak gila”.

Saya sangat bersimpati dengan TT dan adik beradik termasuk ipar, menantu dan anak anak saudara tt. Tiada nasihat yang dapat saya beri. Cuma doa dari jauh yang dapat saya kirimkan walaupun saya tak kenal supaya TT dan ahli keluarga yang lain terus kekal tabah, dipermudah urusan dan dibukakan jalan penyelesaian kepada masalah ni yang bagi saya sungguhlah menyesakkan dada.

Dan semoga Allah bukakan hati abahmak TT untuk bertaubat dan lembut hati sebelum habis nafas mereka.

Sumber – Nora (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *