Sambil tunding jari, suami sembur aku. Aku tgk tgn adik, berpelukan kami nangis. Aku xkenal siapa suamiku

Untuk part 1, klik link dibawah:

“Siapa suamiku”. Aku nekad, adu pd mertua. Suami ngamuk, berkaki ayam nangis meraung2 ditepi jalan

Masani aku malu sangat dengan sikap suami. Mak ayah aku terpaksa cerita perkara yang sebenarnya dekat family member yang lain.

Tahun ketiga aku PJJ, suami decide nak cari kerja dekat KL. Aku pun tak faham kenapa nak pergi jauh jauh dengan duit gaji habis bayar duit sewa bilik dan duit makan. Tapi aku cuba untuk positif aku anggap walaupun dia takda saving langsung hopefully dengan cara ni dia dapat hidayah.

Alhamdulillah lama sikit dia dapat tawaran kerja yang lagi better dari sebelum ni dan aku dapat ikut duduk bersama di Selangor. Kebetulan adik aku tengah cari restaurant untuk practical, tiba tiba suami aku ajak adik aku untuk practical dekat tempat kerja dia.

Masani aku maca, nak sujud syukur. Ya allah happynya rasa mungkin suami aku dah berubah mungkin asbab ni boleh rapatkan balik hubungan kami satu keluarga sebab sebelum ni pun suami aku kerap gaduh dengan adik aku.

Mak ayah aku nampak happy, mak ayah aku walau tak cakap tapi aku tahu dorang rasa lega adik aku duduk serumah dengan aku, pergi balik kerja dengan suami aku. Aku pun rasa adik aku selamat walaupun kerja dekat Selangor.

Kalau aku tanya suami aku kenapa ajak adik practical sini, dia akan cakap “at least sayang ada teman ada adik, sayang tak sunyi ada adik ” aku senyum dalam hati alhamdulillah suami aku dah berubah.

Sangkaan aku hanya sekejap. Setiap hari ada ja isu yang buatkan suami aku marah.

Semuanya hanya sebab perkara remeh temeh, dia cukup marah kalau adik aku tinggal beg depan ruang tamu. Tak basuh cawan atau pinggan. Tak tutup lampu. Tak basuh atau sidai baju. Macam macam cara aku cover, aku tak nak adik aku terasa hati dengan suami aku.

One day aku keluar dengan suami, bila balik rumah. TV tengah pasang lampu kipas terbuka sedangkan adik aku dalam bilik air. Terus dia marah, bila aku tegur cakap slow sikit nanti adik dengar.

Dia terus melenting biar adik dengar, “ada abang kisah kalau adik dengar? kalau dia dengar lagi bagus”. Bila adik aku keluar dari tandas, muka dia memang lain.

Aku tahu dia dengar. Aku terus pujuk adik “sorryla adik, abang memang macam tu. Adik jangan ambik hati”. Adik aku diam ja tapi aku tahu jauh sudut dia sedih sangat.

Bab lauk pun boleh jadi isu, dia akan cakap “siapa makan banyak ni? Tinggal seketul ja lagi? Ni mesti budak tu, tunggu la habis practical nanti suruh dia balik cepat cepat! Takda masalah lauk habis dah lepas ni”

Aku terkaku dengar ayat ni keluar dari mulut suami sedangkan waktu susah selama setahun setengah dia duduk rumah mak ayah aku makan minum main game tanpa buat apa apa. Takda yang marah dia.

Aku cakap, “abang tak tahu bersyukur ka? dulu abang susah Allah hantar orang yang baik keliling abang untuk bantu abang sekarang Allah hantar adik untuk tengok sama ada kita nak bantu tak adik”

Suami ,”Hey (sambil tuding jari) apa benda sayang ni? kenapa nak samakan abang dengan adik? abang dulu duduk saja memang abang takda kerja, sekarang adik dia ada kerja”. Aku terdiam kaku.

Kadang suami aku sengaja siap awal sejam atau setengah jam untuk ke kerja jadi kalau adik aku lambat siap dia ada point untuk marah sedangkan lambat lagi waktu kerja.

Dia akan bising, “Lepas ni tengokla naik grab sendiri, hidup tu cuba belajar sikit berdikari” Aku memang tak boleh nak balas, aku tahu kalau aku balas suami aku akan cakap lagi kuat supaya adik aku dengar.

Aku cuba jugak untuk tegur, “abang sampai hati cakap lebih kurang dekat adik sayang sendiri. Dia selalu belanja kita makan sedap sedap”

Suami aku akan cakap, “Hey (tuding jari) siapa ajar sayang cakap ayat macam ni? kita kalau nak belanja orang kena ikhlas. Takkan sebab dia belanja ooo dia bebas untuk buat bagi kita sakit hati” Aku sampai satu tahap memang tak faham dengan sikap suami.

Senang senang dia cakap dekat aku, “Sayang tu cuba ajar sikit adik sayang, ka sayang takut dengan adik sendiri? ”

Dalam keadaan aku pregnant aku menangis sorang sorang dalam toilet. Adik aku yang akan datang pujuk “sebab aku ka jadi macam ni? kalau sebab aku takpa aku tak kisah practical ni aku balik”. Memang aku sebak dengar ayat ni.

Banyak lagi ayat ayat yang suami aku sembur tapi paling climax suami aku cakap “JANGAN SAMPAI AKU HALAU BALIK, LEPAS NI JANGAN HARAP DATANG SINI, CAKAP BAGI ELOK SIKIT DAHLA PEREMPUAN JANGAN SAMPAI AKU HENYAK PINTU TU SAMPAI PECAH”

Betapa luluhnya hati aku sebagai seorang kakak dan isteri, seorang suami yang aku anggap dapat bimbing aku ke Syurga dapat bimbing aku untuk kenal Allah ternyata suami ini sendiri yang menyakiti hati aku, hati mak ayah aku, dan adik aku sendiri.

Bila aku tanya sampai hati buat macam ni dekat adik sayang. Kalau adik abang sendiri abang buat macam nika? ” KALAU ADIK abang DAH LAMA abang HALAU, DAH LAMA abang TEGUR ”

Aku menangis teresak esak, aku ke bilik adik. Kami sama sama nangis dalam berpelukan. Yang paling aku sedih adik aku hiris tangan dengan jarum penuh kesan calar ,.. Betapa lukanya hati aku.

Besok pagi terus mak ayah aku datang dari Utara untuk ambik adik aku, mak aku menangis tengok keadaan adik aku.

Ayah aku pulak first time aku nampak dia mengalir air mata mungkin selama ni dia tak faham apa yang aku cerita, sekarang ayah aku dah faham krisis rumah tangga aku.

Tapi suami aku cakap, “tengokla parents sayang boleh datang pastu balik macam tu ja? Adik fitnah apa dekat mama abah? Elokla lepasni semua orang nampak buruk abang ja” aku diam. Aku tak mampu nak berkata bekata.

Selepas dua hari, aku merayu dekat suami nak jumpa parents. Kebetulan parents aku dekat rumah kakak di KL. Suami aku cakap “Nak jumpa parents? habis abang lama tak jumpa parents? ”. “sayang nak happy happy jumpa parents? habis abang ni macam mana?”.

Aku diam. Tiba tiba besok suami aku izin aku pergi dengan syarat aku kena layan dia seperti dulu, aku kena senyum kena gelak gelak. Aku angguk ja, sebab memang aku nak jumpa parents. Sampai rumah kakak, suami aku hantar aku jauh, dia tak turun jumpa family aku.

Aku peluk mak ayah aku. Aku tahu ayah aku sebak dia terus pergi dapur buat buat minum air. Bila aku nak balik pun suami aku parking kereta jauh so aku yang berjalan sampai ke kereta.

Aku seorang yang ceria, seorang yang suka gelak tawa tapi Selama 3 minggu aku diam, aku hampir d3pression. Aku merayu suami aku nak jumpa Dr tapi suami marah.

Setiap malam aku menangis atas sejadah. Bila aku pandang muka suami aku rasa tiada apa yang aku nak hormat sebagai seorang suami.

Aku solat istikharah 7 hari berturut turut. Sampai hari ketujuh betapa kosongnya wajah suami dalam hati aku. Seolah olah Allah hapuskan memori indah hanya tinggal kenangan pahit dengan suami.

Selepas kejadian Itu, suami tak pernah duduk berdepan bincang dengan aku sedangkan hampir 3 minggu aku berdiam diri, dengan mak ayah aku pun tak pernah kol. Aku hampir fikir nak mati. Taknak kandungan ni tapi aku cepat cepat istighfar.

Aku dapat tahu suami aku seorang Narsistik daripada seorang kaunselor.. Betapa ramai pasangan yang hidup dengan narsistik terpaksa pura pura bahagia dan perlukan support system yang kuat dari kaunselor.

Bila aku tanya jalan keluar bagi pasangan macam ni, kaunselor hanya mampu jawab sama ada pura pura bahagia ataupun cari haluan masing masing.

Seorang yang narsistik hanya mampu bersama dengan pasangan yang lemah lembut, pasangan yang cepat rasa besalah, pasangan yang mudah untuk dia dekati.

Antara ayat ayat suami aku sebelum dia izin kan aku berpantang di rumah sendiri :

“Adil buat macam ni dekat abang? sayang balik jumpa family tenang tenang pastu abang sorang dekat sini ”

“Adakah kalau sayang balik pastu abang bila kita jumpa, sayang akan layan abang macam suami balik”

“Biarla orang nampak salah abang, sayang cerita dekat family sayang pastu sayang cerita dekat famiy abang, biar semua orang tahu buruknya abang”

“Apa yang buat sayang sedih sangat? Apa? Sebab budaktu? OKAY ! habis budak tu takda buat salah dekat abang ?”

“Apa yang family sayang cakap sampai sayang berubah”

“Sayang sedih? sayang rasa adil tak dengan apa yang jadi dekat abang dan sayang layan abang macam ni”

“OKAY abang akan hancurkan hidup abang, sayang pergi tenangkan diri”

Semuani tak mudah untuk aku, selama aku berpasangan dengan Narsistik self confident aku sangat low. Aku selalu berasa serba salah dengan orang sekeliling aku. Aku rasa takda kelebihan yang ada dekat diri aku.

Mungkin orang hanya pentingkan penderaan physical tapi aku rasakan penderaan emosi ni selama tempoh 4 tahun aku berkahwin. Bukan mudah untuk aku buat keputusan ni tapi semua atas asbab dorongan dari Allah petunjuk dariNya.

Mungkin Allah hantar kesedihan sekarang supaya aku terselamat di kemudian hari. Aku selalu baca confession di IIUMC dan selalu doa dijauhkan dari perkara buruk. Ternyata aku pulak salah seorang yang confess dekat sini.

Aku dalam fasa back to normal. Sampai sekarang aku tak boleh jumpa ramai adik beradik atau nak keluar jumpa ramai orang. Aku akan peluh dan shaking.

Buat bekas suamiku, apa yang terjadi ni bukan sebab isu kewangan dan bukan sebab hasutan family. Tapi sebab sayang perlu bahagiakan diri sendiri sebelum bahagiakan orang lain.

Buat mama dan abah yang baca ni, betapa bersyukur dan beruntungnya dikurniakan mama abah yang sentiasa menyayangi anakmu.

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki selalu susahkan mama abah dari zaman sekolah sampai harini.. Semoga Allah ampunkan dosa mama abah ditambahkan usia dalam kebaikan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Sumber – Delisha (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *