Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih admin jika confessor saya ini diterima.
Salam perkenalan. Nama saya Liya seorang wanita berumur 27 tahun, menetap di ibu kota raya Malaysia, Kuala Lumpur. Seorang yang bekerjaya dan telah pun mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun.
Aku memang gemar lah, menonton apa apa jenis drama yang disiarkan di televisyen terutama drama Korea.
Kebanyakan babak babak kekeluargaan di dalam drama ni, macam comel saja. Kalau scene menantu dan mertua tu boleh bergurau bertepuk tampar konon akrab giila giila lah kan.
Mertua yang sayang menantu macam anak sendiri, dan kadang tu lebih daripada anak sendiri.
Aku tak nafikan dalam dunia ini, masih ada mertua yang berjiwa malaikat dan kalau sesiapa yang dapat mertua macamni, ya Allah heavennya rasa. Memang akan sayang sampai mati lah kan.
Tapi, kebanyakannya banyak yang makan hati disebabkan title menantu. Walaupun, kau cuba try hard macamana pun kau tetap orang luar. Menantu takkan pernah dianggap sebagai anak sendiri.
Sehingga aku berumah tangga ini, baru aku faham kenapa ada yang makan hati dengan mertua.
Sebelum kawin, expectation kita (sebab banyak sangat tengok drama kan),
Expectation di dapur : Kononnya, ibu mertua dan menantu berpakat masak lauk hidangan bersama sama. Sambil sambil itu, mertua ajar menantu masakan kegemaran suami dan berborak borak mesra di dapur dengan keadaan yang penuh harmoni.
Tapi hakikatnya, realiti di dapur : Mertua tak pernah nak ajak masak apa apa juadah bersama. Menantu cuba ambil hati, ingin masak tengah hari, konon ingin membantu. Mertua suruh masak satu juadah sahaja, kerana takut suaminya tak suka apa yang menantu masak.
Juadah siap, ketika waktu makan tengah hari , yang santap masakan menantu cumalah si menantu dan suaminya. Orang lain macam geli geli nak rasa.
Waktu nak balik ke rumah sendiri, disuruhnya bawak balik lauk yang masak tengah hari tadi. LOL . “ni, bawaklah balik lauk tu, tak de sape nak makan” .
Macam terhiris hiris hati ceq waktu tu, hahaha… kita masak konon nak tambahkan kemesraan family tapi, dah lah tak de sape nak sentuh lepastu suruh bawak balik lauk yang aku masak tu. Memang itu adalah kali terakhir aku masak rumah mertua aku. Haha.
Expectation : Sambutan hari jadi mertua, kononnya expectation nak buatkan kek harijadi istimewa untuk mertua. Acah acah nak buat surprise lah konon bagi ibu mertua terharu dan sambutan hari jadi yang meriah walaupun sederhana.
Tapi hakikatnya, yea still aku masih nak buatkan kek harijadi untuk mertua aku, walaupun aku tak pernah bake apa apa jenis kek sebelum ni tapi gigihlah nak belajar buat kek. Taraa!! Jadilah sebiji kek chocolate moist.
Aku harapkan ucapan terima kasih, tapi yang aku dapat “kek ni, macam mendap, sebab apa eh” . LOL. Lepastu, sebabkan kek tu aku buat untuk dia, dia makan lah sesudu dua. Orang lain, macam biasalah jiijik nak sentuh air tangan aku.
Dan bila nak balik rumah, cam biasa lah suruh bawak balik semua kek yang aku buat untuk dia tadi. LOLLLLL. Kau tak rasa, kalau aku bawak balik kek tu rasa macam bdoh ke?
Kau nak bagi dedkat orang, tiber kau bawak balik . Hahahahahah. Yeap, and sejak dari haritu memang aku semat dalam hati, aku tak ingin nak buat ape ape dah untuk mertua aku. Next time, beli jelah senang, tak yah nak gigih sangat.
Expectation pergi vacation dengan mertua : Mertua sporting dengan apa apa cadangan dari menantu tentang vacation day.
Tapi hakikat realiti kehidupannya, mertua ajukan permintaan kepada menantu untuk cari tempat vacation yang seronok di samping boleh celebrate hari ulang tahun FIL.
Mertua kata, tak kisah di mana mana mereka okay saja. Menantu yang baik hati ni, bersengkang mata lah dok mikir nak bawak family mertua pergi vacation dekat mana.
Cadangkan tepi laut, tepi bandar dan lain lain. Cadangkan jugalah hotel yang selesa dari hotel 3 bintang sampai 5 bintang.
Hentah apa yang dirasuk mertua tiba tiba jerkah depan muka aku katanya, bukan nak bercuti, ni kita ni nak sambut hari ulang tahun FIL. Aku macam terkedu lah jugakan, haritu kata nak suruh cari tempat nak vacation ni tiba tiba lain macemm pulak mertua aku ni.
Tambah dia lagi, “macamana dengan hari jadi suami dia? Kalau nak celebrate beli kek dekat hotel saja…baik buat dekat rumah”
Tiba tiba tup tup, mereka pergilah vacation sekeluarga tanpa kami (aku dan suami), hahahahaha. Terkebil kebil aku rasa.
Part paling kelakar ialah, dorang beli kek sambut dalam bilik hotel LoL haritu kemain jerkah aku kata, kalau setakat nak sambut dalam hotel baik sambut dekat rumah saja. Huhu.
Maka, sejak hari itu juga , aku memang malas masuk campur hal family depa. Jangan nak suruh suruh aku buat apa apa lagi. Haha fedup weh.
Expectation: Suami outstation seminggu, menantu tinggal seorang dirumah, konon bayangkan mertua bertanya khabar, walaupun rumah cuma 15 minit saja jaraknya dari rumah mereka,
Tak mengharap pun datang singgah cuma harap kononnya mertua bertanya khabar keadaan menantu yang tinggal sorang sorang di rumah.
Tapi hakikat realitinya : seminggu suami outstation sepatah haram tak de langsung mertua nak ambil peduli. Mesti korang kata, kalau nak emo emo kau sendiri jelah pergi rumah dorang, 15 minit jekan habis citer.
Actually, aku kerja, lepastu aku semacam awkward nak datang rumah mertua lepas macam macam cara layanan yang aku dapat.
Aku cuma datang, bila ada suami saja. Aku memang dah cop dah aku ni orang luar pada depa, jadi aku malas nak amik peduli. Walaupun, sedih jugak lah kan, kita nak anggap depa macam family sendiri tapi depa langsung tak mau kita ni dalam family depa.
Expectation keluarga mertua yang friendly dan seronok untuk berborak, kononnya apa yang aku bayangkan dulu keluarga mertua yang friendly dan kita pun sentiasa rasa welcome saja bila nak datang rumah depa.
Tapi hakikatnya, hampir nak dekat setahun lebih aku kawin dengan suami ni, tiap kali aku balik rumah mertua, ipar duai memang asyik berkurung lah dalam bilik. Bila turun bawah, aku nak borak pun aku rasa awkward, sepatah aku tanya sepatah dijawab lepastu main fon.
Hmmm memang aku dah sampai tahap, ikut korang lah. Sumpah bosan gila bila balik sana, 3 jam aku duduk dekat sana, yang dengar cuma bunyi tv hahahaha. Aku pernah tanya husband, memang you punya siblings memang diam ke?
And husband pun kata, memang dorang macamtu. So, okay jelah. Cuma yang aku rasa awkwardnya, kita cuba nak jadi diri sendiri lah kan..
konon nak rapat. Saje lah buat lawak tentang perangai suami. Tapi, ibu mertua kemain lah backup anak dia. Adeh, relaxlah. Tak perlu serius sangat.
Kalau family aku, kitorang chill saja kalau adik ipar aku melawak pasal adik aku siap kitorang gelak gelak sekali.
So, pelajaran aku dekat sini, dalam family ni kau jangan sesekali lah nak melawak pasal anak dia. So, jadi lah aku batu tiap kali balik rumah mertua ahhahaha.
Konklusinya daripada aku, kalau korang ada family in law yang rasa macam banyak makan hati. Chill jelah sebab korang tak keseorangan haha. Tak pelik pun sebab menantukan orang luar kih3.
Yang peliknya kalau dapat mertua yang baik berhati malaikat, jagalah elok2 elok mertua anda, sayangilah depa.
Macam kita ni, kita cuba lah nak sayang jugakkan kita punga in law tapi, hentahlah perasaan tu tak sampai lagi, jadi let it be jelah. Macam lah depa nak sayang kita jugakkan.
Orang kata, bila kita berkawin, selain jaga hati suami kena jaga hati mertua juga. Lepastu, kita yang makan hati.
Bagi aku, aku akan protect family aku ja, in law tu buat biasa biasa saja tak perlu nak beria ia. Orang tak sudi buat apa nak terhegeh kan ? Haa gittew. So chin up. Brace yourself and lets enjoy our life!
Reaksi Warganet
Orked Lee –
Aku pon ada masalah sama. Tapi aku buat tak tahu je. Lagi lah dalam family suami, aku je orang luar. Aku orang KL. Suami orang pantai timur. Bila berkumpul aku rasa macam dipinggirkan je. Cuba nak join tapi dorang macam tak berapa kenan nak borak dengan aku. haha!
So apa aku buat, aku akan mengemas dapur stiap kali balik ramai ramai. Sebab dorng ni kategori malas mengemas dan aku jenis sangat tak suka kotor. Aku akan kutip pinggan mangkuk, periuk belanga untuk dicuci! lap apa patut. dah setel aku masuk bilik! stakat ni ya aku survive!. Hahah
Na Rai Na –
Bab masak, mertua saya terer. Saya kureng sket, takat boleh masak ikut tekak sendiri. Jadi ada la dia ajar beberapa resepi dia yang suami suka makan. Kita pun buat buat bodo tak reti apa angguk angguk je la. Layankan je. Bila blk rumah sendiri, try buat menjadi. Suami puji.
Nak jd cerita, satu kali raya haji tu, semua adik beradik suami tak balik kampung. Sebab raya jatuh tengah minggu. Cuti pun sehari. Tak berbaloi nak hadap jem. Jadi saya pun masak la lauk lauk raya yang mertua ajar pagi raya tu. Sekali adik ipar call mertua, puji saya masak sebijik sama macam dia masak. Terubat rindu katenya.
Saya tak sangka pulak dia takleh terima orang puji saya berjaya replicate resepi dia. Sejak dari tu, kalau tanya pasal masak, dia dah taknak ajar. Pernah dia sabotaj saya masak. Saya dah sukat air untuk tanak nasi, bila tinggal je dapur, dia pergi tambah lagi air. Sudahnya nasi tu jadi lembik melekat macam nasi impit.
FIL pulak terus kondem sape tak reti masak nasi ni. Mertua terus buat buat tanya saya, letak air banyak mana tadi sampai nasi jd macam ni. Saya speechless. Suami pun pelik, biasa ok je masak nasi, kenapa tiberr tak menjadi. Lepas tu adik ipar bagitau suami, dia nampak mak dia tambah air dlm periuk lepas saya keluar dapur.
Sejak tu, saya dah takde join dia masak. Saya masak dekat rumah, bawa yang dah siap je. Tu pn kena cakap lauk beli, baru dia mkn. Kalau tak, memang dia jeling jeling buat muka je dekat lauk tu. Kesian lauk, huhu.
Eima Jer –
Hi. Mertua saya alhamdulillah sama macam mak saya sendiri tapi tak bermakna kita tak perlu menjagakan sebab both baik macam parent sendiri. Alhamdulillah rezeki
Tips dari mak saya untuk anak anak perempuan dia yang mak selalu pesan dan kakak saya pon selalu pesan ;
Jangan berebut anak dengan mertua. Mak selalu cakap, kalau balik kg tu bagi je la suami tu dekat mak ayah dia balik. Bukan selalu dorang dapat anak dorang balik. Kita hari hari dah hidup dengan suami. Kita ke belakang je sepanjang di kg tu. Macam mana kita sayangkan anak anak kita macam tu la mertua sayangkan anak dia. Same goes nanti bila kita dah tua dan anak anak kita dah kawen dan kita ada menantu
Kalau mertua suka masak untuk anak dia, kita jangan tunjuk kita pon tahu masak untuk suami kita. Air tangan ibu mana boleh kita lawan. Biarkan. Jangan ikot campur. Kita tolong apa yang patut. Sebab tu dapur mertua. Rumahtangga mertua. Kita masuk kita kena la ikot cara kehidupan mereka. Nanti balik rumahtangga kita, tak apalah nak ikot cara kita
Kalau mertua nak privacy dengn anak mereka, bagi. Tak payah la menempel time tu la nak menyendeh suami. Bukan senang nak lepaskan anak yang kita jaga dari kecil dekat perempuan lain. Kita pon akan lalui frasa tu nanti. Bagi je ruang mereka nk melepaskan rindu. Nak bermanja dengan anak sendiri. Kita ke belakang sajo. Buat laaaa aktiviti sendiri
Jangan rasa diri orang luar. Slow slow mix dengan semua. Jangan drastik. Ipar duai pon baru nak kenal kita. Nak tegur apa apa jangan direct, semua kena melalui suami kita. Biar dia yang tegur bukan dari mulut kita.
Mak saya selalu suruh letak diri sendiri nanti kalau ditempat mertua macam mana. Kita pon sayang anak kita.
Urusan keluarga mertua jangan ikot campur. Nak bagi pendapat boleh. Tapi melalui suami.
Saya ni peramah tapi dgn mertua saya tidak laaa terlalu ramah. Sebab saya takot tersalah cakap dekat mana mana.
Kalau balik rumah mertua, saya akan raikan apa sahaja yang mertua susun untuk anak menantunya. Dan kalau mertua berkunjung ke rumah saya, saya akan raikan dengan cara saya tapi turut menitikberatkan selera mertua
Saya tak letak harapan tinggi dilayan macam anak sendiri, cukup sekadar hubungan yang smooth dah memadai. Kalau kita lapangkan hati orang insyaAllah orang akan lapangkn hati kita jugak
Semua perlu masa
Tapi percayalah insyaAllah semua akan okayyy
Sis jangan give up keh
Mulakan semula
Ikot rentak slow slow
2 years baru tempoh suai kenai
Dorang okayyyyy cuma perlukan masa
#SekadarBerkongsi
Sumber – Liya (Bukan nama sebenar) via IIUMC