“Baik cari laki hensem. Nanti cerrai xdelah tinggal anak muka ikan keli”. Tergamak si ibu. Ank pula jd mngsa. Gurau katenye

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang mesti pernah dengarkan tajuk yang aku nak cerita ni? Bila ada isu suami isteri bercerrai and lelaki tu tak handsome, ramai akan cakap,

“Kalau tahu macam ni baik dari awal cari lelaki handsome. Kurang kurang kalau cerrai, anak yang ditinggalkan tu muka elok sedap mata memandang”

“Baik cari laki handsome. Kalau curang or cerrai berbaloi sikit. Anak pun muka elok sedap sikit nak pandang tak sakit hati”

Bagi aku ayat ayat macam ni indirectly sedang menghina anak anak. Katakanlah muka anak sama iras dengan si bapak tadi, maka emaknya akan bencilah?

Ye. Ayat ni gurauan. Nanti mesti ada yang cakap, “Ala TT ni benda kecik pun kecoh”.

Tapi lepas baca balik komen kalau ada isu lelaki hodoh curang, most of perempuan akan cakap ayat ni. Maka di situ dah tertanam perspektif bahawa :

Cari lelaki handsome + anak muka elok = kalau cerrai berbaloi

Hati hati. Yang salah dalam isu pencerraian adalah mak atau ayah atau kedua duanya sekali. Bukan salah anak tak kisahlah macam mana muka mereka sekalipun.

So kenapa pun kalau anak muka macam ikan keli? Jadi kenapa kalau muka anak tak SEHELOK mana? Itukan drah daging kita juga?

Itukan hasil cahaya mata saat tengah bahagia sulam kasih dengan suami dulu?

Jadi bila ada isu isu pencerraian, kenapa sampai anak pun kita heret jadi mngsa body shaming? Kenapa babitkan muka? Seolah tak tak syukuri diberikan nikmat anak.

Sebagai ibu dan wanita sendiri, macam mana boleh tergamak anggap anak tu tak lawa/elok? Ingat tak masa 9 bulan pregnant dulu betapa bahagianya rasa?

Bila terjadi perpisahan, faham wanita akan stress dan tertekan. Tapi personally aku rasa sedih dengan nasib anak apabila dianggap sebagai BURUK oleh mak sendiri.

Kalau anak tahu jauh di sudut hati maknya fikir sampai macam tu sekali, mesti dia sedih giila. Biasanya ayat gurau gurau ni la yang lama lama bagi stigma buruk yang dianggap ALA BIASALAH GURAU.

Bukan sekali dua nampak orang cakap macamtu. Bila ada ada kes laki hodoh curang, mesti orang berbondong cakap begitu.

“Kalau handsome and curang, berbaloilah juga”

Bdoh sangat ayat ni. Kalau dah curang tu curang juga namanya. Takde berbaloi baloi pun sebab tipu tetap tipu. Menduakan tetap menduakan. Kau tetap ditinggalkan sebab laki kau pilih perempuan lain.

Kau saja yang terlampau selektif nak menilai. Oh kalau hodoh tu memang salah 100%. Tapi kalau handsome oh takpeeee BERBALOI. Apoo la pemikiran macam ni kesian sangat.

Jadi kepada kakak kakak yang mungkin dah bercerrai, jangan rasa rendah diri kalau ada terdengar orang cakap bab bab macam ni.

Anak kita tetap lawa dan sempurna di mata kita. TAK KIRALAH MACAM MANA MUKA DIAORANG. HATTA MUKA IKAN KELI MACAM BAPAKNYA DIA SEKALIPUN.

Bapaknya handsome ke tidak bila jadi isu cerrai takde kaitan dengan anak kita. Perbuatan suami curang tu dah cukup buruk. Jangan jatuhkan amarah atau rasa sesal pada anak.

Aku cerita ni sebab baru ni kat tiktok ada seorang perempuan (janda muda umur 23 tahun) buat video rakam anaknya. Budak tu baru umur setahun kulit sawo matang sikit dan mata sepet.

Maknya boleh pulak tulis kapsyen “Kahwinlah dengan lelaki handsome. Sekurangnya kalau cerrai muka anak tak macam cina bukit yang terbakar”. Sambil tambah #sorryanakmakgurauje. #jandamuda.

Allahu tergamaknya seorang mak cakap begitu? Hina wajah anak pada umum. Lepas tu dia tulis lagi gurau gurau saja. Gurau sampai jatuhkan maruah anak?

Anak tu memang takkan faham sebab umur baru 1 tahun. Tapi sebagai mak, tak patutlah buat sebegitu. Sebagi orang dewasa matang, kena faham benda macam tu in the very first place tak payah buat.

Lepas tu siap nasihat orang.

“Jangan anggap buruk buruk. Anak saya tak marah pun saya up video ni tapi netizen lebih lebih”

Ehhhh kau bdoh??? Jadi please ya. Rasa geram juga ramai dah start fikir cerrai dan anak yang muka biasa biasa ni tak BERBALOI. Jangan macam tu cik kak.

Anak ni Allah bagi elok dah sempurna untuk kita. Boleh berjalan cakap macam biasa. Membesar tanpa cacat cela jadi manusia berguna. Jangan berkira atau sangka buruk pada anak sendiri sebab pencerraian dengan suami.

Orang lain dapat ujian anak autisme atau OKU, tidak mereka terang terangan merungut. Malah syukuri nikmat diberikan rezeki anak syurga. Tak pernah sampai nak hina hina appearance zuriat sendiri.

Jadi, nikmat mana lagi kita nak dustakan? Mungkin 1 hari jika Allah tarik ANAK MUKA IKAN KELI tu, masa tu baru kita tahu erti syukur?

Maaf terpaksa tegur sebab benda gurauan sensitif ni tak patut di NORMALISASIKAN.

Reaksi Warganet

Hazirah Hj Hamzah –
Banyak juga berlaku bila anak tu muka ex husband dia, dia akan selalu marah anak tu secara tak sengaja. Kesian anak tu.. Bukan salah dia.

Nurul Syafiqqah –
Ala, masa bercinta semua nampak handsome, dah cinta tu buta kan. Masa dah bergaduh, muka handsome macam hero filem pun nampak macam monyet lotong, dah benci punya pasal. Cantik dan handsome tu subjektif.

Liza Johari –
Hok aloh! Ada je muka laki hensem, maknya pun lawa tapi anak muka biasa biasa saja. Anak lawa atau tak lawa tu tak penting pun.

Yang utama anak anak tu kena jaga elok elok, didik baik baik. Anak ni saham akhirat kita. Dok hina rupa anak serupa hina rezeki yang Allah bagi – hina kejadian Allah!

Jangan kerana dah bercerrai, habis semua orang nak dijadikan mngsa lepas geram. Kalau laki muka helok perangai macam yahvdi buat hapa… (emo pulak hakak…)

Nur Hela –
Sebab tu wujudnya istilah ‘beauty privilege’.

Yang segak buat semua takpa. Yang huduh ni buat habih kena maki 4 karung. Itulah dunia!

Tapi sampai melibatkan anak yang tak berdosa ni, melampau lah. Tak baik.. Kata kata ibu itu doa.

Rania Haikal –
Baru ni pun pernah baca, katanya nak anak cantik/handsome cari suami yang handsome. Kalau nak anak bijak pandai, carik isteri yang bijak pandai.

Entahlah.. tak pernah percaya benda benda macam ni. Saya pernah jumpa yang mak ayah memang cantik/handsome giler. Tapi anak biasa biasa jek rupenye. So, tak semestinya bapak rupa helok anak pun sama. Just my 2 cents

Sumber – Wanzam (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Semoga kita mendapat pengajaran atas apa yang dikongsikan. Apa pula kata dan pendapat anda? Jangan lupa kongsikan diruangan komen ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *