Melalui pakngah, aku ‘rampas’ Azman. Kerana dia terpaksa, kami bernikah. Tapi karma yang aku dapat

Foto sekadar hiasan

Hi semua pembaca. Saya ada terbaca berkaitan p0ligami beberapa hari yang lepas berkaitan isteri ketiga daripada seorang lelaki. Yang mungkin adalah karma si isteri.

Teringat kisah diri sendiri tapi tiada kaitan dengan mereka. Maaf tulisan ini mungkin sedikit panjang.

Saya telah berkahwin dengan suami selama lebih kurang 5 tahun dan baru sahaja dikurniakan cahaya mata sulung pada April yang lepas.

Rezeki PKP la kot macam tu hihihi. Saya dan suami berkahwin bukan atas dasar suka sama suka dan tak bercinta langsung sebelum kahwin.

Tapi kami saling mengenali semasa zaman study disebabkan persatuan adalah sama namun, nak dijadikan cerita suami juga merupakan sepupu yang jauh dari belah ayah.

Saya namakan suami sebagai Azman (bukan nama sebenar).

Zaman study dulu kami masing masing dah mempunyai pasangan. Aina (bukan nama sebenar) adalah cinta pertama suami begitu juga sebaliknya. Ok saya flashback sikit ye.

Suami adalah senior saya pada zaman study. Saya turut mengenali kekasih suami yang saya gelarkan sebagai Aina kerana roomate saya, Nur bersahabat baik dengan Aina.

Mereka cukup rapat dan boleh dikatakan sahabat till jannah kerana mereka telah berkawan since sekolah lagi sehingga sekarang. Aina tidak belajar di Universiti yang sama dengan saya dan suami. Aina seorang pelajar di Universiti yang berbeza.

Walaupun berjauhan di antara utara dan selatan, namun mereka sangat setia. Suami sering menjaga hati untuk Aina.

Saya melihat sendiri bila ada wanita yang cuba untuk mendekati suami, suami akan mengelak dan tanpa segan silu mengaku telah berpunya. Aina juga turut setia.

Pada pandangan saya, Aina cukup cantik dan manis orangnya tanpa perlu memakai makeup untuk kelihatan cantik dibandingkan saya haha. Aina selalu berkongsi masalah dengan Nur.

Nur pula suka berkongsi cerita berkaitan percintaan Aina dengan suami yang menjadikan saya seperti mengenali Aina secara dekat.

Aina memang gadis baik dan peramah. Disebabkan sifat peramahnya, mereka selalu bergaduh disebabkan suami berasa cemburu.

Tahap sayang suami kepada Aina sehinggakan sanggup mencari syarikat di selatan tanah air ketika LI dan juga pekerjaan untuk tetap dekat dengan Aina.

Semasa mereka berdekatan, suami sering membuat surprise untuk Aina, weekend ajak Aina date di tempat best dan paling best bila Aina nak balik ke kampung, suami tak benarkan Aina untuk naik bas.

Suami akan membelikan tiket flight untuk Aina pulang ke kampung dengan alasan tak nak Aina penat.

Oh ya, suami dan Aina berasal dari kampung yang sama dan kadangkala mereka akan balik bersama sama.

Disebabkan perbuatan suami yang pada pandangan saya adalah seorang yang sweet dan caring, saya menjadi cemburu dan iri dengan Aina.

Dan ingin mengetahui bagaimanakah rasanya mendapat kekasih seperti suami kerana kekasih saya pada ketika itu sangatlah menghampakan.

Kekasih saya turut curang kepada saya walaupun kami belajar di universiti yang sama. Nak suprise tu mimpi saja la.

Long story short, disebabkan iri hati saya meminta bantuan pak ngah saya untuk mendapatkan suami. Pak ngah tidak mempunyai anak dan menganggap saya sebagai anak kandungnya. Semua kemahuan saya akan pak ngah turuti.

Pak ngah dan ayah adik beradik manakala mak suami adalah sepupu yang jauh namun pernah bertemu semasa majlis perkahwinan saudara.

Saya memberitahu pak ngah untuk menyatukan kami atas alasan untuk mendekatkan silaturrahim keluarga. Agar tidak terpisah jauh dan sentiasa mengenali.

Pak ngah setuju dengan idea saya dan telah menyuarakan hasrat kepada mak suami. Pada mulanya mak suami menolak kerana mak suami tahu hubungan suami dan Aina.

Suami juga turut merancang dan telah mengumpul duit untuk berkahwin dengan Aina selepas Aina tamat belajar tak lama lagi.

Namun Pak ngah sentiasa memujuk mak suami sehingga akhirnya mak suami bersetuju.

Mak suami juga memujuk suami dengan memberikan alasan mak sakit dan ingin cepat melihat suami berkahwin. Kami akhirnya disatukan dan saya sejujurnya telah jatuh hati pada suami.

Tapi, semua angan angan saya tidak kesampaian. Suami tidak melayan saya sebagai isteri.

Suami dan Aina telah berpisah namun suami masih tidak moveon pada ketika itu. Saya membayangkan suami berkelakuan sweet dan caring terhadap saya namun semuanya hampa.

Suami turut tidak menyentuh saya selama setahun usia perkahwinan namun suami tidak pernah culas memberikan nafkah zahir.

Saya menjadi malu dan terasa hati apabila orang sekeliling bertanya tentang anak. Pernah suami ditanya begitu namun dia menjawab belum rezeki.

Nak rezeki macamana lah suami oi kalau awak tak sentuh saya?

Saya terasa seperti hidup dengan patung. Ya saya memang telah mendapatkan jasad suami seperti rencana saya namun saya tidak mendapat hati dan jiwanya.

Saya turut menyambung master secara full time dan duduk di asrama tetapi, suami tidak pernah melawat saya seperti mana yang dia lakukan ketika bersama Aina. Saya sedih dan kecewa.

Saya melihat Aina melalui cerita cerita roomate saya, Aina telah move on daripada suami meskipun tidak mempunyai kekasih baru. Namun suami seperti seorang yang tidak waras.

Suami berubah kelakuan apabila melihat saya menguruskan Mak suami yang lumpuh ketika itu. Suami memberitahu bahawa dia lihat keikhlasan di wajah saya ketika membantu maknya.

Saya akhirnya mendapatkan nafkah batin tetapi suami memberitahu untuk tidak mempunyai anak dahulu. Luluh hati saya pada ketika itu mendengar kata kata suami.

Tapi saya abaikan perasaan dan melayan suami seperti biasa kerana perlakuan suami juga telah berubah. Namun, sangkaan saya silap.

Suami tidak menyayangi dan mencintai saya seperti kata katanya. Dia masih menyimpan semua kenangan bersama Aina didalam hard disk milik peribadi suami.

Saya pernah membuka dan melihat semua gambar gambar serta video Aina yang suami ambil walaupun Suami pernah memberitahu jangan sentuh hard disk tersebut kerana itu berkaitan kerja.

Oh ya, selepas berkahwin suami berhenti kerja dan duduk dikampung bersama maknya. Saya turut duduk bersama mertua dan suami telah berkerja sendiri sebagai photographer untuk any event termasuklah wedding.

Semasa Nur berkahwin, suami mempelawa diri untuk menjadi photographernya dengan bayaran cukup murah. Namun saya tahu alasan suami.

Majlis persandingan Nur juga tidak dapat saya hadiri kerana suami melarang atas alasan menjaga emaknya dan saya turuti. Suami dan Aina bertemu semula selepas terpisah beberapa tahun dan bermula lah semula cerita mereka.

Selepas pertemuan itu, mereka menjadi rapat semula namun suami tetap melayan saya dirumah seperti biasa.

Saya merasa pelik dengan sikap suami yang happy dan akhirnya mengetahui puncanya apabila melihat telefon suami. Namun saya pendamkan selama lebih kurang setahun.

Suami jarang berada dirumah dan sering keluar atas alasan kerja. Namun PKP 1.0 pada tahun 2020 menyebabkan suami terpaksa stay at home selama 24hrs.

Saya merancang pelbagai strategi untuk mendapatkan semula hati suami dan cuba untuk mendapatkan zuriat.

Pada Jun 2020 saya disahkan hamil dan sangat bersyukur dengan kekuasaan Allah.

Saya beritahu suami namun tidak ada kegembiraan pada wajahnya dan akhirnya saya memberitahu bahawa saya sudah mengetahui hubungannya yang terjalin dengan Aina.

Suami sedikit terkejut namun tiada yang berubah. Dia tetap melayan Aina seperi biasa juga tetap melayan saya sebagai isterinya yang membuatkan hati saya terpikat semula.

Suami juga melarang saya untuk menghubungi Aina kalau nak perkahwinan kami selamat. saya turuti kehendak suami.

Bagi saya, Aina tetap menjaga batasnya kerana berdasarkan chatting mereka yang saya lihat hanya suami yang beria ia dengan Aina.

Suami sering mengajak Aina keluar namun Aina menolak dengan pelbagai alasan. Aina hanya menjadikan suami tempat untuk meminta pertolongan apabila mempunyai masalah.

Saya membaca semua chat apabila suami tidur kerana suami jenis tidak lock telefon hihihi oh ya suami juga berlakon di depan Aina. Suami seolah olah menjadi orang yang tidak berani dengan isteri kerana Aina sering bertanya “kenapa chat kalau dirumah”

Namun suami menjawab bahawa saya sedang keluar padahal saya berada disebelah suami sahaja ataupun saya sedang tidur padahal saya sedang menonton tv.

Lahirnya anak sulung kami memberikan kegembiraan buat suami. Ayah saya menegur suami untuk mempost gambar kami bertiga kerana semenjak berkahwin malah gambar kahwin juga tidak pernah di post suami. Suami akur dan mempost gambar tersebut.

Namun membuatkan hubungannya dengan Aina hancur. Aina tidak ingin merosakkan hubungan keluarga kecil kami dan meminta memutuskan hubungan. Suami menjadi tidak keruan dan hilang arah.

Saya telah mencadangkan untuk suami berkahwin dengan Aina sahaja iaitu berp0ligami namun suami mengatakan dia tahu hati Aina dan tahu Aina tidak bersetuju disamping keluarga Aina juga turut menolak suami atas perbuatan yang lepas. Suami tidak mahu Aina terluka lagi.

Aina telah memblock suami dari semua tempat. Suami tidak boleh menghubungi Aina dan keadaan suami sangat membimbangkan. Saya menasihati suami bahawa ini adalah takdir dan berharap suami faham bahawa jodohnya adalah saya walaupun terpaksa.

Susah sangatkah untuk menerima dan berdamai dengan takdir?

Saya merelakan untuk berp0ligami kerana menurut saya ianya adalah karma yang harus saya terima dan bayar kerana telah menghancurkan hubungan mereka.

Saya tidak mahu melepaskan suami disebabkan anak yang masih berusia 6 bulan. Saya kasihankan anak saya. Apa yang patut saya lakukan?

Reaksi Warganet

Nisla Alanis Latif –
Tak tau nk kata apa. Bagaimana hendak memaksa suami berdamai dengan takdir bahawa Puan jodohnya, sedangkan kita tak boleh paksa orang suka kita Puan. Hati tidak boleh dipaksa.

Puan yang kena berdamai dengan takdir bahawa suami Puan tidak akan mencintai Puan seperti mana Puan inginkan. Apapun Allah pemegang segala hati. Berdoalah banyak banyak. Semoga ada kebaikan untuk semua pihak, termasuk Aina.

Ummi Habiba –
Apa kata kalu TT pegi pinangkan sendiri Aina tu untuk suami. Kalau Aina still tak nk, bagitau jer suami yang tt telah buat yang terbaik..

Kalu akhirnya Aina terima jadi madu TT, TT kene cuba sedaya upaya berdamai dengan takdir, hehe.

Percaya pada jodoh pertemuan itu semua dalam tangan Allah belaka. Kali Allah tak benarkan, walau sailang macam mana pun TT tak dapat juga berkahwin dengan suami tu.

Cuma jangan terlalu berusaha untuk menambat hati suami tu. Follow the flow. Jaga makan pakai suami, jaga anak (sebab nak sangat anak dengan suami kan!). Ziarah dan berbuat baik dgn org tua seperti biasa.

Jangan lupa banyak berdoa, berdoa untuk keluarga kecil TT dan untuk Aina juga.

Dari citer TT, makcik yakin memang Aina seorang perempuan yang baik baik. Bukan jenis sondol laki orang ikut dan. Betul tindakan Aina tu block semua nom atau medsoc suami TT sebab tak nak kacau umahtangga orang..

Arbainah Hanafiah –
Kalau betul betul suami taknak kawin dengan awak, walau apa pun alasan, mesti dia tak mau.

Tapi suami teruskan juga kawin dengan awak, atas alasan emak. Maknanya rapuh la juga cinta suami awak tu pada Aina. Cinta berlandaskan nfsu tidak ke mana.

Dan… jika cinta awak benar kerana Allah, sesekali uji suami, menjauh buat seketika. Bawa anak berdua, ambil cuti melancung, tinggalkan emak mentua untuk dia sendiri jaga.

Selama ini dia melayan awak dengan baik kerana bersebab. Sanggup juga dia suruh awak jaga emak. Sedangkan dia pergi kenduri atas alasan ambik gambar pengantin. Yang awak sendiri tahu dia akan berjumpa juga dengan Aina.

Sungguh suci hati awak, tapi jangan jadi bodoh, sebagai mana perbuatan bodoh yang telah awak buat nak dapatkan suami tu dulu.

Please angkatlah maruah awak tu. Awak sendiri tahu apa yang perlu awak buat. Karma atau kifarah tidak ada, hanya ujian yang Allah berikan untuk muhasabah diri ,jika berdosa bertaubatlah. Baiki kesilapan, InsyaAllah, jiwa awak akan kembali tenang..

Sumber – Izah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.