Ibu dah 70. Masih diperah si anak menantu. Wang pencen, harta diwariskan. Dimanjakan sgt sampai diambil kesempatan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengok tajuk pun semacam tahu kan? Iya.. Alkisah Si Tanggang Moden, tanpa menyedari dirinya salah seorang.

Si ibu VS si anak. Pernah dengar tentang teori personaliti? Sifat mereka saling melengkapi. Si ibu, sejenis suka membantu, suka mem”pamper” anak tetapi kurang gemar di bantu dan di pamper.

Si anak? Of course the opposite way. Jadi nya, cukup dirinya senang hati mempergunakan tenaga empat kerat si ibu.

Walau di ketahui sang ibu berumur 70-an dan package mempunyai penyakit keturunan. Apa di kisahnya? Sang ibu yang merelakan.

Tetap, si ibu melayan karenah anaknya seperti anaknya itu baharu belasan tahun, seperti bujang trang tang tang. Walaupun si anak sudah mempunyai berderet anak kecil.

Dengan alasan, kesian kan si anak. Sudahlah kurang rajin memasak, lakinya pula tidak ambil port kerja kerja di rumah. Tahu balik balik kerja, tidur sampai ke tengah hari.

Ada masa, meneruskan hobi mahal sepertinya tidak mempunyai keluarga untuk di tanggungjawabkan, di penuhi.

Di tatang bagai minyak yang penuh.

Saat PKP bermula, taska seperti chips more sekejap buka dan sekejap tutup. Di beri alasan sebegitu untuk mengambil sang ibu di kampung untuk duduk bersama dirinya dan anak anaknya. Dengan alasan dia dan suami bekerja, cuti payah di ambil.

Bermula detik itu, hiduplah si ibu di rumahnya. Bagaikan sang pembantu tetap, bergaji jariah. Bukan sahaja tugasnya menjaga cucu, bahkan di lantik sebagai tukang masak, tukang sidai kain, tukang mengajar juga menjadi guru kepada cucunya.

Oh gembira bukan kepalang si anak, juga menantu. Tidak perlu lagi bersusah payah memikirkan tanggungjawab azali. Sudah ada yang membantu.

Adik beradik lain, diam seribu bahasa. Menutup mata tika si ibu diperlakukan sedemikian rupa. Juga dengan alasan, si ibu tidak mahu adik beradik berantakkan dek mahu menegur si pelaku. Si pelaku, andai di tegur bagaikan halilintar, arasy bergegar kerana marah.

Pernah si ibu tidak mahu mengikutinya ke bandar, berminggu minggu dirinya tidak bertanya khabar pada sang ibu. Membiarkan sang ibu serba salah. Sungguh, terbalik sifir dunia dek mereka.

Sang ibu tetap juga memenangkan tali yang basah. Tidak pernah rasa penat duduk di situ, bahkan semakin di rasakan bahagia dan sihat (rujuk kembali personaliti si ibu tadi yang suka mem”pamper” anak. Memang, dia rasakan dirinya bahagia dapat membantu.

Tanpa sedar dirinya sedang di mamah usia. Itulah bahagia baginya bilamana dapat berkhidmat kepada anak cucunya).

Di katakan si anak tidak tahu memasak, walhal bukan setakat tidak tahu, malah pemalas masuk ke dapur juga. Even belanja dapur dan ke pasar, si ibu yang memikirkan. Barang apa yang sudah habis, barang apa yang harus di top up. Begitulah.

Mahu itu ini, cuma di beli raw material yang di hajati, terus beritahu ibu apa yang mahu di makan. Tup tup, makanan di hajati terus terhidang. Begitulah, sifat si anak juga menantu.

Di manakah kuah kalau tidak tumpah ke nasi? Begitu sang anak, begitu juga lah cucunya. Sudah pandai mengarah nenek apa jua kehendak.

Tetap nenek turutkan. Oh, sifat tanggang nya bakal menjadi keturunan. Di katakan kesian si anak menjaga cucu seorang diri. Walhal, si anak juga menantu kaki tidur.

Malam tidur, siang pun tidur. Sudah di katakan sifat berdua itu seperti sifat hidup membujang. Anak? Oh, tidak mengapa! ada nenek nya tengok kan.

Pencen si ibu? Haruslah di kongsi bersama si anak. Pernah si anak berkata, pencen itu memang sepatutnya di rasai anak.

Lalu, andai si anak terkapai kapai di tengah bulan, tekan sahaja si anak e-banking ibunya, terus berdebuk lah duit si ibu kepadanya. Mengganti? Semestinya tidak.

Mudah bukan? Harta warisan juga sudah siap ditukar nama kepadanya. Berikutan sang ibu risau, umur nya sudah di hujung usia. Takut tak sempat berurusan.

Gumbiralah bukan kepalang lah sang anak. Tidak perlu menunggu lama untuk berharta. Lalu, membawalah sang ibu ke pejabat tanah untuk menukar nama kepadanya. Oh, untuk urusan itu ada pula cutinya.

Sedih, melihat kondisi masyarakat kita seperti ini. Benar, dunia sudah terbalik.

Dunia sekarang sepertinya ibu bapa itu menjaga seorang anak cucu sampai ke akhir usia. Bukan di akhir usia mereka sudah bersenang lenang berkat balasan si anak menjaga mereka pula.

Kalian yang membaca, ambillah kisah benar ini sebagai ikhtibar. Jangan di teruskan kebiasaan sebegini. Tidak mahu anak sepertinya, cepat cepatlah meng acu anak kita ke lorong yang sepatutnya.

Sisa hidup ibu bapa kita sejengkal cuma. Berilah mereka masa, beribadat dengan tenang. Mengisi masa masa mereka dengan ilmu ukhrawi.

Cukuplah mereka menjaga kita semasa kecil. Jangan kita di bebani tenaga hujung usia mereka kerana menjaga anak-anakmu pula.

Reaksi Warganet

Siti Sariff –
Ada ibu/nenek yang awal awal pesan kepada anak menantu bahawa beliau boleh tolong tengok tengokkan cucu cucu tetapi sediakan maid.

Maksudnya, dia pantau sahaja kerja kerja maid menjaga cucu cucunya otherwise dia tak nak. Dan juga berpesan dia tak nak jaga sebab dia ada aktiviti sendiri.

Nenek yang macam ni mudah, dia tak biarkan anak menantu ambil kesempatan dan dia tahu apa yang dia nak dan ingin lakukan.

Na RA Nai –
Saya ada ipar macam ni. Dia dengan mertua saling melengkapi. Si anak nak guna ibu untuk urus cucu dan rumah, si ibu nak tolong anak sebab kesiankan anak jantan dia. Sudah pencen, perlu jaga cucu dan nenek (mertua kepada mertua).

Kita tegur sebab nampak dia kepenatan. Umur sudah lanjut, baik penatkan diri dengan ibadat, bukan sibuk bergelumang dengan pampers cucu. Biarkan ibu bapa mereka uruskan sendiri anak anak mereka tu. Tapi tak jalan, masih macam tu juga.

Ipar ipar yang lain pulak tak membantu. Lagi join tinggal cucu untuk si ibu jaga adalah. Alasan, supaya hubungan anak anak dengan sepupu erat. Padahal sebab nak jimat. Suruh ibu jaga, free. Jadi kami berdiam, tak mahu campur lagi.

Sampai tahap, si ibu hampir rebah kepenatan, dicampur pula dengan drah tinggi. Maka masuk wad la dia. Alih alih bergaduh adik beradik, siapa yang nak jaga ibu di wad. Muka muka yang perah tenaga ibu semua tak nak jaga, bagi alasan bz.

Suami terus cakap, yang mana ada tinggal anak suruh ibu jaga, mereka la yang patut jaga ibu. Semua senyap, malu barangkali. Setelah keluar hospital, si ibu masih macam tu. Nak berkhidmat untuk anak cucu. Jadi kami biarkan. Sebab dia bahagia begitu.

Mish Maira –
Gitulahhh kisahnya. Sebab tu, bila dah kahwin, beranak pinak, tolong jangan menyusahkan mak bapak pulak. Jangan lepas tangan.

Ingat tak penat ke orang tua nak mengasuh budak kecik? Nak bagi susu, nak basuh berak anak. Kita yang mak mak muda lagi pun dah penat macam namateyy. Inikan pulak si tua.

Zaman dioranng mengasuh anak kecik dah berlalu. Sekarang masa untuk diorg rehat, beribadat, pegi ceramah agama dan usrah. Bukan nak bela cucu wei.

Pandai beranak, pandai jaga. Jgn susahkan mak bapak. Nak kerja, anta anak dekat pengasuh. Upah babysitter. Jangan susahkan mak bapak.

Latifah Masudi –
Minta dijauhkan kita dari sifat sifat yang begini. Memang betul ada ibu ibu yang rela diperhambakan oleh ank anak dengan alasan kesian, anak anak tersebut susah, sibuk.. itu bukan alasannya ya.

Kita bila dah berkeluarga susah senang biar kita suami isteri yang tanggung. Jangan nak libatkan ibu bapa yang dah tua. Mereka patutnya dah berehat tanpa fikir masalah anak anak.

Cukuplah dorang dah menjaga kita dari bayi sampai besar. Bila mereka tua, tak kan kita nak susahkan mereka lagi. Minta bertaubat la anak anak yang sedemikian..

Sumber – Missy Red (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.