Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pembaca setia semua..
Hati saya terdetik untuk berkongsi coretan singkat berkenaan rasa hati usai membaca coretan “Merajuk dengan Allah”.
MasyaAllah Tabarakallah.
Sungguh nikmat yang Allah kurnia tidak terhitung namun tetap terselit ujian yang tak terjangkau dek akal.
Aku sangat simpati akan nasib Qistina (confessor). Aku doakan semoga Allah kuatkan hati anda untuk menghadapi ujian zuriat. InsyaAllah disebalik ujian terselit hikmah yang berharga.
Allah Yang Maha Sempurna telah mencipta aku tanpa organ istimewa bagi seorang hawa iaitu RAHIM.
Pada mulanya aku agak terkebil kebil apabila di’diagnosed’ tiada rahim ketika menginjak usia 18 tahun akan tetapi kerisauan mula timbul disaat aku bakal diijabkabul dengan tunanganku yang kini telah menjadi suamiku.
Alhamdulillah. Perkahwinan kami bakal mencecah usia sedekad.
Kami masih berdua dan pernah beberapa kali terfikir hendak mengambil anak angkat akan tetapi disebabkan masing masing agak sibuk dengan kerjaya maka impian kami belum tercapai (semuanya dengan izin Allah SWT).
Alkisah suami..
Dia ibarat hadiah yang Allah kirim tanpa aku minta dan andai ada pertandingan suami contoh pasti aku akan mencalonkan imamku.. hehehe..
Oh ya! Saat aku berterus terang mengenai kekuranganku, kami masih dalam tempoh berkawan.
Dia dengan yakin mengajak aku untuk ke peringkat yang lebih serius yakni bertunang dan seterusnya membina mahligai rumahtangga walaupun tahu aku tidak mampu memberikannya zuriat.
Allahu.. maka nikmat Allah yang mana hendak aku dustakan! Sokongan dan kata kata positif tidak pernah lekang dari bibirnya sehingga ke saat ini.
Alhamdulillah. Aku pernah offer suami untuk menikahi wanita lain dek kerana kasihankan dia yang happy bermain bersama anak kecil tapi jawapan tetap sama, “Kasih dan bahagia kita Allah yang rencana. Saya sayang awak Lillahitaala”.
Allah Maha Baik..
Hingga ke saat aku menaip confession ini, hanya Allah tahu seberapa besar rasa syukur aku kerana kehadiran suamiku yang sangat memberi impak positif dalam kehidupan aku. Alhamdulillah.
Aku sentiasa berharap agar Allah permudahkan urusan kami dan cekalkan hati apabila diuji dengan soalan “tak usaha ke untuk dapatkan anak?”.
Aku sangat berharap kaum hawa yang masih Trying To Conceive (TTC) agar cekal dan sentiasa yakin Allah sebaik-baik perancang dalam kehidupan kita.
Tidak ada satu pun yang Allah cipta di atas muka bumi ini sia sia. Semoga Allah kurniakan rezeki yang kalian impikan.
Aamiin Ya Rabbal Alamin..
Akhir kalam..
Doakan aku dan suami bahagia bersama mengecap cinta Allah sehingga maut memisahkan di Dunia yang fana dan insyaAllah punya cahaya mata di Syurga kelak.
Salam Sayang, Insan diuji.
Reaksi Warganet
Nazihah Ramli –
Inilah tulisan pertama yang buat air mata saya bergenang. Sesungguhnya anda dan suami antara insan yang sangat hebat melalui ujian-Nya di dunia.
Cinta sejati tak akan pernah dikalahkan oleh kekurangan seorang lelaki atau seorang perempuan. He is one of a kind, and of course you too amazing lady. I’m still sobbing…
Semoga perkahwinan berkekalan sehingga ke Jannah, dikurniakan anak anak syurga, dan hidup berkeluarga sehingga abadi, aamiin ya rabbal aalamiin
Farah Nabilah –
Cuba la ambik anak angkat. Yang yatim piatu ke. Maybe ada hikmah Allah nak mereka dapat menumpang secebis kasih sayang dari insan yang mereka boleh anggap ibu ayah.
Besar pahala.. Walau pon anak angkat tapi doa mereka pon takkan putus untuk ibu angkat mereka bila ibu bapa angkat mereka dah meninggal kelak.. Macsm fyn jamal tu. Ok je
Alip Hamid –
Betul lah kata ilmuan, Allah tak amik sesuatu dari kita melainkan digantikan dengan yang lebih baik.
Masalah kita manusia ni tak yakin. Bila kena musibah atau bencana, kita tanya tuhan “kenapa aku”.
Sabar…sabar.. Allah create us the best. Lepas hujan, ada pelangi. Lepas musibah, ada hikmah. Dan kadang hikmah tu datang dengan rezeki yang tak disangka sangka.
Setiap musibah yang kita lalui, percayalah Allah sedang mengangkat darjat kita dan sedang melorongkan kita kepada sesuatu yang jauhhh lebih baik. Kita cuma kena yakin dan redha.
Pesanan untuk saya dan readers bukan confessor.
Naili Izzati –
Sebab itu kita kena elakkan compare hidup kita dengan orang lain.. Mungkin kekurangan seseorang tapi kelebihan buat kita. Begitulah sebaliknya.
Kalau nak dikira hidup ni serba serbi sempurna, jauh sama sekali. Jadi, just cherish our current moment. Sedar atau xsedar saya pun pernah mempersoalkan ‘kenapa saya’.
Tapi bila dah redha dan terima seadanya, macam lepas beban besar dari dada. Takde rahim bukan penentu kita tak layak jadi ibu..
Sumber – Hamba Allah (Bukan nama sebenar) via IIUMC