Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini sibuk semua orang share pasal tensionnya housewife tak bekerja digelar pengikis harta suami. Let me share my story…
Kisah ini dah lama aku nak luah. Memang sakit bilamana kau dikelilingi leh orang orang yang suka judge, yang bagi dorang perempuan sekarang kena cari duit tolong husband, yang mana dia tak boleh tengok anak laki dia penat cari duit untuk keluarga sendiri.
Sedangkan dalam Islam pun tugas mencari nafkah itu atas suami.
Then paling worst even kau ada segulung ijazah atau kau pernah ada gaji 5k keatas pun bila kau jadi surirumah auto kau akan di anggap orang bdoh. Kau selekeh dan tak mampu.
Apa apa jadi contohnya kalau mak ayah sakit, orang akan cakap, “Si polan kan tak kerja.. kenapa dia tak jaga?”
Kau kena jadi orang pertama turun padang bila kejadian kejadian seperti ini berlaku seolah olah kau sebagai surirumah ni tak ada kerja selain makan tidur da. Habiskan duit anak atau adik atau abang dorang.
Aku pernah satu masa nak tolong jaga bapa mertua. Tapi hari hari bapa mertua aku ulang soalan, tak nak kerja ke? Tak nak hantar resume kerja ke? Hari hari.. Mana telinga tak berdrah. Seolah macam aku menyusahkan anak dia sahaja.
Lebih worst bila kau hidup dalam ipar ipar yang bekerja, dia orang akan compare kenapa kami kerja anak kami ok sahaja. Kau beli barang lebih sikit dari dorang mula dorang terbeliak mata.
Mana datang duit kalau tak jatuh dari kayangan. Kau pakai branded sikit mula dorang cakap kau mengikis harta suami sampai suami tak dapat bagi duit pada orang tua.
Allah bagi lau idea banyak, aku buat business itu ini. Eh… jangan kau ingat kau buat business dari rumah kalau kau tak longgok duit tu depan dorang, dorang tetap juga akan cakap kau tak berguna.
Kau beli emas cash, nanti di cakap beli kutu, kau tak mampu. Even kau meniaga online sampai gila gila siang malam, selagi kau tak tunjuk duit berkepuk bagi dorang kau tetap tak berguna.
Dorang tak tahu, barang dapur, barang rumah, baju anak nak pergi bercuti nak balik kampung kau sendiri pun kau guna duit kau sebabnya laki kau duit gaji habis bayar duit sewa rumah, kereta, utiliti and bla bla bla…
Keluarga mertua kau tetap tak nampak semua tu. Bagi dorang kau tetap menyusahkan anak lelaki dia.
Jadi para suami berterus teranglah dengan ibu bapa anda. Tak rugi pun untuk bersihkan nama isteri sendiri.
Niat asal isteri mencari pendapatan tambahan adalah untuk membantu kewangan keluarga jadi kenapa mertua dan ipar sibuk nak selidik itu ini.
Sedarlah para ipar sekalian, macam mana korang tak suka ipar ipar korang ambil tahu hal korang laki bini begitu juga dengan isteri adik atau abang korang.
Allah dah letak takdir dia macam tu, bukan dia tak berusaha kecualilah memang ipar korang tu jenis mengikis betul sampai laki dia pinjam along sebab nak lunaskan nafsu shopping dia wajiblah korang mengata dan jadi penyibuk.
Para isteri surirumah, teruskan semangat anda menjadi surirumah. Jadi surirumah yang penuh kaliber. Doa kita adalah doa yang mahal.
Selalu doa Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah pada suami kita bukan itu sahaja yang penting doakan suami kita dihindari dari sebarang penyakit, sihat tubuh badan dan sentiasa sayang kita.
Cari inisiatif untuk tolong suami walau dari rumah.
Reaksi Warganet
Sya Nysya –
Manusia ni akan terus mengata, kau keja, kau surirumah, kau tunjuk duit, kau semunyik duit, kau beli apa pun. Kalau dah jenis suka mengata maka mereka akan cari jalan mengata.
Dulu masa saya mula jadi ibu tunggal saya awal awal dah serapkan ke pemikiran anak anak, jangan peduli cakap orang. Orang ni selagi mulut boleh dibuka selagi tu mengata. Pekakkan telinga, kata orang tak leh jadi kudis dan yang penting sapa yang akan bantu kalau kita susah. Bukan orang lain kecuali kita sendiri.
Ann Fardan –
Ipar duai ni fungsi dia nak memeriahkan hidup kita masa majlis majlis balik kg.. Masa raya.. Masa kematian.. Masa masa yang kita susah bagi yang jenis boleh membantu kita. Lain lain masa mereka tak berfungsi banyak pun.
Jadi jangan trigger dan elakkan berkawan dalam media social dengan ipar duai bukan sebab sombong tp kadang kadang orang tak gembira melihat kita bahagia. Yang utama jaga suami anak anak. Jaga hati mertua bila jumpa je.. Lebh dari itu pergi jahanam.
Kalau kita susah bukan diaorg hantar beras pun dekat umah kita kan?!! Lagi satu pompan suka up dalam media social kononnya suami belikan hadiah bagai. Ada yang betol tapi ramai yang fake sedangkan pakai duit sendiri. Tu pun satu tabiat bangang yang menyusahkan diri kelak.
Lain kali kalau beli sendiri tak payah berlakon. Kita kena hargai diri sendiri. Senang senangkan je hidup ni. Duit kita duit kita.. Duit suami untuk keluarga..
Atikah Jamaluddin –
Tambah pendapatan niat untuk bantu suami dan untuk memenuhi target diri sendiri. Kita suri rumah pun berhak untuk berjaya macam orang lain. Kita pun ada wawasan, bukan wanita bekerjaya sahaja. Bila bisness, bagitahu dkat ipar duai yang kita tengah buat bisness apa. Jangan senyap senyap. Bagitahu mak mertua dan pak mertua sekali. Untung untung diaorg pun akan support bisness kita beli barang dengan kita nanti. Duduk dalam circle yang positif, cari kawan suri rumah yang buat bisness online untuk bertukar tukar pendapat dan cerita bisness masing masing.
Moga dipermudahkan segala urusan kita semua. Saya juga seorang suri rumah dan syaya buat bisness online dari rumah.
Na Rai Na –
Bila jadi surirumah, ayat favourite orang nak mengata adalah “daripada duduk rumah tak buat apa tu baik…”. Sape kata duduk rumah tak buat apa apa? Agaknya rumah tu auto kemas, tekan punat je. Kain baju boleh auto basuh, auto sidai, auto lipat gamaknya. Baju keje suami tu auto seterika agaknya. Masak main petik jari dah terhidang atas meja. Pinggan mangkuk tak payah basuh. Letak je dalam sink nanti tiba tiba je auto bersih.
Apa ingat surirumah semua ni macam samantha bewitched ke? Mertua dan ipar saya suka guna ayat dok rumah tak buat apa tu. Kita malas nak layan, buat bodo je. Lama lama suami macam ter ‘pick up’ ayat tu pulak. Jadi saya mogok, saya betul betul tak buat apa apa kat rumah. Seminggu tu saya goyaang kaki tengok tv main fb je. Kerja rumah (sapu sampah, buang sampah, cuci toilet) lantak la, satu pun saya tak buat.
Masuk hari ke- 4 mula dia cari mana seluar keje, baju keje dia. Saya tunjuk je dalam bakul laundry. Tak basuh lagi. Dia tanya kenapa tak basuh? Saya jawab, dok rumah kan tak buat apa apa. Baru dia faham dia dah salah cakap. Dia minta maaf, tapi saya tambah lagii satu minggu tak iron baju keje dia. Suruh dia iron sendiri. Keje rumah yang lain saya sambung buat. Ada la dalam 3-4 helai baju keje dia berlubang kena iron, haha. Lepas tu kalau ada lagi mangkuk nak guna ayat tak buat apa2 tu, dia sendiri akan sekolahkan. Serik member. Haha
Eima Jerr –
Kakak kakak saya selalu pesan;
Tahan je sikit kalau ada isu apa apa ni
Kita nak bahagia dengan suami dan anak anak kita
Telan je apa boleh telan
Janji balik rumah tangga kita, kita bahagia anak beranak
Jangan halang suami nak bantu mak ayah dia sebab itu sebahagian tanggungjawab dia selain kita dan anak anak
Ipar duai nak fikir yang bukan bukan ke kita lantaklahhhhhhh
Jangan ambil pusing
Berbalik kepada keutamaan kita berkahwin
Kita nak bahagia dengan suami dan anak anak kita
Bukan nak bahagiakan orang lain
Walaubagaimanapun
Alhamdulillah rezeki saya, dikurniakan mertua yang sangat baik dan sporting
Ipar biras duai bagai yang sangat baik.
Sikit sikit tu harap mereka dapat pejam mata dan terima baik buruk saya dan saya pon sendiri sentiasa berlapang dada menerima lebih dan kurang mereka
Live your life to the fullest kekdahnya
Nak puaskan hati semua orang mmg tak mampu der
Suami kita pon tak kan mampu nak puaskan hati bini sendiri . huhu
Sumber – Sharon Shasha (Bukan nama sebenar) via IIUMC