Aku doc pelatih. Tgh hamil, berlari selamatkan bayi org. Tp kndungan sendiri terabai. Hari terakhir, aku nangis sendri dlm kereta

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku ada terbaca satu comment, mengatakan anak doktor la yang ramai autism dan speech delay.

Aku seorang doktor pelatih dan terus terang memang ramai kawan kawan yang anak anak nya ada salah satu, ramai anak speech delay.

Mungkin sebab doktor ni, ibu bapa yang ingin mencari diagn0sis dan tidak takut mendapatkan rawatan.

Tapi itu tak menjadikan anak bukan doktor takde autism atau speech delay. Mungkin lebih ramai tapi tidak diberikan rawatan selayaknya.

Paling terkesan di hati aku. Aku terbaca comment itu selepas melahirkan anak pertama.

Sejujurnya aku dan suami belum mahukan zuriat, ingin menanti tiba saat aku boleh kurang kan waktu kerja dan habiskan latihan tinggal beberapa bulan.

Allah yang menentukan, walaupun merancang, tetap la hadir degupan jantung dalam rahim aku. Sepanjang mengandung adalah penderitaan paling lama.

Trimester pertama, aku cuba pergi ke temujanji klinik kesihatan, namun kerap kali terlepas temujanji sampai dimarahi jururawat di klinik. Sesama petugas kesihatan juga tidak memahami.

Aku bekerja 10-16 jam sehari. Itu waktu wajib, tidak termasuk kecemasan, pembedahan, dan pembelajaran. Kadang kala mencecah 20 jam berada di hospital. Doktor senior ada yang lebih teruk lagi, melebihi 24 jam.

Doktor pelatih tidak boleh meninggalkan hospital, tiada separuh hari, dan tidak boleh mengambil time slip.

Untuk susun jadual juga kerana tidak cukup tenaga kerja, aku segan untuk meminta minta, kerana seorang doktor pelatih sepatutnya tidak boleh mengandung. Tidak selayaknya. Temujanji antenatal aku kacau bilau.

Aku masih berdiri, melihat pesakit. Walaupun aku, hanya makan sekali sehari disebabkan alahan. Aku takde masa untuk makan sedikit tapi kerap seperti cadangan orang tua tua.

Trimester kedua, aku berlari menjadi pengantara hidup dan mati bayi bayi orang lain, mengabaikan si kecil dalam rahim sendiri. Dengan harapan, ada yang berlari menyelamatkan bayiku nanti.

Kerap kali makanan pertama adalah pukul 9 malam. Setiap kali itu aku meminta maaf kepada bayiku sendiri, meminta dia berdikari, ambil la apa yang tinggal lagi di badan ni. Ambil la semuanya.

Trimester ketiga badan mulai berat. Tak terkira berapa kali aku terjatuh terduduk mencari salur drah pesakit pada pukul 2-3 pagi. Setiap hari berdiri beberapa jam, jarang sekali dapat duduk.

Pernah aku tergelincir selepas kerja 16 jam, sampaikan berdrah tapak tangan dan lutut. Aku masuk kereta, aku menangis memggoncangkan perut ku, berharap bayi ku menendang mendengar kan aku.

Sehingga kan hari terakhir sebelum bayi keluar, aku menangis sendiri dalam kereta, sakit di setiap tulang semalaman tidak tidur menjaga wad sendirian.

Aku kesatkan air mata lalu, keluar lagi bertemu pesakit. Mungkin bayiku merasakan kesedihanku. Dia keluar esok nya.

Aku lahirkan bayi tidak cukup bulan. Betapa aku berharap bayi ku cukup bulan. Beruntung lah mereka yang mampu bawa kandungan mereka sehingga cukup bulan.

Takdir Allah, mungkin mengurangi kesakitan ku, bayi ku sihat sempurna tubuh badan nya sekalipun diabaikan si pembawa nya.

Jika di rahim ku, adalah tempat yang kau sepatutnya rasakan selamat, kenapa keluar terlalu awal melihat dunia, anakku.

Jadi dengan tidur yang tidak indah, waktu makan yang tidak teratur, aku berdoa agar anak aku ini sihat walafiat tubuh badan, akal fikiran, pancaindera dan agamanya. Dikasihani dan disayangi seluruh makhluk, dan Tuhan nya. Aamiin.

Sesungguhnya aku juga ibu, yang punyai harapan buat anaknya, perasaan sedih, menanti masa bila dapat aku berikan perhatian selayaknya dia.

Terima kasih anak ku, bertahan selama itu dan masih tetap bertahan lagi.

Reaksi Warganet

Siti Rosmiza –
Kawan saya Dr pelatih. Anak pertama gugur. First posting dia dapat Sabah rasa nya. Pjj lah.. Gugur. Lepas gugur tu.. Rehat sekejap tapi lama juga rehat ya sampai dapat la baby.

Lepas tu baru nak sambung jadi Dr pelatih.. Masa nak tunggu panggilan tu bekerja la dengan saya dulu dulu masa lepas sy belajar jadi kerani stor.

Kesian sangat tgok dia. Masa rest pun bawa buku medic baca nak refresh selalu. Dia kata kena selalu ingat.

Mujahidah Ansarullah –
Saya pun mengandung anak kedua waktu housemanship, bersalin still masih housemanship. kena extend, dan akhirnya berjaya tamatkan.

Faham maksud TT, kelelahan demi kelelahan.. menangis malam malam on call sebab kepenatan bawa perut memboyot jaga beberapa wad wad dalam satu malam, kalau patient collapse kena CPR etc, ambil drah berpuluh puluh patients pukul 4-5 pagi untuk round esoknya.

Namun semua ni dah hampir dua dekad berlalu. Nanti bila anak anak dah besar, pengalaman tu jadi kenangan untuk diceritakan pada anak cucu…

Somer Denot –
Saya teringat ada satu masa tu dekat kecemasan tengah tunggu turn masuk nak jumpa doc.

Adalah seseorang tu memang saya nampak dia tak boleh sabar kejap kejap jalan depan pintu sambil cakap bila doc nak panggil masuk.

Lepas sorg pesakit tu keluar, agak lamalah juga doc tak panggil sape sape masuk, lalu orang itu buka pintu menjengah ke dalam bilik doc. Lepas tu dia bisin kata doc duduk saje.

Empatilah kerja doktor di hospital awam, jangan ingat kita je yang nak dilayan. Entah entah doc tu pun dah berapa jam duk dalam bilik tu nak ke tandas pun sukar

Farah wahida Mohamad –
May Allah bless u dik. Teruskan berbuat baik masa jaga patient, doa moga Allah jaga anak kita jugak. Saya dah lalui semua tu, alhamdulillah bila dah jadi MO, terasa lapang sikit. Sabar sikit je lagi dik, insyaAllah bila dah habis ho nanti, akan rasa ok sikit..

Dulu masa 1st trimester, posting dekat paeds. Sambil alah morning sickness yang jadi tak kira masa, standby bawa buah limau purut dalam poket whitecoat tu sambil buat kerja night shift.

Rasa loya ja, tikam tikam limau tu dengan kuku, pastu hidu aroma limau tu, kurang la sikit rasa loya. Masa jadi ho memang banyak berdiri dan berjalan, mampu duduk bila tulis report ja.

Bila buat round kt NICU, jumpa macam macam baby yang abnormal, berdoa dalam hati banyak2, moga Allah bentukkan anak yang normal dala rahim ni. Alhamdulillah 2nd trimester uneventful. 3rd trimester posting kat ED.

Bab makan memang tak terjaga lah sebab patient sentiasa ramai. Mujur sempat breakfast sebelum start kerja, lunch memang tak sempat, lepas habis shift pkul 6 lebih baru sempat makan.

Kesian dekatt baby. Mujur baby lahir cukup bulan, tapi berat just 2.16kg ja. Alhamdulillah normal, dan lahir masa last day as HO. Alhamdulillah sekarang dah 5 tahun dah dia, dari kecil lagi sangat independent, dan so far tiada masalah perkembangan.

Banyak banyakkankn doa moga Allah jaga anak anak kita dan permudahkan urusan kerja kita.. Hopefully in the future, waktu kerja Dr di Malaysia ni lebih sistematic dan kurang membebankan..

Btw, autisme ni multifactorial, susah nk relate dengan 1 factor sahaja dan buat conclusion.

Fatimah Lee Abdullah –
Sebak baca. Tak tahu nak kata apa. Sebab mulia sangat kerja ni. Hanya doa untuk para doctor dan bakal doctor kita akak mampu titipkan.

Moga Allah permudahkan urusan para doctor.. ya Allah berikan tenaga dan kekuatan luar biasa untuk para doctor ini. Lindungi mereka dengan rahmatMu. Maaf teremosi akak baca confession ni dan semua komen komen ni.. Moga baby sihat dan Allah berikan kesihatan yang baik pada baby dan para doctor ini..

Sumber – MH (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *