Bila bini boss tiba2 dtg rumah nk pinang, aku terkjut. Jika ditolak, diugut pula. Lps 2 thn, ofismate kongsi cerita

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan pengalaman saya yang hampir masuk dalam hidup “bermadu”.

Ini kisah benar benar terjadi dalam hidup saya. Saya ingin kongsikan pengalaman ini untuk wanita diluar sana supaya berhati hati dengan “scam” terbaru ini.

Saya wanita berumur 32 tahun. Waktu kejadian saya masih didalam lingkungan lewat 20-an. Secara tiba tiba isteri kepada boss datang kerumah bersama kakak iparnya berhajat untuk meminang saya.

Keluarga saya apalagi kan, terkejut dan menuduh saya berhubungan dengan suami orang.

Demi Allah saya tiada rasa dan berhajat untuk kongsi rumahtangga dengan orang lain. Saya berprinsip teguh dan berhubungan dengan boss hanya atas dasar kerja.

Walaupun instinct saya memang agak pelik dengan kebaikannya. Tetapi menganggap boss memang seorang yang baik apatahlagi orangnya cukup alim solat 5 waktu dan ayah yang penyayang.

Semestinya saya menolak pinangan itu. Alasan isterinya saban hari si suami menyebut dan memuji kecekapan saya didalam pekerjaan.

Tapi itu bukan alasan untuk saya menerima pinangannya. Dia macam ugut, sekiranya saya tidak mahu, saya perlu berhenti kerja kerana tidak mahu suaminya terseksa.

Agak lucu kan? Tapi bagi saya, family kami ada maruah. Lagi lagi saya anak perempuan sulung, saya perlu kekalkan prinsip saya.

Saya berhenti serta merta dan memulakan bisnes makanan dan alhamdulillah saya semakin berjaya hingga ke hari ini.

Mengapa saya katakan peristiwa ini scam? Panjang lagi ceritanya, haha.

Selepas 2 tahun peristiwa giila tu, rupanya sahabat saya sewaktu di office lama menerima pinangan isteri pertama boss saya.

Minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan sahabat saya ini dan dia meluahkan rasa hatinya. Biarlah saya namakan dia Ina

2 tahun dulu, kakak kepada bossnya dan isterinya datang bertemu family sahabat saya ini.

Memandangkan mereka nampak ikhlas, dan isterinya sendiri sanggup meminang, ibu Ina terus menerima pinangan itu dengan hati terbuka.

Apatahlagi yang datang itu orang kaya, dan Ina masih perlu menjaga 4 orang adiknya yang masih kecil. Mungkin baginya itu jalan pintas untuknya menyara keluarga.

Selepas akad nikah, semuanya indah. Ina diberi rumah teres dan sebuah kereta.

Tapi selepas 3 bulan, sikap suaminya jadi berlainan. Suaminya itu selalu balik kerumah isteri pertama kadang sehingga berminggu minggu. Ina ditinggalkan seorang sehingga berlaku perbalahan diantara mereka.

Isteri pertama played viictim. Dia luahkan didalam social media kononnya isteri kedua buat hal apabila suami balik kerumahnya. Konon dia dah berkorban apa sahaja sanggup biarkan suaminya bahagia dengan isteri kedua.

Netizen apa lagi kan, bila menyebut isteri kedua, mestila Ina dicerca dan dituduh sebagai perampas.

Si suami pulak beralasan dia semakin sayangkan isteri pertama disebabkan pengorbanan berikan izin berkahwin lagi.

Sebab itulah dia perlu melebihkan isteri pertama dari kedua. Apatalagi mereka ada 5 orang anak.

Ina kecewa dan rasa tertipu sangat sangatt. Habis keluarganya dicerca dan dihina oleh masyarakat.

Ibunya tidak dapat tahan dengan penghinaan sehingga sakit jantung dan meninggal dunia. Tinggallah Ina dan adik adiknya terkontang kanting menahan cemuhan orang.

Waktu pandemik ini lagilah menambahkan kekecewaan Ina kerana suaminya berikan alasan tidak dapat pulang kerana tidak boleh merentad daerah.

Memang duit diberi dan segalanya cukup, tetapi thanks penyeksaan zahir dan batin Ina hanya Allah sahaja yang tahu.

Ina bukan seorang yang jahat. Aku mengenali Ina dari kami sekolah menengah. Ina tidak pernah bergaul dengan lelaki, seorang yang pendiam dan cukup setia. Aku tahu Ina mngsa keadaan.

Dek kerana isteri pertama kononnya ingin menunjukkan pengorbanan supaya suami akan setia kepadanya kembali dengan korbankan wanita lain.

Sifat penting diri sendiri dan gatal seorang lelaki telah menyebabkan seorang wanita yang susah menjadi mngsa keadaan.

Saya tawarkan Ina supaya berkerja denganku. Buat apa perlu menahan hinaan orang dan masih bertahan didalam perkahwinan yang t0xic?

Ina ibaratkan puppet atau patung menjadi sumber kejayaan isteri pertama suami mereka.

Buat para pembaca, hindarilah dari berkahwin dengan suami orang. Walaupun apa niat mereka, cubalah untuk tidak terjebak dengan p0ligami.

Kita wanita perlu kuat dan berprinsip. Kita mampu untuk hidup sendiri sekiranya tiada rezeki berkahwin didunia ini.

Reaksi Warganet

Salmikhalil Muslim –
Agaknya memang ada spesis bini macam ni kot. Dia tau suami dia cuma mahukan layanan batin saja tapi dia yakin suami hanya sayang dia sorang sebab tu berani bagi suami kawin lain sebab dia tau in the end dia juga yang menang.

Kalau betullah dia ada niat macam tu, Brdosalah dia dah rosakkan hidup pmpuan lain. Sebab lepas tu pinangkan lagi pmpuan lain pulak.

Lepas ni mana mana yang baru keje situ akan jadi mngsa je la..

Aisya Redza –
Assalam hawani, Tolong sampaikan nasihat saya ini pada ina.

Kalau suami dah bagi keta dan rumah. Ok lah tu. Tiap tiap bulan pastikan duit nafkah juga suami beri. Mintak banyak sikit. Pastu awak enjoylah hidup dengan anak anak atau kawan kawan.

Nafkah batin tu apalah sangat, daripada awak terpaksa kerja dengan hawani untuk menyara hidup. Baik teruskan hidup dgn suami.
Dia tak balik lagi bagus. Awak ada ‘me time’.

Ada perempuan yang tanggung biawak hidup pun masih kekalkan rumahtangga. Apalah sangat masalah awak yang suami jarang balik tu..
Ni pandangan saya jer… Terpulang ke awak

Cik Ros –
Kat mana scamnya? Tak boleh tuduh 1st wife.
Yang tak jalankan tanggungjawab suami tu.
Bukan 1st wife yang halang pun. Dia siap pergi pinangkan lagi madu.

Kenapa nak salahkan perempuan?

Lagi pun Ina dan maknya terima pinangan sebab “yang datang tu kaya dan ina ada 4 adik yang perlu ditanggung”.

Ok la tu suaminya masih beri nafkah yang cukup, rumah dan kereta. Cuma tak datang beri nafkah batin jer.

Tu la pasal. Kawen lagi dengan orang tua. Orang tua ni banyak penyakit. Kawen la dgn orang muda sikit kalau nk nafkah batin cukup tapi kena bersabar la hidup tak mewah.

Norizan Mamat –
Salam,

Hmmmm… makcik rasa macam tektik kawin kontrak. Kawin dengan niat lain dan cuba tamatkan tanpa rasa bersalah dengan mengabaikan isteri baru.

Di pihak isteri, makcik bayangkan, mungkin dia rasa suami dah berubah. Tapi nak benarkan suami cari pilihan sendiri, tak boleh, nanti suami jatuh cinta. Baik lah isteri carikan dan kawinkan mereka tanpa suami rasa cinta. Kan dah boleh kekal kasih sayang tu.

Makcik selalu la dok gurau gitu. Orang lelaki kata nak p0ligami nak selamatkan perempuan yang banyak tak kawin lagi la kononnya.

Makcik cakap, ok, makcik nak masuk minang kakak bla bla bla. Orang yang makcik kenal, yang dah berusia. Hahahaha…

Terus dia rejek pilihan makcik.

Makcik saspek gitulah.

Tapi, kalau tak betul, tak apa la… pelek pulak scam gini. Usah kata kawin, kalau somi mesej berkasih sayang dengan orang lain pun kita isteri pertama ni rasa nak bagi talak kat suami… Haha

Sumber – Hawani (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *