Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku sekadar nak cerita side aku lepas aku baca confession ‘Kenapa lelaki selalu dipersalahkan bila berlaku percerraian.’
Kalau dia boleh cerita side dia, aku jugak boleh cerita side aku kenapa aku menyalahkan lelaki bila percerraian berlaku dalam rumahtangga aku.
Dan untuk pencerahan, walaupun bila aku baca confession Man tu, aku terbayang seolah olah bekas laki aku yang tulis, tapi aku yakin bukan dia. Mungkin kisah aku ada sedikit persamaan sahaja. Jadi, kenapa aku salahkan bekas suami aku? Ini kisahnya…
Ya, masa awal perkahwinan kami sehingga anak sorang, semuanya indah dan bahagia. Aku tak nafikan dia suami yang baik. Aku bekerja 3 shif. Jadi boleh faham kan penatnya macam mana. Sehinggalah aku dapat anak sorang, dia tiba tiba dapat arahan bertukar ke negeri lain.
Awalnya kami ada berbincang. Sama ada aku nak berhenti atau tidak. Tapi melihat responnya, aku yakin dia mengharapkan aku bekerja supaya kami sama sama boleh jana ekonomi keluarga ke arah kehidupan yang lebih baik.
Tapi disinilah segala galanya bermula..
1. Aku letih.
Ya, aku letih bila aku sorang sorang urus rumahtangga dan suami aku tak faham dan senang kata dia tak ada common sense nak faham keletihan aku mengurus rumahtangga sorang sorang sepanjang ketiadaan dia.
Bayangkan aku kerja shif pukul 5 pagi dah usung anak ketuk pintu rumah pengasuh. Kalau kerja petang balik kerja dah tengah tengah malam usung anak.
Dengan nak urus rumahtangga, tido tak cukup, malam malam anak bangun menyusu. Letih sangat. Dan hal tu berlarutan sehingga anak kedua aku lahir 4 tahun kemudian.
Bayangkan keletihan aku mengadap semua sendirian bertahun tahun, jadi suami aku waktu tu mengharap aku masih lagi isteri yang lemah lembut seperti awal awal dulu? Mustahil.
Bila aku membentak dikata aku tidak hormat. Tapi, pernah tak dia fikir kepenatan aku selama ni.
Di saat aku penat kelam kabut memasak sebelum pergi kerja, dia terbaring mengadap handphone. Anak anak dibiar bermain, meniarap sampai tak perasan anak dah masuk mainan dalam mulut. Korang rasa? Tipu hati aku tak mendidih.
Berulangkali hal ni berlaku. Dan bukan situasi ini sahaja berlaku. Banyak hal berlaku disebabkan kurang common sense. Tak terdaya nak taip panjang panjang. Sungguh aku penat.
Tapi kesudahannya? Tak apa aku redha…
2. Tak jaga ikhtilat.
Sejak aku kenal dia dari zaman belajar hingga dah berkahwin, tak pernah aku nak chat dengan lelaki tanpa urusan. Senarai dalam phone book aku pun, lelaki berapa kerat sahaja. Itu pun rakan sekerja.
Tapi dia? 3 bulan kahwin dah kantoi gambar dengan perempuan. Tapi aku tak adalah nak meroyan.
Sekejap saja lah merajuknya. Aku pun jenis malas nak panjangkan isu. Tambahan lagi waktu tu tak nampak hati dia berubah.
Dan untuk pengetahuan, bekas suami aku ni dia kelihatan pendiam. Tapi aku tak sangka di belakang aku dengan perempuan bukan main lagi meriah dia punya chat.
Kebetulan aku boleh akses fb dia jadi tergerak hati nak tengok messenger dia. Pada aku kalau kawan sekali pun, tak perlu chat berlebihan dengan perempuan. Gurau nak masuk meminanglah, ajak keluar lepak sama samalah. Untuk apa semua tu??
Perasaan aku sebagai isteri waktu tu macam mana bila baca? Hancur! Tapi waktu ni pun aku masih tak meroyan teruk. Merajuk sehari dua ja. Lepas tu aku ok. Tapi dalam hati ni still berbekas lagi.
3. Tidak berterus terang.
Aku selalu pillow talk dengan suami aku ni. Aku tanya dia, aku ni ok ke tak? Ada apa apa yang aku perlu perbaiki ke tak?
Dia still kata ok, tak ada apa apa. Tak ada kurang apa apa. Dia sayang aku dan takkan curang dengan aku. Berulang kali aku bertanya dengan dia apa apa yang aku perlu perbaiki, sikap ke, penampilan ke dan dia tetap bagi jawapan yang sama.
Tak ada masalah. Jadi aku ingat benda tu memang tak ada masalah. Kehidupan kami masih baik. Setakat gelombang sikit sikit macam penat aku tu, aku sabar sajalah.
Dan… Sehinggalah aku terjumpa satu mesej I LOVE U di messenger fb suami aku dari seorang perempuan yang berstatus isteri orang.
Anak kedua aku masa ni baru berumur setahun. Kali ni aku dah tak boleh nak sabar dah. Masa ni aku betul betul meroyan. Kenapa aku meroyan kali ni? Sebab deria ke 6 aku.
Deria ke 6 seorang isteri tak pernah salah. Aku tanya suami aku. Kenapa! Kenapa! Korang tahu apa jadi masa tu?
Ya masa tu, dia ungkit segala salah aku. Dia gunakan segala kekurangan aku selama ni sebagai senjata untuk pertahankan kecurangan dia tu bukan salah dia tetapi salah aku.
Katanya aku yang tak hormat dia, aku cakap menyakitkan hati dia, aku itu, aku ini, pendek kata semua salah aku! Tak ada langsung salah dia. Kelucuan apakah ini??
Sedih tahu tak. Dan, akhirnya aku redha dipersalahkan. Aku jadi bdoh masa tu. Meratap mengakui semua salah aku demi meraih kembali cinta seorang suami.
Aku terima bila dia asyik ulang semua salah aku. Tak ada sepatah pun permintaan maaf atau mengaku salah dari side dia.
Aku ni tak habis habis lepas solat pegang tangan dia mintak maaf, mintak supaya dia tak tinggalkan kami.
Aku tarik tangan dia, cium tangan dia mintak dia bagi peluang kedua jika benar aku yang salah. Mintak dia fikirkan anak anak yang masih kecil. Tapi dia tak peduli pun semua tu.. Dia terus melangkah tinggalkan aku dengan 2 anak yang masih kecil.
Ini kisah 6 tahun lalu ya.. Sekarang, aku dah move on. Tapi cara aku move on bukan sesuatu yang indah. Cara move on aku melukakan hati anak anak.
Sebab yang tersisa kini hanya kebencian pada bekas suami aku yang tak pernah padam sebab banyak perkara yang dia dah lakukan hingga menyiksa jiwa aku walaupun perkahwinan kami dah berakhir.
Dan yang paling teruk, disebabkan dia aku kini salah seorang pesakit psikiatri.
Jadi kepada Man, kalau kau boleh persoal dari side kau, aku juga boleh ceritakan dari side aku kenapa lelaki wajar dipersalahkan bila berlaku percerraian.
Ya, tak semua suami bermasalah. Ada suami baik memang wajar dapat pasangan yang lebih baik dari terus kekal dalam hubungan yang penuh t0ksik.
Aku bersyukur mata aku dah terbuka. Tapi dari confession kau bila masuk bab kau curang tu, aku dah nampak dah.
Kau sama ja macam bekas suami aku. Boleh jadi juga sama ja macam perangai segelintir suami lain. Menghalalkan salah kau dengan cara meletakkan kesalahan pada bekas isteri kau. Wajar ke?
Sebelum kau persoal kenapa lelaki selalu dipersalahkan, kau check balik sepanjang kau dalam rumahtangga tu, sejauhmana kau bertindak sebagai khalifah. Selalu jadi imam dalam solat berjemaah dengan isteri? Ada menghidupkan majlis taklim di rumah?
Sentiasa berakhlak mulia, menyantuni isteri macam akhlak Rasulullah menyantuni isteri baginda? Selalu datang pada isteri saat isteri letih dengan memicit micit lembut, dan ucap terima kasih atas pengorbanan dia?
Kalau kau buat semua ni memang aku sokong kau bercerrai dengan isteri kau yang tak tahu diuntung tu! Tapi kalau benda benda ni pun kau tak buat, apa yang kau harapkan dari seorang isteri?
Belajarlah terima kekurangan pasangan dan jangan pernah jemu membimbing pasangan. Kau tahu tak kat luar sana ramai ja lelaki yang tak solat jemaah dengan isteri pun.
Dan ramai yang tak ada pun buat majis taklim kat rumah. Tapi kenapa rumahtangga mereka bertahan dan bahagia?
Kalau bukan kerana sikap suami yang tahu menghargai, pasti sebabnya kerana kesabaran seorang isteri.
Dan hakikat yang kau kena tahu, dalam banyak banyak kesilapan suami dalam perkahwinan, CURANG tu antara kesalahan yang sebenarnya bawa kemusnahan dan kerosakan paling besar dalam rumahtangga.
Dan kau pun dah buat kesalahan tu. Masih nak nafikan kenapa kau tak wajar dipersalahkan?
Reaksi Warganet
She Shiyda –
Pergh, confession mantap. Man kalo betul anda di pihak yang betul, senaraikan kesalahan isteri tapi nampak gaya macam salah dia. Saje beralasan untuk curang. Benda haram bercouple ko nak halalkan?
Nape tak pilih cara dekatkn diri dengan agama. Ajak anak bini berjamaah. Buat mjlis taklim. Hari hari baca quran. Ikut betul betul sunnah nabi bangun tahajud jam 3 smpai subuh. Tak mau pulak ikut ye?
Suruh bini berhenti keje. Bagi duit dan keperluan cukup. Sama sama urus rumahtangga. Baru tahu penat cemana. Aku yang bujang jaga anak sedara pun boleh stress
Shahidatul Akma Razali –
Double triple agree… pusing pusing nak point orang perempuan.. hahaha.. watever la.
Yang penting puan/wanita yang berani angkat kaki dah selamat dari orang yang kaki spin dan macam macam kaki lagi la. Termasuk diri sy.. hiihi.
Seram nak tengok belakang, teruskan melangkah ke depan. InsyaAllah, semoga yang terbaik untuk kita semua..
Amiza Salihin –
Laki keja cari duit, bini pun sama. Balik umah bini amik anak masak basuh baju, pingang mangkuk sambil beperang dengan anak.
Laki balik makan, tengok hp. Bini tak siap lagi dengan urusan kemas umah. Anak ko melaung bergaduh. Dah jam 11 nak kemas barang anak untuk esok ke umah pengasuh.
Bangun pagi laki just mndi pergi keja. Bini terjun katil bangunkan anak mandikan buat susu. Hntar pengasuh. Jadi ko gasa nak bini tu lemah lembut layan ko. P…mmpus le ko situ… Duit dapur pun harap bini..
Norizan Mamat –
Salam, Hmmm… Yang dah jadi ni nak buat macam manakan ? Move on jer la.
Cadangan makcik untuk yang sedang melalui tetapi belum berpisah lagi, baru kawin la. Kalau dah lama kawin, pepandai la buat keputusan.
Ok, yang baru kawin pastikan PJJ adalah pilihan terakhir.
Jika terpaksa PJJ, pastikan pakai perancang keluarga hingga rasa stabil. Jangan beranak kerap. Nanti penat.
Jika PJJ, kalau boleh, ajak adik beradik perempuan bujang dok serumah boleh teman teman jaga anak sekali (kawan pejabat makcik buat gitu)
Atur hidup kita. Kalau penat, minta duit dengan suami untuk hantar pengasuh. Ada jenis keluarga yang hantar anak ke pengasuh ambil hujung minggu sahaja. Boleh la rehat.
Kewangan ? Makcik tak pasti. Tapi nampak mereka bukan kerja hebat pun mampu letak anak dekat orang gitu. Tapi, kena ingat, jarakkan. Sebab kalau tak jarak, anak rapat, belanja banyak. Tak cukup duit.
Dah stabil, masing masing dok sekali, barulah tambah anak ikut suka hati.
Jaga kesihatan diri. Cuba untuk happy happy hidup ni. Ok, itu saja.
Sumber – Ain (Bukan nama sebenar) via IIUMC