Aku andartu. Haritu tiba2 suami jiran call. Nk hantr rombongan meminang. Sjk aku tolak, isterinya tiba2 rpat dgn ibu

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sedikit latar belakang mengenai diri aku – seorang wanita berumur awal 40-an, berpendidikan, masih bujang, anak tunggal dan bekerja dalam sektor swasta.

Aku bukan lah kaya tahap T20 tapi boleh dikatakan terdiri dalam golongan agak senang.

Dan ini adalah adalah response aku kepada confession “Pengalamanku Dipinang Bakal Madu” (Klik link dibawah). Sebab ada komen daripada audience yang menafikan “scam p0ligami” ini wujud.

Bila bini boss tiba2 dtg rumah nk pinang, aku terkjut. Jika ditolak, diugut pula. Lps 2 thn, ofismate kongsi cerita

Aku tinggal dalam kawasan taman perumahan bersama dengan orang tua yang sudah bersara. Jiran jiran terdekat boleh dikatakan agak rapat juga.

Memandangkan keluarga kami agak kecil, jadi ramai juga la jiran yang menghulurkan bantuan sekiranya terjadi sesuatu kecemasan.

Memiliki jiran yang baik ini aku fikirkan adalah satu rahmat, jadi aku dan keluarga melayan semua jiran dengan baik juga. Bertukar tukar hidangan makanan di antara kami adalah perkara biasa..

Sehingga la pada satu hari aku menerima panggilan telefon daripada suami kepada jiran aku ini. Dia mengatakan bahawa dia ingin menghantar rombongan meminang kepadaku melalui isteri pertamanya.

Terkejut? Dah tentu sebab aku tidak pernah bercinta pun dengannya.

Dia merupakan seorang suami yang memiliki ramai anak. Aku tak ingat jumlah sebenar, tapi berbelas juga la anaknya. Ada kerjaya dan juga memiliki perniagaan sendiri yang diuruskan oleh sang isteri.

Alasan si suami ini adalah kerana dia kesiankan aku dan dia rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan seorang anak dara tua (yang ketara hidup senang bekerjaya).

Sebagai anak tunggal katanya, siapa yang akan menjaga aku nanti sekiranya kedua orang tua aku sudah tiada. Isteri pertama beliau ada anak anak yang ramai untuk menjaganya.

Daripada percakapannya, dapat aku simpulkan bahawa si suami ini merasakan jodoh aku lambat kerana aku betul betul tak laku.

Walhal apa yang dia tidak tahu, sudah berapa banyak pinangan yang aku tolak daripada lelaki yang sama spesis macam dia ni.

Kenapa aku cakap ini adalah “scam p0ligami”?

1) Dia tidak akan bagi tahu isteri pertama apa tujuan sebenar perkahwinan kedua ini. Jadi aku tidak perlu risau dengan isteri pertama kerana katanya isteri pertama akan ikut sahaja apa yang dia mahu.

Kenapa taknak bagi tahu tujuan untuk berp0ligami? Adakah dia ingin selamatkan diri?

Dekat sini aku nampak yang akan terjeratnya nanti adalah aku. Silap silap orang akan kata aku la penyondol.

Padahal aku tidak berselera pun dengan suami orang ini dan aku mohon kepada Allah supaya aku tidak perlu libatkan diri dengan mana mana suami orang.

2) Sebelum idea p0ligami ini wujud, dia pernah meminta kebenaran daripada orang tuaku untuk menggunakan sebahagian tanah kediaman kami untuk dia bercucuk tanam. Tak nampak pelik ke lelaki ini?

Tanah kediaman kami, ikut suka la apa yang kami nak buat. Tanah tu kosong sekali pun takde kaitan dengan dia.

3) Dia sendiri pernah tazkirah aku dengan macam macam hal. Kononnya cara hidup aku yang tidak mengikut syarak menyebabkan aku lambat mendapat jodoh.

Tak ikut syarak di sini adalah aku tidak berpakaian seperti isteri dan anak anak perempuannya. Aku tidak berjubah dan berpurdah.

Tapi aku tutup je aurat, siap berstokin bagai. Kerjaya aku tidak mengizinkan aku hadir ke office dengan imej Muslimah sejati.

Tapi aku menutup aurat dengan sempurna okeh. Aku pun bukannya jenis perempuan yang suka merambu sebab aku adalah seorang introvert.

4) Anak dia ramai. Ada yang masih belum habis sekolah. Macamana dia boleh terfikir nak jaga aku sedangkan tanggungjawab dia dengan anak anak pun masih belum selesai? Ke sebenarnya dia nak heret aku sekali dalam urusan rumahtangga dia ni?

5) Selepas aku menolak pinangannya tanpa istikharah walaupun berkali kali dia minta aku buat istikharah, aku lihat isteri pertamanya itu bukan main baik lagi dengan ibu. Lebih baik daripada biasa.

Di musim pandemik ini boleh pula dia minta untuk datang beraya. Kerajaan tak beri kebenaran untuk berhimpun dan beraya kan? Kau dah kenapa nak langgar semua benda?

Aku tak tahulah samada aku aje yang kena scam atau isteri pertama pun terkena juga atau sebenarnya kami berdua kena scam dengan lelaki yang sama.

Pada awalnya aku malas nak kecoh. Aku dah pun blocked si suami sebab aku merasakan ini adalah satu perangkap.

Tapi memandangkan keluarga ini seperti bersungguh sungguh untuk “masuk line”, maka aku terpaksa berterus terang dengan isteri pertama bahawa aku tidak berminat untuk ada apa apa hubungan baik lagi dengan keluarga beliau atas faktor “p0ligami” itu.

Reaksi isteri pertama? Dia nampak terkejut tapi tidak la tahap terkejut yang aku harapkan. Bila aku cakap suaminya ingin dia pinangkan aku sebagai isteri kedua, si isteri hanya menyebut – alhamdulillah. Psik0 agaknya family ni.

Tujuan aku hantar confession ini adalah untuk mengatakan bahawa “Scam P0ligami” itu wujud. Dalam hal aku ini, lebih banyak keburukan dari kebaikan p0ligami yang aku nampak. Caranya pun dah tak betul dan banyak sangat rahsia.

Aku tidak la membenci p0ligami tapi p0ligami tidak sesuai untuk diri aku. Kalau betul nak p0ligami, bukan dengan anak dara tua seperti aku.

Di luar sana tu lebih ramai anak dara tua/ janda/ ibu tunggal yang lebih memerlukan si penyelamat negara ini. Hahaha…

Ibu bapa yang memiliki anak perempuan serta wanita sebaya aku yang masih single, overthinking itu memang bahaya tapi sila la lebih berhati hati.

Jangan sampai kita terjebak dengan scam p0ligami sehingga hilang senyuman yang kita miliki sebelum ini. Jaga diri

Reaksi Warganet

Kloe Kloey –
Saya percaya dengan confessor. Macam scam scam yang lain dia ada target tertentu. Dia anggap semua yang tak kawin tu desperate.

Dia konon konon tukang penyelamat wanita. Harap korang semua berhati hati. Dan tinggikan sikit standard tu. You don’t need that kind of men. They need you.

Faridah Yusup –
Belum apa apa dah minta itu ini nak bercucuk tanam. Anak ramai pandai didik dan besarkan dengan sempurna kebajikan mereka takpa jangan sebaliknya jenuh nak jawab dengan Allah nanti.

Saya setuju dengan kenyataan urusan mendidik dan membesarkan anak belum selesai ada angan angan nak tambah isteri. Huntung dik kamu bijak pilih kebahagiaan diri. Jangann terjerat makan diri..

Kallen Stadfeld –
Betul memang wujud. Either scam p0ligami atau scam lelaki biawak hidup dua dua aku pernah kena. Dan ayat yang aku kena “mujur sangatlah ada orang nak”.

Tapi sikap aku berani melawan tak kira siapa, banyak kali dah terselamat dengan scam macam ni.

Orang sekarang ni tidak malu, tak kira lelaki atau perempuan. Yang aku kena orang tua nak pinangkan aku untuk anak lelaki dia yang jelas biawak hidup supaya dia tak perlu nak bela lagi anak lelaki itu dan boleh tumpang sekaki harta menantu perempuan.

Dulu dulu aku pernah dengar orang biasa takut nak mendekati orang yang taraf doktor, tapi sekarang takde, memang muka takde malu.

Senior aku kena, terkahwin dengan penagih ddah. Hutang keliling kahwin tak sampai setahun memang tuntut fasakh, sampa ke psy sebab mak mentua tak henti henti datang klinik kacau senior aku. Lepas 2 tahun baru dapat cerrai. Senior aku lari jauh jauh sampai negeri lain.

Anak dara tua, yang ada kerjaya dan duit sendiri tolong hati hati. Kalau yang datang pinang, bukan setakat istikharah, istisyarah pun perlu, korek sehabis habisnya.

Norsyina Tazali –
Salam Pretty. Best baca perkongsian awak.
Awal awal lagi dah nampak ada ‘sesuatu’ di sebalik pinangan jiranmu itu. Memang betul kita kena husnuzon dengan orang tapi berpada pada. Apa yang awak buat tu memang dah betul dah.

Tak pernah lagi saya dengar jiran yang sibuk nak menumpang bercucuk tanam dekat kawasan rumah kita.

Mula mula menumpang tanaman lepas tu menumpang dekat rumah terus. Haa gituu yang saya rasa.

Entah entah depa laki bini berpakat nak masuk line. Ye la. Nampak life keluarga awak tenang je sedangkan depa punya life huru-hara dengan anak anak yang berbelas belas tu.

Jadi, bila amik awak jadi bini kedua, dapatlah cannn nak tumpang kasih sayang eh silap, nak tumpang dekat rumah awak separuh anak anak depa tu.

Entah kenapa saya berfikir sejauh ni sebab depa memang weird. Buat buat baik dengan ibu awak laa.. Nak tumpang bertani kat tanah rumah awak laa..

Eeiii.. semua tu dah nampak ada unsur unsur scam. Siap tazkirah pasal jodoh lambat bagai. Dah kenapa nak paksa orang kawin dengan dia. Nampak desperate sangat huhu.

Apa apa pun tahniah atas tindakan bijak dan berani awak yang berterus terang dengan wife si scammer tu.

Hidup ini ada pilihan, kan. Bahagia boleh dicipta, tak semestinya kena berkahwin baru boleh cipta bahagia.

Sumber– Pretty (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published.