“Mulai hari ini aku tiada anak prempuan, kita jumpa di akhirat. Aku mati jgn urus jnazahku”. Aku ingt kata2 terakhir ayah

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.

Mac 2019 masih segar dalam ingatan seorang anak, lafaz yang keluar dari mulut seorang ayah,

“Mulai hari ini aku tiada anak perempuan, kita jumpa di akhirat, aku mati jangan urus jenazahku”.

Hari dan tahun bersilih ganti, aku mencuba untuk memaafkan tetapi parut yang ditinggalkan.

Bukan mudah untuk seorang anak derhaka yang tercipta oleh keangkuhan seorang ayah. Seseorang yang tidak berada di dalam situasi ini sangat mudah memberi nasihat dan teguran.

Ayah keluar dari rumah tinggalkan ibu dan kami adik beradik, tergantung tak bertali. Bukan sebab curang, lebih kepada ayah beranggapan orang di dalam rumah sudah ingkar katanya dan tak hormat dia.

Hello!!! Nak kami hormat dengan orang yang main game 24 jam di rumah, azan zohor berkumandang masih lena di buai mimpi.

Isteri berniaga bangun subuh balik malam kau bising bila dia balik tak masak, orang yang anggap anak perempuan juga patut layan siapkan makan minumnya. Kau silap besar, itulah permulaan aku mula hilang rasa hormat terhadap seorang ayah.

2 tahun lebih berlalu sejak ayah tinggalkan rumah, aku tak pernah berhubung langsung dengannya. Kadang tu ada juga terdengar dia burukkan keluarga, kononnya kami yang buang dia.

Dan yang buat aku bertambah benci bila ayah memberitahu kepada nenek, jika suatu hari aku ingin bernikah, dia tidak akan mahu menjadi wali ku.

Seandainya dia datang sekalipun di majlis tersebut, dia tidak mahu menikahkan tapi datang hanya untuk porak perandakan majlis sahaja.

Banyak hal yang membuatkan aku antara adik beradik yang benci dengan ayah. Adik beradik lain ada juga berhubung dengan ayah, mungkin mudah bagi mereka tapi bukan aku.

Aku yang berada di tempat kejadian, aku yang menjadi saksi segala yang keluar dari mulut seorang ayah, menjadi saksi penat lelah ibu aku.

Telinga ini yang menjadi saksi seorang ayah mengungkit membesarkan anak anaknya dan dia sendiri yang berkata kita dah tiada apa apa hubungan.

Kemuncak berlaku bila aku bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini, aku meminta abang sulung bertanyakan semula kepada ayah jika ingin menjadi wali atau tidak.

Ucapan yang keluar dari mulutnya adalah pada tahun 2019 yang ku harapkan ia berubah fikiran pada tahun ini.

Seperti yang ku duga, jawapan ringkasnya, “bila ada perlu, baru cari aku” dan akhirnya ayah bluetick chat abang sulung.

Sejujurnya, perasaan benci yang aku cuba padam membara semula, rasa kecewa menyukarkan perkahwinan anak perempuan. Ayah meletak hukum bahawa dia sangat berkuasa terhadap anak perempuannya.

Pada saat ini, aku masih menanti jawapan daripada abang sulung sama ada ayah tetap berkeras tidak ingin menikahkan atau sebaliknya.

Jika tidak, aku terpaksa memohon wali hakim disebabkan wali enggan menikahkan.

Pernah juga terbaca kes kes wali hakim mengambil masa yang lama. Ada yang berbulan dan ada yang bertahun. Cuma tak faham, kenapa wujud seorang ayah yang enggan menikahkan anak perempuannya.

Aku tidak berseorangan menghadapi kes seperti ini, bila aku join satu group tu ramai rupanya kes wali enggan di Malaysia.

Ada yang menanti kes perbicaraan di Mahkamah Syariah, ada yang masih dalam proses memujuk dan ada juga yang sudah menangguhkan perkahwinan setahun kerana kes wali enggan belum selesai di Mahkamh Syariah. Kejamnya seorang ayah.

Sesungguhnya, banyak aib ayah yang masih cuba aku sembunyikan di dalam cerita ini yang membuatkan aku susah untuk memaafkan.

Untuk orang diluar sana, aku bukan memilih untuk menjadi anak derhaka melainkan keadaan memaksa untuk aku terus begini.

Usah berkata sinis yang aku akan menyesal bila ayah meninggal. Jika takdir membuatku derhaka, aku pasrah.

Terima Kasih Ayah. Kau yang mencipta siapa aku sekarang. Usah merasa selalu benar, sedangkan topeng mu Allah masih tutup.

Reaksi Warganet

Akmar Alias –
Ya, memang ada kes macam ni. Bapak buat keras kepala, main ugut pasal taknak jadi wali.

Ada kes saya tahu, bapak mintak motor sebiji kalau nak jadi wali. So menantu dan anak punya la gagah pi beli motor dekat si bapak tu. Tup tup , 2 jam lagi nak akad nikah, bapak tu hilang kan diri.

Puas cari, jumpa jugak dekat dusun tengah selamba hisap rkok. Bila tanya pasal apa tak pegi masjid, alasan dia sebab takda orang nak pi ambik dia (walhal dah diingatkan malam sebelum tu dan motor baru dia pun dah ada).

Geleng kepala kami dengan situasi tu, termasuk Tok kadi.

Cik Ros –
Kau wasap ayah tu. Buat ayat cantik cantik minta jadi wali. Biar ayah kau balas maki hamun dan kata tak nak jadi wali.

Nanti buka wasap web, print chat tu. Kemuka dekat mahkamah masa kena interview untuk wali tu.

Atau kau jumpa bapa kau. Biarlah dia marah maki hamun pun. Beritahu dia minta jadi wali. Pastikan ada yang rakam video.
Nanti tunjuk bukti video tu dekat pejabat agama menunjukkan bapa tak sudi jadi wali.

Tapi kau masih ada abang. Abang layak jadi wali. Tak perlu mohon wali hakim. Nanti bagitau jer kat pejabat agama tu, ayah tak sudi dan tunjuk bukti chat. Minta tukar wali kepada abg kau. Atau bapa saudara.

Berdasarkan pengalaman sendiri nikah pakai wali hakim. Mudah jer. Seminggu jer settle.
Kes saya. Tak ada wali di dunia ni. Sebab aruwah ayah dah meninggal. Dia tunggal lelaki.

Kami semua adik beradik perempuan. Tak ada bapa saudara. Datuk pun dah meninggal. Datuk kami dari Siam. Jadi dah terputus hubungan dengan saudara di Siam.

Mula mula pergi pejabat agama. Isi borang untuk wali hakim. Sediakan dokumen/bukti yang berkaitan (macam saya surat kematian ayah). Bawa dua saksi perempuan. Kalau saksi lelaki sorang jer. Saksi yang kenal kita sejak kecil.

Hari kita mohon wali hakim tu juga terus dapat tarikh bicara dalam seminggu. Pergi masuk mahkamah bersoal jawab dengan hakim. Kalau dia puas hati dengan jawapan dan bukti kita memang dapat kebenaran wali hakim.

Neuro Shewazni –
Kes aku, abang aku tak nak. Abang sebapa. Aruwah abah dah lama takde. Aku banyak kali nak jumpa minta sain. Ade aje mungkir janji.

Last aku pergi pejabat agama area rumah dia, aku minta nasihat ustaz. Dia suruh buat wakil wali. Wakil wali ni dia takmau datang pun takpe. Angkat sumpah depan ustaz. Dia janji nak datang. Aku pun ok la.

Rupanya tak jugakkk. Terpaksa aku apply wali hakim. Masa tu surat sampai. Dalam tu tulis, kalau tak datang, waran tangkap akan menyusul.

Menggelabah dia suruh aku batalkan kes. Aku kata setel wakil wali, baru aku batal kan. Siap termimpi dia buat onar huhuhuu.

Tu pun last minit dia buat. Nak bicara Ahad di Kelantan, hari Jumaat petang baru dia ke pejabat agama kat Selangor. Adoi. Dapat dokumen pun jam 6, ustaz bawak jumpa kat Petronas tengah jalan. Sabo je laa.

Ko try pujuk, minta wakil wali. Kalau tak mau jugak, proceed wali hakim. Kawan aku buat, 3 bulan naik turun mahkamah.

Intan Farina –
Susah kalau anak lelaki iaitu imam biasa dididik menjadi raja. Raja mana mahu turun takhta melainkan dengan berperang/ meninggal/ gering bangga dengan title wali. Double standard dengan wanita. Wanita ni kira lekeh pada mata dia.

Untuk pengetahuan boleh failkan wali enggan di mahkamah. Hakim akan uruskan. Lelaki jangan ingat anda boleh pergi jauh tanpa wanita yang jadi tulang belakang anda.

Maka jadilah imam yang bagus. Jika hari pembalasan Allah akan tentukan nanti. Di dunia akan ditunjukkan. InsyaAllah mudah mudahanan. Jangan ada yang meninggal sendirian tanpa sesiapa tahu disebabkan pilihan diri sendiri.

Jangan risau confessor. Ayah anda bukan tuhan. Allah yang akan jadi wali dan pembantu untuk niat murni awak. Allah juga yang menentukan jodoh awk.

Be strong sis. niat awk baik. Benar kata nabi ORANG YANG TIDAK MENYAYANGI TIDAK AKAN DISAYANGI.

Sumber – NAURA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *