2 bulan kerja, aku dh tak tahan. Bila resign compny xpuas hati, tiba2 dpt ‘surat cinta’ dari JTK. Aku nekad

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

First sekali aku tak tahu nak cerita macam mana. Maaf kalau ayat berterabur. So straight to the point saja lah.

Aku bekerja di sebuah company berbangsa singh which is dia buat Security Guard business. Aku mohon kerja disitu masa musim PKP dimana banyak sangat company lain yang tak terima pekerja pun sebab kebanyakan company nak cut cost, buang staff semua.

Tapi company yang aku apply ni aku tengok di jobstreet galak betul mencari pekerja.

So masa interview tu, Bos dia janji macam macam dekat aku antaranya, akan provide Medical card, dan semua bende bende basic lah.

So short to the story, aku pun kerja lah macam biasa. Hari pertama aku masuk kerja otak dah serabut. Korang tahu tak kenapa.

Office tu dari start buka sampai tutup dia pasang orang mengaji hindu atau sikh aku pun tak pasti. Bagi aku sangat annoying dan tak hormat langsung pekerja yang berbilang agama dekat situ. Aku dah complain bende ni dekat HR pun, still diam.

So aku betul betul tak tahan, balik sakit pinggang, sakit otak. Nyayian mengaji dia orang dah bertapa dalam minda aku walaupun aku nak solat.

Lepastu hari ketiga aku kerja, aku blah macam tu since offer letter pun aku tak dapat. Lambat sangat nak kasi. Lepastu hari keempat HR panggil aku semula suruh masuk kerje.

Aku terima saja lah dengan syarat aku nak pindah tingkat atas sebab takde music mengaji dekat atas. Mula mula aku dilayan dengan baik jer.

Seminggu aku kerja, aku dah dipush mental. Betul punya mental abvse korang tau. Kerja kerja budak sebelum ni yang lari tu, kalau kerja dia orang silap, aku yang dipersalahkan.

Seriously, aku cakap apa pun dia tak nak dengar. Padahal aku sentuh pun tak. Dia orang ada server tau, kalau dalam server tu masalah apa. Aku juga kene.

Dia share dengan aku tapi tak percaya aku. Aku syak dia memang saje suka salahkan orang sebab bos aku tu macam ada masalah mental sikit. Aku syak saja lah.

Sebab dia kalau bercakap sangat laju, tak duduk diam dan sambil gigit kuku. Macam orang tak reti duduk diam tu ha.

Kalau lama lama duduk discuss apa apa dengan dia memang anoyying sangat dengan gigit kuku nya, jijik nampak. Pukul 5pm discuss pukul 8pm baru dapat balik rumah.

Aku nak balik dia cakap, wait, rumah tu tak lari pun. Aku cakap lah ada roadblock tempat aku. Then kau tahu bos aku suruh tipu polis tu cakap company dia operate 24 hours. Amende weh management operate 24 hours?

Dua bulan aku kerja, aku betul betul tak tahan. Sebab bos aku torture aku teruk sangat sehingga aku sentiasa gigil tanpa sebab. Berdebar tanpa sebab. Dan takut tanpa sebab.

So aku nekad nak resign tapi dalam masa yang sama aku takut sebab duit takde kalau tak kerja. Jadi aku tangguhkan dulu niat nak resign.

Satu hari tu aku MC, ko tahu company tak terima MC aku. Dia nak MC dari klinik government sahaja. Gaji aku pun ditolak la. Memang company tu dah tipu aku cukup cukup masa interview. Janji Medical Card ada semua tu lah. Last last dia orang cakap tunggu habis c0vid!!

Aku MC masa tu sebab aku betul betul tak sihat pening, muntah muntah pagi tu rupanya aku pregnant gais. Setelah 2 tahun kahwin ada rezeki zuriat.

Memandangkan suasana tempat kerja yang sangat t0xic disamping aku nak jaga kandungan aku, aku nekad untuk RESIGN.

Aku hantar surat untuk resign 2 minggu awal dari tarikh sepatutnya which is 1 bulan notice. Sebelum tu aku dah discuss. Aku mintak dilepaskan awal sebab aku tak nak kandungan aku terjejas dek kerana sikap bos yang sangat teruk.

Ni aku cakap terus terang pada bos besar. Bos besar tu tak nak lepaskan aku, dia cakap aku pregnant ni pun sebab keberkatan tempat kerja dia. Lepastu siap nak bukti medical report aku pregnant.

Aku malas layan lebih lebih. Bukan nak bayar pun kos. Kos C0vid Test pun tak nak tanggung lepas tahu staff situ positive c0vid seorang. Company still operate tanpa sanitise!

Cukup dua minggu dari tarikh surat tersebut, aku blah 24 hours dengan surat baru. Dalam surat tu aku nyatakan sekali sebab aku nak resign dan aku tuliskan keburukan company tu layan staff dan tak jaga kebajikan staff.

Company tu tak puas hati dengan aku, JTK (Jabatan Tenaga Kerja) hantar ”surat cinta” dekat aku menyatakan aku dah langgar kontrak satu bulan notice resign. So company aku ni buat report lah konon.

Aku dipanggil ke JTK untuk sesi damai. Company still nak gaji full aku even aku dibayar separuh gaji je. Aku menolak untuk bayar walaupun company ada nego untuk kurangkan bayaran.

Aku still tolak dan proceed untuk ke mahkamah buruh. Sebab bukan aku saja yang langgar kontrak. Company dulu yang langgar kontrak. Antaranya :

1. Aku selalu dilepaskan balik pukul 7pm. Waktu kerja aku dari 9am-6pm sahaja, Kalau aku balik pukul 6pm bos aku akan marah cakap aku balik awal. Even kerja aku dah siap. (Aku ada bukti by Whatsapp).

2. Gaji aku ditolak jika lambat masuk 10 minit, Kalau aku balik lambat aku takde OT ye. Bende ni dia tak nyatakan langsung dalam Offer Letter untuk tolak gaji semua. Takde. Dia buat undang undang sendiri.

3. Tak bagi kitorang staff makan sesama staff, dia akan bising. Bos aku tahu kitorang makan sekali sebab dia selalu check CCTV. CCTV tu sebelah PC dia.

So sambil dia kerja, sambil dia jeling CCTV ye. Even kitorang cakap cakap sebab nak discuss hal keje, dia akan wasap cakap kitaorang bergosip.

4. Semua staff akan direkod dalam attendance balik pukul 6pm walaupun ada ramai staff balik malam. Dia nak selamat la tu.

Dan banyak lagi kejahatan dia yang malas aku nak tulis. Bende ni bukan jadi dekat aku je. Tapi ramai. Cuma diantara semua staff tu aku sahaja yang dia report di JTK, mungkin kerana aku nyatakan reason aku resign kot. So dia orang tak puas hati atau apa aku tak sure.

Korang doakan aku berjaya dimahkamah buruh nanti. Dengan bawak baby dalam perut lagi. Emosi aku agak celaru sikit. Tapi aku still nak fight kes ni dengan niat company tu tak akan tindas orang lain lagi lepas ni. Kalah ke menang lain cerita. Janji aku dah cuba.

Kalau korang ada pendapat nak kongsi untuk kukuhkan lagi kemenangan aku, pun boleh kongsikan ye. Terima kasih sangat.

Reaksi Warganet

Nabila Aina –
Gaji tolak 10 min tu dah dapat approval JTK ke? kalau takde, situ awal awal dah salah…

Sila bagitau nombor award nanti. Senang nak tengok whole kes dekat mahkamah IR punye website.

Natasya Rahman –
Mungkin TT boleh try apply elaun hilang kerja dekat perkeso jugak. Even tt yang resign, Nyatakan dekat situ ‘pembuangan terancang’.

Atau term dia constructive dismissal yang mana pekerja resign atas sebab ketidakadilan yang blaku dalam company. Kalau ada rezeki dapat la elaun bulan bulan boleh support baby nanti.

Anyway, good luck ya !

Aien Sien –
Aku pernah kerja satu company ni. Compny besar. Tapi dia banyak branch. Tempat aku kerja ni branch dekat Selatan.

Bos dia punya la berkira sampaikan breakfast 10 min pun kena punchcard. Solat pun kena punchcard. Datang lambat 10 min kena potong gaji. Kalau OT pulak tapi buat kerja tak seperti yang dia nak. Dia tak kira OT.

Offer letter tak pernah bagi tapi time aku nak resign tiba tiba je kata aku dah confirm so kena bagi 1 month resignation notice.. Aik.. Tiber.

Time CNY kerja macam nak giila. Dari pagi sampai malam OT. Mention nak bagi bonus or lanje makan. Last last sampai aku resign takde pun, haha. Dah ler macam macam buat.. Multi tasking ok. Bukan satu kerja je. Itu ini kena buat.

Mana yang gaji, masuk lambat bak ang. Tutup buku 25hb gaji drag sampai 13hb, Apo🤦🏻‍♀️. Masa nak start kerja mention ada insurans cover.. If anything happened time kerja dia bayar..

Tapi bila ada budak accident time COD boleh pulak dia suruh budak tu jangan pakai baju kerja lagi time COD. Pakai baju biasa je.. Which is dia xnak tanggung la if anything happen. Teruk betul

Malas je nak mention company apa. Yang tau, Tau la. Mana yang kerja satu batch dengan aku dekat situ semua pakat pakat resign.

Last year dapat tau mana mana budak baru yg nak kerja disuruh sign satu aggrement which is isi kandungan aggrement tu lebih kurang kena redha je la jika diberhentikan.

Maksudnya tak boleh buat apa apa. Tak boleh nak fight ke apa. Sebab dah ada hitam putih rela diberhentikan jika perfomance tidak memuaskan.. hmmm

Norazirah Rara –
Dear confessor,

1) Bukti bukti yang ada anda kene simpan dan buktikan kedatangan anda yang anda punch in dan out.

2) Kebarangkalian untuk kalah kerana langgar kontrak tu memang kamu akan kene denda.

Kiranya kamu kene bayar lagi 2 minggu sepatutnya kamu bekerja sahaja tapi biasa JTK akan suruh bayar ikut kemampuan.

Tapi berbalik pada no 1, kalau dia yang breach contract dulu awk boleh menang. Apa apa baca balik kontrak kerja. Biasanya syarikat swasta memang selalu buat hal. Company Melayu pun sama

3) Dapatkan surat doktor yang awak terganggu emosi kerana kerja terutama sekarang mengandung, better dari hospital/klinik kerajaan..

4) yang pasal isu buka muzik agama dia tu, ada rakam tak? Sebab memang tak boleh sepatutnya. Ni boleh maklum dalam mahkamah JTK. Dalam mahkamah JTK biasanya mereka memang nak bukti, boleh bagitau terganggu emosi

5) gaji tolak 10 minit lewatkan? Dalam slip gaji tolak tak? Kalau tolak sila simpan. Confirm company Kene saman. Tak boleh tolak sesuka hati.

Apa apa moga dipermudahkan segala urusan sis ya. Kalau sis boleh buat drama air mata yang dia stress masa dalam mahkamah JTK, fuhhh boleh menang juga

Cik Ana –
Good job, saya sokong tindakan sis buat report ke pej buruh. Btw saya juga pernah lalui juga, disebabkan keje orang lain tinggalkan taik kita yang baru masuk ni dijadikan kambing hitam.

Lepas Tu sengaja dipersalahkan tak tentu pasal seolah olah macam kita yang tak reti buat keje. Company yang saya maksudkan ni pulak bangsa lain..

Sehinggalah saya nekad untuk resign 24hrs juga. Walaupun berat dihati sebab banyak komitmen yang perlu ditanggung. Pernah report pada HR well masing masing nak jaga periuk nasi masing masing Kan..

Yang paling saya bengang sebelum dapat confirmation letter. Senior pandai pandai rate tanpa berbincang dulu dengan saya. Memang rate rendah la untuk buatkan saya jadi tertekan. Tak pernah selama ni bekerja dengan tempat neraka macam ni..

Rupanya, company ni memangg jenis orang touch and go. Lepas saya berhenti ramai pulak yang menyusul. Barangkali yang masih bekerja tu memang dah tepu kot jadi mngsa buli..

Endup, senior yang suka membuli Tu telah disack by Big Boss. What comes around turns around. Mungkin sebab kata kata terakhir saya kepada big boss kot menusuk jiwa..

Rafiqah Majeed –
Sabar ye sis, berani kerana benar.. tahniah sebab sanggup kehadapan dan pertahan hak.

Kalau tak menang pun tak apa, at least jangan bagi ruang mudah bagi si penindas.. insyallah semua akan baik baik. Ada kelebihan rezeki baby pulak tu. Anggap ni proses belajar dan mematangkan diri. Good luck

Sumber – Rosalinda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *