Tiap kali lps bersalin, suami kantoi. Aku pkul suami, aku rasa nk giila. Aku paksa dia lafazkan taklik

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Terima kasih admin jika artikal saya disiarkan. Maaf jika penulisan saya agak membosankan, tapi saya minta nasihat serta pandangan.

Saya kenalkan diri, saya seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya mata. Sudah berkahwin hampir 5 tahun.

Awal perkahwinan, saya dan suami tiada sebarang masalah, kecuali suami sering like dan bagi emoji “love” pada status serta gambar rakan rakan perempuan dalam facebook dia.

Alasannya saja, suka suka sahaja dan tidak kenal semua perempuan tersebut.

Kemudian, saya terjumpa perbualan luc4h suami dengan rakan perempuan di facebooknya.

Suami mengatakan kawan kawan dia selalu gunakan facebooknya untuk add atau chatting dengan perempuan lain.

Saya diam, percaya tidak, marah pun tidak. Mungkin saya anggap tiada masalah kerana chat tersebut sebelum dia kahwini saya.

Masalah saya bermula pada awal tahun 2019, dimana suami saya telah terkantoi menonton video ‘dewasa’. Macam mana kantoi tak perlulah saya cerita lebih.

Tapi ia sangat menyakitkan saya. Sebab, saya depan mata dia, yang halal, tapi dia masih melihat yang haram. Alasannya kerana kurang “bersama” saya.

Ya betul, saya baru lepas bersalin anak pertama waktu tu. Dan juga kerana saya penat jaga anak siang dan malam. Saya lah yang menjaga, tidurkan, mandikan, susukan anak. Dia? Hanya terbongkang tidur.

Selepas kantoi, saya katakan pada suami, jika lagi sekali terkantoi, saya akan minta cerrai dan dia bersetuju.

Dan setakat yang saya check, memang dia tak tengok video ‘dewasa’ lagi sehinggalah pada pertengahan tahun ni, dia terkantoi lagi sekali. Dia kantoi selepas seminggu dia tengok video tersebut.

Saya mengamuk bagai orang giila. Kerana apa? Kerana tiap kali dia kantoi, adalah tiap kali selepas saya melahirkan anak!

Saya mengamuk, saya pukul dia, saya maki dia. Sebab saya rasa pengorbanan saya lahirkan anak dia tak dihargai. Saya menangis macam orang giila. Lagi lagi saya baru lepas bersalin.

Saya rasa diri saya dah hampir giila, saya menangis dan ketawa sendiri. Sehinggalah dia datang meminta maaf pada saya.

Saya bagitahu dia, saya boleh maafkan dia dengan syarat, dia perlu BERTAKLIK!

Ya, saya nekad. Dia mesti bertaklik baru saya maafkan dia.

Dan dalam terpaksa, dia bertaklik jika dia masih menonton video ‘dewasa’ dan melakukan perkara yang bukan bukan dengan sengaja, jatuh talak pada saya. Lepas tu barulah saya maafkan dia.

Tapi, memaafkan memang mudah, tapi untuk melupakan, maaf, tak semudah yang disangkakan.

Saya asyik mengungkit kesilapan dia. Saya rasa jijik nak bersama dia, waktu bersama saya rasa dia terbayang perempuan lain.

Untuk pengetahuan, saya ada anxiety serta panic attack. Masih checkup di sebuah hospital kerajaan.

Masalah saya sekarang, baru baru ni, dia ada bersalam dengan seorang perempuan yang boleh dikatakan macam “istimewa”.

Saya tak marah, saya tak cemburu. Yang saya marah, bila saya cakap HARAM BERSENTUHAN walaupun dia istimewa.

Tapi dia cakap perempuan tu memang biasa bersalam dengan dia dari perempuan tu kecil sehinggalah sekarang umurnya lebih kurang 15 tahun, suami saya 20an ya.

Disebabkan anxiety dan panick yang ada dalam diri saya, tiap kali suami keluar rumah, saya rasa tak yakin, tak percaya dia pergi kerja. Saya rasa dia melakukan perbuatan terkutuk di belakang saya.

Jadi soalan saya, adakah betul berdosa suami bersalam dengan perempuan tersebut, dan adakah talak tu jatuh jika dia bersalam dengan yang bukan muhrim?

Dalam masa yang sama, saya juga takut jika talak tu sebenarnya dah jatuh tetapi suami tidak jujur dengan saya.

Terima kasih, kayy

Reaksi Warganet

Madamme Que –
Sila rujuk pejabat agama ye puan. Kena tanya pada ahli.

Tapi ada 1 nasihat dari saya, please makan/ ambil/ cucuk/ guna perancang keluarga. Dalam keadaan mental dan fizikal puan macam ni, memang bukan situasi yang sesuai untuk terus menambah anak.

Cukuplah sekadar yang ada. Baiki keadaan dulu. Sempurnakan mana yang kurang dulu. Didik dan pelihara anak yang ada dengan sebaiknya dulu…

Selagi mana situasi tak stabil. Untuk kesihatan mental dan fizikal puan juga. Sayangi diri.

Ilina Ismail –
1st – sila rujuk pejabat agama dan court untuk sahkan sama ada talak jatuh ke tak berkait dengan isu taklik if tengok video ‘dewasa’. Disini, hanya pihak berautoriti boleh sahkan. Bukan kau, bukan dia, bukan anda

2. Kita tak leh nak kawal suami diluar / dibelakang pandangan kita. Tapi kita ada Allah… CCTV yg tak pernah tidur…

Jadi, ‘Allahumma ya bariq’ serahkan semuanya pada Allah. Dan setiap kali lepas solat bacalah Allahumma ya hafiz ya muhaimin. YA Allah aku serahkan suamiku di dalam jagaanmu.

Cubalah puan… Insyaallah puan akan lebih tenang

Siti Hazwani –
Perempuan tu saudara ke sepupu? it happened to my friend. Suami dia lepasan agama, tak terkecuali jahil atau ignorance sebab katanya dah biasa dalam keluarga bersalaman dengan sepupu sepapat, ipar biras, padahal dah ada ilmu agama.. pelik kan?

Tugas puan dah bagitahu haram dan tak suka suami buat macam tu. Lepas ni minta dia jangan buat dah la, kali pertama ni mungkin dia tak tahu atau rasa tak pa.

Kalau begitu budaya dalam keluarga, dia la wujudkan budaya baru berlandaskan ilmu agama yang dah tau tu. Kalau bukan dia mulakan, siapa lagi?

kalau perempuan tu bukan saudara pun, haram sebab bukan mahram. Orang istimewa ni sesetengahnya masih ada nfsu. Teringat confession dulu yang suami dia uruskan makcik “istimewa” dia

Pasal taklik tu, ada black dan white ke tak. mudah nak rujuk kalau ada b&w dan syarat syarat puan tu jelas. Sebab kami pun tak tau isi taklik puan tu apa selain tengok video ‘dewasa’

Amalina Musa –
Ada dua kes ye hampir sama..

Kes pertama: si suami kerja tak tetap. Nafkah kadang kadang tak tentu. Si isteri bekerja, abis jadi buah mulut laki makan duit bini.

Last last masa dalam pantang, si suami lafaz taklik “kalau keluar bekerja, jatuh talak”. Tapi abis pantang kena masuk keje dah, tak boleh harapkan pendapatan suami yang selalu terputus. Maka taklik diputuskan sah lepas refer pej agama…

Kes kedua : si lelaki kawen dengan perempuan satu pej di Thailand untuk p0ligami. Taknak daftar sebab boleh kena tindakan tatatertib. Bila bergaduh, terlepas cakap talak 3.

Tapi taknak refer pej agama, si lelaki cuma cakap dia lafaz dalam keadaan tak sedar…

Pokok pangkalnya, soal begini sila refer pej agama. Bukan perkara main main.

Sumber – Kayy, Seorang Isteri (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *