“Penunggu Presint 18”. Tgh jog mlm, tiba2 terdgr bunyi pelik. Kwn aku dah pucat, cpt2 dia ajak balik

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah ni kisah benar pengalaman aku sendiri semalam 9 september 2021 (baru aku sedar malam jumaat rupanya).

Aku pergi lah nak cuba jog dekat kawasan baru di Putrajaya memandangkan P2 P3 dan P4 selalu ada polis ronda ronda dekat situ.

Jadi aku dengan kawan aku google punya google ada satu jogging track di Precint 18, tepi tasik. Hujung jalan tu ada satu stesen minyak Shell. Dekat situ aku park kereta dan singgah ke toilet Shell tu.

Masa aku singgah tu jam 8.00pm. Shell tu pekerja dia dah balik tapi toilet dia masih buka.

Kemudian lepas aku keluar toilet, aku terdengar bunyi macam apps Duolingo. Apps tu kalau kita jawab betul quiz dia, dia akan bunyi “tingting”. Dalam 5-6 kali jugaklah aku dengar memang sangat sangat jelas giila.

Macam mana aku tau bunyi tu sebab kawan aku ni suka betul main Duolingo. Memang addict betul dia main Duolingo belajar bahasa German.

Jadi bila kawan aku keluar toilet aku tanya la dia ada main Duolingo ke dalam toilet, sekali dia kata eh mana ada main battery pun dah habis.

Ok, masa tu aku pun dah mula rasa pelik, apa yang aku dengar tadi, tanya aku dalam hati.

Aku ni jenis yang tak layan sangat perkara perkara mistik ni, bagi aku sesuatu kejadian tu pasti ada penjelasan saintifik dia contohnya getaran bunyi, ilusi optik, atau halusinasi fikiran sendiri dll.

Jadi aku tak peduli, aku cuma ‘dismiss’ benda tu dan terus jogging.

Masa mula jog tu dah 8.15pm. Kami mula jog dari Shell dan pergi ke arah jambatan yang melalui pusat futsal sebelah bangunan Gas Malaysia tu.

Dari situ aku perasan satu benda, tempat tu sunyi sesunyinya. Bak kata Mat Salleh pin-drop silent, maknanya jarum jatuh pun boleh dengar.

Aku tak rasa macam tempat ni orang suka jog malam malam. Tapi dalam hati aku lagi suka lah sebab memang niatnya nak cari tempat takde orang atau polis.

Aku dan kawan aku ni jog lah, layan punya jog. Aku ni bila dengan dia ni memang selalu menganjing dia sebab dia ni penakut hantu sangat.

Jadi aku selalu la menyakat dia, tapi yang jadikan dia ni berani nak jog ni pun sebab dia pergi dengan aku. Bagi dia aku ni suka dismiss cerita cerita yang kononnya seram seram dari alam angker ni. Dia rasa ada teman, jadi kuat la semangat sikit.

Keadaan makin sunyi dan makin sejuk, lampu hala ke jambatan tu makin lama makin suram, ada kawasan tak berlampu.

Dan aku punya ‘jogging pace’ ni dah jadi makin cepat dan makin penat dan selalu ‘cramp’ di bahagian perut sebelah kanan.

Masa jog, aku pakai ‘earphones’, ‘earphones’ aku ni ada satu ‘feature’ untuk dengar lagu dan pada masa sama boleh dengar ‘surrounding’,

Biasanya kalau jog aku akan ‘activate’kan ‘feature’ ni sebab takut ada kereta datang dari arah belakang so aku boleh dengar bunyi kereta tu kalau ada.

Jadi bila sampai satu tempat tu yang takde perumahan langsung, gelap saja. Kanan aku tasik, kiri aku hutan tebal. Tiba tiba aku rasa seram sejuk pulak dekat situ.

Bayangkan belah kanan kau hutan tebal meninggi dengan pokok besar yang tua dan banyak daun daun yang berjurai lama sampai ke tanah dan kanan kau pulak ada tasik sunyi yang berkabus, seram sejuk woo.

Aku yang tak layan sangat benda benda mistik ni pun boleh rasa macam tu nak tunjuk betapa angkernya kawasan tu.

Sambil elok aku duk layan pace aku jog, tiba tiba aku dengar bunyi apps Duolingo tu datang betul betul dari arah hutan tu. “TINGTING!” …

Allahurabbi… Aku tengok kawan aku takde buat apa apa reaksi. Jadi aku simpulkan bunyi tu memang aku sorang saja dengar.

Aku punya jantung dah makin laju masa tu dan aku cramp berkali kali, minta kawan aku stop kejap sambil aku baca ayat Qursi dalam hati. Aku tak bagitau kawan aku sebab takut dia panik. Aku telan sorang sorang saja.

Sampai di perkarangan jambatan tu kawan aku mengada nak naik pulak dan rentas lalu dan jogging di sebelah sana tasik pulak. Aku kata jangan, aku bagi alasan polis ada situ.

Padahal aku dah seram ni dan aku fikir kawasan tu dah la takde orang, at least, belah sini tasik ni ada la jugak perumahan. Kalau ada apa apa, boleh saja la nak terpekik terlolong dekat situ mintak tolong kan.

Kawan aku ni mengada duk tanya soalan soalan ‘obvious’ kenapa taknak jog belah sana, takut ke, takut ke.

Eh, main nak perli aku pulak dah. Aku diam saja, aku cuma bagi alasan tak payah lah lalu jambatan tu. Nanti silap silap kena saman kang baru tahu (Putrajaya tak boleh jog lepas jam 8pm)

Padahal dia tak tahu aku ni dah seriau ni dengar bunyi musibat mana entah main Duolingo dalam hutan tebal malam malam.

Masa on-the-way balik tu pulak phone aku pulak yang dah habis bateri, jadi aku dah tak boleh dengar lagu dan tak boleh tengok ‘map’. Jam aku saja yang record ‘fitness activity’ aku.

Masa balik aku lalu dekat satu rumah besar yang gelap. Aku simpulkan situ rumah takde penghuni sebab memang ada banner kuning standard yang agent agent iklan untuk jual rumah tu.

Masa malam tu aku tak nampak dia tulis apa, bila siang aku cari google rumah tu untuk disewa rupanya.

Ceritanya, kawan aku ni dia jog depan aku, sekali dia ‘stop’ belakang rumah tu, dia tenung lama. Bila aku sampai sebelah dia aku tanya kenapa, nampak apa?

Lepas tu muka dia jadi pucat habis. Tiba tiba panik tak tentu pasal, dia kata “jom jom jom cepat cepat balik.”

Dengan aku aku la terus panik, alamak apa benda pulak lah dia nampak ni oooiii. Aku punya seram pun tak habis lagi, tambah dengan dia punya pulak daaah.

Lepas tu angin kuat duk tiup dari arah tasik, dalam hati aku tobat taknak dah jog malam malam area area aku tak kenal ni.

Lari punya lari, pecut punya pecut nampak ada motor polis datang kearah sini. Menggelabah kami reroute ke jalan lain. Dari lalu tepi tasik, lalu ke jalan besar pulak.

Dari seram kepada momok seram kepada polis pulak. Seram woo kena saman musim musim PKP ni.

Pendek cerita, sampai lah ke kereta, aku tanya kawan aku tadi nampak apa di rumah tu. Sekali dia kata “haaa itu la nak cerita ni”, tadi dia nampak ada nenek tua pendek duk berdiri saja tepi balkoni tu,

Masa mula mula dia nampak tu dia tak percaya mata dia, jadi dia stop kejap untuk imbas buat kali kedua. Kali kedua makcik yang tepi balcony tu dah hilang.

Dia kata nenek tu bongkok sampai nampak macam pendek. Kedudukan makcik tua tu betul betul menghala ke arah dia dan duk tenung dia dari arah balcony tu.

Dalam hati aku memang dah agak dah mesti ada ‘benda’ tegur dia ni. Mak aih tengah cerita balik ni pun rasa berdiri bulu roma.

Bila aku teringat balik, aku teorikan ‘benda’ ni dia kacau deria kita yang paling kuat. Aku ni kelebihan aku ialah pada telinga aku. Aku selalu mampu dengar bunyi bunyi yang jauh jauh.

Kalau ada banyak sumber bunyi dalam satu tempat tu, aku boleh asing asingkan satu satu bunyi tu,

Dan kalau aku tengah buat apa apa pun telinga aku ni sangat sensitif boleh dengar dan ingat apa yang berlaku sekeliling aku walaupun orang lain kadang kadang tak perasan pun bunyi tu.

Kawan aku ni pulak dia punya kelebihan ialah pada penglihatannya yang kuat. Malam ke siang ke memang jauh dan tajam mata dia, boleh nampak terang dan jelas.

Jadi sebab itu aku diganggu dengan bunyi manakala kawan aku pula diganggu dengan penglihatan. Jauh di sudut hati aku, aku rasa takpe lah tak nampak pun, yang dengar tu pun dah cukup merinding.

Tambahan pula Putrajaya ni memang asalnya kawasan kelapa sawit dan banyak petempatan orang asli yang telah dipindahkan sebelum Putrajaya dibina.

Persoalannya, adakah kubur kubur lama tradisi orang asli tu pun dipindahkan. Aku tak rasa gomen akan nak pergi seteliti itu.

Entah entah kawasan kawasan hutan yang takde pembangunan tu memang bekas bekas kubur tinggalan tok batin tok batin orang asli waktu silam dulu.

Bila cerita pasal orang asli ni faham faham saja lah ilmu dan amalan silam mereka ni penuh campur tangan makhluk sebelah sana, rumit dan bukan senang difahami semua orang.

Barangkali ada tempat tempat yang pernah diletakkan ‘penjaga’ kononnya untuk menjaga rumah, kebun, tanaman atau harta masih ada hingga ke hari ini.

Jadi aku fikir ‘benda’ ni akan bagi kau rasa betul betul percaya dengan gangguan tu sampai kau tak rasa syak pun, sebab ia datang dari deria kau yang kau yakin.

Bunyi tu aku dengar dua kali, dalam hati aku sah lah memang ‘benda’ ni tak puas hati dengan aku memang nak ganggu aku sebab aku selalu sangat skeptik dan tak percaya.

Kali ini, aku lebih yakin dengan keberadaan ‘benda’ ni serta gangguan gangguan dia. Sebelum ni dengar dengar cerita orang mesti aku dalam dua saja, senang cerita aku akan tak endahkan sambil bisik “dengar boleh, percaya jangan”.

Rupanya dah kena batang hidung sendiri baru tahu macam mana rupanya kena gangguan dari alam angker ni.

Reaksi Warganet

Nowra Wellington –
Hahahah.. ni mesti jog tepi tasik kuarters merah tu kan?

Pernah duduk situ. Memang pun ada something. Bayangkan anak yang umur 5 tahun masa tu tido bilik sorang, tetiba melalak jam 3 pagi kata ada kepala dekat tingkap bilik dia. (Tingkap 10).

Pastu bawa dia tido blk kami pun dia kata kepala tu duk intai lagi dari tingkap bilik kami pulak. Haih…

Dan sampai la kepagi si anak melalak kata kepala tu duk mundar mandir dekat tingkap… uiiiiiii. Sekian ex penduduk p18

Ara Yien –
Ingatkan confessor ni perempuan. Saya pun pernah dengar bunyi orang main game. Dekat dinding bilik jiran sebelah rumah saya padahal jiran tu takde rumah balik kampung . Pelik betul bunyi game macam game zuma saya selalu main.

Masa tu saya dalam bilik. Memang takde main game. Tup tup dengar bunyi game zuma tu. Tu cakap, eh abg emi ni balik kampung, siapa pulak ada dekat rumah tu ..

Cik Nur –
Last year aku ikut member gi kenduri kahwin kat Kelantan, tidur satu homestay ni. Belakang homestay hutan dan ada pokok bakau macamtu tauu, memang vibe kampung habis.

Bila malam memang rasa sunyi giila, pulak tu tingkap bilik ngadap belakang tu. Kitorang stay 2 malam.

Malam first takde pape jadi. Malam last, aku terjaga 3 pagi, pergi toilet, dengar bunyi cik ponti menangis, suara dia jauh sayup sayup je.

Pastu aku panggil kawan aku, tanya dia ada panggil aku tapi dia lak tidur mati. Naik katil, suara tu still sayup lagi. Bila aku dah tutup mata tetiba aircond auto off. Padahal kitorang tak set auto off kepe pun. Benda tu kacau.

Member aku pulak jenis boleh nampak, dia tegur benda tu, “jangan kacau kitorang la, kitorang tak kacau kau, ko blah sekarang.”

Sok pagi nya dia citer dekat aku, dia nampak cik ponti tu tepi almari dekat dengan toilet. Tapi dia dang kan je. Pastu benda tu jugak yang pergi off ac, dah kena sound benda tu gelak je dia kata.

Pengalaman wehhh, sampai sekarang teringat.

Muhammad Nazrin –
Hahaha, sebenarnya beruntung tau individu yang memiliki 6 sense ni. Kau boleh elak dari terserempak benda tu.

Tapi actually bagi aku suara hantu especially ponti menangis ni aku dah biasa dah dengar.

Pepagi bangun pkul 3 dengar ponti menangis tepi tingkap then jalan pulak depan pintu rumah pastu tepi tingkap semula dari pkul 3-4 pagi ulang alik je sebab Sabah masuk subuh awal.

Dan dek first time dengar benda benda ni waktu kecik. Deria 6 sense aku bole kata awakend sikit r, aku bole rasa keberadaan benda tu di mana dan if dia pandang or tak pandang.

Sebab pandangan mata aku if dapat detect benda ni ada mata aku akan tertarik kat satu sudut tu je. So if tu terjadi bole agak dah actually ada something kat situ so aku akan paksa pandangan aku tuk beralih arah dan tenangkan degupan jantung aku dan relax tak gelabah.

Disebabkan aku tak ganggu or cuba try tenung sudut tu lelama sebab tu kut aku dah tak kena kacau sejak membesar ni dan suara ponti aku always tafsirkan sebagai bunyi lori lalu.

Cuma belum pernah lagi experience pintu kena ketuk or cakar cakar hahaha tu je aku harap di jauhkan. Btw jangan layan cerita hantu kalau taknak takut hantu. Tu je petua aku.

Sumber – Luke (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *