Lps D resign, puas aku tuntut hutang. No aku di blok. Aku nekad bawa geng, gegar rumah fmly nya

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Aku harap confession aku disiarkan.

Sedikit pengenalan ringkas tentang aku. Aku Perempuan, berumur awal 30an. Bekerja di syarikat swasta.

Aku nak cerita tentang pengalaman aku memberi hutang atau pinjaman pada ex BF. Aku namakan dia D.

Segala yang aku ceritakan adalah benar dan aku harap yang membaca cerita aku boleh berikan aku cadangan dan pendapat yang bernas.

Ok, let’s start.

Aku berkawan dengan D sejak 2016. Pada ketika aku kenal dengannya, D bekerja di TNB bangsar sebagai IT executive.

D tinggal di selayang. Awal perkenalan D nampak baik dan tidak menunjukkan tanda tanda suka meminjam. Ok fast foward, D mula meminjam dari aku sedikit demi sedikit. RM300, RM500.

Alasannya untuk baiki kereta, walaupun sepanjang aku kenal D, aku tak pernah nampak kereta D. Kata D, dia pakai proton Gen 2, memang selalu bermasalah.

Bila keluar, kami akan naik kereta aku jadi aku tak tanya lebih perihal kereta dia yang selalu rosak.

Oh ya, ketika ni, dalam tahun 2017, D dah pun berhenti kerja di TNB dan mencari kerja lain. Alasannya, jemu dan nak cuba tempat lain.

Maka bermula la pencarian kerja baru. D banyak dapat tawaran kerja di syarikat yang agak ternama, seperti KWSP, Oracle, MARA, tapi malangnya D ni mempunyai sifat suka berhenti kerja sebab stress walaupun baru bekerja tak sampai sebulan.

Untuk mulakan kerja baru, D akan meminjam dengan aku lebih kurang 500 untuk survive sementara tunggu dapat gaji. Tapi, mana mungkin dapat gaji kalau kerja pun tak sampai sebulan.

Sikap D suka berhenti kerja, bukan sebab susah bangun pagi. Tapi sebab tak boleh stress dan tak boleh ‘go’ dengan kerja tersebut.

Btw, D tinggal dengan family. D anak sulung. Ok dipendekkan cerita, perkenalan aku dengan D mencecah 4 tahun. Dan kami putus disebabkan aku malas nak buang masa tunggu lagi lama.

Dan pinjaman D dengan aku ketika ni sudah mencecah RM7700. Kini bermula misi aku untuk menuntut hutang aku dari D.

D berjanji akan bayar hutang aku, namun tiada jaminan dan tempoh diberikan.

Aku berfikir positif untuk tunggu D membayar hutangnya. Namun D telah memblock aku di social media, di Whatsapp bila aku meminta hutang.

Sudah setahun pun masih belum bayar. D kata dia block aku sebab malas bergaduh. Sedangkan aku hanya text untuk minta hutang. Tiada maki dan seumpamanya.

Aku buntu. Aku ada menghubungi ibu D untuk memaklumkan tentang hutang D. Ibu D hanya mengatakan dia akan memaklumkan pada D untuk bayar hutang.

Aku juga ada menyarankan D untuk keluarkan isinar atau ilestari untuk membayar hutang aku, namun cadangan aku hanya diabaikan.

Kini, aku sudah tidak boleh menghubungi ibu D kerana nombor nya sudah ‘out of service’.

Btw, selepas aku menghubungi ibu D perihal hutang anaknya, D unblock whatsapp aku sekejap semata untuk memaki aku kenapa aku mencari ibunya.

Kalau ada kerjasama dari D untuk membayar hutang, dah tentu aku pun tak nak ganggu ibu dia.

Fast foward, aku nekad untuk mencari nombor telefon ayahnya pula untuk memaklumkan tentang hutang D.

Carian di Google gagal (memandangkan ayahnya memiliki jawatan union di TNB, jadi aku assume, ada nombor telefon) sehinggalah aku menemui facebook pakciknya.

Tujuan aku hanyalah untuk meminta no telefon ayah D sahaja. Untuk minta kerjasama dari pihak D untuk bayar hutang.

Malangnya pakcik D juga mem’palau’ aku dengan mengatakan dia tak boleh bagi nombor pada sebarangan orang. Ok aku faham dengan ayatnya dan tak menyalahkannya.

Kemudian, aku nekad untuk bawa kawan dan adik aku untuk sama sama ke rumah D untuk berjumpa terus ayahnya di rumah.

Kami kerumahnya di Selayang dan kawan ku (lelaki) aku bawa untuk melindungi aku sekiranya apa apa terjadi.

Beberapa kali pintu rumah diketuk, barulah ayahnya buka pintu dan kami nyatakan tujuan datang ke rumah. Kami meminta untuk bercakap di luar rumah.

Kami memaklumkan pada ayahnya D berhutang dengan aku sebanyak RM7700 dan memaklumkan D tidak respon whatsapp dan message. Dengan maksud lain, telah ‘block’.

Malangnya perbincangan kami dengan ayahnya juga tidak membuahkan hasil yang positif, malahan ayahnya membandingkan amount hutang D tidak sebesar dengan hutang orang lain padanya yang katanya hampir 100k.

Ayahnya hanya minta kami bersabar, tanpa ada jaminan tempoh, hanya minta bersabar. Rasanya dah lama aku bersabar.

Ayahnya juga mengatakan D tiada KWSP untuk keluarkan isinar (sedangkan setahu aku, D pernah bekerja). Ayahnya juga suruh proceed ke mahkamah jika itu yang aku mahu buat.

Aku agak kecewa dengan tindakan ayahnya yang lebih play viictim mem’backup’ anaknya dan tiada rasa bersalah mahupun minta maaf.

Keesokan hari, aku dapat whatsapp dari D memaki aku mengatakan aku macam samseng datang ke rumahnya. Padahal, kami hanya berbincang dengan baik dengan ayahnya.

Jadi, aku menulis di confession ni untuk meminta pendapat pembaca disini, patut atau tidak aku proceed ke mahkamah?

Dan sekiranya aku mahu viral tentang hutang D, adakah dia boleh menyaman aku atas dasar memalukan dia? Aku hanya mahu duit aku. Bantu aku beri pendapat.

Terima kasih.

Reaksi Warganet

Aein Sein –
Baik sangat hang ni bagi orang pinjam duit banyak banyak. Kalau aku, sekali je aku bagi pinjam. Kalau tak pulang balik memang tak la nak bagi lagi.

Senang cerita macam ni la. Kalau nak ikut undang undang kau bawa kes ni ketengah. Tapi tu la. Nak kena buang duit lagi. Hire peguam bagai.

Kalau nak buat cara snng sikit. Kau viralkan je si penghutang tu. Berserta bukti bukti pinjaman dan segala chat.

Nanti dia malu. Dia mesti cari kau balik nak settle macam mana. Tapi cara kedua ni jahat sikit la.. huhu

Puan Potret –
Saya pernah tolong member sendiri hutang pada saya sebab terdesak. Dia terkandas di Bali sebab tertinggal tix flight untuk balik ke Malaysia.
Janji balik Malaysia nk bayar semula. Tapi janji tinggal janji, tahun berganti tahun. huhu…

Saya minta dengan cara yang baik, tapi ada je alasan. Pastu dia marah marah saya sebab tak reti sabar, agak agak ler dah bertahun.

Dia cakap nanti saya dapat balasan dari Allah dengan perbuatan saya, jumpa dia dekat masyar nnt. I kenot brain… paling best dia ugut nak saman saya dekat mahkamah atas akta SKMM sebab ganggu dia mesej minta duit. Aikk!? Nak menyaman ada pulak duit. Haha

Saya pergi report polis. Polis yang ambik laporan saya pun geram bila baca salinan skrinsh0t mesej2 kawan saya tu. Sampaikan ketua balai masuk campur. Dia call kawan saya tu. Ketua balai cakap saya ni anak buah dia. Huhu

Last last kawan saya tu bayar duit saya sebulan rm50. Dari awal saya tak pernah minta selepuk kalau dia tak mampu nk bayar. Saya masih ada budi bicara lagi. Lama juga menunggu sampai nak habis bayar, asalkan bayar.

Cadangan saya awk kumpulkan bukti, skrinsh0t mesej2 dan resit2 transfer. Print pastu g balai polis wat laporan. Pastu kalau tak jalan awak gi mahkamah beli borang tuntutan kecil kalau tak silap saya. Borang tu bawah rm20, alahai tak ingat.

Nanti pihak mahkamah yang akan cari kawan awk tu, nanti dia kena dakwa. Samada dia kena bayar bulan bulan atau pihak mahkamah akan menyita harta kawan awk. Kalini dia tak boleh lari. Nanti confessor PM saya di mesengger ya.

Farra Nadya –
Pernah juga terbaca, kalau merangkak di padang masyar nanti, urusan kita juga akan jadi tersangkut disebabkan dia. Tapi tak pasti ada dalil atau tidak.

Yang bagusnya satu, mengajar kita berlapang dada dan untuk confessor juga, kalau sekali dua okay, tapi dah berkali kali, actually confessor dah jadi enabler dia sebenarnya dan mungkin parent pun dah putus asa dengan anak dia, thats why tak nak masuk campur dah.

Ummu Atifah Karim –
Memikirkan tentang hutang orang pada kita memang menyakitkan.

1. Terus proceed ke mahkamah. Kena hati kuat dan kering untuk teruskan sampai berjaya lipat si D.

2. Lupakan. Doakan semoga si D tu dibukakan hati untuk bayar suatu hari nanti. Terus berlapang dada tak kisah lah kau nak bayar ke tak D. Set dalam minda, Allah akan gantikan rezeki yang lebih baik asbab aku redha.

Kedua dua cara tetap susah dan penat.

Tapi cara yang pertama tu kalau berjaya kita akan dapat satu kepuasan.

Cara kedua pula kita dapat kelapangan hati. Bila kita tak fikir pasal rezeki yang bukan lagi milik kita tu, InsyaAllah banyak lagi pintu pintu rezeki lain yang terbuka.

Dulu saya macam awak juga. Berdendam betul dengan orang yang tak bayar hutang ni.

Sebenarnya kadang kadang kita fikir tu duit kita. Tapi sebenarnya Allah dah tetapkan. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Dalam kes hutang ni, duit tu bukanlah rezeki penghutang. Tapi bala untuk dia.

Orang yang mengambil hak orang lain ni, hidup tak tenang. Banyak masalah. Bersangkak. Percayalah.

Sumber – Ainina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *