Abg Anip dan Kak Za PJJ. Tgh Kak Za sarat, diam2 Abg Anip nikah lain di Siam. Aku tahu tp aku buntu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua readers. Terima kasih admin kalau confession aku ni disiarkan.

Kenalkan nama aku Azie. Bila bercerita pasal p0ligami, semua isteri mesti tidak suka dengan ni kan. Sebenarnya aku rasa kecewa, marah dan sedih tentang seseorang.

Aku menulis di sini sebab dah lama aku simpan rahsia pasal suami kepada kakak sepupu aku, Kak Za (bukan nama sebenar).

Suami Kak Za iaitu Abang Anip (bukan nama sebenar) dah menduakan dia dah dekat 7 bulan. 7 bulan Abang Anip nikah dengan perempuan tu tanpa diketahui oleh sesiapapun, kecuali keluarga perempuan tu.

Okey.. aku namakan perempuan tu sebagai Nabila bukan nama sebenar.

Kak Za merupakan kakak sepupu aku yang paling rapat. Kak Za dan Abang Anip dah kahwin hampir 13 tahun. Perbezaan umur dorang pun tak jauh. Kak Za pertengahan 30an, manakala Abang Anip awal 40an.

Dan Nabila baru pertengahan 20an. Kak Za dan Abang Anip ada 4 orang anak, 3 perempuan dan yang bongsu lelaki baru berumur 6 bulan.

Ya, Abang Anip nikah dengan Nabila ketika Kak Za tengah sarat mengandung, dan dorang nikah dekat Thailand selepas habis PKP.

Masa tu dah boleh rentas negeri. Cuma aku musykil macam mana dorang boleh lepas sempadan masuk Thailand dan bernikah.

Kak Za dan Abang Anip sebenarnya berPJJ. Dorang PJJ sejak 6 atau 7 tahun dah. Lama kan. Sorang di Lembah Klang dan sorang lagi di selatan tanah air.

Kak Za balik kampung dia selepas Abang Anip dapat kerja yg lebih ‘secure’ di Lembah Klang. Abang Anip akan balik jenguk keluarga dia 2 minggu sekali.

Jadi kalau dari luaran dorang memang sweet couple. Dalam media social pun bersayang sayang. Tu yang aku kesian dengan Kak Za sebab dia telah ditipu hidup hidup oleh suami dia.

Anak anak dia pun memang rapat dengan suami dia. Tapi kenapa Abang Anip sanggup hancurkan hati dorang?

Korang mesti tertanya tanya kan macam mana aku tahu Abang Anip dah kahwin lagi satu senyap senyap.

Di sebelah family Kak Za, kisah nikah Abang Anip dengan Nabila ni hanya aku dan suami aku saja yang tahu. Tu pun suami aku secara kebetulan terserempak dengan dorang dekat kedai makan.

Lepastu baru dia mengaku yang dia dah kahwin dengan Nabila. Balik saja dari kedai tu, suami aku cerita dekat aku.

Aku masa tu tengah berpantang anak pertama. Aku apa lagi, meradang marah suami aku macam suami aku pulak yang kahwin lain. Hihi.. maaf ya encik suami ye. Sis emo.

Serius lah, aku rasa macam nak marah saja dorang berdua tu. Rasa perasaan tu macam nak pukul saja dorang sebab sanggup menduakan kakak aku.

Kakak aku percayakan Abang Anip ni sangat sangat. Katanya Abang Anip seorang yang setia, sebab aku pernah bergurau tanya Kak Za macam mana kalau Abang Anip ni nikah lagi sebab dorang PJJ lama sangat.

Aku pun pernah bagi saranan ke Kak Za supaya ikut Abang Anip balik, duduk sebumbung. Tapi Kak Za cakap Abang Anip dah janji akan pindah balik sana. Lagipun dorang dah beli rumah dekat sana.

Kesian Kak Za aku percaya bulat bulat apa Abang Anip cakap. Sedangkan Abang anip bagitau suami aku yang dia nak bermastautin dekat Lembah Klang ni sampai tua.

Banyak jugak cerita pasal dorang yang Abang Anip cerita dekat suami aku. Tu pun lepas dah kantoi. Suami aku pulak cerita dekat aku.

Tapi suami aku siap pesan dekat aku jangan bagitau Kak Za. Tu yang aku rasa stress bila teringat cite ni. By the way, Abang Anip dan si Nabila dan suami aku ni satu tempat kerja cuma department lain.

Suami aku biasa lepak sekali dengan Abang Anip tu. Aku yang paranoid ni ada jugak pesan dekat suami aku jangan rapat sangat dengan Abang Anip tu, takut nanti berjangkit pulak perangai. Hahha..

Oh ya, rupanya Abang Anip dan Nabila tu dah couple 3 tahun lepas. Dorang berdua kerja satu department yang sama kan. Macam mentor mentee la kut. Lama lama jatuh cinta.

Uweekkk… nak muntah aku bila yang suami orang ni bercinta, dengan si bujang yang gedik. Tapi satu opis tak tau pasal dorang. Pandai giler dorang sorok.

Budak budak opis pun baru saja tahu dorang dah kahwin baru baru ni. Tu pun sebab perut si Nabila ni dah memboyot.

Dan macam biasa la, politik opis bila rahsia dorang dah terbongkar memang kaw kaw la si Nabila tu kena kecam. Lepastu elok pulak masa tu kebetulan drama yang Nad Zainal berlakon tu (takdir yang Tertulis) tengah tayang dekat TV3.

Apalagi, memang kena kecam la. Masa tu dalam hati aku, memang aku cakap ‘padan muka kau Nabila rampas lagi suami kakak aku, kena kecam la ko!’.

Dengar cerita jugak, dorang nikah dekat Thailand tu pun tak tau betul ke tak. Yer lah.. Kan pintu sempadan belum buka, so macam mana dorang boleh lepas nikah sana. Entah entah guna sindiket.

Aku pulak stress fikir. Hahaha.. Bukan apa, nanti nak daftar nikah sini jadi masalah pulak. Anak dalam perut tu pulak dah nak keluar tak lama lagi tu.

Jangan dorang buat bdoh tak daftar nikah sini sampai bila bila sudah la. Yang si laki untung je, yang perempuan kalau jadi apa apa dia tak dapat hak pun selagi tak ada sijil nikah betul. Banyak saja kes macam ni sekarang ni.

Alamak. Sorry gais, panjang pulak luahan hati aku. Nak buat macam mana, sini saja la tempat aku boleh cerita. Sebab aku tak tau nak luahkan dekat mana lagi.

By the way, macam mana ya aku nak buat? Patut ke aku bagitau Kak Za, atau biar saja Kak Za tahu sendiri? Aku kesian sebenarnya, kalau bagitau konpem aku pulak yang kena marah di Abang Anip.

Kalau aku tak bagitau, nanti lagi kesian bila tengok Kak Za dan anak anak dia kena tipu hidup hidup. Suami dia dekat sini happy baru, tapi Kak Za struggle jaga anak anak seorang diri, tambahan dia pun bekerja jugak.

Tolong la gais, si bujang jangan la terima lamaran cinta suami orang ni. kau tu dah melukakan hati ramai orang, bini dan anak anak dia.

Dan sama jugak dengan si suami orang, jangan sebab bini tak ada depan mata kau boleh test power ayat ayat cinta kau dekat pompuan bukan muhrim ko.

Kau dah hancurkan segala kepercayaan isteri kau dekat ko. Lepastu kau tak jujur, kahwin tanpa pengetahuan isteri.

Dan untuk Kak Za, bagi aku dia pun ada khilaf. Asbabnya dia tak ikut suami dia tinggal bersama sama, pastu menyebabkan banyak ruang ruang kosong dekat suami dia. Dan suami dia isi ruang ruang kosong tu dengan pompuan lain.

So, harapnya Kak Za tabah bila dah tau kisah ni nanti.

Reaksi Warganet

Shadha Ahmad –
Tak perlu bagitau. Tak perlu masuk campur urusan rumah tangga orang. Biar dia tau sendiri je. Sampai bila je suami kak za tu mampu sorok? Sepandai pandai tupai melompat mesti jatuh jugak.

Bila kantoi nanti, pandai pandailah lah dorang nak jadi apa, nak selesaikan macam mana. Awak tak perlu jadi asbab keretakan rumah tangga dorang.

Cik Puan Ria –
Aku tahan hati je dari mencarut, kerana bahasa menunjukkan siapa anda gitew. Tambah aku fikir aku ada kakak, adik perempuan. Anak aku pun perempuan.

Aku pun bersuami, jadi aku pilih untuk mendoakan..

Semoga Allah permudahkan urusan kakak sedara TT sebaiknya. Semoga dapat keadilan dan kebahagiaan yang selayaknya. Semoga Allah jaga dan lindungi dia dari manusia penganiaya. Aamiin ya Allah….

Seburuk apa pun isteri anda, jangan jadi pengecut lari dari masalah, menganiaya isteri dengan cari cinta luar semata mengisi kelompangan dalam rumahtangga. Allah tidak pernah tidur…

Aisyah Nur –
Kalau saya ditempat Kak Za, saya akan bertambah marah kalau orang terdekat saya cuba menyembunyikan kebenaran.

Yang komen tak bagi masuk campur tu saya nak tanya, kalau korang ditempat Kak Za, apa korang rasa bila disembunyikan kebenaran dari orang terdekat?

Zurina Zulkefli –
TT guna la nombor phone lain, beritahu suami nya dah nikah. Jadinya dia tak tahu siapa yang beritahu. Kesian dia disimpan rahsia dibelakangnya.

Apa perasaan, kalau kita jadi orang yang last tahu sedangkan orang kiri kanan dah tahu? Rasa macam orang diperbodohkan tau.

Apa apa, kalau dia dah tahu nanti dia dah ada madu, yang berlaku kemudian tu pandai pandai la suami dia uruskan.

Syahirah Omar –
Ini pendapat saya.

1. Tak perlu bagitahu sebab mereka baik baik saja. Tak mustahil bercerrai berai lepas awak bagitahu.

2. Memang ramai tak berapa nak suka isteri kedua, tapi kita jangan masuk campur urusan rumah tangga orang. Dia pasti akan bagitahu isteri dia nanti bila tiba masanya.

3. Dalam hidup ni kita semua diuji dengan bermacam macam ujian. Itu ujian kak za. Ujian awak, ujian kita semua tak tahu lagi macamana. Dia berkahwin bukan dia berziina.

4. Saya rasa Kak ZA tu slowly akan tahu sendiri. Instinct isteri jangan buat main. Biarlah dia selesaikan sendiri dengan suami dia. Bila orang lain masuk campur ni dia lebih down sebenarnya.

Itu jelah pendapat saya paling rasional tanpa melibatkan emosi.

Sumber – Azie (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *