Suami nk pinjam duit. Boleh, dgn syarat. Aku rayu dia sembang. Hanya 2 minggu. Lps 20thn, kini aku nekad

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca di sini.

Aku berusia 40 an, mempunyai 3 orang cahaya mata yang telah menjejak kaki ke universiti. Aku telah berkahwin selama 20 tahun. Iya, 20 tahun, lama bukan.

Berkahwin dengan pilihan hati, walaupun tidak disukai ibu pada awalnya. Aku seorang wanita berkerjaya, bergaji agak lumayan manakala suami bekerja swasta dengan gaji yang biasa biasa sahaja.

Suamiku seorang yang family man, tidak tinggal solat, selalu ke surau berjemaah dan dari segi luarannya he is perfect man dan selalu dicemburui kawan kawan ku, yang mengatakan beruntungnya aku mendapat suami seperti dia.

Iya ke sangat beruntung, tetapi beruntung dimata orang inilah yang menyebabkan aku makan hati, berendam air mata dan bermonolog dalam duka.

Dia seorang yang tidak rajin mencari nafkah. Dengan gaji yang kecik, hampir 90% terletak dibahu aku. Rumah, kereta dua buah dan tanah semuanya atas usaha aku. Semua aku yang bayar.

Perkakas rumah semuanya daripada aku, hasil gaji aku. Dia bolehlah beli paip air yang rosak. Kalau pergi bercuti, 90% aku yang tanggung, daripada duit minyak, hotel dan makan. Semua aku. Bercuti pun atas usaha aku demi anak anak yang bosan duduk di rumah.

Bila aku mintak dia cari duit luar, aku tahu sebab dia mampu, tapi itu jadi punca perbalahan kami. Sehingga berhari hari tidak bercakap.

Daripada tahun pertama berkahwin sampai 20 tahun, inilah yang aku tanggung. Sehingga kerja dia yang bertangguh dengan orang, aku yang kena selesaikan beribu-ribu ringgit, demi maruah.

Hutang dengan orang pun banyak. Hutang dengan aku belas belas ribu. Tunggu dapat gaji nak bayar. Belas tahun dah aku dengar ayat ni. Bila nak bayar, sebab gaji kecik.

Baju raya aku dah belas tahun tak bagi. Pakaian lain lagi lah tak. Aku yang selalu beli baju baju dia, tanpa ada terima kasih. Dia benar benar zon selesa. Selesa sangat.

Dia tak kisah sangat kalau duit takda samada untuk dia atau anak anak. Tak kisah langsung, sebab baginya aku ada.

Kadang kadang aku menangis sendiri. Dia tak pernah Tanya samada aku cukup duit atau tak. Tak pernah sekalipun. Nafkah aku??? RM50 sebulan pun tak dapat.

Dahlah buat kerja semua benda lambat. Balik dari pejabat main game depan tv. Lepas isyak sambung game lagi sambil tengok tv. Kadang sampai jam 11 atau 12 malam.

Bila aku nak duduk dan berbincang, dia bangun. Aku pegang tangan dia, dia mintak lepaskan. Nak bincang dalam bilik tidur, dia kata penat. Jadi, di manakah nilai aku sebagai isteri pada dia. Nak gurau senda memang taklah. Dulu dulu je ada.

Akhir akhir ni, aku semakin tawar hati. Tawar sangat sangat. Aku dah fed up dengan perkahwinan t0ksik ini.

Selepas lama memendam luka yang tidak sembuh sembuh ini, aku nekad mintak untuk dilepaskan. Aku beritahu kepadanya supaya lepaskan aku dalam keadaan baik. Jangan siksa aku dengan perkara yang aku tak mampu menanggungnya lagi.

Aku ingin lepas dari dosa dalam rumahtangga ini. Aku tak mampu lagi hadapnya. Aku ingin bahagia di hujung usia ini. Aku sungguh tidak mampu.

Betapa berdosanya aku, tidak melayannya sebagai suami, lantaran sakit dijiwa yang kian hari kian parah. Sedih dan terluka dengan sikapnya yang tidak mahu berubah.

Dia merayu aku agar fikir anak anak. Aku kata, jangan jadikan alasan anak untuk kita kekal dalam perkahwinan ini. Aku akan berterus terang dengan anak anak sebab mereka dah semakin dewasa dan mereka berhak tahu keadaan ibu dan ayah mereka.

Aku sudah tidak boleh terus berpura pura, menanggung beban kewangan yang tidak sedikit. Dia Tanya aku, apa syarat yang aku nak untuk dia beroleh semula cinta aku. Aku kata, tidak ada apa apa syarat, aku nak dia lepaskan aku secara baik. Itu sahaja.

Aku telah berhubung dengan peguam aku untuk aku failkan percerraian ini. Habis sahaja PKP, peguam aku akan proceed semua ni dan akan buat surat serahan kepadanya. Aku redha.

Perkahwinan ini ada tempoh masa, sama ada berpisah dengan ajal atau berpisah dengan lafaz. Daripada aku menanggung derita yang tidak sudah ini, biarlah aku berlepas diri.

Dulu aku fikir, lelaki yang baik dan tidak tinggal solat adalah baik sebagai suami. Tapi ternyata aku silap. Itu tanggungjawabnya dengan Allah, tapi diabaikan tanggungjawab sebagai suami.

Aku juga bukan buat keputusan terburu buru, lama aku berfikir, bermunajat dikeheningan malam dan mohon petunjuk dari Allah.

Semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk aku serta untuk dia juga. Percerraian ini adalah diharuskan sekiranya ia tidak lagi menjadi syurga untuk kita sebagai isteri. Jangan lihat isu percerraian sebagai semuanya negatif. Ada orang yang bercerrai tapi tetap bahagia.

Jangan paksa diri kalau tidak boleh meneruskan rumahtangga. Kalau suami dan isteri tidak boleh lagi bersama melalui rumahtangga, maka bercerrai itu jalan penyelesaian terbaik.

Jangan kerana sebab anak anak semata, suami atau isteri, paksa diri untuk telan segala derita dan kepahitan asalkan tidak bercerrai.

Andai kata segala usaha telah dilakukan, maka bercerrai. Jangan lihat perceraian itu negatif belaka. Ingat dan sedarilah, walaupun bercerrai tapi tetap ada bahagianya juga.

Percerraian juga ada positifnya, ia sebagai satu jalan keluar. Bagi yang bercerrai anda masih boleh melalui kehidupan dengan bahagia.

Belum tentu dengan mengekalkan perkahwinan anda bahagia dan tidak semestinya orang yang bercerai akan derita. Bahagia dan derita letaknya dihati. Kita boleh pilih nak rasa yang mana.

Allah berikan panas terik, rupanya ada teduh yang menanti, Allah berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah dengan tiap takdir Nya.

Part 2

Terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberi sokongan kepada aku, dengan kata kata semangat dan tidak kurang juga yang menafikan hak aku, supaya aku redha dan sabar.

Aku simpan semua komen komen kalian. Aku baca bila aku perlukan kekuatan.

Ada yang Tanya, ke manakah duit suami ku dihabiskan. Dengan gajinya yang kecil, hanya cukup untuk isi minyak keretanya pergi kerja, tu pun kadang kadang tak cukup, bayar bil api dan air serta astro.

Bil telefon aku yang bayar. Dulu kereta yang dia pakai, dia suruh aku bayar separuh, walaupun aku yang bayar deposit.

Tapi sekarang aku dah tak bayar. Dan dia beli barang dapur. Itupun banyak yang aku topup. Tak berkira. Beli barang basah lebih banyak aku yang bayar

Duit aku memang banyak untuk keluarga. Anak nak bayar yuran U aku yang kena. Anak nak beli buku, aku juga. Anak nak bayar yuran semester, aku bayar. Anak nak belajar kereta, aku bayar.

Memang aku buat kesilapan semasa awal perkahwinan, dengan aku yang banyak bayar dan beli apa apa. Beli baju raya anak anak. Sehingga dia tak beli apa pun.

Tapi, sepatutnya beli baju raya untuk aku. Pun tak de. Bila aku mintak, alasan tak de duit. Itu ajelah yang gegendang telinga aku dengar. Sampai naik tepu.

Aku? Cuba bergembira, sekadar dusta semuanya, di mata keluarga dan masyarakat. Memang orang lihat kami pasangan yang sangat senang, ideal dan solehah. Hakikatnya, aku cuba menutup keaiban dia dalam memberi nafkah.

Puas sudah aku ulang, carilah duit lebih, buat beberapa kerja untuk tampung kos perbelanjaan yang sangat besar.

Tapi, kesudahannya jadi bergaduh. Aku jadi penat. Jadi sedih dan berendam air mata. Ye, dia tak pernah nak berubah. Malahan semakin menurun

Kalau hari cuti, dia boleh bangun dari tidur jam 10 atau 11 pagi. Aku selalu ingatkan dia, dengan usia dah hampir 50 janganlah bangun lewat macam ni. Rezeki jadi payah. Anak anak tengok pun tak elok. Tapi begitu juga.

Semasa PKP 2020, dia wfh, hari hari bangun lewat, sehingga aku rimas. Aku ingat kan dia tentang keberkatan gajinya. Pun sama, tidak berubah. Susahkan

20 tahun aku telan semua benda ni. Hatta semasa aku umrah, aku doakan dia berubah. Tapi tidak ada. Dia sangat selesa dengan apa yang ada hasil daripada pengorbanan aku dan wang ringgit aku.

Dia tak kisah apa pun. Tak ada ucapan terima kasih mahupun penghargaan untuk aku. Nafkah aku? Ke lautan hindi, tenggelam di mana entah.

Aku selalu ingatkan dia tentang keberkatan gajinya jika memberi nafkah kepada aku. Tapi dia tak bagi juga. Selepas bertahun tahun meminta, akhirnya aku penat sendiri. Aku tak lagi merayu dan meminta kepadanya. Biarlah

Dan biarlah ini yang menyebabkan aku jadi tawar hati. Hilang redha, hilang ikhlas, tiada rasa cinta dan sayang lagi. Dia bnuh jiwa aku dalam senyap. Dia biarkan aku sendiri.

Tak pernah dia tanya apa masalah aku sehingga aku diam tidak bercakap. Dia tak pernah tanya aku ada duit atau tidak. Tak pernah. Aku bawa haluan aku sendiri.

Sehingga aku terdetik dalam hati aku 5 tahun yang lepas, kalau dia tanya aku bahagia atau tidak berkahwin dengan dia, aku nak jawab, kalau aku kahwin dengan orang lain mungkin aku lagi bahagia. Tapi dia tak pernah tanya.

Sukarnya aku nak bercakap dengan suami sendiri. Sukar sangat. Bila aku bercakap, dia diam. Tak de respon apa pun. Seperti aku bercakap dengan orang bisu.

Allahu sedihnya. Aku nak berkongsi masalah dengan dia, nak ketawa ketawa dengan cerita apa sahaja dengan dia, tapi aku tak dapat semua tu. Akhirnya aku memendam rasa sendiri.

10 tahun lepas, sewaktu dia meminjam duit aku, aku tetapkan syarat. Boleh nak pinjam, tapi tolonglah bercakap dengan aku.

Tolonglah. Cakaplah apa sahaja. Ceritalah apa sahaja. Jangan biarkan aku sendiri, diam tidak berteman. Sedihkan, bila isteri yang meminta suami bercakap.

Tiada komunikasi. Memang dia bercakap dengan aku, sebab duit sahaja. Berapa lama. Dua minggu sahaja. Lepas tu dia akan diam. Back to normal. Penat kan.

Yang peliknya, aku perhati bila balik ke rumah mertua, dia boleh pulak berbual, bergelak ketawa dengan adik beradiknya, anak anak saudaranya. Kau orang boleh bayang tak apa aku rasa sebagai isteri.

Dan inilah, kesudahannya. Aku telah hire peguam untuk failkan kes percerraian aku selepas 20 tahun bersabar. Dengan dia yang tak pernah berubah selepas aku memberi ruang dan peluang untuknya.

Minggu ini aku akan ke mahkamah untuk affidavit bersumpah. Semua peguam aku yang uruskan.

Anak anak aku dah tahu. Yang bongsu menangis. Memang aku tak kuat bila melihat air mata anak, tapi aku harus kuat untuk diri aku sendiri.

Aku nak bahagia. Aku tidak mahu lagi bergelumang dengan dosa sebagai isteri yang tidak memenuhi kahendaknya. Aku tidak sanggup lagi mengadapnya

Aku harap urusan aku akan selesai secepatnya.

Nanti mahkamah akan memberikan tarikh untuk sebutan kes yang pertama. Mudah mudahan semuanya dipermudahkan. Aku memohon kepada Allah agar aku terus kuat.

Aku dah mintak ampun dan maaf kepada suami kerana terpaksa berundur kerana keadaan ini tidak memungkin lagi aku meneruskan kehidupan bersamanya.

Mungkin tempoh masa perkahwinan kami sampai di sini sahaja. Semuanya telah tetap semenjak azali. Buat semua kawan kawan di sini, doakan aku kuat. InsyaaAllah…

Sumber – JIWA LARA (Bukan nama sebenar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *