“Knp bengap sgt”. Sergahan teacher buat aku ter tunduk malu. 15 thn berlalu, aku trnmpk teacher berblas komen trs aku teringat

Foto sekadar hiasan

Salam dan hi semua.

Aku Gesandra, pastinya bukan nama sebenar. Bukan mahukan kecaman, pendapat, idea, atau sebagainya.

Aku juga tidak memberi penerangan secara jelas tentang individu dan lokasi. Sekadar ingin berkongsi cerita mengenai peristiwa yang masih kemas tersimpan dalam kotak fikiran.

Ianya terjadi pada zaman persekolahan aku dahulu. Mengenai guru bahasa inggeris aku yang popular digelar ‘teacher’ oleh semua anak murid.

Pada zaman persekolahan aku bukanlah tergolong dalam golongan budak pandai atau ‘budak straight A’. Bukan pelajar pilihan atau kegemaran guru guru.

Cuma pelajar biasa yang tergolong dalam pelajar kelas ketiga beraliran sastera dalam sekolah dengan pencapaian akademik ala kadar. But i love english so much!

Mendapat keputusan ‘A’ secara terus menerus dalam setiap ujian dan peperiksaan bermula tingkatan 3 hingga 5. Jarang jarang dapat ‘B’ untuk subjek tersebut.

Aku memang aim ‘A’ untuk bahasa inggeris masa SPM dengan nenyulam cita cita akan mengambil TESL bagi meneruskan pelajaran.

Namun nasib tak menyebelahi bila SPM sebenar aku cuma meraih ‘B’, dan hiduplah aku dengan apa adanya sekarang seiring usia dan waktu.

Bahasa inggeris aku juga tak sefasih dulu akibat kurang penggunaan dalam kehidupan seharian.

Kisahnya semasa aku di tingkatan 5, sewaktu menunggu kemunculan ‘teacher’ masuk ke kelas, aku dengan rakan rakan sekelas yang lain macam biasalah, bising, bersembang, huru hara dalam kelas,

Tiba tiba ‘teacher’ sampai dan terus masuk ke kelas dengan riak muka yang ketat, tanpa senyum dan terus meletakkan buku buku beliau di atas meja guru di sudut kiri hadapan kelas. Keadaan terus senyap sunyi.

Sebaik sahaja ketua kelas melaungkan ungkapan, ‘good morning teacher’, diikuti pelajar pelajar lain kelas kembali sunyi.

Seingat aku pada masa tu selepas meletakkan buku, beliau terus menulis sesuatu yang kukira soalan di ‘white board’ tanpa penerangan dan pelajar lain mula sibuk menyalin ke dalam buku.

Waktu zaman sekolah, siapa yang paling pantas menyalin dikira hebat. Maklumlah budak budak, benda benda remeh seperti ini dijadikan pertandingan sesama mereka demi mencapai keseronokan menjadi juara.

Aku yang pada masa itu tak jelas dengan kehendak soalan yang dipamerkan di ‘white board’ terus bertanya,

‘Teacher, ni soalan karangan ke literature?’ (literature merujuk kepada pecahan pelajaran bahasa inggeris dimana kau belajar pasal novel bahasa inggeris masa tu, di zaman aku lah).

Beliau yang masih menulis di ‘white board’ lantas berpusing mengadap ke belakang mencari tuan punya soalan iaitu aku seraya menjawab, ‘bacalah soalan tu, kenapa bengap sangat!? ‘

Nada suara ditekan sambil bercekak pinggang menghadap aku dan 30 orang pelajar yang lain dengan muka yang tak puas hati.

Seluruh kelas seakan mati, sunyi! Tiada sebarang bunyi, kalau semut bernafas waktu tu pun boleh dengar agaknya.

Aku? Waktu tu? Tak berkutik. Tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Terkejut. Terkesima. Terkaku Terkedu. Seraya dalam hati terdetik, ‘aku buat salah ke?’

Disebabkan malu, aku tertunduk diam dan pura pura sibuk menulis kembali.

Beliau beredar ke meja guru dan duduk tanpa sebarang komunikasi dengan pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung sehinggalah loceng berbunyi menandakan kelas subjek beliau tamat.

Bangun dan berlalu pergi seperti angin lalu yang tidak meninggalkan kesan.

Today, somewhere in the media social, Aku ternampak salah seorang bekas pelajar sekolah yang sama dimana aku juga mengenali pelajar tersebut hingga kini, berbalas komen dengan ‘teacher’ tersebut.

The teacher was telling her how grateful she was for having a good student like her and her friends in the school back then. Kelas yang beliau ajar. Kelas sains, kelas pertama pulak tu. Angels! Puji beliau. That was what she wrote in the comment section.

Aku yang baca komen tu terus melayang kembali ke waktu itu dan terfikir, bodoh ke aku masa tu sebab bukan duduk dalam kelas pertama? Sampai digelar bengap sebab tak faham soalan?

Ke sebab bila aku bukan budak kelas sains, soalan soalan yang dilontarkan automatic jadi soalan bdoh dan tak relavan?

Melambung lambung pujian beliau terhadap bekas pelajar tersebut dan rakan sekelasnya. Macam aku yang kelas belakang ni sampah! Takde masa depan.

Seingat aku, muka beliau tak pernah gembira bila masuk mengajar kelas aku. Sentiasa moody dan garang. Mungkin sebab kelas belakang ni tak layak menerima ajaran ilmu dari seseorang seperti beliau.

Aku masih ingat setiap bait kata beliau, riak muka saat memandang aku, reaksi orang sebelah aku, suasa kelas pada hari kejadian.

Kadang kadang perkataan ‘bengap’ tu terngiang ngiang sampai sekarang. Sepanjang aku bersekolah, perkataan ‘bdoh’ pun aku tak pernah dapat dari seseorang yang bergelar guru.

Aku tak berdendam dan tak berniat pun nak pahat kejadian ni dalam kotak fikiran, ianya datang sendiri. Tanpa diminta, tanpa sedar.

Sekaligus buat aku tertanya tanya sehingga kini, ‘bengapkah aku sebab tak faham soalan?’ Ianya sangat mengganggu dikala teringat peristiwa tersebut.

Menyelak media social beliau, nampaknya beliau sangat aktif di medan tersebut dengan hantaran penerangan mengenai kerjaya dan kehidupan beliau.

She seems happy and so proud for being a teacher. But that its totally not like how she act when she was teaching my class back then.

It was 15 years ago and im still here. Masih mengingati peristiwa itu. Malu masih bersisa ‘teacher’, masih tertanya tanya kenapa ‘teacher’ cakap saya bengap.

Aku harap dengan confession ni, aku boleh menutup segala hala tuju persoalan yang membelenggu sepanjang kehidupanku dan dapat melupakan secara total peristiwa ini.

Your ex-student. Gesandra

Reaksi Warganet

Intan Amira –
I feel u sis. Saya masa sekolah memang kelas belakang, dan selalu fail this 1 subject. Tiba tiba ada sekali exam boleh lulus. Saya terus senyum sebab first time saya lulus subject ni.

That teacher nampak dan dia cakap ‘kalau setakat lulus cukup makan tak payah happy sangat la’. Sampai sekarang saya masih ingat lagi ayat dan mimik muka dia masa tu, walaupun dah 14tahun berlalu..

Ikan Segar Murah JB –
Entah la ya, bila teringat pasal cikgu english nie pun saya ada cerita sedih saya.

Saya pernah dimalukan 26 tahun yang lalu cikgu english saya. Saya sekolah dekat sekolah rendah ayer baloi, pontian..

Nama dia cikgu suraya, sebab saya lupa bawa buku sekolah bahasa english saya darjah 1 masa tu, dia tarik kain sekolah saya sampai terlucut depan semua pelajar lelaki dan perempuan..

Malu sangat, sampai sekarang saya ingat dab tak kan lupa sampai mati. Saya malu dan kemurungan, sampai sekarang saya tak berapa pandai english..

Kepada cikgu suraya.. Terima kasih banyak banyak sebab malukan saya..

Naima Manan –
Saya pun ada experience dengan ticer english waktu darjah 3. Salah saya sebab tak siapkan kerja Sebab time tu balik kampung, cousin meninggal.

Balik pun balik hari je sebab kampung dalam negeri yang sama, tengah malam balik rumah semula. Lepastu esoknya pergi sekolah lupa ada homework, bagitau terus terang cakap maaf ticer, saya balik kampung, cousin meninggal.

English ticer saya cakap ‘hah, mula mula sepupu meninggal. Lepasni siapa meninggal? Nenek awak pulak meninggal?” Huhu sampai sekarang saya ingat kata kata dia.

Fadzilah Musa –
Saya dah rasa duduk di kkedua dua tempat.
Di kalangan budak corot kelas terakhir masa sek ren.

Dan kelas pertama di sek men dan selalu jadi yang terbaik.

Beza memang sangat berbeza layanan utk kedua golongan ini. Syukur Allah bagi merasa kedua dua situasi sebab kita blh lihat perangai manusia dan boleh belajar daripadanya

Salah satunya jangan pandang rendah pada orang, sebab masa akan datang tak mustahil dia jadi lebih baik/hebat dari kita.

Alous Alin –
Ank saya pernah mengalaminya dan mengadu kepada saya. Namun saya tak salah kan cikgu mahupun anak anak

Saya terangkan sibuknya cikgu dengan nk hadap pelajar yang ramai, fahamkan situasi cikgu setiap hari dan pada anqk pulak saya suruh dia pegang kata yang semacam hinaan tu sebagai pembakar semangat untuk buktikan yang dirinya tak sebegitu dan mampu menjadi lebih baik.

Secara tak lansung anak kita pun akan belajar sungguh sungguh. So untuk TT tak perlu berdendam. Sebab kadang kadang kekurangan dalam bidang akademik ni takk semestinya kita tak boleh berjaya….

Sumber – Gesandra (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *