Pntang ada peluang, Mamat ‘makan’ duit. Aku adu. Dlm2 mrk korek. Lain pula jd nya. Aku mula dihantui

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya dihantui rasa bersalah. Mungkin rasa bersalah seumur hidup.

Saya kerja makan gaji sahaja. Sektor apa dan bahagian apa, saya rahsiakan. Selama berbelas tahun bekerja, saya bertugas dalam pengurusan projek dan tender.

Senang cerita hal hal tender atau projek, saya memang banyak pegang rahsia tender atau projek. Risiko kerja dalam bidang ni adalah cukup mudah terdedah dalam corruption dan money game.

Selama bekerja, Alhamdulillah Allah masih jaga diri untuk tidak terjebak dalam curruption ini. Setakat kontraktor cuba cucuk cucuk untuk cuba nasib tu dah masak sangat dengan game mereka.

Saya memang tak bagi muka pada kontraktor yang cuba nasib nak cucuk tu. Nasib mereka lah. Ada rezeki mereka, ada la. Bukan dengan deal belakang.

Dipendekkan cerita, setelah lama bekerja, Ada lah sorang si mamat (bukan nama sebenar). Ramai yang tahu dia agak kuat makan duit kontraktor, tapi semua ambil langkah biar sahaja. Saya juga biarkan sahaja.

Bagi saya rezeki masing masing walaupun terlalu obvious si mamat ni agak berduit dari orang biasa. Banyak kontraktor komplen pasal si mamat ni. Mamat ni memang agak corrupt lah senang cerita.

Saya risau akan ditanya oleh Allah s.w.t di padang mahsyar nanti. Saya nampak kemungkaran dan ada kuasa untuk buat sesuatu, tapi saya tidak buat apa apa. Saya risau saya juga akan diheret sama nanti.

Jadi saya mengambil keputusan untuk melaporkan pada pihak berkuasa (internal affairs) supaya mereka sekadar siasat sahaja.

Tidak sangka rupanya pihak berkuasa korek sehingga lubang cacing. Internal Affairs Buat perangkap, mamat ni kene check mate. Si mamat ni didapati bersalah. Rupa rupanya nilai corruption/ fraud bernilai jutaan ringgit!

Pada asalnya saya hanya minta siasat sahaja tetapi tidak sangka pihak berkuasa siasat sedalam dalamnya.

Dalam kes ini, ramai yang terlibat dan mainkan peranan. Kes ini memberi impak besar sehingga organisasi review semula proses sehingga proses semakin ketat.

Saya dihantui rasa bersalah. Disebabkan laporan saya tersebut, si mamat dibuang kerja. Anak bini bergantung penuh pada si mamat. Nasib si mamat selepas dibuang kerja saya rahsiakan.

Saya dihantui rasa bersalah sebab saya seperti tikam belakang kawan kawan sendiri. Hidup anak bini si mamat porak peranda disebabkan saya.

Mana taknya, dah biasa hidup senang, tiba tiba jadi susah. Mamat dan keluarga hidup struggle selepas dibuang kerja.

Saya dihantui rasa bersalah sebab niat asal hanya sekadar minta disiasat dengan harapan si mamat bertaubat dan tak buat kerja corrupt tu lagi.

Saya dihantui rasa bersalah sebab rentetan siasatan tersebut, ramai juga yang terlibat dan diheret sama.

Ada yang dibuang kerja, ada juga yang diturunkan gred gaji dan ada juga hanya sekadar tatatertib sahaja. Ada staff yang bakal pesara yang terlibat sedikit dalam corruption tersebut hilang duit pencen.

Saya dihantui rasa bersalah kerana disebabkan siasatan ini, bahagian saya dapat malu. Ramai membawang berkenaan benda ni. Macam viral juga la. Cuma internal sahaja.

Saya dihantui rasa bersalah kerana disebabkan kes ini, kerja jadi semakin susah. Saya dah susahkan rakan rakan sepejabat saya disebabkan proses yang semakin ketat ini.

Saya rujuk pada para astatizah berkenaan perkara ini. Tindakan saya dikatakan tindakan yang betul. Tetapi ia tetap tidak dapat hilangkan rasa bersalah sehingga hari ini.

Sehingga hari ini tiada sesiapa tahu bahawa saya adalah punca mereka kantoi besar.

Sebelum saya mati, saya harap saya mati dalam iman, khusnul khotimah dan tiada salah sesama manusia. Saya biasa minta maaf dengan orang jika saya buat salah, malah jika termengumpat pon saya akan minta maaf.

Tapi hal ini, jika saya confess dengan mereka semua yang didakwa tu, saya tak yakin mereka akan maafkan saya.

Saya selalu berdoa kepada Allah semoga saya pergi dalam keadaan yang tenang tanpa rasa bersalah disebabkan kes ini. Semoga confession ini dapat mengubati hati ini.

Terima kasih…

Reaksi Warganet

Safiah Sakinah –
Akhir zaman.. Dah terbalik dah. Siapa yang buat dosa Tak rasa apa apa, yang buat baik pula rasa bersalah.

Ishk2, itulah akhir zaman. Bila perkara mungkar (rasuah) sudah di anggap biasa dalam kehidupan.

Jadi, sebenarnya, you are hero/heroin yang menyelamatkan dunia dari rasuah durjana.
Jadi ikhlas itu ibarat, semut hitam diatas batu hitam di dalam gelap gelita malam.

Jadi, berlapang dada lah jika anda sudah ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab anda.

Izzie Hadzree –
Tak perlu rase bersalah. Pemakan rasuah tu lagi jijik. Dengan rasuah tulah membibitkan seribu satu lagi kesalahan beranak pinak.

Contoh melobi, entertain orang atas untuk naik pangkat, mengambil hak orang lain, melahirkan generasi hati hitam yang rase rasuah perkara biasa.

Sebabkan rasuah lah kontraktor ni buat jalan atau bangunan guna bahan low kualiti sebb lari bajet pada orang orang macam kawan confessor ni. Kesannya nanti pada rakyat lah. Jalan asik belubang, bangunan retak, membahayakan nyawa rakyat tak berdosa.

So betul sangat tindakan tu dan tak perlu minta maaf. Awak bukan fitnah diorang pun.

Cikgu Nurul –
Sebenarnya TT telah menyelamatkan mereka. Tapi TT pandang dari sudut yang tidak tepat.
TT nampak penderitaan mereka yang terkesan.

Tetapi TT mungkin lupa bahawa lebih baik mereka kena di dunia berbanding di akhirat.
Jika terus terusan mereka berbuat dosa tanpa dibalas di dunia, fikirkan betapa teruk mereka akan dibalas di ‘sana’ nanti.

Ini juga satu bentuk ujian buat TT untuk menguatkan lagi keimanan TT. Jalan terbaik adalah doakan mereka termasuk ahli keluarga mereka dan RAHSIAKAN. Tidak ada keperluan perkara itu didedahkan. Nanti akan menambah dosa mereka dan TT sendiri.

Mungkin boleh amalkan sedekah atas nama mereka semua termasuk keluarga untuk mengurangkan beban rasa bersalah (yang tak kena tempat tu) dan untuk melembutkan hati mereka agar menghadapi masalah ini dengan baik dan semakin sedar dr kesilapan lalu.

Ummu Younes –
Akhir zaman ni orang yg betul pulak rasa bersalah buat benda betul. Dik u tak fikir pula air muka u depan Alah esok? Tak fikir Allah ? Lagi peduli dengan pandangan manusia?

Biasakan yang betul dik. Bayangkan u meninggal nanti Allah tanya kenapa bersekongkol? Nak jawab apa?

Tak rasa bersalah ke dengan orang ramai? Dengan Allah? Kerana menyembunyikan kemungkaran? Awak fikir mereka kena buang kerja tak fikir pulak berapa ramai yang dizalimi akibat rasuah ni?

Orang yang patut dapat tapi tak dapt. Apa jadi kepada mereka tu? Kerana rasuah juga penjenayah boleh terlepas. Mereka tu penjenayah tahu tak?

Bukan u yang buat mereka jadi begitu tapi tangan mereka sendiri. Alhamdulillah akhirat esok terlepas dah dari nak menjawab depan Allah.

Ingat kecik ke benda rasuah ni? Gitulah orang kita bab pegang anjing makan babi geli tapi bab rasuah tak de rasa jijik pulak..

Sungguhla kata Saidina Ali RA;
KEZALIMAN AKAN TERUS ADA BUKAN KERANA BANYAKNYA ORANG JAHAT, TAPI KERANA DIAMNYA ORANG BAIK.

Baik ke kita ni kalau kita diamkan kemungkaran dan kezaliman?

Akhir kata. Simpanlah rahsia besar ni sampai bila bila. Jangann cerita kepada sesiapa pon.. ok ?

Sumber – Lencai (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *