“Aku anak bnduan”. Ms ayah di dlm, teruk kami di hina. Mak bertahan sungguh2. Sejak itu aku berjanji

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biarlah aku perkenalkan diri aku A.

Aku ingin berkongsi cerita bagaimana aku dibesarkan oleh seorang bapa yang kebanyakan masa mudanya dibalik geriji besi dan seorang ibu yang hidup dalam d3pressi juga.

Dari kecil aku selalu merasa derita ya amat. Seakan tiada penghujung. Ke kiri dan kanan, pejam dan tutup mata hanyalah air mata.

Ayah aku walaupun tidak sempurna, aku tahu dia cuba menyempurnakan. Bergelut ayah aku dengan sifat judinya, masa silamnya dan pelbagai.

Aku cuba memahami ayah aku dalam keadaan dia meletak kami sekeluarga sangat menderita. Aku masih tidak mampu memahami. Aku menjerit marah kerana ayah aku tidak pernah sempurna.

Aku harapkan ayahku dapat mengajar aku solat, yang hampa. Aku harapkan ayahku berada disisi ku setiap kali aku naik pentas utama mendapat anugerah, yang hampa. Aku harap ayahku dapat membahagiakan ibuku, yang tetap aku hampa.

Sebab ayah aku bukan insan sempurna. Hidup dia terumbang ambing. Jika tidak penuh judi, hutang ah long, kerja boldoh sebdohnya. Maka ayah aku berada didalam penjara.

Ada satu tika memori hitam seakan bermain, aku ingat apabila ayah aku dipenjara selama setahun. Aku ingat lagi mendengar suara ayah aku melalui telephone yang berbau di penjara.

Entah berapa ramai manusia mengunakan telefon itu untuk mendengar rintihan antara satu sama lain dibalik cermin dan geriji besi itu.

Aku masih ingat lagi tika ayah aku turun dari trak polis sambil tangan bergari dan muka yang lebam. Cermin mata dia senget. Aku ingat lagi bebelan dan omelan polis tentang jnayah ayah aku. Apatah lagi hinaaan ahli keluarga dan masyarakat terhadap kami sekeluarga.

Adakala waktu datang, aku rasa mahu sahaja bnuh diri. Mahu sahaja lari ke jalan yang sibuk biar tubuh melayang dan nyawa menghilang.

Tetapi aku tak mampu. Sebab aku kasihkan Mak aku sangat. Aku tahu Mak sangat menderita.. hinaan demi hinaan dia perolehi.. Bukan aku ingin menambah derita dia lagi?

Asalnya Mak aku seorang yang lembut. Aku kira dalam memori kecil aku ibu aku adalah penyayang. Aku tahu membesarkan aku dan adik tika sosok suami tiada bukanla mudah..

Akhirnya Mak juga d3pressi dan mula membiar kami adik beradik. Ada tika lama masanya, Mak jadi perengus.

Pukulan demi pukulan, hentakan demi hentakan. Walaupun hal kecil, Mak pasti marah laju. Masa itu aku tekad hendak larikan diri. Sehingga itu berlaku tetapi Mak cari balik membuatkan aku tewas dan kembali.

Sejujurnya, Mak kan… bukan aku hendak buat dia derita lagi? Tidak cukupkan beban rumah tangga neraka itu?

Keadaan makin meruncing apabila adik beradik masuk campur, menolongnya kurang. Kerana kami ini orangnya hina – hinaan, maka syurga tidak layak diingini kami.

Berapa puluh ayat hinaan, yang aku mungkin jadi placur, adik lelaki aku mungkin jadi kaki judi juga dan sebagainya.

Tetapi Allah swt itu Maha Besar. Sesungguh dia tidak akan membebani hambanya. Tidak akan diuji dengan sesuatu yang hambanya tidak mampu.

Aku berdamai dengan takdir itu. Aku genggam pada umur aku 15 tahun dan aku berjanji akan mengubah nasib keluarga. Sungguh hanya Allah swt yang tahu aku bukan budak pandai. Aku hanyalah budak berusaha.

Dari usaha aku itu aku keluarkan diri belajar ke luar negara sehingga menyambung kursus kejuruteraan. Demi Allah swt aku pun tak tahu bagaimana dapat habis belajar diluar negara, dalam keadaan kewangan yang susah. Alhamdulilah tajaan cukup seadanya..

Emak mungkin insan yang paling gembira. Sebab kami adik beradik tak jadi macam Ayah. Lebih baik dari Ayah.

Adik aku ada perniagaan makan. Bagusla sekurangnya, dia tidak terjerat di balik kehidupan hitam itu. Terima kasih kepada Mak yang bersungguh mempertahankan adik lelaki aku dari ikut jejak Ayah.

Dari awal, Mak aku tutup pintu itu. Adik aku agak bertuah sedikit sebab dia jarang dibawa ke sana sini semasa proses ayah aku dibicarakan.

Sebab Mak aku kata, cukuplah pengalaman ngeri itu. Biar Mak menderita di balai seorang seorang menghadap polis dan juga mahkamah. Tetapi Mak kalau boleh hendak ‘haramkan’ kami ini menapak ke sana

Harini, aku sendiri sudah berkeluarga.. percayalah aku rasa kalau lah aku duduk di tempat Mak masa itu.. phewwwwwww.. i is surrender!

Harini, walaupun aku berkerjaya, ada anak comel, gaji cukup, simpanan bolehla, masih aku rasa aku ini Mak Asian. Yang kalau jerit habis halintar rumah juga. Maksudnya aku sepatutnya lebih bersabar lah kan? Tapi kalau dah nama kata ibu ini. Baru harini aku faham tugas dan jiwa Mak..

Bukan mudah untuk bergelar wanita. Kita terjerut dengan rasa dalam itu, tetapi kita mengumpul kekuatan dari luar.. mungkin mata anak, mungkin kenangan lalu..

Hanya Allah swt tahu bagaimana wanita itu dapat kekuatan. Sehingga ada pepatah mengatakan tangan yang menghayun buai, boleh mengoncang dunia.

Dari tubuh kita, lahirnya satu jasad lain. Apabila wanita itu melahirkan anak, seakan patah semua tulang badannya, sakit yang lelaki tidak mampu menanggung.

Tetapi apabila anak itu keluar, dan tangisan bergema. Lalu ibu memeluk anak dan masih tersenyum. Itulah hebat wanita..

Aku pilih berdamai dengan siapa aku yang dulu, siapa ayah ku, siapa ibuku, dan apa masa silam aku. Mungkin yang mendorong aku tidak mahu menjadi budak nakal apatah lagi jahat.

Dan mungkin kerana Allah swt yang mendengar doa dan rintihan Mak aku setiap malam. Mak selalu berdoa agar kami ada kehidupan lebih baik dari nya.

Aku maafkan ayah aku. Kerana apabila aku kahwin aku juga sedar, ayah aku ada kurangnya tetapi ada lebihnya. Saat semua tenang, ayah aku adalah paling penyayang dan paling jujur. Meja kami akan dipenuhi makanan dan kasih sayang.

Ayah aku bukan jahat, dia cuma orang yang membuat keputusan/ tindakan bdoh kerana tamak haloba dan sifat manusia yang dhoif itu apatah lagi berkawan dengan orang yang salah.

Dan namanya manusia, kita tiada yang sempurna.. kita hanya boleh dan bertekad memperbaiki diri sendiri.. siapapun mak ayah kita … kehidupan yang lalu.. Walaupun sesakit mana.. hanya kita yang mampu mencorak warna dan lukisan kehidupan kita yang akan datang..

Apa yang kita mahu apabila mata terpejam rapi menghadap yang Esa.. sama ada terus menyalahkan takdir semalam, atau terusan mencari redhaNya di ufuk sana..

Aku berharap kita semua menjumpai ketenangan itu.. tidak kira bila masa pun.. Aku berharap kita akan tetap rasa bahagia tanpa pengharapan kepada dunia.

Tika minum teh seorang diri, ataupun ketika makan malam bersama keluarga, ataupun tika berdiri diatas pentas mendapat anugerah.. moga kita tetap dalam redhaNya..

Al-Fatihah untuk aruwah Mak.. Kak sayang Mak..

Reaksi Warganet

Ezd Airanies –
Alhamdulillah. Tahniah kepada puan kerana berjaya keluar daripada kepompong asal.

Saya tertarik dengan ayat – bukan budak pandai, tapi budak usaha. Antara asbab kejayaan puan adalah disebabkan ‘kecekalan’ puan berusaha itulah. Moga Allah swt terus permudahkan hidup puan selepas ini. Aamiin

Norsiah Mokhtar –
Saya baca malam semalam. Pagi tadi drive teringt confession TT. Menyelami kehidupan TT dan terasa gugur air mata.

Sungguh TT kuat, aruwah mak TT kuat. Ini yang perlu kita teladani. Sebenarnya ada takdir yang indah dan takdir yang kurang indah. Hanya kita yang mampu mengubahnya.

Yes, berdamai dengan takdir itu sebaik baiknya. Berpijak dibumi nyata. Itu buat kita lebih tenang menghadapi cabaran akan datang.

Habibah Abas –
Kadang kadang kita belajar dari kegagalan ibu dan ayah untuk membentuk keluarga dan mengubah takdir yang sama.

Syabas di ucapkan buat ibumu dan biarlah sejarah ayahmu berakhir disitu. Ubah nasib dan cerita keluarga mu. Biarlah orang yang menghina, ternganga melihat kejayaan kamu

Rj Noor Etika Saad –
Saya suka dengan perenggan;

“siapapun mak ayah kita … kehidupan yang lalu.. waluapun sesakit mana.. hanya kita yang mampu mencorak warna dan lukisan kehidupan kita yang akan datang..”

Sebab, itulah apa yang saya nak cakap dekat confessor Anis – Mak yang D3presi
Dalam confession tu, saya rasa dia cuma nak menyalahkan ibu dia atas apa yang terjadi dalam hidup dia. Dia rasa hidup dia yang gagal tu semua punca dari ibu dia.

Sedangkan dia ada pilihan untuk ubah hidup sendiri dari asyik put the blame on others.
Banyak ayat saya ubah dan gubah agar sesuai untuk komen di confession dia, last sekali saya cuma padam.

Bila awak buat confession ni, ye, inilah yang saya cuba nak kata.

Last sekali, hidup kita, kita yang tentukan arah tuju nya. Bukan sikit sikit nak salahkan ibu atau ayah yang membesarkan.

Semoga confessor sentiasa diberikan rahmat atas segala usaha untuk ubah hidup.
Confession yang sangat deep dan menyentuh perasaan.

Sumber – Mimosa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *