Lina, ibu tunggal anak 2. Dia ‘sentuh’ kening aku, sambil dia lafaz sesuatu. Sejak itu aku mula giila

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Nama aku Fattah (bukan nama sebenar). Akan aku bahasakan diri aku nie ‘aku’ supaya aku mudah merangka cerita.

Aku nie anak no 2 dalam family aku, aku asal di daerah berpantai di selangor. Ini tempat asal aku. Sebelum nie aku membesar di tengah bandar yang penuh ‘duka dan lara’ jugak penuh dengan ‘pengaruh rakan sebaya’.

Cut the story, let’s straight forward.

PENGENALAN DIRI.

Aku dah berkahwin dan alhamdulillah bahagia atas kurniaan Allah. Syukur aku nie hingga aku kadang lupa diri. Ya lupa diri bahawasanya aku dah lama tak diuji. Selalu aku baca ‘orang yang diuji adalah orang yang terpilih’.

Ya, kalau kau tengah diuji kau kene bersyukur sangat sebab Allah rindu kau. Dia rindu kau puji Dia, Dia rindu kau sujud dan selawat atas kekasih-Nya..

Satu hari tu aku mendaftar untuk menjadi agent jualan sebagai aku punye part-time. Layan cust, COD, postage alhamdulillah aku enjoy sangat. Taklah untung berjuta tetapi cukup sekadar ‘backup’.

Salah seorang customer aku ni dia perempuan nama dia Lina (bukan nama sebenar) yang mana dia lebih berusia (tak jauh pun) dan aku hormat dia sebagai seorang kakak dan hormat dia sebagai seorang perempuan.

4 tahun aku berurusan jual beli dengan dia. Actually aku jual kosmetik dan barang keperluan untuk lelaki dan perempuan.

Sampailah beberapa bulan lepas di mana dia cuba untuk approach aku. Iman aku agak goyah tapi aku masih fikirkan isteri dan zuriat aku..

Sampailah satu tahap, iman aku goyang dan aku termelayan dia tanpa aku sedar diri dan waras.

Actually sejak kenal dengan wife aku, aku 100% dah buang segala jenis nakal aku yang dulu. Aku jaga solat aku, aku jaga tanggungjawap aku, aku jaga batas aku dan aku jaga sebaik baiknye segala apa yang aku pikul.

Tetapi, mungkin Allah tu rindu aku puji Dia.. Dia uji aku sekali lagi..

PERANCANGAN

Masa aku mula mula nak rapat dengan dia tu aku tak sedar aku ni suami kepada seseorang dan juga ayah kepada bukti cinta antara aku dan isteri.

Selama aku mula nak rapat dengan Lina, aku ibarat berterbangan di awangan cinta. Kitaorang plan nak dating, plan nak vc bila malam sebelum tidur dan bermacam macam lagi lah. Asalkan dapat jumpa dan berkasih sayang.

Bab aku dengan isteri aku? Ya, aku tipu dia dan aku buat bermacam alasan kerja lah itu lah ini lah hanya semata nak jumpa si Lina nie.

Satu hari tu wife aku ada rasa ‘hint’ dan dia ada tanya aku. Tapi masatu otak aku peduli apa, macam macam la aku tarbiah dia. Ini semua kerja syaiitan la itu la ini lah. Asalkan dia dah tak overthinking lagi.. And aku bole teruskan berkasih dengan Lina nie.

Bermulanya aku dengan Lina rapat sejak dia approach aku tu masa tu stock kat dia kehabisan dan yang aku postage kat dia stuck dekat warehouse currie. Lama jugak la hampir seminggu barang stuck dekat warehouse. Dia pun mengadu dan aku pun kesian.

Dengan rasa ‘bertanggungjawab’ aku offer untuk hantar stock backup sementara parcel dia stuck. Dia bagi location rumah dia dan ya aku datang rumah dia.

Lina nie sebenarnya ibu tunggal anak 2. Umur baru masuk 30, muda dan manis orangnya. Dengan gaya pakaian dia yang up to date and yesss aku hilang iman aku.

Lepas aku da sampai rumah dia and da bagi stock yang dia nak tu, dia sajikan aku makanan tengahari hasil air tangan dia.

Aku pun terima dengan hati terbuka dan rasa macam aku pulak suami dia. Dia bekalkan dan aku bawak pegi kerja. Sebelum aku gerak, aku usap tangan dia dan dia balas balik perkara yang sama.

Beberapa hari kemudian aku plan untuk dating dengan dia. So aku pun tipu wife aku, aku ada urusan COD dan nak jumpa kawan atas urusan kerja.

Bermulalah kisah seperti tajuk di atas tu..

PERJUMPAAN

Aku kebetulan memamg malam tu ada nak collect stock kat kawan aku so aku ajak si Lina nie sekali. Jumpa di tengah bandar dan pegi ke rumah kawan aku dengan dia.

Pertama kali jumpa aku tunggu dia sejam dekat belakang petrol pump sampai dia muncul batang hidung dia.

Dia minta maaf sebab lambat, dia salam and kiss tangan aku. Dah macam suami isteri lah senang cerita.

So dalam perjalanan tu aku banyak borak dengan dia, cerita pasal diri sendiri, latar belakang eh semua benda la kitaorang cerita. Dari satu bab ke satu bab yang lain.

Aku minta maaf kalau cerita ni agak memualkan pembaca tetapi kalau aku tak cerita tajuk tu hanya sekedar tajuk semata..

Ok jum sambung.

So aku pun layan cerita dia, dia pun layan cerita aku. Sambil melayan dosa.

Pertama kali dating aku dah dihidangkan semua tu, membuatkan aku hilang kesedaran diri. Aku lupa wife dekat rumah, aku lupa zuriat, mak ayah aku mak ayah dia semua aku lupa.

Sampai la waktu nak balik tu dekat pukul 2 pagi dari pukul 9 malam la aku berseronok dengan dia.

Sebelum dia pegi dekat kereta dia, dia salam aku ‘sentuh’ bibir aku dan last sekali dia ‘sentuh’ mata/ kening aku sambil dia lafas,

“Biar awak nampak saya seorang jer.”

Aku dengar dia cakap tapi aku buat tak endah dan terus gerak balik. Aku follow dia dari belakang sampai satu simpang aku ke kiri dia ke kanan..

Fuhh.. Macam ada udang disebalik batu, kan? Yes!!!!! Memang ada!

GILA BAYANG, RINDU

Start dari situ aku kerap jumpa dia. Balik kerja, nak pegi kerja, sempat aku singgah rumah dia hanya semata nak jumpa walau sekejap.

And aku pun mula rancang untuk dating lagi dengan dia waktu malam sama macam mana aku jumpa dia second time tu. Sebelum sampai hari, aku selalu jugak video call dengan dia, otp dengan dia. Perasaan isteri? Aku tolak tepi.. Demi nak melayan si Lina ni.

Masa kali ketiga aku dating dengan dia, dia masih buat benda sama macam aku masa kali kedua aku dating dengan dia.

Tiba tiba dia ajak aku lepak hotel, yess bahasa kasar nye dia ajak aku check in supaya tak ada orang nampak/ tau/ or kantoi la senang cerita.

Aku masa tu 50/50, mana tidak ya dibuatnya dia prank aku entah entah wife ada hired someone to see how loyal i am. Tak pasal pasal viral. Famous abam dibuatnya kang.

Tapi aku ikutkan jugak, kitaorang cari hari yang sesuai dan misi pun berjalan dengan lancar..

Btw, Sepanjang aku rapat dengan Lina aku tetap jaga solat aku. Cuma aku sombong, habis solat terus bangun dan sambung buat kerja aku..

NAFSU SIPENIPU

So aku pun book hotel kat tengah tengah bandar dan aku datang dulu sorang sorang. Aku lepak dalam sejam macam tu then dia sampai.

Ohh ya lupa pulak, Lina ni dah ada bf. Umur agak jauh jugak dengan dia. Bf dia pulak jenis suke check hp Lina.

Sehari sebelum aku check in hotel dengan Lina, Lina ada keluar dengan bf dia dan bermalam bersama kat hotel. Bf dia kerja jauh, so bila ada masa free bf dia akan balik jumpa dia.

Pada aku, ah peduli apa. Aku scandal saja so buat apa aku nak take serious kalau dia tengah bersama dengan bf dia.

Ok sambung..

So bila dia dah sampai hotel and da masok bilik yang aku booking tu dia ada bawakkan lagi makanan untuk aku and then.. Ok part ni part melebih lebih so aku tanak cerita. Sendiri mau fikir la apa aku da buat dengan dia.

Yes kami terlanjur.. Berkali dalam satu malam tu.

Bila da nak balik, macam biase dia ‘sentuh’ lagi mata aku sambil dia lafas ayat kat tajuk tu.

Aku? Orang tengah dilamun cinta, layankan jela..

Ada terfikir pasal wife? Tak, 100% aku lupa. Jujur aku tak peduli pasal wife. Janji aku ‘dapat’ si Lina nie.

Cuma sejak dari peristiwa ni, aku jadi lain. Aku bukan diri aku yang sebenar. Aku bukanlah Fattah lagi, aku dah jadi orang lain dah. Aku bukan lah aku lagi..

RESAH GILESAH

Sejak dari haritu, bf dia kerap balik. Setiap kali bf dia balik, aku stress, cemburu giila babii , kalau boleh aku tanak dia ada apa apa lagi dengan bf dia. Dengan apa yang dia cerita pasal bf dia tu aku jadi tak puas hati.

Masa mula mula aku dengan Lina rapat, dia ada cakap. “Kenapelah tak jumpa awak masa mula mula dulu. Awak manje, cakap pun lembut saja, sweet. Kadang saya jadi menyesal jumpa and kenal dengan bf saya. Padahal kite same daerah tapi kenape tak jumpa.”

Ayat dia tu yang buat aku lagi jadi bernfsu kat dia. Yess, sampai aku tengok bini aku pun tak ada mood tak ada selera.

100% aku ‘tak nampak’ bini aku dan mata aku, jiwa aku, hati aku semuanya pasal Lina. Sampai tidur pun aku mimpi Lina. Lina, Lina dan Lina saja. Jauh dilubuk hati kadang aku bersalah dengan bini aku.

Tiap kali selisih dan mata bini aku ke arah lain aku akan ucap “b minta maaf” dan bende tu berlarutan. Sampai bila bini aku bercerita pun aku buat endah tak endah. Layan tak layan. Sebab? sebab otak aku hanya fikir kan Lina.

Sejak dari tu lah aku mula fikir sejenak. Kenape aku jadi macam nie? Bohonglah aku tak pernah frust bercinta tapi tak pernah sekali sampai tahap macam nie.

Bf Lina da tau dah pasal aku dengan Lina and bf dia pernah warning aku supaya jauhkan Lina. Tapi aku tetap dengan nfsu aku untuk terus macam nie dengan Lina.

Asalkan aku dapat selalu rapat, contact, dengar suara and jumpa Lina. Macam tu jugak la dengan si Lina, dia cover sebaik baiknye supaya tak kantoi lagi..

Satu hari tu, bila aku terkenang jasa dan pengorbanan bini aku. Aku cuba untuk stop apa yang aku da buat dengan Lina. Aku reka cerita bahawasanya aku da kantoi dengan bini aku. Lina pun agak ketakutan jugak.

Then malam tu aku otp dengan dia yang aku nak stop sementara supaya keadaan kembali reda. Dia pun bagitau yang dia gaduh lagi dengan bf dia smpai bf dia block dia.

Esoknya tu, aku still nak call/ws dia. Ibarat malamnya tu hanya sekadar meluangkan masa. Aku setiap masa/hari aku akan call dia, ws dia walaupun dia tak balas aku tetap nak ws/call jugak. Ok aku lupa nak bagitau.

Lina ada 2 hp, satu personal satu untuk dia emm entah la lantak la dia. Hp pertama untuk family/ bf/ kawan dia tapi hp lagi satu tu memang khas untuk dia bebas tak kirelah apapun tujuan.

Aku tau sebab masa aku dengan dia kat hotel aku ada ternampak ws dia dengan laki lain selain aku. Tapi, kesah apa. Aku nie scandal saja asalkan aku dapat.

Start dari yang aku bagitau dia yang aku da kantoi dengan wife tu aku dengan Lina agak makin berkurangan. Dia macam dah endah tak endah lagi pasal. Hidup aku jadi taktentu hala, mandi tak basah, makan aku tak ada selera, kepala otak ni 24jam fikir kan Lina.

Untuk pengetahuan korang, seminggu selepas dia gaduh dengan bf dia tu bf dia dari jauh datang cari dia balik and nak berdamai. Dalam masa yang sama, Lina da block aku kat no personal dia. No personal tu kadang aku takut takut nak contact sebab bf dia selalu check.

On email and ps, so da bole tau dengan sapa dia ws, bole tengok fb semua lah walaupun privacy sekalipun.

Then diaorang berbaik balik and apa lagi, bf dia ajak dia check in lagi la. Berhari dia hilang, aku da jadi bdoh dah. Macam yang aku cakap, mandi tak rasa basah, makan tak ada selera, kerja serabut semua lah.

Stress 24 jam sebab fikirkan Lina nie. Sampai satu masa tu dia da balik and da contact aku balik kat hp yang dia bebas nak buat apa saje tu. Kitorang contact balik dan aku meluahkan segalanya kat dia. Rindu sayang apa semua, semua aku luah. And kitaorang pun jumpa lagi.

Ok aku da terskip satu babak penting. Jom sambung lagi..

JADI GILA.

Sepanjang dia menghilang tu, aku betol betol giila. Cakap sorang, tak makan, kalau makan pun sikit semata nak buat hilang lapar then seharian la aku sekadar minum. Buat kerja pun takboleh fokus. Otak dah asyik fikir Lina saja.

Tak silap aku 6hari dia hilang dari radar. tak ada khabar berita tak ada apa semualah. Setiap satu hari dia hilang, aku dari rumah sanggup pegi cari dia kat rumah dia dan tempat kerja dia. Dan setiap kali aku pegi, kereta dia tak ada.

Walaupun kat office dia, sikit bayang pun tak ada. Tapi keesokkan harinya aku tetap nak datang cari dia.

Semata nak tengok dia, rindu giila sampai aku betol betol giila. Kalau aku datang pun semata lalu depan just nak tengok dia ada kat rumah atau tidak. Itu dah memadai sangat bagi aku lepaskan rindu. Sampai macam tu sekali wehhh.

Jarak rumah aku dengan dia hampir sejam tapi sebabkan tengah giila aku datang jugak.

Aku tau dia masatu dengan bf dia tapi peduli apa aku. Aku tetap ke sana tengok dia. Hanya inginkan ubat rindu yang cukup cukup berapi dalam diri aku.

Lepas dah dpt jumpa dia balik, macam biase lah berjalan jalan dalam satu daerah pusing pusing tempat yang sama semata nak luangkan masa dan lepaskan rindu.

Ok, sepanjang dia hilang tu lah banyak bende pelik jadi kat aku. Masatu seminggu aku makan tak ada selera, berat aku hampir 10kg hilang sebab aku stress dan tak makan. Semata minum sahaja.

Nak makan pun macam susah nak menelan, macam ada ‘sesuatu’ yang menghalang untuk aku telan makanan. Sebab itu aku kurang makan. Nak minum pun aku paksa paksa jugak.

Masatu lah aku cukup cukup berasa pelik sepelik pelik nya. Macam aku cakap, aku pernah saja frust bab perempuan tapi kalinie frust dia lain macam. Macam ada yang kawal aku, macam ada yang sebut sebut nama Lina dalam otak aku supaya aku berterusan fikirkan dia.

SELIDIK.

Sebabkan kejadian aneh tu, aku sikit sikit buat selidikan bab minyak pengasih. Bermacam artikel aku baca bermacam pengalaman orang aku baca.

Yang paling terkejutnya, 80% dari pengalaman orang yang pernah kena terjadi kat aku. Yesss!! Sangat sangat sama. Aku takboleh kalau tak dengar suara dia.

Tak boleh kalau tak nampak dia walaupun hnye kereta dan rumah dia pun da cukup buat aku tenang. Tak boleh kalau tak call/ws dia walaupun hp dia off aku tetap ws dia berderet deret aku bagi.

Setiap malam pukul 2-3 pagi aku akan terjaga dan check sama ada dah double tick/bluetick.

Kalau da bluetick maksudnya dia da balik tapi masalahnya sekarang ni dia tak balik balik. Lagilah aku giila, itu yang sampai kat kawasan rumah dia malam ke siang ke aku pegi sana cari cari dan cari dia.

Sampailah kawan kawan dia kat fb aku pm sorang sorang untuk tanya sama ada dia kerja atau tak hari nie?

Tapi yelah aku ni siapa? Entah datang dari mana tibe tibe nak pm kawan dia and tnya pasal dia. Setiap kali aku tanya aku akan pesan jangan bagitau dia melalui ws takut nanti ada orang lain yang baca. Kalau depan depan its okay bole tanya.

Yelah masa mula mula rapat setiap pagi dia nak pergi kerja sambil drive pun kitaorang akan vc. Malam vc. Tengah rehat time kerja pun vc. Bila tak dapat, meroyan bang oi!

So, bila dia da muncul balik kitaorang jumpa and macam biase mulalah agenda iblis masing masing.

Part 2, klik link di bawah

“Part 2”. Tiap kali bersama isteri, bau busuk tiba2 muncul. Takkan aku dicalit. Bila jumpa pakcik tu, aku terdiam

“Part 2”. Tiap kali bersama isteri, bau busuk tiba2 muncul. Takkan aku dicalit. Bila jumpa pakcik tu, aku terdiam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *