Time rehat, nk mkn xde duit. Diam2, aku kutip duit syiling ats padang. Kantoi dengan sepupu, aku cuak

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum wbt kepada semua warga pembaca. Semoga kita berada di bawah lindungannya semua, di musim pandemic yang entah bila akan berakhir. Semoga sihat sihat semua aku doakan ye. Sebenarnya dah lama aku nak menulis tentang perjalanan hidup aku.

Tapi takde idea nak susun cerita macam mana. So harap harap korang boleh la faham apa yang cuba aku ceritakan tentang perjalanan hidup aku.

Bukan niat nak meraih simpati atau nak buat cerita sedih, tapi ini berdasarkan realiti cerita hidup yang aku tempuhi waktu aku kecil kecil dulu.

Aku perkenalkan diri aku sebagai ‘Encik D’, apa yang aku nak ceritakan perjalanan tentang hidup aku adalah sewaktu aku zaman kecil dan kehidupan aku sehingga hari ini. Baiklah aku teruskan dengan latar belakang aku dulu ye.

Aku anak bongsu dari 10 orang adik beradik. Ayah aku kahwin dua, pastu cerrai dengan bini dia yang first, dapat 6 orang anak. Kemudian dia kahwin dengan mak aku, dapat 4 orang anak, 3 orang kakak aku dan bongsu aku sorang laki. Campur semua 10 orang lah adik beradik aku.

Masa aku umur 7 tahun, mak ayah aku dah cerrai. Mak aku bawak aku sorang saja untuk dia jaga, 3 orang kakak aku pulak tinggal dengan aruwah ayah aku. Bermulalah hidup aku ibarat anak tunggal.

Sebenarnya mak dan ayah aku dah cerrai banyak kali, tapi mungkin yang last cerrai masa aku umur 7 tahun tu sebab dah talak ke 3 kot. Sebab tu diorang tak boleh nak rujuk lagi.

Masa lepas cerrai, mak bawak aku dan tinggalkan dengan adik dia, yakni bapak sedara aku di daerah yang berlainan. Mak aku kena kerja sebab nak sara aku. Sebelum ni dia kerja sekali dengan aruwah ayah aku. Ayah aku ni seorang peniaga. So bila dia dah cerrai, mak aku terpaksalah cari kerja demi menyara aku.

Masa aku tinggal dengan bapak sedara aku, anak anak bapak sedara aku ada 8 orang, yakni sepupu aku. 6 perempuan dan 2 lelaki. Masa tu dua orang anak dia belum lahir. Aku tinggal dekat sana masa umur 8 tahun, darjah dua. Aku tinggal dekat sana pun tak lama. Dari darjah 2 sampai darjah 3 saja.

Tapi macam tinggal kat neraka la pulak. hehehhe. Masa aku tinggal dekat sana, dari darjah 2 sampai darjah 3 aku pergi sekolah tak pernah pakai stokin, sebab selalu kena rembat dengan sepupu aku. Pencil box tak boleh bawak balik rumah, nanti tinggal kotak pencil saja, isi habis kena rembat jugak. adehhh

Pernah abang aku melawat aku dekat sana sebab rindu aku. Dia bagi duit RM10 kat aku. Esoknye mak sedara aku suruh beli bawang dan barang barang masak kot, tak ingat dah aku apa. Tapi duitnya pakai yang abang aku bagi. So kempunan lah aku.

Duit raya aku masih ingat lagi dapat RM25, aku simpan dalam almari baju. Tapi time tu sepupu aku nampak yang aku simpan dalam almari baju, esoknya bila aku nak ambik balik, dah takde dah. Harrey betul.

Bila tanya dia mengaku ambik, then bagi dekat mak dia. Aku tak berani tanya dekat mak dia. Sudahnya kempunan lagi la aku.

Dulu setiap hari khamis, ada pasar malam. Aku teringin nak ada kereta mainan Tamiya. Korang google la sendiri macam mana bentuknya.

Sebab mainan tu lejen untuk budak budak zaman 90an. Aku simpan la duit bekal sekolah. Masa tu tak silap aku harga kete tu paling murah RM5.

Punya la susah nak simpan duit RM5, bukan seminggu ambik masa. tapi tak tahu lama mana aku simpan. Bila duit dah cukup, sepupu aku yang sulong nak pinjam RM3 nanti bila malam pasar malam tu dia cakap akan bayar balik time aku nak beli.

Bila sampai waktunya pasar malam, aku mintak la balik hutang aku dengan dia. Last last dia kata tak de duit nak bayar, apa lagi, aku menangis jela kat pasar malam tu kat dia. Masa tu dia pergi pasar malam skali dengan aku.

Bila aku menangis tak henti henti dia marah aku, last last adik dia, adik lelaki no 2 sepak aku kat pasar malam, terus rebah tak bermaya macam orang pengsan gitu. Kakak dia yang sulung panik terus dukung aku bawak balik rumah. Kereta mainan idaman tak dapat, penyepak pulak yang aku dapat.

Tadi aku ada cakap kan yang aku tak boleh bawak balik pencil box kat umah takut hilang semua alat tulis, tah macam mana seingat aku, aku terbawak balik kot satu hari tu. Esoknya nak pergi sekolah memang tak de la alat tulis aku. So dalam kelas nanti macam mana aku nak menulis?

Tiba tiba ada ubat pencil picit yang kecik 2B dalam laci meja aku. So aku pakai benda alah 2 la buat menulis hari tu. Bila member baik aku nampak, so dia bagi pinjam pensil dia, baru aku sedar, masih ada lagi orang kesiankan aku. Sedih siot time ni.

Satu ketika tu, masa hari hujung minggu, seingat aku la, baru lepas bangun tidur ke, atau aku kena kejutkan dari tidur, aku lupa part tu. Mak sedara aku suruh tolak sampah pakai kereta sorong untuk buang sampah belakang rumah ke tong sampah besar majlis daerah. Jarak lebih kurang 200 Meter kot dari rumah.

5 trip kot aku kena buang sampah. Bila dah settle tolak sampah, aku balik rumah, tengok semua sepupu aku tengah khusyuk tengok tv dan makan nasi. Belum kira part malam malam aku kena keluar beli barang rumah. Aku yang banyak jadi mngsanya.

Masa darjah 3, aku kena penyakit kudis buta dekat belakang lipatan lutut, lepas tu melarat ke betis hingga ke lutut. Takde sapa pun peduli nasib aku masa tu. Mak aku sendiri pun tak ambik tau sebab sibuk dengan hidup kerja dia.

Mak sedara aku sampaikan pernah cakap betis aku yang berkudis ni macam tiang jamban. Bila keadaan kudis aku dah makin teruk, aku lupa sapa yang belikan aku ubat sapu. Mungkin mak sedara aku sendiri atau bapak sedara aku yang tolong belikan.

Masa sapu ubat tu, tak de sapa yang sudi nak tolong aku sapukan, sebab jiijik kot, kena berdikari sendiri la sapu. Ada satu detik tu, kakak aku pernah pergi sana dan tido sana, malam tu dia tengok aku tengah sapu ubat kat betis aku, dia pun mintak ubat dari tangan aku dan tolong sapukan untuk aku.

Aku pada masa tu walaupun aku masih kecik, aku macam kaku, tak percaya, teruja, sedih, yang masih ada lagi orang yang sanggup sapu ubat kat kudis aku.

Masa tu aku rasa macam ada orang sayang dan pedulikan aku. Kenapa perasaan aku tiba tiba lain pada masa tu, hatta aku masih kecil dan tak mengerti semua ni. Mungkin sebab aku dah lama tak rasa kasih sayang kot. Mungkin.

Sekolah aku sebelah saja dengan rumah mak sedara aku. Kadang kadang mak sedara aku tak de duit kecik nak bagi duit sekolah time pagi tu. Dia pesan time rehat nanti panggil dia dekat tepi pagar. Pernah ada ketika, aku panggil dia tak keluar keluar. So tak makan la aku time rehat hari hari tu.

Bila waktu sekolah kena sambung untuk sesi fardu ain, sampai petang la aku tak makan. Kadang kadang member bagi kat aku roti yang mak diorang bekalkan. Dapatlah juga aku rasa makanan hari tu. Nasiblah.

Tapi nasib baik aku pulak, waktu sesi petang nak sambung kelas fardu ain, ada waktu rehat. Ramai budak pergi main dekat padang sekolah. Diorang kadang main lari2 la, kejar2 la, lepas jatuh apa semua, yang aku perasan ada duit syiling jatuh kat padang sekolah.

Aku apa lagi, kutiplah duit syiling yang aku anggap rezeki. hehehe. Jahat betul aku masa tu sebab ambik hak orang. Terdesak beb, pastu budak lagi pada masa tu.

Bila aku dah tahu yang budak budak main kat padang tu selalu duit diorang jatuh, aku tiap tiap hari kutip duit yang jatuh, sampai boleh simpan dalam beg sekolah aku.

Beg sekolah aku ada poket kecik kat tepi. Kat situ la aku simpan duit syiling yang aku kutip. Sampai satu hari, kantoi dengan sepupu aku yang ada duit syiling banyak kat dalam beg sekolah aku.

Lepas tu diorang report kat bapak sedara aku yang aku ni mencuri duit. Bila bapak sedara aku tanya aku dan soal selidik sebab aku dah kena tuduh mencuri time tu, aku apa lagi, jawab sambil menangis la dengan bapak sedara aku takut kena pkul.

Pasal part mak aku pulak, bila dia dah tinggalkan aku kat sana, mak aku jarang melawat aku. Kadang kadang dua hingga tiga minggu sekali baru datang jenguk aku. Pernah paling lama dia tak datang melawat aku, rasanya sebulan lebih kot baru dia muncul.

Mak aku tau saja semua ni, tapi dia tak de pilihan nak tinggalkan aku kat mana time tu. Dia sedih sebenarnya aku diperlakukan begitu. Tapi apakan daya, dia tak boleh buat apa.

Kenapa mak aku tak bawak aku sekali duduk dengan dia? Sebab mak aku warganegara Thailand, so nak uruskan pasal perpindahan sekolah aku tak boleh nak dibuat sebab status dia.

Bila mak aku balik then tinggal beberapa hari sekali dengan aku, aku dapat rasa macam dilindungi. Rasa takut tu kurang dan yang paling penting aku boleh tidur dengan mak aku untuk lepaskan rindu.

Bila mak aku nak tinggalkan aku untuk pergi kerja, masa tu la drama air mata aku terjadi. Walaupun dia dah bagitau aku siap siap hari apa yang dia nak pergi.

Bila dia nak pergi kerja naik van/teksi yang datang ambik kat rumah mak sedara aku, pernah aku menangis nak ikut dia sampai lompat naik van/teksi tu sebab tak sanggup kena tinggal.

Apa yang aku fikir pada masa tu, tak de dah orang yang boleh lindungi aku. Dia tak tau apa yang aku tanggung pada masa tu. 2 saja yang ada dalam kepala otak aku. Tapi dia tak tau.

Masa aku taip ni bila nak imbas balik untuk cerita dalam ni pun aku nak menitis air mata. Mungkin terkesan sangat kot untuk aku sebab childhood time aku jadi gini.

Lepas mak aku dah blah naik van/teksi tu, aku pergi bawah rumah sorang sorang menangis semahunya sampai bengkak mata. Sepupu aku? Apa lagi diorang datang mengejek jela atas kesedihan aku. Diorang dah boleh start naik toncang untuk buli aku balik. Adengan buli akan bersambung balik la jawabnye. Aduh.

Oh ye, satu lagi pasal kereta mainan Tamiya tu kan. Lepas pada kejadian tu, aku sebenarnya masih lagi berusaha untuk simpan duit balik untuk beli kereta mainan idaman. Seingat ingat aku, aku simpan duit bawah baju dalam bakul baju. Sepupu aku tak thu kot yang aku simpan duit bawah tu.

Aku ingat lagi jumlah duit aku simpan ada RM6. So boleh la aku beli kereta mainan idaman aku yang tak terbeli dulu akibat sepupu aku tak bayar hutang.

Aku ingat ingat lupa saja kisah ni macam mana sebenarnya, tapi yang aku ingat la, bila duit aku dah cukup untuk beli kereta mainan Tamiya, hari tu hari khamis yang merupakan hari pasar malam, tengah hari aku seluk la duit aku bawah baju RM6, tapi tinggal RM2 ke RM3, atau tak de langsung. Tah lah dah lupa aku.

Aku pun frust la sebab benda ni berulang lagi la pulak dah. Kempunan lagi aku rupanya pasal kereta mainan tu. So aku ambik balance duit aku yang ada, aku pun fikir tak boleh jadi ni, daripada aku simpan asyik kena rembat baik aku pakai sume terus, at least yang guna duit tu aku sendiri.

So petang tu aku pun berjalan pergi kedai runcit, beli jajan dengan biskut tiger. Aku makan kat pondok sorang sorang sambil aku fikir, kenapala nasib aku macam ni, then macam mana ye aku nak dapatkan kereta mainan Tamiya tu. Aku budak kot time tu. Tapi dah terfikir nasib.

Malas dah aku nak menaip. Aku takut orang baca cerita aku ni menyampah atau boring. Tapi sebenarnya tujuan aku menulis kat sini bukan nak meraih simpati ye.

Cuma aku nak bagitau yang nasib kanak kanak yang jadi mngsa percerraian ibu bapa macam aku ni malang.

Jadi mngsa keadaan akibat orang tua aku nak settlekan masalah diorang dengan cara bercerrai, tapi tak pernah nak fikirkan apa nasib anak anak diorang bila lepas dah bercerrai. Kalau aku rajin lagi, nanti aku sambung untuk part seterusnya ye.

Tapi cerita ni bukan rekaan. Memang cerita perjalanan childhood aku yang suram. Takut orang kata ni cerita rekaan la pulak. Terima kasih sudi membaca cerita aku yang tak seberapa ni.

Yang benar,

Sumber – Encik D (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *