”Doktor, saya dah janda”. Puas aku rayu suami. Dlm labour room, lps bersalin dgn airmata aku bisik pd doctor

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Saya mohon baca confession ni dengan penuh kesabaran sebab cerita ni panjang sangat sebenarnya tapi saya ringkaskan (walau sebenarnya panjang jugak)

Saya berkahwin 2014. Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja dekat public listed company.

Diawal kehamilan, suami selalu usap perut saya dan pesan dekat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”.

Dipendekkan cerite, saya bleeding dan doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran. Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami.

Suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nak hantar lunch everyday (doktor tak bagi drive, masak). Semasa itu kandungan dah masuk 4 bulan.

Dipendekkan cite semasa kandungan dah 6 bulan saya ke KL. Ingatkan nak stay dengan suami sampai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation.

Instinct isteri tak pernah salah. Saya dapat rasa ada something wrong.

One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya dekat KL dengan kandungan 6 bulan. So dalam email tu sume tarikh yang dia pegi outstation sebenarnya dia pegi holiday dengan perempuan tu. Siap dengan panggilan future wife. Excited rindu nak jumpa.

Bayangkan perasaan saya masa tu mengandung 7 bulan dan baca sendiri suami bermesra siap bawa pegi holiday. Sedangkan saya isterinya dah 3tahun, susah senang bersama, tak pernah dia bawa kemana mana.

Sebab sebelum ni gaji saya lagi tinggi dari dia, Saya yang bayarkan kereta dia, belikan motor untuk dia, bayarkan deposit rumah sewa semua. Betul sesetengah orang cakap, bila dah berkahwin, perempuan boleh redha dengan any situation.

Tapi bila melibatkan perempuan lain, hancur hati tu Allah je tahu.

Dah kantoi tu, saya emel perempuan tu cakap benda sebenar. Perempuan tu cakap dia tak tahu pun tu suami orang. Kalau dia tahu, dia sendiri angkat kaki. Dah kantoi tu, suami saya balik jumpa saya minta maaf and bertaklik, ‘Kalau saya keluar dengan H* lagi, jatuh talak awak’.

Masa ni kandungan 8 bulan. Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tapi tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain lain.

Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun. Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya. Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu.

Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp Allah tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami.

Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri. Tapi saya, sahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pun tinggal impian.

Masa tu saya mintak dengan Allah satu je, izinkan saya peluk suami sebelum saya bersalin.

Saya tak contact family dia sebab suami cakap family dia tak suka saya dan banyak burukkan saya (sebenarnya dia dah plan sume ni sebab tak nak bagi kantoi).

Tapi takdir Allah, 3 hari sebelum saya bersalin, kantoi segalanya. Allah buka pintu hati saya contact anak saudara belah dia. Maka terbongkarlah segalanya.

Seminggu lepas dia bertaklik yang akan jatuh talak sekiranya dia jumpa dengan perempuan tu, suami bawa perempuan tu balik kelantan jumpa family dia. Dia cakap nak kawin.

Dia cakap saya hamil anak orang lain, kuat main laki sebab tu dia nak kawin lain tapi at the same time suami duk contact saya macan takde pape yang jadi.

Kalau dia senyap 3-4 jam, alasan dia pergi surau/masjid sebab dah insaf dengan ape jadi yang kantoi haritu, so nak dekatkan diri dengan Allah.

Takdir Allah, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, dan dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik Kelantan, dia cakap dekat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya.

Kitaorg jumpa dekat kedai makan masa tu. Tu last dia suapkan saya, And Thank you Allah sebab saya boleh peluk dia sebagaimana yang saya minta.

Saya tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu. Dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dengan air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan saya boleh tengok suami saya depan saya, saya boleh peluk dia, tq Allah.

Pagi keesokkan nya saya keluar drah tanda dah nak beranak. Ya Allah, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Family bawa saya ke hospital. Saya masuk labour room, suami datang. Saya pujuk untuk rujuk time tu jugak. Dia cakap tak payah fikir, beranak dulu.

Allahu, dalam hati kepala saya masa tu bukanlah anak tapi bertukarnya status dari isteri kepada janda. Benda tu lagi sakit dari sakit bersalin. Suami duk main fon je masa dalam labour room.

Alhamdulillah anak saya dilahirkan dengan mudah, kejap je dalam labouroom. ”Doktor, saya dah janda” tu perkataan first yang keluar dari mulut saya berserta air mata. Esok nya terus discharge.

Tapi lepas 5 hari dekat rumah, ada daging keluar rupanya uri tak habis dan saya kena admit balik. Saya call nak inform saya kena masuk wad, tapi dia tak angkat tapi family dia call dia cakap, dia dengan perempuan tu.

Suami contact saya macam biasa, panggil saya sayang tapi dia tak balik pun tengok saya. Yes saya tahu cara dia memang tak sayangkan saya. Lepas beranak, saya pernah tak layan dia, dia ugut nak bnuh diri.

Lepas tu hari cukur jambul anak. Dia balik, dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nak rujuk nak duduk elok elok dan janji nak jaga saya macam dulu. Dan dia bersumpah demi Allah dah takde perempuan tu.

Saya ingat dia betul betul berubah, tapi bila saya check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dengan perempuan tu. Dan pada hari majlis anak tu, dia cakap dekat perempuan tu yang dia dah lama cerraikan saya and takde pape lagi dengan saya.

Ya Allah, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu.

Saya contact perempuan tu. Dia jawab simple “Padan muka, tak pndai jaga suami.” Saya halau suami masa tu jugak, and lepas tu saya contact semua orang yang rapat dengan suami masa tu.

Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan perempuan tu duduk berasmara, siap gambar tak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus pergi court. Tuhan je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak. Dia berlakon tak habis habis. Konon dah takde hubungn tapi dia tak pedulikan pun saya dan anak.

Nafkah dia bagi Rm100 je tu pun kadang kadang. Dia tak datang court tapi everyday contact saya walaupn saya block, dia akan email saya berlakon like nothing happen. Ape dia nak sebenarnya?

Doakan urusan court saya cepat selesai dan terus kuat. Allah je tahu perasaan besarkan anak sorang sorang, naik turun court dari mengandung sampai sekarang anak dah 5 bulan.

Sebenarnya saya sangat heran ape dia nak sebab cara dia macam taknak tapi dia keep contact saya everyday duk panggil sayang sayang macam takde ape yang jadi sedangkan saya tahu semua yang dia buat belakang saya, until today.

And yes dia tak datang court. Dia tak kawin pun dengan perempuan tu. Tapi dia still berhubung siap buat suprise lagi masa birthday perempuan tu. Anak dekat kampung tak peduli.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat sangat melampau.

Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word. And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang saya macam mana.

Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal perempuan ni, awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awak kenal melalui tinder, (Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak. Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya.

Tolong datang court cerraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H,

Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!

Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Nak mintak pendapat, if korang dekat tempat saya ape korang akan buat? Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni.

Suami duk menyedap dekat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat dan dipermudahkan urusan. Saya dah penat.

Sumber – Amy via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *