Opah siap ckp ank bongsunya dh mti. Kini, pak usu si ‘anak derhaka’ mula terima balasan

Foto sekadar hiasan

Aku Mirae, gadis yang sudah bekerja dan tinggal bersama keluarga. Bukan kisah diri aku yang nak ku ceritakan kat sini. Bukan juga kisah jodoh.

Tapi Kisah seorang anak derhaka barangkali? Atau kisah seorang ibu yang kecewa dengan sikap anak nya.. mungkin lebih tepat kisah hidup berkeluarga yang terjadi dalam masyarakat yang boleh di jadikan tauladan.

Elok aku mulakan dengan sedikit latar belakang agar lebih mudah korang nak paham cerita ni.

Ini kisah keluarga belah mak aku. Ye lah duduk dekat dekat semuanya. Ikutkan 5 beradik semuanya tapi seorang dah meninggal. Yang sulong, aku panggil Mak long dengan Pak long ade 3 orang anak. Semua anak anak nya dah bekerja.

Mak long dan Pak long lulusan SPM saja lepas abis skolah terus kerja.. tak lah mewah tapi cukup semua, anaknya semua berjaya.

Kedua, Pak Ngah meninggal semasa muda. Mama anak ketiga, dan aku ade 3 beradik. Mama ade diploma tapi jadi suri rumah sebab papa tak bagi mama kerja.

Pakcik ke 4, kami panggik Cik Li dan isterinya cik ya, kedua nya lulusan oversea. Punya 3 anak. Dan akhir skali Pak Usu dan Mak Usu. Pak usu tak habis belajar tapi dapat kerja yang okay juga, Mak Usu pulak ade diploma. Jadi gaji mak usu lebih besar dari suaminye.

Kisah nye pasal Opah. Sejak kematian aruwah atuk, kesihatan Opah pun makin menurun. Jadi masa tu opah di tanya nak tinggal dengan siapa? Laju laju pak usu cakap opah nak tinggal dengan Cikli.

Ye lah.. Cikli paling berduit. Rumah besar kereta besar, punya orang gaji.

Tanpa banyak soal Cikli dan cik ya ambil opah tinggal dengan mereka. Uruskan semua keperluan opah.. bawak pegi hospital.. sedia kan rawatan tempat tinggal pendek kata mereka jalankan tanggungjawap sepenuhnya tanpa berkira dan banyak soal.

Hampir 3 tahun opah di jaga oleh Cikli, selama itu lah bunyi bising komplen itu ini dari Mak long dan paling banyak komplen dari Pak usu. Mama pun sama, komplen macam macam lah tak kena. Kecik punya hal pun nak komplen.

Entahlah aku apa yang mama, mak long dengan pak usu tak puas hati. Diorang nak orang jaga opah perfect mungkin. Pak usu orang yang paling banyak komplen cara penjagaan opah di rumah Cik Li. Pendek kata semua tak kena lah.

Sampai satu tahap.. Cik Ya jadi stress terlampau, sudah lah kene hadap kerenah jaga opah dan kene hadap tuduhan ipar duainye.

Dalam grup family pun dah tak nampak message dari cik ya macam dulu dulu. Padahal dulu dia yang rajin berkongsi maklumat dalam grup family tapi Kini tidak lagi.

Sampai satu hari kami dapat berita Cikli di tukarkan ke negeri lain. Oh ya Cikli ni kerja dengan syarikat minyak terkemuka milik negara. Cik ya juga di syarikat oil n gas tapi milik antarabangsa. Mudah saja cik ya nak ikut kemana Cikli bertugas kerana kerja nya hanyalah dari rumah.

Kalau kita baru nak rasa WFH sejak c0vid ni tapi cik ya sudah hampir 10 tahun WFH. Sebab tu semua orang nampak cik ya macam goyang kaki saja sebab kerja dari rumah. Hakikat kerja dari rumah hanya dia saja yang tahu.

Maka sekarang isunya sapa yang nak ambil tanggungjawap jaga opah?

Yang hairan nya pak usu yang paling banyak komplen masa Cikli jaga opah diam membatu langsung tak ada tawaran nak jaga opah. Walhal anaknya rapat dengan opah sebab opah yang jaga mereka masa opah sihat.

Mak long dengan Mama pun berdolak dalik. Aku perati drama diorang ni dari kejauhan. Walau pun aku ni pangkat anak, aku cukup dewasa untuk membuat penilaian.

Cik Ya yang dulunya cukup toleransi nak jaga Opah. Tapi cakap cakap mulut yang mengumpat dia membuatkan dia sedih dan kecewa.

Sudah lah penat kene jaga opah. Nak kene hadap kata kata kejian dari ipar duai. Kalau aku pun stress macam tu. Tentu die lega bila Cikli dapat bertukar cawangan.

Sebenarnya, banyak lah punca kata mengata Cikli dan cik ya tu, macamana aku tau sebab mama cerita diorang berkumpul dekat rumah pak usu bercerita terutama pasal cik ya. Pulak tu cerita mengumpat ni terbongkar hasil perkongsian maklumat bibik2 mereka.

Pernah anak Cikli terkena astma semasa mereka berdua outstation, dan Cikli minta tolong pak usu untuk hantar ke klinik, rupanya menjadi isu sangat besar sebab tak di senangi oleh Mak usu. Mak usu up kan status di Fb memerli Cikli dan cik ya yang menyusahkan mereka.

Dari dulu aku perasan mak usu tak suka cik ya tapi aku agak kerana dengki maybe. Ye lah cik ya cantik kurus dan kerjaya hebat berbanding dia. Paling aku marah mak long dan mama pun like status perlian tu.. i really cannot brain this.

Apa perasaan Cikli dan cik ya baca status tu? Sampai Macam tu dia tak suka cik ya tu padahal klinik tu tak sampai 5 minit dari rumah. Aku tak nak sebelah mana2 pihak tapi apa salahnya tolong menolong, bukan orang lain malah adik bradik.

Walhal Cikli ialah orang yang tak pernah berkira bab tolong menolong selama yang aku tau. Dulu Pak usu masuk kolej pun Cikli yang tanggung.

Mak usu pernah cakap kat aku cik ya suka tayang henbeg tapi aku pada pandangan mata aku.. Tak pernah aku nampak cik ya tu berlagak sombong atau menunjuk nunjuk. Entah lah kalau dah tak suka tu.. macam macam yang tak kena di mata mereka.

Banyak lagi lah perkara yang jelas aku nampak Cikli dan cik ya ni di perli dan di umpat di status fb. Sampai pernah satu tahap family aku buat family day tanpa keluarga Cikli. Yang sebenarnya aku sangat tak sokong idea pak usu ni tapi entah kenapa perkara tu tetap terjadi.

Family day kami buat tanpa keluarga Cikli tu sebenarnya tak mengembirakan aku pun dan aku tak nampak pun kegembiraan pun pada orang lain. Anak anak kecik yang tak memahami asik bertanya mana sepupu mereka anak anak Cikli.

Dalam hati kecil aku berkata sampai hati mereka pinggirkan keluarga Cikli. Entah lah kenapa aku sedih untuk Cikli.

Balik ke cerita Opah.. mama dan Mak long terpaksa amik tugas jaga Opah setelah Cikli bawa keluarganya berpindah ke negeri lain. Maka asik laa jugak mama gaduh dengan Mak Long perihal menjaga opah. Sekarang barulah mama tau betapa stress nya jaga Opah.

Bergilir sekadar 2 minggu dengan Mak long jaga opah pun mama dah sangat stress dengan karenah opah. Pak usu? Kata Mama pak usu takut bini. Bini nya tak mau jaga opah. Tapi aku geram sikap culas pak usu yang lepas tanggungjawap tu yang sepatutnya di galas bersama.

Cikli balik kerumah nya sekali sekala hujung minggu dan ambil jaga opah bila balik ke rumah. Sungguh tinggal di negeri lain Cikli tetap ambil tanggungjawap di waktu terluang.

Opah selalu sebut pak usu dan anak anak pak usu. Ye laah cucu yang di bela opah ketika dia sihat kini langsung tak nampak batang hidung. Di hujung usia opah yang sudah nyanyok, pernah opah sebut anak bongsu nya sudah mati.

Mungkin sebab dah lama tak nampak barangkali. Tanpa di tanya opah akan bercakap cakap dengan setiap orang yang melawatnya tentang anak bongsu nya yang sudah mati. Sedih!

Sehingga hujung nyawa opah sebut perihal tu. Saat Opah kembali kepada pencipta nya. Pak usu menangis teruk. Mungkin baru menyesal.

Kini sejak musim pandemic ni , pak usu pula terpaksa menjaga ibu mertua nya yang kian uzur. Hari hari mama kata pak usu komplen kisah adik beradik isterinya yang tak mau jaga mak mertuanya.

Nampaknya pak usu kini merasai ape yang di rasai oleh mama.. mak long dan Cikli.

Aku nampak status pak usu yang asik berkongsi perihal anak derhaka. Dalam hati aku berkata, status ini di tuju untuk siapa pula? Untuk diri sendiri? Untuk adik beradik isteri? Apa kah karma semua ini?

What goes around come around. Macam tu lah hidup kita jangan pernah buat orang kecewa terluka.. nanti berbalik pada kita.

Dan satu lagi kisah karma yang aku rasa sangat terkesan, pada ketika mertua pak usu perlukan rawatan segera kerana astma, dan pada ketika itu lah Cikli dan cik uya kebetulan di rumah tolong bawa mertua pak usu ke hospital.

Tetiba aku ingat kisah 10 tahun dulu mak usu perli cik ya dengan cik li sebab minta tolong hantar anak mereka. See, nampak tak Allah nak tunjuk. Dalam dunia ni kita tak perlu sombong. Ada masa kita juga perlukan pertolongan orang juga.

Mama kata dia menyesal turut serta mengumpat Cikli dengan cik ya dulu. Menyesal jugak buat family day tanpa mereka. Cikli dengan cik uya juga seakan berjauh hati.

Pernah aku cakap jom Cikli kita buat gathering macam dulu dulu masa atok ade. Tiba tiba cik ya yang kebetulan ada masa tu jawap, bukan tiap tahun korang dah buat ke? Kelu terkedu aku tak tau nak cakap ape.

Aku nampak dalam gamba family day belah cik ya sangat meriah dan nampak akrab kasih sayang mereka. Kenapa aku tak nampak benda yang sama dalam family day aku? Adakah kerana banyak nya umpat mengumpat dan hasad dengki?

Aku pernah curhat dengan cik ya dia kata, dia maafkan segala umpat keji dan tohmahan yang di lemparkan dulu. Tapi dia susah nak lupakan. Semoga masa dapat mendamaikan.. doa kan kami ..

Reaksi Warganet

Ollyn Hazlina –
Sebenarnya apa yang berlaku tu adalah pengajaran untuk kita ni. Syukur kepada Allah kerana diberi mata hati yang tulus untuk menilai sesuatu dengan jelas.

Bukan senang nak merawat hati yg terluka tapi Insya Allah jika diberi peluang. Rapatkanlah kembali jurang yang terpisah.

Norlaila Mohd Din –
Begitu lahdrama kehidupan. Pernah ada kawan saya cerita kakak ipar dah putus asa nak jaga ayah mertua sebab karenah orang tua tu…sehingga dia tak sudi pun ayah tu tumpang sekejap dirumahnya.

Bila orang tua tu mati, boleh pulak sebut rindu bagai. Pelik kawan saya tu. Ada yang sanggup gertak suami nak cerrai demi tak mau jaga mertua atas masalah kerenah. Bila mati org tua tu, eh boleh plak up gambar kubur orang tua tu kununnya rindu sangat. Drama korea sungguh…

Iffah Basar –
T0xic nya family macam ni. Syukur sangat keluarga besar saya takde perangai macam ni. Kalau boleh anak anak opah semua nak bawak opah duduk di rumah masing masing sebab takut ape apa jadi dekat opah time sorg sorg di rumah.

Tapi opah yg taknak. Takut sangat kucing, ayam dia tiade siapa nak jaga. Alhamdulillah ade makcik pakcik buat rumah kiri kanan rumah opah. Jadi opah sentiasa berteman wlaupun dduk rumah sorg sorg.

Tiap hujung minggu pun penuh rumah opah anak anak cucu bertamu. Semoga opah sentiasa sihat dan dipanjangkan umur.

Lola Lolz –
Rasa mcm baca kisah sndri pulak. Hahahah. Cam seolah olah sepupu sendiri yang buat post ni, dengan 5 beradik, dengan paksu nya yang dh meninggal. Cume nasib baik susunan jantina adik beradik tak sama. Dan kitorang pun tak rapat, sampai Kan jumpa setahun sekali pun susah.

Punca utama keretakan keluarga, ego. Masing masing ego. Pastu berlagak dan cemburu. Keluarga belah ayah aku macam bermusuhan. Aku on xde la rapat sangat dengan keluarga belah mak aku, sebab penah gaduh jugak. Tapi ada gak la jumpa jumpa time gathering mse majlis kawen ke, kenduri, Raya.

Aq pun teringin nak ada functional family, buat family day. Tapi apakan daya, orang kata Luka kat kulit bole nampak sembuh, Luka kat hati masing masing sape je yang tau

Sumber – Mirae (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *