Benci blik kg. Atok nenek suka waris laki je. Pklang merenyam. Aku tempik, brubah mukanya. Aku ugut dia

Foto sekadar hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca.

Setelah sekian lama, akhirnya aku beranikan diri untuk tulis confession ni. Lama aku pendam sebab rasa meluat dan geram.

Tapi setelah aku follow Tuan Syed Azmi dan Tuan Akhi Fairuz, aku sedar yang selama ni tiada siapa terangkan pada aku mengenai gangguan s3ksual, pemisahan tempat tidur lelaki perempuan dan lain lain yang berkenaan.

Ok aku mulakan ye dengan cerita mengenai keluarga aku. Cerita ini mengenai keluarga belah ibu. Keluarga sebelah ayah aku tiada apa masalah. Ibu ada lima orang adik beradik. Ibu anak sulung, makngah, maklang, pakteh dan paksu.

Pakteh dan paksu ialah kembar. Datuk aku tidak suka anak perempuan. Jadi kelahiran tiga orang anak perempuan iaitu ibu, makngah, maklang bukanlah dinantikan oleh datukku.

Jarak antara tiga anak perempuan selang 2 tahun. Selepas maklang lahir, datuk kahwin lain sebab kononnya nak dapatkan anak lelaki. Nenek sudah pastinya marah dan yang jadi mngsa kemarahan tentulah ibu, makngah dan maklang.

Disuruh buat kerja rumah tanpa henti, disuruh kerja di ladang sawit. Semuanya kerana marah sebab nenek anggap anak perempuan punca datuk kahwin lain. Perkahwinan datuk yang kedua tiada zuriat dan akhirnya bercerrai.

Dipendekkan cerita ketika usia ibu 17 tahun, nenek hamil kembar. Lepas kelahiran kembar lelaki, datuk letak nama nenek ke atas rumah dan ladangnya. Datuk juga belikan barang kemas beribu ringgit untuk nenek.

Sudah pastinya anak kembar lelaki tu jadi kesayangan nenek sebab bila dapat anak lelaki, datuk asyik puji nenek dan mewahkan nenek. Semua ni nenek tak dapat selagi tak lahirkan anak lelaki.

Ibu, makngah dan maklang berkahwin muda sebab yelah datuk bukan peduli pun. Beza umur aku dan pakcikku 4 tahun. Tapi aku bukanlah cucu sulung kesayangan. Nenek sentiasa lebihkan anak kembar lelakinya.

Aku ada sepupu nama Siti (bukan nama sebenar) muda setahun, anak kepada makngah. Datuk nenek tak pedulikan pun aku dan Siti sebab kami ni ibarat jelmaan ibu dan makngah buat nenek.

Ok masuk cerita maklang aku pulak. Rezeki maklang aku dia kahwin dengan orang kaya dan suaminya pulak memang rajin hulur duit pada datuk nenek.

Berbeza dengan ayahku dan suami makngah, mereka kerja kilang. Jadi datuk nenek pun layan gitu gitu jelah. Maklang dikurniakan anak sulung lelaki jadi datuk nenek sayanglah lebih sikit dekat maklang sebab lahirkan cucu lelaki. Plus suami maklang kan rajin hulur duit.

Apa kaitan kenapa aku tak suka balik kampung? Sebab aku rimas dengan gangguan suami maklang (paklang) dan tiada bilik untuk kami bila balik kampung.

Aku masih ingat masa aku umur dalam 10-12 tahun, suami maklang suka usap usap rambut aku dan Siti masa tiada orang di sekeliling.

Contoh macam masa kami berdua di dapur, kami tengah main main di luar. Aku tak suka tapi aku tak pasti betul ke dia boleh macamtu. Sebab ayat paklang pada kami “ni kan paklang, kita kan keluarga”.

Masuk umur 13 tahun, aku dah datang bulan. Lagilah aku rimas balik kampung sebab tiada bilik untuk perempuan di rumah nenek.

Ada 3 bilik. 1 bilik datuk nenek, 1 bilik pakteh paksu dan 1 bilik penuh dengan barang motor pakteh paksu. Langsung takde ruang nak jalan dalam bilik motor tu.

Boleh bayang tak aku, ibu, ayah, adik lelaki aku, makngah, pakngah, Siti dan dua orang adik Siti duduk berhimpit di ruang tamu. Tu belum campur family maklang lagi.

Nak letak tirai nenek tak bagi, dia cakap ni bukan rumah sewa suka hati nak ubah ubah. Bila ibu minta nak kemas bilik motor tu dia melenting tak bagi.

Macam macam alasan nenek bagi. Jadinya berbungkus la kami yang perempuan ni 24jam sampai tidur pun pakai tudung sarung. 3hari raya pun dah cukup siksa bagi aku.

Lepas subuh terus kena kemas toto apa semua sebab nenek cakap rimas tengok. Maka tersengguk sengguk lah kami bersandar dekat dinding sebab dah lah penat kemas, masak apa semua malam raya.

Yang paling benci bila paklang beraya sekali. Korang tau apa dia buat? Sikit sikit konon bangun pergi tandas. Padahal sambil jalan tu, kaki dia duk kuis kuis kaki aku dan Siti.

Bila aku bangun, dia cover cakap terlanggar. Takkanlah aku tak boleh beza terlanggar dengan sengaja kuis. Bila time nak mandi lagilah.

Kena cover siap siap baju, seluar dalam dekat dalam plastik, bawak semua baju kurung, tudung dalam bilik air sebab takde bilik nak bersiap. Datuk nenek langsung takde common sense bila tengok kami yang perempuan ni terkial kial duk cari sudut nak cari barang peribadi dalam beg.

Paklang pulak, bila aku dan Siti berdua di dapur dia datanglah. Minta bancuhkan kopi special la, minta sendukkan nasi la. Eh serius aku rimas. Dengan bini dia sendiri takde pulak dia cakap camtu.

Paling geli bila dia pernah minta aku dan Siti urutkan bahu dia. Tapi bila orang lain datang dapur, terus dia berubah macam konon konon dia tak bercakap apa pun dengan kami.

Aku pernah adukan hal ni pada ibu, tapi ibu cakap paklang nak gurau je kot. Mustahil bergurau!

Paklang pernah cakap pada aku, tadi kemas spender ke kat depan, paklang nampak macam warna merah. Diikuti dengan senyuman gatal dia. Macam manalah aku suka nak balik kampung, kalau ruang privacy langsung takde.

Ok lah cerita pakteh dan paksu pulak. Dorang berdua ni pernah kantoi mengendap anak dara orang mandi. Yang tangkapnya ayah perempuan tu sendiri sebab kebetulan dia nak ambil daun pisang ke kebun.

Macam yang aku jangka, datuk nenek back up habis habisan anak lelaki dorang tu. Alih alih ayah perempuan tu pulak kena marah sebab kononnya buat cerita sebab dengki pakcik aku tak nak dekat anak dia.

Aku selalu berdoa cepatlah aku habis sekolah sebab aku nak sambung belajar dan cari kerja, jadi aku ada alasan untuk tak balik kampung.

Dan ye, aku memang berjaya untuk tak bermalam di rumah nenek sebab aku akan beri macam macam alasan. Lagipun aku ada atau takde apa bezanya. Biasanya aku dan Siti akan plan apa alasan kami untuk balik hari saja.

Masa berlalu, aku bertemu jodoh dan berkahwin. Aku dapat anak sulung lelaki. Nenek asyik tanya bila nak balik sebab dia seronok la kan dapat cicit lelaki.

Of course lah aku akan mengelak, sebab anak aku susu badan. Macam mana aku nak susukan anak aku kalau takde ruang privacy untuk aku?

Last last kami sewa homestay je, 10min dari rumah nenek. Aku bersyukur sebab suami memahami dan aku dah ceritakan semua pada dia.

Paklang aku? Masih ada lagi merenyam dia walaupun aku dah kahwin. Dia pernah cakap pada aku masa aku sorang di dapur nak ambil air, “anak susu badan ke, banyak ke susu tu, rugi tak pam, orang lain boleh merasa”.

Disebabkan aku dah lama tahan marah, aku cakap kuat kuat pada dia, “nak kena masuk penjara ke sebab buat gangguan s3ksual, suami saya boleh uruskan kalau teringin nak masuk penjara”.

Paklang aku terus berubah muka dan blah cepat cepat dari dapur. Mungkin dia terkejut sebab selama ni aku tak pernah melawan dan diam je. Aku dapat keberanian nak jerkah paklang macam tu lepas baca sharing dari FB yang pemngsa perlu tahu yang kita tak suka keadaan tu.

Sejak kejadian tu, paklang tak pernah berani tegur aku dah. Sejak kes c0vid, aku tak pernah balik kampung dah. Yelah alasan lagi kukuh kan tak boleh jumpa. Even masa boleh merentas negeri pun aku tak balik. Lagipun pakteh paksu ada lagi di rumah nenek.

Tak kerja tak buat apa. Umur dah 36tahun masih lagi minta duit pada datuk nenek aku. Mujurlah dua dua tak kahwin lagi, kang aniaya anak bini pulak. Disebabkan sayang sangat takut anak lelaki keluar rumah, datuk nenek turutkan je permintaan anak kesayangan tu.

Bagi aku, biarlah aku berjauhan macam ni lebih selesa. Terlalu banyak persekitaran t0ksik pada aku. Datuk nenek yang merajakan anak lelaki, anak lelaki yang tak berfungsi pada keluarga, suami makcik yang gatal.

Biarlah aku bahagia cara aku. Dan bila orang sekeliling judge konon aku diva sebab sewa homestay, ketahuilah kalian ada sebab kenapa aku buat macamtu.

Sorrylah kalau cerita aku berterabur ye. Terima kasih sudi membaca.

Reaksi Warganet

Sya Nysysa –
Tu sebab kenapa makcik keluarkan juga duit untuk ubahsuai rumah tiap bilik ada attached bilik air sebab fikirkan aurat anak menantu.

Anak 4 orang tiap anak ada bilik plus bilik air tak kongsi, jadi anak menantu dan cucu tak share. Mak ayah ni kena ada rasa curiga dan cemburu supaya tiada perkara tidak diingini berlaku

Athyira Marshood –
Sebab ikhtilat inilah saya sentiasa pilih untuk duduk di hotel atau homestay bila balik kampung. Walaupun balik rumah mak sendiri atau mak mentua. Bukan sebab mereka gatal atau buat gangguan s3ksual. Tapi saya memang tak selesa kalau tak ada ruang privasi.

Syukur bila balik rumah tok suami, mak cik mak cik dan saudara lain memahami. Mereka akan beri 1 bilik untuk kami sekeluarga. Tak kiralah bilik kecil atau besar, syukur ada ruang privasi.

NuRaz Wan –
Saya sedar zaman sekarang banyak anak lelaki yang duduk duduk sahaja dirumah. Ada yang memang dari awal tak sambung belajar, samada memang otak beku, tak boleh masuk ilmu atau memang tak mahu belajar.

Ada pula yang dah habis belajar, tapi tak mahu kerja. Ada yang pernah kerja, sana sekejap, sini sekejap, tapi tiada yang serasi. Ada yang dari awal memerap dekat rumah, bermalas malas dan main game sahaja..

Bila lapar keluar bilik buka periuk, cari makanan. Baik lelaki, baik perempuan. Keadaan ini agak menjengkelkan. Kalau yabg ada sakit, takpe juga. Tapi yang sihat pun serupa…

Norafidah Zainuddin –
Heee jahat la pak lang tu. Sekali kena hamun padan muke. Tau pun diam.

Saya pernah duk hotel sekali bila balik kampung ketika kenduri kahwin pakcik saya dulu. Keadaan rumah nenek saya cuma ada 2 bilik je. Jadi bayangkan macam mana kami nak tukar pakaian semua tu. Memang tak selesa sebab terpaksa berhimpit.

Bilik mandi pula ada 1 je. Ditambah pulak anak anak nenek ramai. Sepupu pun ramai. Yang mana da kawin yang bujang semua dalam rumah tu. Dan adik beradik nenek sekali dengan anaknya + isterinya pun tidur rumah nenek juga.

Jadi boleh bayangkan tak betapa sesaknya keadaan rumah masa tu. Jadi saya dan suami decide nak duk hotel je. Kami pun ada 2 anak masa tu. Yang tak sedap tu bila kami nak balik ke hotel kami duk tu ada anak pada adik nenek saya mengata macam macam dekat saya sebab kami memilih tidur di hotel.

Saya jawab semula, nak tidur mana dengan keadaan rumah yang sesak dan sempit ni.. tidur di homestay atau dihotel tak menjadikan orang tu diva ke apa. Jadi sedikit sebanyak saya faham keadaan confessor ni.

Sumber – Dahlia (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *