Anak perempuan dah 7 thn. Dia tak tahu dia anak tak sah taraf. Aku bagitahu bidan, dia terdiam

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertama kali saya ingin luah di sini. Saya kenalkan serba serbi tentang diri saya. Saya seorang isteri bersama sepasang cahaya mata.

Yang saya ingin ceritakan tentang anak sulung saya yang teristimewa buat saya. Sejujurnya, saya gelar begitu kerana dia adalah seorang anak tak sah taraf. Memang dosa saya bersama suami.

Saya taip ni dah hampir jam 1 pagi. Terasa sedih yang tak digambarkan bila lihat muka anak teristimewa saya. Apa yang akan dia lalui dan hadapi.

Umur dia sekarang baru 7 tahun dan dia seorang perempuan. Dia masih tidak tahu tentang status dirinya.

Kisah dia begini, semalam saya isi borang sekolah anak teristimewa saya, borang untuk bantuan persekolahan. Dan bersama borang tersebut, perlu disertakan kad pengenalan ibu bapa dan sijil lahir. Dokumen tersebut perlu pengesahan dari ketua kampung.

Ada bidan datang rumah untuk mengurut kakak ipar saya. Dan bila dah habis mengurut, kakak ipar minta tolong saya hantar pulang bidan tu. Saya tidak tahu rumah ketua kampung, jadinya saya minta bidan tersebut untuk bawa saya.

Bila sampai rumah ketua kampung, ketua kampung tu tak ada di rumah dan bidan tu bagitahu saya nanti dia akan ambilkan dan bawa bila datang mengurut kakak ipar (mengurut 3 hari turut turut).

Saya ok la memandangkan rumah ketua kampung dan bidang berdekatan. Lupa nak bagitau. Bidan tu dah lama kenal saya dan keluarga mertua. Masa saya lahirkan anak teristimewa saya, dia juga yang uruskan saya.

Harini, bidan tu datang. Terus dia tanya kenapa nama anak binti lain tak sama dengan nama ayah. Saya tak malu saya tahu saya yang salah dan saya yang dosa bukan anak saya.

Saya rasa sebak. Saya bagitahu itu kisah silam saya. Bidan tu diam dan terus urut kak ipar. Sampai sekarang saya masih ingat. Bidan tu oke je cuma saya sedih bila mengenangkan hari hari ke depan yang akan dia lalui.

Apapun saya beryukur kerana keluarga belah saya dan keluarga belah suami semuanya sayang anak teristimewa ini sama seperti yang lain. Tak ada seorang pun yang hina atau keji.

Sepanjang dia sekolah sejak dia umur 4 tahun, tak pernah juga orang pandang sinis pada dia. Malah orang sayang dia. Mungkin kerana keletah dia yang pandai bercakap.

Saya selalu berdoa agar Allah temukan dia dengan orang orang yang penyayang dan tak memilih kasih. Saya tahu dosa saya dan suami. Silap besar ni juga akan sentiasa menghantui saya hingga hujung nyawa.

Saya tidak kisah jika orang nak pandang hina saya tapi jangan pada anak teristimewa saya. Dia langsung tak bersalah.

Kerana dia juga saya berubah. Kerana dia saya menjadi seorang ibu. Kerana dia saya kenal mana permata dan mana kaca.

Terima kasih sayang hadir dalam hidup ibu dan ayah. Ibu ayah sayang kamu. Tak ada beza kasih sayang kamu dengan adik kamu. Kamu tetap anak ibu ayah hingga ke syurga.️

Ibu yang pendosa.

Reaksi Warganet

Jasmine Awieya –
Saya seorang cikgu. Dekat sekolah, tiap tiap tahun mesti ada anak tak sah taraf ni.

Ada juga ibu yang pesan siap siap ke cikgu, tolong panggil anaknya dengan “bin/binti” nama suami sekarang walaupun pada hakikatnya di surat beranak, nama ayahnya lain. Kami ikut aje.

Sepanjang lebih 30 tahun mgajar, saya dah jumpa ramai anak camni dan kami tak pernah ada perasaan lain pada mereka. Kami layan mereka macam budak lain, rahsia mereka kami tutup.

So puan, saya juga berpendapat, di zaman moden ni manusia dah terpelajar. Dapat menilai siapa sebenar anak tersebut tanpa menjatuhkan hukum pada kanak kanak tersebut.

Moga Allah sentiasa melindungi mereka dan masyarakat menilai mereka atas perlakuan mereka bukan perlakuan ibubapa mereka.

Faeiz Nor –
Kesian anak luar nikah ni.

1. Anak luar nikah tak boleh di bin/bintikan kepada Ayah sendiri walau pun dia memang anak dari sudut bi0logy tapi tidak menjadi anak menurut syar’e.

2. Ayah bi0logy tidak boleh menjadi wali semasa akad nikah kerana tidak sah. Sekiranya si Ayah bi0logy tetap berkeras untuk menjadi wali maka pernikahan si anak luar nikah itu menjadi tidak sah dan akan lahirnya keturunan ziina.

3. Anak luar nikah juga tidak layak untuk menerima harta pusaka dan dia langsung tidak termasuk dalam kategori Waris Fara’id.

Cara untuk memberikan harta kepada anak tak sah taraf ini adalah dengan cara memberikan dalam bentuk Hibah sebelum bapa bi0logy itu meninggal atau wasiat daripada harta selepas daripada kematian Ayah bi0logy.

4. Sekiranya anak tak saf itu lelaki, apabila dia telah dewasa tidak boleh menjadi imam kepada orang awam kerana hukumnya makruh. Dia hanya boleh menjadi imam kepada ini isteri dan anak anak sahaja.

Ringkasnya jangan lah kita semua mendekati ziina. Semoga Allah s.w.t menjauhkan kita semua berserta anak keturunan kita daripada zina. Semoga Allah s.w.t mengampuni dosa compression dan dosa dosa kita semua. Sesungguhnya sebaik baik pendosa itu adalah pendosa yang selalu bertaubat kepada Allah s.w.t.

Intan Juliana –
Alhamdulillah dan Syabas kerana telah membuat keputusan yang betul dengan memilih untuk membesarkan dan menjaga anak ini.

Kerana seperti yang kita tahu, lumrahnya pasangan dan ahli keluarga biasanya mahu menutup perkara yang berlaku. Dengan memberikan anak ini kepada orang lain. Tanpa berfikir panjang untuk memperdulikan nasib dan masa depan anak itu kelak.

Bukan semua orang ada kekuatan seperti puan. Tentang binti anak ini berbeza dengan adik beradiknya yang lain, puan perlu ambil masa dan beritahu juga. Tetapi pada pandangan saya, puan tidak perlu menunggu sehingga anak ini mencecah ke alam remaja. Apatah lagi dewasa.

Kerana fasa ini mungkin menyebabkan anak ini akan lebih memberontak. Sudah pastinya dia juga akan malu untuk berhadapan dengan rakan rakan sebaya yabg telah tahu latar belakangnya. Dan bimbang tiada keyakinan diri.

Kerana dalam fasa remaja, mereka sedang mencari identiti sendiri. Semaikan perasaan kasih sayang yang tidak ada beza dengan adik beradiknya. Agar tidak ada timbul pertikaian.

Sudah pastinya puan bakal berdepan dengann pelbagai ujian hebat dan cabaran dari masyarakat sekeliling am nya di masa masa akan datang. Jadikan kisah Maryam dan anaknya Nabi Isa portege puan. Kerana hakikatnya, manusia mudah menghukum. Dan terus menghukum.

Dapatkan pakar motivasi di youtube atau google untuk lebih maklumat pencerahan. Puan seisi keluarga sedang di uji. Setiap manusia juga, pasti di uji. Sabar dan istiqomah selalu. Maafkan saya jika tersalah dengan kata kata.

Sumber – Seorang pendosa (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. Saya anak tak sah taraf..umur saya tahun ni 27 tahun dan saya baru tahu status saya sbb saya nk kahwin. Berat untuk mak ayah bagitau benda tu tapi tanggung jawab.. berat jugk nk terima..tapi alhamdulillah pasangan saya terima saya.. sebenarnya saya bersyukur dpt tahu setelah dewasa.. setelah matang… klau saya tahu drpd kecik saya pun xtau mcm mana… Saya xtahu sbb ic saya ada Binti ayah..pihak pendaftar surat beranak bagi kebenaran sbb mak saya Masih 17 tahun dan ayah 19 tahun dan mereka cerita sebenarnya mereka dianiaya kwn2 sekerja.. saya pun xfaham kejadian mcm mana sbb mak saya pun sedih dgn benda tu..mak ayah saya kahwin sesama sendiri x bahagia pun sbb ada pasangan masing2..kahwin muda emosi xstabil..byk jugk mereka gaduh smpai pernah sekali ibu marah saya ckp sbb sayalh dia kawin dgn ayah saya ..dulu saya xphm kenapa..tapi apa yg saya bersyukur yg Allah beri saya dikelilingi kwn2 Dan ustazah2 yg baik2 sebelum saya tahu status saya.. xsemua org dpt rezeki mcm saya..saya pun xtau status saya smpai lah umur 27, ibu bapa saya beritahu supaya keturunan saya xberdosa sbb wali xsah..saya Cuba jadi positive Dan sngt2 bersyukur saya xtahu Dari awal..Dan xde org pun yg tahu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *