Dari kecik adik suka berpkaian laki. Baru ni ex-gf nya dedah rahsia. Aku terkjut, tak jangka hingga begitu

Foto sekadar hiasan

Terima kasih kerana sudi membaca cerita ini dan harap sangat dapat cadangkan apa yang patut aku lakukan. Harap adikku juga membacanya kerana dia juga pembaca setia di sini.

Adikku memang suka berpakaian lelaki sejak kecil. Dulu kami tidak ambil kisah sangat kerana masih budak budak. Dia masih memakai baju kurung tetapi bila hari raya sahaja.

Tetapi sejak dia bekerja dan ada wang sendiri dia memang akan beli pakaian lelaki. Ibuku setia menjahitkan baju kurung untuknya setiap kali hari raya tetapi dia enggan lagi memakainya.

Dia akan membeli tshirt dan jeans serta kasut berjenama dan jam tangan mahal setiap kali hari raya untuk ditayang kepada sanak saudara.

Adikku juga ada kawan perempuan yang tinggal serumah dengannya dan selalu di bawa ke mana mana seperti sebahagian ahli keluarga kami.

Kami juga tidak kisah kerana ingatkan kawan rapat dan budak perempuan itu pandai membawa diri malah turut membantu menjaga ibuku ketika ibuku sakit.

Hubungan aku dengan adikku memang bermasalah sejak dulu. Sudah agak lama kami tidak berhubungan.

Kesombongannya semakan menjadi jadi kerana dia hidup mewah dan mampu membeli harta dan menyimpan wang untuk persediaan hari tua.

Walaupun dia agak pemurah, selalu belanja kami dan anak saudara makan makan dan membeli hadiah hari jadi,

Tetapi sikapnya yang ego dan suka menyindir serta memandang rendah orang yang susah menyebabkan aku menarik diri dari hidupnya. Dia juga seperti tidak kisahkan kami.

Baru baru ini aku dikejutkan dengan pengakuan ex teman wanita adikku bahawa, dia sudah bertaubat dan berkahwin dengan lelaki. Dia telah meninggalkan adikku dan turut mengajak adikku berubah.

Tetapi adikku nampaknya masih begitu dan baru baru ini bertemu teman wanita baharu yang telah dibawa tinggal serumah dengannya walau baru sahaja berkenalan.

Aku amat terkesan dengan pendedahan tersebut. Selama ini aku ingatkan dia dengan ex teman wanita cuma berkawan baik.. Tidaklah sampai melakukan maksiiat.

Dan sekarang dia jumpa perempuan lain pula dan tinggal bersama.

Perempuan itu turut mengaku mereka telah melakukan maksiiat bersama sama. Solat 5 waktu memang telah lama ditinggalkan walaupun dia rajin bersedekah. Jika ditanya jawapannya sedang datang bulan.

Apa yang harus aku lakukan untuk membawanya ke pangkal jalan. Doaku memang tidak pernah putus untuknya. Kami telah tiada ibu bapa, adik beradik ada 4 orang sahaja termasuk dia.

Semua serba salah untuk menegurnya kerana pasti akan dipulau.

Harap pembaca boleh memberiku cadangan, terutama yang pernah melalui pengalaman yang sama.

Aku tidak mahu dia terus leka dengan maksiiat… Bagaimana jika tiba tiba Allah SWT mengambil nyawanya tanpa dia sempat bertaubat? Umurnya juga sudah 40-an.

Untuk adikku jika kau membaca kisah ini.. bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan. Jangan ikutkan nfsu, leka dengan kemewahan dunia dan ingatlah akhirat juga Kau perlu bersedia.

Reaksi Warganet

Encik Fazil –
Pernah dengar ustaz cakap kalau dah umur 40an, susah dah nak berubah. Allah bagi hidayah tapi atas diri kita nak grab ke tak hidayah tu.

Kalau ikutkan nfsu memang sampai tua la bergelumang dengan dosa sebab nfsu tak kenal usia. Harap adik TT sedar sebelum sampai masanya. Belum terlambat. Pintu taubat Allah sentiasa terbuka kecuali sehingga roh ditarik dari jasad.

Nur Athirah Aremi Roslan –
Terkejut saya baca ingatkan umur adik confessor dalam 20 an or maybe much more younger than that. But dah 40-an

Saya tak mampu nak bagi apa apa nasihat sebab saya pun macam tak terkata lebih lebih lagi bila confessor dah nasihat but still macam pura pura tak dengar

Tapi jangan lupa untuk sentiasa berdoa supaya adik confessor berubah. Saya pun nak doakan Allah permudahkan urusan confessor selepas ini.

Nicky Kueh Lodeh –
Kawan aku ni playb0y. Ada la sekali tu berkenalan dengan seorang cikgu wanita (tapi berperwatakan lelaki atau tomboi).

So member aku bawak merata si t0mboi tu. Ada la dalam 3,4 tahun. Sampai aku tengok dari tomboi berubah slow slow jadi wanita yang sangat cantik dan sopan.

Sampaikan si t0mboi tu (dah jadi pompuan elok sempurna) ajak kawan aku kawin. Tapi kawan aku taknak sebab dia memang dah lama berkahwin, dah ada anak.

So sekarang ni si t0mboi tu pun aku tak jumpa dah. Bila tanya member aku, dia cakp t0mboi tu dah berubah kepada wanita elok.

Tapi dia dah pindah ke Sabah memgajar dekat sana sebab merajuk bawa diri disebabkan member aku taknak jadikan dia isteri ke2. Sedih.

Syahiran –
Itulah orang kita. Silapnya masa kecil dibiar berpakaian lelaki. Dengan alasan masih kecil. Pantang betul aku dengar ayat macam ni. Ibarat nya dah mencorak sesuatu yang salah pada kain putih yang bersih..

Kalau dulu awal awal tegur dan larang pakai pakaian lelaki dan terangkan tentang hukum hakam agama.. Pastinya takkan berlaku begini.

Nasi sudah jadi bubur. Semoga insan itu berubah ke pangkal jalan..

Sumber – Kakak yang serba salah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *